Showing posts with label Mee/Spagheti/Laksa. Show all posts
Showing posts with label Mee/Spagheti/Laksa. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Creamy Spaghetti

Breakfast mudah! Kalau masak senang2 ni saya memang suka sangat la. Jimat masa perut kenyang. hehe.. Bahan isi boleh tukar2, ini saya guna ayam, nak lagi cepat guna salmon atau udang yang dah siap rebus. Ilham dan resepi dari sifu kak hana. Terima kasih resepinya. nyum2.. memang sedap!

RESEPI CREAMY SPAGHETTI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 150g-200g spaghetti @ pasta - rebus mengikut arahan peket dgn sedikit minyak dan toskan
  • Ikut pilihan - Udang (rebus dulu pon boleh), dada@peha ayam boneless (potong kecil2), salmon (bakar dahulu kemudian cerai2kan), asari@kepah, sotong, isi ketam, etc.
  • ¼ bawang besar kuning - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • ¼ atau lebih cawan fresh cream/whipping cream/double cream
  • ¼ cawan susu segar
  • sedikit air rebusan spaghetti@pasta
  • blackpepper@serbuk lada putih@cili kering hiris halus
  • garam
  • brokoli - rebus dahulu *bleh campur sayuran lain jika suka
  • minyak zaitun
Cara-cara
  • Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kering yg dihiris halus jika suka.
  • Masukkan udang(jika sudah rebus masukkan kendian, begitu gak ngan isi ketam)/ayam/sotong/asari@kepah. Gaul rata. Masukkan sedikit air rebusan spagetthi@pasta. Biarkan sehingga masak.
  • Masukkan spaghetti@pasta. Gaul. Masukkan pula susu segar, fresh cream@whipping cream@double cream. Kepekatan cream ikut citarasa. tp jgn byk sgt la..nnti muak. Kalau agak dry tambahkan susu segar@air rebusan pasta@spaghetti . Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan blackpepper. Masukkan brokoli. Jika menggunakan salmon masukkan time nih.
  • Angkat dan siap dihidang. Sprinklekan lagi dengan serbuk lada hitam@parmesan cheese jika suka.

Wednesday, August 1, 2012

Laksa Penang / Asam

Selalu kot buat laksa ni, sebab laksa yang tersenang. Rajin pulak amik gambar, dah amik kita simpan la kat sini kan. hehe.. Guna ikan mackarel tin dan guna udon, memang sekejap je siap. Tak perlu rebus ikan buang tulang dan tak perlu rebus laksa dengan lama. Tetap rasa laksa yang enak! Daun kesum tu fresh dari pasu. Satu pasu besar daun kesum pemberian Umie untuk Ami dan saya. Terima kasih banyak Umie besar jasa tu, boleh jugak dipass2kan pada adik2 yang nak guna. ;D Resepi dari kak Zarina Sheffield, sewaktu pernah tinggal di sana tak lama dulu. Terima kasih kak Ina.

Laksa Penang
Bahan-bahan,

  • 1 paket laksa/udon
  • 1 tin mackerel
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji cili kering
  • 1 inci belacan
  • 5 keping asam keping
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 2 batang daun kesum
  • 1/2 liter air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • *Ulam*
  • Telur rebus
  • Bawang besar
  • Timun
  • Salad/Limau /cili padi
Cara-cara, 
  • Blend bawang besar, cili kering dan belacan
  • Masukkan ikan dan blend kasar
  • Rebus bahan kisar bersama asam keping, daun kesum dan bunga kantan
  • Masak hingga mendidih (guna api perlahan)
  • Rebus udon sekejap, toskan dan tuang kuah yang telah masak
  • Makan bersama bahan ulam. 

Sunday, June 17, 2012

Mee Rebus dan Header yang cantik!

