Showing posts with label Disneyland. Show all posts
Showing posts with label Disneyland. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Dari Tokyo Disneyland

Papa baru sampai pagi tadi dari Tokyo. Hari Jumaat lepas papa hantar adik2 ipar balik Malaysia, flight malam tadi. Tapi diorang dah bergerak awal sebab nak jalan2 Tokyo dan pergi Disneyland. Mama jeles tak dapat ikut pergi Disneyland, sebab budak2 sekolah lagi dan shaken kereta pun tamat semalam. So tak berani nak bawak kereta jauh2. Teringin nak pergi lagi. huhu.. Tapi takpe ada rezeki boleh sampai lagi. Untuk ubatkan hati anak2 papa belikan souvenir untuk mereka. Alhamdulillah.. dapat la sorang selai t-shirt Mickey. Papa belikan Batrisya jam princess, Haziq dan Haqem dapat pensel Toy Story dan cawan serta berus gigi Cars, ini hadiah dari pakteh, paksu dan cikde.
Selain tu papa pun beli buku cerita Monster Inc. share Batrisya dan Haziq. Haziq dah pandai baca dalam bahasa Jepun walaupun satu2 dia sebut, tapi kadang2 laju jugak dia baca. Batrisya minat membaca, kalau buku bahasa Jepun sekali hadap terus habis baca. Kalau buku bahasa Melayu, baca laju tapi setengah perkataaan tak faham pastu boring nak teruskan.
Cawan dan berus gigi Cars, pagi tadi Haziq dah ambil siap2 masuk dalam beg sekolah ganti cawan dan berus gigi yang lama. Tiap pagi Isnin memang bawak semula cawan, berus gigi dan towel muka ke sekolah. Ada jugak coklat, mama pesan nak coklat macam Ami bagi haritu. hehe.. sedap coklat ni. Terima kasih untuk Fizah(adik ipar) belikan brooch, katanya tahan lasak. Suka sangat! Act. banyak lagi brooch mama masa beli kat Korea tahun lepas. Tapi takpe dah beli kita pakai. Alhamdulillah.. TQ so much!
Ini lagi satu hadiah paling best! ala2 hadiah la, sebab ini memang dah lama mama suruh papa beli sejak tengok kat TV betapa bestnya guna stapler tanpa ubat ni. Sangat senang, tekan stapler tu kertas akan melekat satu sama lain, so sangat jimat tak perlu guna dawai kokot lagi. Masa jalan kat Akihabara papa jumpa stapler ni terus beli. Memang plan nak beli bawak balik Msia nanti. Terima kasih banyak papa dan adik2 ipar, walau dapat barang2 ni kami masih teringin nak ke Disneyland lagi. hehe.. ;D

Tuesday, March 30, 2010

Tokyo Disneyland

Sebelum auntie balik, bawak jalan2 pegi Disneyland. Papa, Batrisya dengan auntie je yang pegi, diaorang naik bas.
Batrisya dah 2x pegi Disneyland, kali ni temankan auntie plak ye.
Dalam toon town, pegi 2/3 kali pun sama je ek. hehe..
Dapat gambar dengan Mickey Mouse. Sayangnye banyak karekter lain tak keluar masa tu.
Sebab hujan! Cian diorang berjalan dalam hujan. Nasib baik mama tak ikut dengan Haqem lagi, haziq lagi.. hihi...
Haritu tak dapat main, kali ni dapat gak.
Terpaksa pakai baju hujan. Sejuk!!
Cawan pusing. mabuk la naik ni..
Muka kesejukan, hujan lebat sepanjang hari..
Parade siang ada, tapi malam dibatalkan sebab hujan. Tapi ok jugaklah dapat tengok parade. Banyak katun/karakter tak kuar time hujan2, tak dapatlah nak bergambar. :)

Friday, August 7, 2009

Tokyo Disneyland

Hari Selasa ke Disneyland. Keluar jam 8 pagi jugak, Disneyland buka jam 8:30. Tak lama sangat menunggu tp lagi ramai orang kat sini berbanding Disneysea semalam. Disneyland memang plan nak tunggu sampai malam sebab nak tengok Dreamlight Parade. Tp yg tak best batery camera habis plak time malam tu. huhu.. byk sangat amik gambar siang x terpikir simpan batery untuk malam. Tapi dpt jugaklah amik sikit gambar.

