Banyak betul cerita tertunggak. Mana sempat masuk dulu la untuk memori akan datang. Setiap kali ambil gambar memang beratus, pastu dah pening kepala nak pilih. Itu yang tertangguh2 je, sekali hadap laptop mau berejam, petang anak2 dah balik sekolah tak boleh la duduk depan laptop lagi. ;)
Tarikh 3 Jun 2012, Hari Sukan Atago yang tiap tahun diadakan untuk penduduk kawasan sekolah ni. Batrisya macam tahun lepas masih kumpulan merah. Ada dua kumpulan je putih dan merah.
Pasukan sorak yang sentiasa bersemangat setiap kali acara berlangsung.
Khemah untuk pelajar dan khemah untuk penduduk berdasarkan poskod tempat tinggal. Kami masih di khemah Rinsenji.
Inilah acara lumba lari yang Batrisya masuk. Seperti entry saya
sebelum ni tentang azam beliau tahun ni adalah nak lari dapat nombor 1. Tercapai jugak azamnya nak dapat nombor 1 dalam acara larian. Walau pada mulanya agak ketinggalan tapi dapat jugak dia potong rakan yang lain. Tahniah!
Muka happy menang! tapi takde hadiah pun, semua markah akan dikumpul untuk menentukan siapa pemenang keseluruhan antara pasukan merah dan pasukan putih.
Lepas tu acara untuk pelajar baling bola dalam jaring secara berkumpulan. Untuk tahun 2, pasukan merah Batrisya kalah pulak. Kiraan berdasarkan bilangan bola dalam jaring. Ini best sebab semangat berpasukan gitu. Keseluruhan pasukan yang menang tahun ni adalah pasukan putih!
Selain tu acara untuk penduduk pun ada, acara larian, tarik tali dan yang ini pun menarik, lari dengan membawa ikan hidup masuk dalam baldi. hehe..
Kolam renang sekolah dah mula berfungsi, minggu ni semua sekolah termasuk Tadika Haziq pun dah start aktiviti mandi kolam. Siap2 dah bawak semua peralatan renang. Tiap hari kena amik suhu badan samada boleh masuk kolam atau tidak. Sebelah tu jumlah markah bagi setiap kumpulan penduduk. Tak pasti siapa menang sebab balik awal Haqem nak tidur. ;D
Waktu rehat, mama bawak bentou(bekalan) dari rumah. Laju je budak 2 orang ni makan, masa ni Batrisya belum rehat lagi.
Untuk khemah kami setiap orang dapat 2 ketul onigiri dan susu. Kami 5 orang dapat 10 ketul la, bawak balik sebab dah makan bentou sendiri, yang baki ni kami bagi kat orang lain. Alhamdulillah.. selesai acara sukan untuk tahun ni. Lepas ni tunggu hari sukan Kashinomi Yochien pulak (tadika Haziq) ;) Entry tahun lepas ada
di sini. :D