Mee rebus untuk breakfast, rajin pulak amik gambar. :D Asyik buat mee goreng boring jugak, ni guna kentang je, tak guna keledek. Kuah pun buat pekat sikit dengan tambah kacang. Resepi dari kak Hana, terima kasih banyak kak!
Sumber: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
  • mee kuning - celur n toskan.
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering (saya guna 1 sudu cili serbuk je)
  • segenggam udang geragau/kering -ditumbuk 
  • 300g daging - direbus then potong nipis.air rebusan ketepikan
  • 2 sudu sos tomato 
  • 2 biji keledek sederhana
  • garam
  • gula
Cara-cara
  • Bwg besar, bwg putih, lada kering potong2 dan goreng sekejap.
  • Blend bawang, lada kering dan halia.
  • Panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau.
  • Masukkan air rebusan daging, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. 
  • Tunggu hingga mendidih dan pekat.
  • Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng dan jeruk cili.

Yeay! petang tadi bukak fb, tengok2 ada orang hantar mesej bagi gambar header yang cantik ni untuk aii! hehe.. Thank you so much to Ayu Ladychenta. Rajin betul buat header cantik2 ni. Tiap kali kalau masuk blog dia mesti bertukar2 header yang cantik2. Suka sangat tengok, sangat kreatif Ayu ni. ;D. Jumpa pulak Ayu gambar satu family kat fb, memang tak banyak gambar satu family, susah nak ambil gambar dengan anak2 yg tak mau duduk diam. hehe.. Anyway terima kasih banyak Ayu sudi meluangkan masa buat header cantik ni. InsyaAllah nanti nak cuba pakai header yang ni. Hontouni arigatou gozaimasu! ;D

Tuesday, May 29, 2012

Mee Segera yang sedap dan selamat!

Mee segera cepat dimasak dan sedap dimakan. Memang paling cepat dan kenyang makan mee segera ni kan! Esp. student dan orang bujang, harus la ada stok mee segera kat rumah.  Masa parents datang tempohari, ada jugak bawak stok mee segera ni.  Kami ni jarang sungguh makan, memang dari dulu kurang gemar mee segera ni atau orang panggil meggie (jenama mee tu pun). Ramai yang dah tahu mee segera ni bahaya dimakan selalu. Ada wax gitukan dan bahan2 yang lain yang tak menyihatkan.

Ada sedikit panduan untuk pengemar mee segera agar ianya selamat sedikit untuk dimakan. Sebelum makan, rebus la mee tu terlebih dahulu hingga lembut, air rebusannya perlu dibuang dan mee tu dibilas dengan air mengalir. Tujuannya untuk buang wax yang menyelaputi mee tu, wax tu untuk mengeraskan mee dan mengelakkan mee melekat masa direbus. So make sure minyak2 pada mee tu dah habis dibuang, InsyaAllah baru selamat dimakan. Selepas tu baru rebus air yang baru dan letak separuh perencah sahaja, msg pada perencah pun tak elok dimakan. Untuk lebih baik letakkan lebih sayur2 hijau, isi ayam atau sebagainya. Lepas tu baru la dicampur sekali mee yang telah dibilas tadi dalam supnya. Mudah kan! so next time kalau nak makan mee segera tu, sila rebus mee terlebih dahulu. Kalau boleh janganlah selalu makan mee segera, sebulan sekali oklah kan.

Saya perasan jugak tengok orang2 Jepun makan mee memang akan direbus dahulu, basuh, rendam dalam air sejuk, tapis baru  dituang kuah. Makanlah dengan cara yang selamat atau lebih baik kurangkan makan mee segera. ;)

Thursday, January 19, 2012

Mee Rebus

Resepi mee rebus untuk simpanan dan rujukan. Saya tambah kacang tanah untuk kuah lebih pekat dan rasa lebih enak. Keledek pun boleh ganti dengan kentang. :D Lagi sedap ada cili jeruk/cili merah dan limau kasturi. Terima kasih kak hana share resepi.