Disneyland lebih penat sebab byk sangat tempat nak masuk, Haziq siap ngamuk2 lagi ngantuk agaknya. Time dia nak tido kene angkat tiap kali masuk satu park tu. Papa la yang kesian sebab kene jaga Haziq. Tp xpe papa dah second time pegi Disneyland, x masuk pun xpe. Mainan sama je kan. hehe..

Sebab banyak sangat gambar letak kat slideshow je ye. Nak explain satu2 pun penat gak nih. Memang best dan sangat enjoy. Penat melayan karenah budak 2 orang ni, lagi2 Haziq. Sian jugak dia penat dah 3 hari jalan je. Enjoy the picture.

DisneySea Tokyo

Hari Isnin kitaorg ke Disneysea. Memang amik 2 day pass, sehari untuk Disneysea dan sehari untuk Disneyland. Hotel penginapan sediakan bas untuk ke Disneyland jam 7 dan 8. Amik yg kul 8 la sebab Disneysea bukak jam 9. Sampai2 je orang ramai dah penuh beratur.
Batrisya dengan tiket yg dah ditempah awal, pos ke rumah lg. Haziq masuk free Batrisya byr untuk kanak2 bawah 11 tahun.
Depan Mediterranean Harbour, orang ramai masuk2 terus berlari2 nak amik tiket masuk park.
Yeay! dapat gambar dengan Pinocchio.
Gambar dengan Goofy plak. beratur orang nak gambar ngan karektor2 nih.
Tengok show The Legend of Mytica plak. Ini main sembur2 splash orang, habis basah. Tapi mmg enjoy.
Kawasan Mysterious Island. Dapat masuk semua jugaklah sebab cepat2 amik fastpass. Memang terror jugaklah kitaorg budget masa. hihi... Tapi tmpat yg kanak2 x boleh masuk tu x pegi la mcm roller coster dan yg mmg x dibenarkan utk kanak2.
Mermaid Lagoon ni best sesuai untuk kanak2. Time kitaorg pegi mmg cuti sekolah orang mmg ramai sungguh tp hari Isnin masa menunggu tak lebih dari sejam la. Puas hati dpt main semua mainan.
Dapat gambar ngan mamat ni. Kat dalam dapat tengok teater Ariel, best!
Tempat main air splash2. Habis Haziq basah.
Ariel's Playground.
Pening naik benda alah nih.
Pintu masuk ke Arabian Coast.
Macam kat Arab la.. dapat jugak tengok teater Magic Lamp Sinbad. best!
Ini kat dalam Sinbad storybook. Naik bot keliling, act x bleh amik gambar tp amik je tp jgn guna flash. Best gak nih!
Ada show, dah nak abis masa keluar dari Sinbad storybook tadi.
Bergambar dengan Stitchy, beratur gak nih. tp dlm 10 minit je. Haziq dah terlentok dlm stroller.
Mama dengan Batrisya je naik Aquatopia nih, Papa jaga Haziq tido. Best tp pening pusing2.
Susah gak nak dpt gambar ngan Mr. Incredible nih.
Ini dengan Elastigirl plak. Maskot ni semua happening. Batrisya tanya maskot ni semua x boleh cakap ke? hehe.. iya la dok pegang2, main2 tp x ckp apa2.
American Waterfront, sebelah tu kapal mcm ala2 Titanic. Yang tinggi tu Tower of terror. x masuk la sebab utk dewasa je. Saya adalah penakut dengan ketinggian dan permainan ala2 roller coster tu.
Ada show Over the Wave, byk la karekter katun yang kuar. Pelakon2 dia cecantik bila kene makeup mcm artis je. hehe..
Minnie dan Daisy.
Ada je habuan untuk budak2 ni. Nak memilih yang boleh dimakan mmg le amik masa, Haziq tu kalau boleh semua nak. Memang best, x rugi seharian kat dalam Disneysea. Tempat rehat byk jugak, kitaorg bawak bento siap2, susah nak cari mkn yg boleh dimkn kat dlm. Penat mmg tak terkata la, tapi yg penting enjoy!