Showing posts with label Pengat. Show all posts
Showing posts with label Pengat. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Pengat Keledek

Hidangan pencuci mulut berbuka semalam. Sejak bulan puasa ni memang suka pulak buat pengat. Kali ni guna keledek dan letak sagu. Nak buat pun cepat dan senang, hehe... Hari ni rasa sakit tekak pulak. banyak sangat minum ais ni. Puasa tahun ni memang terasa kepanasannya berbanding tahun lepas. Ikutkan biasa bulan sept dah sejuk2 dah, tp ni masih panas membahang. Tahun ni cuma ada musim sejuk dan musim panas je kot. SubhanAllah.. sekarang ni pulak tengah berkira2 nak buat biskut raya ke tidak. hehe...

Friday, August 13, 2010

Pengat Pisang

Juadah menu sampingan hari ketiga berpuasa. Mula2 nak buat cekodok pisang tapi semalam dah buat cucur bilis pulak, jadi menu bertukar menjadi pengat. Pisang ni hampir expired tu yg kene habiskan. Pengat paling senang la kan, cuma tambah sagu untuk kasik pekat sikit. Kebetulan ada jugak roti yang hampir expired gak boleh la buat cicah. haii... time bulan puasa ni banyak pulak makanan yang hampir nak expired. hehe... tu tak kira sayur2an lagi.

Bahan-bahan,

4 biji pisang (dipotong 2)
2 sudu biji sagu
4 ketul gula tebu
2 sudu gula perang
1 helai daun pandan
1/2 sudu garam
500ml fresh milk @ santan (saya biasa guna fresh milk)

Cara-cara,
  • Masakkan sedikit air bersama gula tebu dan gula perang hingga gula hancur
  • Bersihkan sagu dan masukkan dalam air gula tadi tunggu hingga sedikit kembang
  • Masukkan daun pandan dan fresh milk tunggu hingga mendidih
  • Masukkan pisang, tunggu kuah pekat sedikit dan tutup api.