Sumber: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
  • mee kuning - celur n toskan.
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering (saya guna 1 sudu cili serbuk je)
  • segenggam udang geragau/kering -ditumbuk 
  • 300g daging - direbus then potong nipis.air rebusan ketepikan
  • 2 sudu sos tomato 
  • 2 biji keledek sederhana
  • garam
  • gula
Cara-cara
  • Bwg besar, bwg putih, lada kering potong2 dan goreng sekejap.
  • Blend bawang, lada kering dan halia.
  • Panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau.
  • Masukkan air rebusan daging, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. 
  • Tunggu hingga mendidih dan pekat.
  • Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng dan jeruk cili.

Thursday, January 12, 2012

Laksa Sarawak

Bukan selalu dapat makan laksa Sarawak ni, kalau ada pes baru dapat makan. Nak buat sendiri agak kemalasan dan takut tak berapa nak menjadi. Pes ni bawak tahun lepas, nasib baik cek cepat sebab dah nak expired. Act. ada satu lagi pes yang tinggal. Kene buat dalam masa terdekat jugak ni. Cepat dan senang kalau bahan2 ada. Ikut bahan asal guna ayam dan udang, tapi makanan laut dan darat tak elok campurkan.;) Ini guna daging je sebab kebetulan daging dah siap2 keluarkan malam, tak plan pun nak buat laksa ni. Terbuat ni sebab bawang besar dah kehabisan kat rumah, takde idea nak masak apa kat daging tu yg ternampak pes ni, buat je la. hehe.. Mungkin rasa ada lari sikit sebab guna air rebusan daging. Ikut resepi asal guna air rebusan udang dan ayam. Tapi ok je dah makan tu sedap je. :D
Ini rupa pes dia, agak berminyak sebab dah siap masak dan paket dalam plastik. Pes ni beli kat Sarawak, mak sedara selalu datang semenanjung bawak banyak2 letak kat rumah mak. Masa balik Msia ada ambil bawak sini sikit. Bahan2 dan cara buat pun mudah sangat. Rajinnya saya tulis bahan2 dia. :D

Bahan-bahan.
  • 1 paket perencah laksa
  • 500g udang
  • 1 ketul dada ayam
  • 1 paket meehon
  • 500ml santan
  • 500g taugeh
  • 2 batang serai
  • daun ketumbar
  • 4 biji telur
  • garam secukup rasa.
  • sambal belacan dan perahan limau
Cara-cara
  • Rebus udang hingga masak (tos udang)
  • Masukkan perencah laksa dalam air rebusan udang dan masakkan bersama santan dan ayam
  • Perasakan dengan garam 
  • *saya rebus daging dulu, tak keluarkan daging terus masukkan perencah dan santan, sampai mendidih)
  • Goreng telur dadar, rebus meehon dan celur taugeh. Buat sambal belacan.
  • Siap dihidang seperti gambar. 

Thursday, December 29, 2011

Laksa Kelantan

Teringin la pulak nak makan laksa kelantan. Gara2 tengok Kamalia tunjuk laksa kelantan, terasa2 pulak nak makan. Nasib baik bahan dan cara buat senang. Kebetulan beberapa bahan ada kat rumah, tu yang terus buat. Ulamnya guna apa yang ada je. Lagipun budak2 bukan makan sangat sayur, tengok2 makan laksa dgn kuah ikan tu je. Haziq lagi best dia boleh mintak sosej pulak letak dalam laksa ni. hehe.. Cari resepi jumpa kat blog Cikmat. Sambal belacan tu terlebih belacan (stok belacan yg melampau kat rumah, kene habiskan cepat dah nak expired), cili merah pun tinggal sebiji, guna cili hijau yg lebih, dah rupa tak cung. Takpe yg penting tetap rasa sambal belacan. Betul kata cikmat laksa ni WAJIB ada sambal belacan kalau tak memang kurang rasa. Terima kasih atas resepinya. :-)

Sumber : Cikmat Gebu
BAHAN KUAH LAKSA :-)
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN :-)
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....

Saturday, October 22, 2011

Resepi Soto dan Sate

Jamuan makan2, buat soto mee, nasi impit dan sate. Resepi soto ikut belakang paket rempah soto. Bahan2 lain bergedil kentang, suhun, taugeh, kacang dan sambal kicap.

Nasi impit (ctma myresepi)
  • 3 cawan beras
  • 8 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara.
  • Masak nasi ikut sukatan air berkenaan
  • Dah masak masukkan dalam plastik ziplock dan mampatkan.
Bergedil kentang,
Bahan2.
  • 5 biji kentang
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • sedikit garam
  • 1 biji telor
Cara2, 
  • Rebus kentang hingga empuk
  • Tos dan lecek2kan.
  • Gaul bersama tepung ubi dan garam
  • Bulat2kan dan salutkan dengan telor sebelum digoreng.
Sambal kicap
Bahan2.
  • 15 biji cili burung
  • 3 biji bawang putih
  • 3 sudu besar gula
  • kicap secukupnya
Cara-cara,
  • Blend cili, bawang putih dan gula hingga hancur
  • Gaul bersama kicap. 
Sate daging yang nampak kering sebab goreng dulu baru bakar. Ada juga buat pie apple bakar. Musim apple dah hampir penghujung, harga pun sedikit murah. :-)

Resepi Sate (resepi disalin dalam buku, link asal tak ingat, maaf tuan punya resepi)
Bahan2,

  • 1 kilo daging/ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 5cm halia
  • 5cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 10 sudu besar gula
  • 200g gula merah
  • 2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 4 biji limau sambal
Cara-cara, 
  • Mesin semua bahan kecuali daging dan limau sambal
  • Perapkan bersama daging
  • Perahkan limau dan perap semalaman

Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 5 - Mee Kari

Menu berbuka semalam mee kari, bubur jagung sagu dan cekodok pisang (menghabiskan stok pisang). Eh kaler kuning plak kuah dia. Resepi tengok dari Kak Nor act. skodeng dari blog dak Ika. Macih ye dua2. Terima kasih kak Nor atas resepinya. Jadik kaler kuning sebab tak letak cili mesin (bdk2 ngan bapak budak tak makan pedas, kari pun dah rasa pedas) dan terlupa pulak nak letak kicap. Maaf le rupa tak sama, tapi tetap rasa mee kari. Lagi satu guna susu fresh milk tu, santan dah lama tak beli kat rumah. Jauh sangat kedai jual santan tu, pastu kalau pegi kadangnya takde stok. Ini guna isi ayam je, bahan lain letak fish cake, crab stick dan chikuwa. Sawi pun ikut style kak nor masuk terus dalam kuah.

Hari ni terpaksa berbuka di luar sebab Yochien Haziq buat Bon Odori Matsuri. Kene stay sampai kul 7 malam. Jap lagi 4:30 nak keluar, siap2 bawak kuih dan air saja. Waktu berbuka hari ni jam 6:45 petang. Selamat berbuka puasa buat semua.

Sumber: Kak Nor secubit garam
MEE KARI K.Nor Style
Bahan2:
  • isi ayam, udang, isi kerang
  • fish/chicken ball
  • 4 - 5 sudu cili mesin
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kicap
  • 4 liter air
  • 1 - 1 1/2 cawan santan pekat
  • air asam jawa
  • 1 kiub pati ayam
  • sawi
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar gula
  • minyak
bahan dikisar:
  • 3 bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia
bahan sampingan:
  • mee kuning secukupnya
  • telur rebus
  • tauhu ~ digoreng dan dipotong
  • taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
  • daun saderi ~ dihiris
  • bawang goreng ~ jika suka
  • cili merah/cili padi ~ dihiris
  • limau kasturi/nipis
Cara2:
  • Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
  • Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
  • Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
  • Masak seketika.
  • Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun kari dan kicap.
  • Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
  • Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
  • Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
  • Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
  • Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
  • Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
  • Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
  • Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
  • Padamkan api.
  • Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
  • Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)
* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)

Tuesday, August 2, 2011

Menu berbuka Hari Pertama Ramadhan 2011 - Mee Rojak

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah dah selamat kembali ke rumah setelah bercuti2 di Korea minggu lepas. Banyak sangat cerita yang tertunggak, nanti2 la ada masa update cerita dan gambar. Hari ni ringkas sahaja nak share menu berbuka hari pertama. Saja la buat kenangan. :D

Act. tak plan nak makan atau masak apa untuk hari pertama. Makan apa yang ada kat rumah je. Keluarkan bahan memasak jam 4 petang. Terus plan buat mee rojak. Kuah kacang ikut resepi yang biasa mak buat. Kuih plak mula2 tu macam nak buat murtabak last2 jadi popia ketam je. Waktu berbuka hari pertama 6.50 petang, dan Imsak jam 3 pagi.

Mee rojak pertama kali buat. :D
Bahan-bahan ikut apa yang ada je. Timun, fish cake, crab stick, salad, tauhu, taugeh dan telor. Telor tu rebus last minit, tak berapa masak lagi yang tengah tu.
Tembikai yang manis
Juga popia ketam untuk sampingan.
Ayam goreng simple makan bersama mee rojak.

Resepi kuah rojak saya yang tak pedas dan sedap kata asben. :D

Bahan2,
  • 200g kacang (blend hancur)
  • 1 biji bawang besar
  • 1\2 inci halia
  • 1 biji buah keras
  • 1 sudu besar serbuk lada
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan air
  • Air asam
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2,
  • Tumis bawang, halia dan buah keras yang telah diblend.
  • Masukkan serbuk lada, tumis hingga garing dan serai.
  • Masuk air asam, garam dan gula
  • Masuk kacang dan gaul sebati.
  • Masuk air, kacau hingga kuah jadi pekat.

Tuesday, June 14, 2011

Baked Pasta

*Gambar pasta kita dah hilang!! tangan tu gatal sangat delete sana delete sini terus hilang pulak. huhu.. xpelah nnti buat, amik gambar lagi.*

Hari malas kita makan pasta je dari pagi hingga tengahari. Selain makanan tambahan seperti potato fries dan sosej beserta air kosong. Selamat menjamu selera. :D

Bahan-bahan, 1 bungkus pasta
  • 1 cawan mince chicken
  • 1 tin chopped tomato
  • 1\2 biji bawang holland
  • crab stick, sosej, (optional)
  • Mozarella cheese
  • 2 sudu besar olive oil
  • perasa

  • Cara-cara
    • Pasta direbus hingga empuk, tapis dan letak dalam mangkuk tahan panas
    • Tumis bawang beserta ayam
    • Masukkan tomato, sosej dan perasa hingga masak
    • Tuang bahan tumis atas pasta, taburkan cheese
    • Bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

    Monday, December 13, 2010

    Laksa Penang

    Laksa Asam atau biasa orang panggil laksa penang. eh betul ke!. Laksa yang paling senang la nak buat. Laksa ni guna mee udon, Saya adalah sangat malas nak rebus ikan dan buang tulang, jadi guna mackerel dalam tin saja. Kalau suka letak cili padi tp guna cili kering tu pun dah rasa pedas. :D. Resepi dari kawan lama di Sheffield dulu (first time belajar buat laksa dari kak Ina). :)

    Bahan-bahan,
    1 paket laksa\udon
    1 tin mackerel
    1 biji bawang besar
    5 keping asam keping
    3 biji cili kering
    1 inci belacan
    1\2 batang bunga kantan
    2 batang daun kesum
    1\2 liter Air
    Garam secukup rasa
    *Ulam*
    Telor rebus
    Bawang besar
    Timun
    Salad\Limau\cili padi (optional)

    Cara-cara,
    1. Blend bawang besar, ikan, cili kering dan belacan
    2. Rebus bahan kisar dan masukkan asam keping
    3. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan
    4. Masak hingga mendidih (guna api perlahan)
    5. Rebus udon, toskan dan tuang kuah yang telah masak
    6. Makan bersama bahan ulam.

    Wednesday, December 8, 2010

    Pasta Gratin

    Lunch dengan menu Italian. Ini request by hubby yang kata dah lama tak makan. Resepi sama dengan pasta bake yang pernah buat dulu. Cuma yang ini takde lapis2, letak satu2 pastu terus bakar. Resepi asal tengok kat sini. Tapi kita tulis balik dan ubah ikut citarasa sendiri dan bahan yang ada kat rumah. :)

    Bahan-bahan,
    1 paket pasta
    2 keping isi ayam (potong dadu)
    1 biji capsicum
    1\2 biji bawang besar
    2 sudu butter
    2 sudu yogurt
    Mozarella cheese secukupnya

    White sos,
    2 sudu butter\olive oil
    1 sudu tepung gandum
    1\2 cawan susu
    1 keping sliced cheese
    sedikit lada hitam dan garam

    Cara-cara,
    1. Rebus pasta hingga masak dan tos.
    2. Panaskan butter, tumis bawang, ayam dan capsicum hingga masak.
    3. Masukkan yogurt dan gaul sebati, tutup api.
    4. *White sos* - Panaskan butter\olive oil, masukkan susu, tepung dan garam
    5. Bila dah pekat masukkan sliced cheese dan lada hitam.
    6. Isikan pasta dalam mangkuk gratin, diikuti ayam dan tuang white sos.
    7. Taburkan mozarella cheese dan oregano.
    8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
    Pasta ni memang kegemaran papa dan Batrisya, selalu buat yang creamy tu malas nak tunggu bakar2 ni lambat. hehe..Itadakimasu! :D

    Wednesday, December 1, 2010

    Creamy Pasta

    Breakfast dengan creamy pasta. Mudah dan cepat! Mula2 nak buat spaghetti ikut resepi kak hana tp masa merebus spaghetti adalah lama jadi tukar kepada pasta yang ambil masa 6 minit saja. Maklum la pagi2 memang terkejar2 buat bentou anak2. :D. Resepi dari kak Hana tp tukar guna salmon. Memang sedap dan senang! Mekasih ye kak share resepi. :D

    RESEPI CREAMY SPAGHETTI
    Source : hanamemories.blogspot.com

    Bahan-bahan
    • 150g-200g spaghetti @ pasta - rebus mengikut arahan peket dgn sedikit minyak dan toskan
    • Ikut pilihan - Udang (rebus dulu pon boleh), dada@peha ayam boneless (potong kecil2), salmon (bakar dahulu kemudian cerai2kan), asari@kepah, sotong, isi ketam, etc.
    • ¼ bawang besar kuning - cincang
    • 3 ulas bawang putih - cincang
    • ¼ atau lebih cawan fresh cream/whipping cream/double cream
    • ¼ cawan susu segar
    • sedikit air rebusan spaghetti@pasta
    • blackpepper@serbuk lada putih@cili kering hiris halus
    • garam
    • brokoli - rebus dahulu *bleh campur sayuran lain jika suka
    • minyak zaitun
    Cara-cara
    • Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kering yg dihiris halus jika suka.
    • Masukkan udang(jika sudah rebus masukkan kendian, begitu gak ngan isi ketam)/ayam/sotong/asari@kepah. Gaul rata. Masukkan sedikit air rebusan spagetthi@pasta. Biarkan sehingga masak.
    • Masukkan spaghetti@pasta. Gaul. Masukkan pula susu segar, fresh cream@whipping cream@double cream. Kepekatan cream ikut citarasa. tp jgn byk sgt la..nnti muak. Kalau agak dry tambahkan susu segar@air rebusan pasta@spaghetti . Gaul rata.
    • Perasakan dengan garam dan blackpepper. Masukkan brokoli. Jika menggunakan salmon masukkan time nih.
    • Angkat dan siap dihidang. Sprinklekan lagi dengan serbuk lada hitam@parmesan cheese jika suka.

    Sunday, September 5, 2010

    Mee Udang

    Mee udang express guna perencah. Cuma tambah udang, telor dan taugeh saja. Resepi ikut kat paket tu je. Akhir2 puasa ni mood memasak agak kurang pulak. hehe.. tengok sana sini orang dah buat persiapan raya. Seronok je tengok orang buat biskut raya ni. Sedih dan sayu la pulak nak meninggalkan bulan Ramadhan ni. Rindu dengan suasana berpuasa.. moga bertemu lagi Ramadhan akan datang. InsyaAllah..

    Thursday, August 26, 2010

    Murtabak Mee

    Dah lama tak makan murtabak mee, biasanya orang buat guna meggie, tapi sebab stok meggie memang tak ada kat rumah jadi tukarkan kepada mee. Tengok kak emi chiba buat tu yg teringat2 jugak nak makan. Murtabak meggie ni selalu jugak buat masa sekolah. Sebab ini yang paling senang dimasak. Kalau dulu buat gunakan meggie perencah kari dan 2 biji telor saja, rebus mee meggie tu pastu bancuh dengan perencah dan telor kemudian digoreng. Punyalah sedap sampaikan adik buat jualan kat sekolah dan sangatlah laku dibeli. hihi..
    Murtabak mee ni saya masak tak sampai 15 minit pun untuk supper, makan dengan mayonis dan sos lagi enak! Sesuai untuk orang yang terkejar2 masa dan sentiasa kelaparan macam saya. hahah..

    Bahan-bahan,
    1 bungkus mee (1 orang makan)
    2 biji telor
    1 sudu serbuk kari
    1/2 biji bawang besar
    sedikit garam
    Sosej, crab stick, ayam (optional)- saya guna crab stick je.
    Daun bawang -potong halus

    Cara-cara,
    1. Potong dadu bawang besar dan crab stick.
    2. Pecahkan telor dan campur semua bahan
    3. Goreng atas kuali non stick dengan sedikit minyak
    4. Balikkan hingga masak.

    Thursday, August 12, 2010

    Mee Soto

    Menu utama juadah berbuka puasa kedua adalah mee soto. Tak nampak mee kat dalam tu. Act. mee beli dah beberapa hari, dah nak expired tu yang kene masak jugak. Ingat nak goreng tapi macam tak best pulak berbuka dengan mee goreng pada hari kedua berpuasa. hehe.. Tengok ada bahan nak buat sup/soto jadi teruskan operasi. Masak ni tak perlu cari resepi, sebab buat macam sup ayam je. hehe.. tapi nak tulis gak resepi mee soto saya. Senangnya ayam tak payah nak siat2 terus je guna yang boneless tu potong kecik2.

    Bahan-bahan sup,
    1 kg ayam (boneless)
    2 bji bawang besar
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 batang kulit kayu manis
    1 keping bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    1 bungkus sup bunjut
    2 sudu serbuk soto (soto muar)
    Air 1 liter
    Minyak dan garam secukupnya

    Cara-cara.
    • Kisar bawang besar, putih dan halia.
    • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
    • Masukkan bahan kisar, sup bunjut dan serbuk soto tumis hingga sedikit garing
    • Masukkan ayam yang telah dipotong dadu kacau sebentar
    • Masukkan air dan garam. Didihkan hingga ayam masak

    Bahan-bahan Bergedil kentang,
    4 biji kentang (direbus dan dilecek)
    1 sudu tepung ubi
    1/2 biji bawang besar
    1/2 sudu serbuk lada sulah
    1/2 sudu serbuk lada hitam
    1 batang daun sup/bawang
    Sedikit garam
    1 biji telor

    Cara-cara,
    • Kentang direbus dan dilecek
    • Campurkan semua bahan kecuali telor
    • Bulat2kan seperti bergedil
    • Salutkan dengan telor dan goreng dalam minyak yang penuh

    Sambal kicap,
    5 biji lada burung
    1 biji bawang putih
    2 sudu gula
    Kicap secukupnya
    • Tumbuk lada dan bawang putih
    • Campurkan gula dan kicap. Gaul sebati.
    Bahan sampingan,
    • Suhun digoreng
    • Taugeh (dicelur)
    • Kacang tanah (guna kacang express je)
    • Daun bawang (letak bwg goreng lg sedap tp xde stok)

    Sunday, March 21, 2010

    Baked Spaghetti Meatballs

    Resepi asal meatballs in tomato sauce, tengok dari blog ijan, kak hana dan ita pun ada buat jugak. Tapi kita wat bakar sekali ngan spaghetti tu. Senang nak makan terus je amik dari mangkuk. hehe..
    Dah siap dibakar. Resepi cnp dari kak hana asalnya dari Jamie Oliver. Tq ye share resepi. :)

    Bahan-bahan
    • Untuk meatballs
    • 500 gm daging lembu kisar
    • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
    • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
    • 1/2 teaspoon serbuk cili
    • 2 genggam breadcrumbs
    • 1 telur
    • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
    • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang - xde
    • garam
    • 1 teaspoon serbuk blackpepper
    • Untuk tomato sos
    • 1 tin tomato cincang
    • 1 biji bawang besar di cincang
    • 1 bawang putih dicincang
    • 1 teaspoon daun oregano kering
    • garam
    • Untuk dibakar
    • mozarella cheese
    • grated parmesan
    Cara-cara
    1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
    2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
    3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap
    4. *Saya letak spaghetti dulu pastu curah sos tomato, susun meatballs, tabur mozarella dan grated parmesan kemudian bakar suhu 220C selama 20 minit.

    Thursday, March 4, 2010

    Laksa Asam

    Ada panggil Laksa Penang gak ni. Laksa yang paling senang nak buat nih. Ikan fresh kat sini mahal jadi kita guna ikan sardin je la. Pun sedap jugak. Dulu2 masa duk UK selalu gak buat laksa asam ni. Pastu dah balik mesia sekali pun x penah buat. hehe.. ni dah duk jepang kene la buat jugak. Act. xde la feveret sangat, sebab ada asam keping dah hampir 6 bulan x guna dan kebetulan bunga kantan dan daun kesum pun ada, jadilah laksa ni. Mee laksa xde jadi guna mee udon, sedap gak ni w/pun mee nya kemain besar nak masuk mulut.

    Thursday, December 3, 2009

    Pasta Bake

    Resepi pasta bake.

    Bahan-bahan,

    - 1 paket pasta (macaroni atau apa2 pun boleh)
    - Olive oil (minyak biasa pun ok)
    - Mozarella cheese dan oregano (untuk topping)
    - 1/2 cawan daging cincang
    - 1 biji bawang besar
    - 1 tin tomato chop
    - 2 biji kentang
    - sedikit garam dan perasa

    Sos Putih:-

    - 2 sudu besar margerin/olive oil
    - 2 sudu besar tepung gandum
    - 1 cawan susu segar
    - 2 - 3 keping sliced cheese
    - 1 sudu teh serbuk lada hitam

    Cara-cara,

    1. Rebus pasta hingga masak bersama sedikit minyak dan toskan.
    2. Tumis bawang, daging, tomato chop dan kentang hingga masak dan pekat.
    3. Sos putih- Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan
    4. Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese, serbuk lada hitam dan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.

    Cara Melapis:-
    1. Masukkan 1 cawan pasta ke dalam loyang
    2. Lapis dengan sos putih atas pasta
    3. Lapis pula dengan sos daging tadi
    4. Taburkan mozarella cheese.
    5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
    6. Bakar pasta pada suhu 180C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan.