Showing posts with label Fukushima. Show all posts
Showing posts with label Fukushima. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Peach @ もも (momo)

Peach yang sedap dan mahal. Sebiji dijual dengan harga RM60. Pemberian kawan Jepun masa gathering semalam. Dari kebun di Fukushima, peach ni hanya untuk di eksport ke luar negara. Rasanya memang berbeza dengan peach yang ada di pasaraya. Dapat 2 biji, Alhamdulillah memang rezeki dapat rasa, kebetulan pagi semalam baru tengok berita TV tunjuk peach dari Fukushima yang dijual di Thailand dengan harga 640 bath sebiji! wuwu.. nak terpengsan bila terus dapat makan tengahari semalam. hehe.. Alhamdulillah memang rezeki. :D

*Autumn dah bermula. Seminggu ni musim hujan menandakan pertukaran musim. Kipas dah boleh masuk kotak dah. Hari ni suhu terendah 14C dan suhu tertinggi 21C! Selamat tinggal summer/natsu!

Wednesday, August 1, 2012

Jyododaira Fukushima

Bersambung kisah melawat Gunung Azuma di Fukushima. Jika ke sini haruslah melawat ke Jyododaira atau kawah gunung berapi yang masih aktif di sini. Kene mendaki tangga setinggi 1707meter!
Tangganya nampak curam, selain berbatu2. hehe.. tapi nak tengok punya pasal apa ada kat atas kami daki jugak. Sampai atas tengok kawah yang sangat dalam dan curam!
Pemandangan dari atas, nampak jalan raya yang kami lalu masa datang. sayup2 je..
Gambaran sekitar kawah pada awal musim bunga. Masih ada baki2 salji yang kelihatan. Masa musim panas akan lebih kelihatan pokok2 hijau di sekitar kawah.
Berada di kawasan Bandai Asahi National Park.
Gambar mak dan abah untuk kenang2an.. :D Alhamdulillah seronok rasanya dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa.

*Syukur Alhamdulillah hari ni ada berita gembira buat sang suami. Mudah2an urusan beliau dipermudahkan. Amin..

Wednesday, July 25, 2012

Salji di Mount Azuma, Fukushima

Catatan sewaktu kedatangan mak abah tempohari. Masih ada gambar yang belum dikongsi di sini. Tarikh 9 Mei 2012, kami bawak mak dan abah ke Gunung Azuma yang terletak di Fukushima. Tempat ni terkenal dengan kawah gunung berapi yang menyerupai Gunung Fuji berskala kecil. Perjalanan naik ke atas gunung melalui kawasan gunung ganang, pemandangan yang biasa sekiranya nak keluar masuk ke Yonezawa tempat kami ni.
Kami melalui Fruits Line lebih kurang 10km di mana sepanjang perjalanan tu kiri dan kanan adalah kebun buah2an yang dimiliki orang tempatan. Sempat singgah ambil gambar kebun buah di Jepun. Waktu ni buah belum ada lagi baru nak berbunga. Antara pokok buah2an yang popular di sini adalah epal, pear, peach, sakuranbo dan anggur.
Dah separuh perjalanan, singgah sebentar ambil gambar di jambatan yang hebat ni. SubhanaAllah.. Terfikir macamana la diorang buat jambatan ni sejak tahun 1955 lagi.
Berada di stratovolcano yang masih aktif lagi.  Waktu ni masih bersalji lagi, ada juga asap2 yang keluar di situ.
Tempat ni memang dibuka kepada pelawat sepanjang musim. Bergambar lagi dengan salji!
Mak dah pandai ambil gambar peace. hehe.. Sempat jugak tulis nama atas salji. :D
Ada juga planetarium tapi tak masuk sebab nak memanjat gunung. Bersambung..;)

Tuesday, October 18, 2011

Fukushima Safari Park - 2

Sambungan kisah ke Safari Park tempohari. Di pintu masuk hadapan. Letak gambar je la untuk simpanan dan tatapan akan datang. :D
Bergambar dengan singa dan harimau dalam kandang.
Budak2 ni happy dapat jalan2 tengok binatang. Batrisya tu bergambar dengan tanduk2 rusa. Berehat dan menikmati bento yang dibawa. Kali ni mama rajin buat bento. ;D
Antara singa dan harimau yang dikurung dalam kandang. Macam kesian jugak tengok life binatang ni. Teringat pulak citer Madagascar pasal Alex tu tak pandai mengaum sebab duduk dlm zoo je. hehe...
Selain harimau dan singa ada juga panda, burung hantu dan beberapa binatang lain yang diletak dalam sangkar. Ada beberapa mini zoo lagi dalam Safari Park ni yang meletakkan binatang2 lain, seperti buaya dan ular tapi kene masuk bayar lain. Kami tak sempat nak masuk semua mini zoo, sebab dah lewat petang. Last kami masuk untuk tengok persembahan haiwan. Nanti update lagi. :-)

Friday, October 14, 2011

Fukushima Safari Park

Cuti 3 hari minggu lepas kami sempat ke Fukushima Safari Park. Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari rumah. Safari Park ni terletak di lereng gunung, terletak jauh dari Loji Nuklear Fukushima yang rosak sewaktu tsunami tempohari. (2/3 hari ni berita tv beritau ada kesan radiasi yang sangat tinggi di Yokohama, tapi setelah dikaji malam tadi baru tau bukan berpunca dari genpatsu Fukushima tapi memang dah lama ada). Memang risau dengan tahap radiasi, Alhamdulillah tempat kami masih rendah tahap radiasinya, tiap hari bacaan radiasi diambil dan dipamerkan. InsyaAllah masih selamat di sini.
Sambung kisah ke Safari Park ni. Tak ada perancangan awal pun, Batrisya yang teringin nak pergi Zoo tengok binatang. Tapi kami ambil keputusan bawak dia ke Safari Park. Ini bukan Zoo tapi taman binatang tanpa pagar. Takut jugak sebab tak ada pengawasan. Nak masuk kene bertiket juga. Kereta untuk masuk safari pun ada untuk disewa tapi kami bawak masuk kereta sendiri. Tapi nyesal jugak habis kotor kereta dengan air liur binatang2. huhu..
Nasib baik waktu tengok lion, dia tengah tido, kot tengah jalan2 memang laju je la kami pecut. hehe..
Singa tak bercampur dengan binatang lain. Seterusnya masuk ke kawasan rusa dan zebra. Haqem dan Batrisya memang suka sangat la, mama yang geli. Macam senyum kambing. hehe..
Gajah, Zirafah dan beberapa binatang lain turut ada.
Masuk ke kawasan seterusnya, Batrisya beriyer2 nak bagi makanan kat rusa2 tu. Jadi beli la biskut kat penjaga tu, start je bagi makanan, habis semua menyerbu. huhu..  Tapi budak2 ni suka sangat la. Masa awal sampai tu Haziq tido, kene kejut suruh tengok binatang. Terkujat2 dia tengok tiba2 binatang ada tepi tingkap. hehe..

Kami sewa guide info kaset, untuk Batrisya kenal dan tau mengenai binatang yang dia tengok. Dalam bahasa Jepun cepat sangat fahamnya. Cerita dalam bahasa melayu, banyak sungguh soalannya. :D

Haziq yang dah segar. Budak2 sangat enjoy dan happy dapat tengok binatang dari dekat. Nanti ada peluang kita masuk zoo pulak. :D



*Nak melawat Batrisya kat sekolah jap lagi, ada Marathon, so ibu bapa dijemput hadir. :)

Wednesday, July 1, 2009

Urabandai National Park

Dah penat berjalan lepak kat tepi tasik pulak. Banyak tasik boleh berhenti, ada juga tasik khas untuk memancing dan menaiki bot.
Berkelah kat sini makan dan solat bawah pokok.
National Park yang sangat luas, tapi kami tak sempat nak explore semua penat nak jalan kaki.
Lepas makan main yer.
Bandai Asahi National Park.
National Park Resort Village.
Tasik yang sangat la besar, tidur bangun balik pun masih lalu kat tasik nih. hihi..
Dari view yang lain, memang kawasan gunung dan ganang saja.
Balik ikut jalan lain sebab mama dan Haziq mabuk nak ikut jalan pegi tadi. Jalan balik ni dari sejam jadik 2 jam perjalanan. Kene pusing tasik dan gunung. Sorry papa mama memang mabuk naik gunung. ;p

Bandai Museum

Muzium gunung berapi Bandai yang pernah meletup pada 1988. Disebabkan kejadian letupan gunung berapi itu terbentuk lebih banyak tasik di kawasan ini dan telah menenggelamkan beberapa buah kampung.
Gambar mukabumi Bandai Area, dikelilingi gunung ganang dan tasik. Budak 2 orang tu sibuk tekan2 lampu yang menyala untuk nama tempat.
Suatu ketika dulu binatang2 dan tumbuh2an yang pernah hidup di kawasan sebelum terjadinya gunung berapi. Cerita menggunakan audio dalam bahasa Jepun.
Bahagian dalam bumi, Haziq suka plak main ni sebab benda tu akan naik dan turun.
Rama-rama yang di awet, ada juga burung2 serta bunyinya sekali.
Pakaian yang dipakai ketika operasi menyelamatkan. Baju kalis api nih.
Volcanoes around the world.
Alatan untuk mengukur gempa dan letupan zaman dahulu kala.
The first Seismograph in the world, disimpan di sini.
Itulah Gunung Berapi Bandai yang pernah meletup satu ketika dulu.

Morohashi Museum of Modern Art

Di Bandai Area juga terdapat muzium yang sangat menarik untuk dikunjungi. Muzium ni salah satu art museum yang ada di Jepun. Sesiapa yg minat lukisan2 seperti Salvador Dali, Picasso ada terdapat di sini. Hari kami melawat merupakan hari terakhir pameran lukisan Dali, selepas ini akan ditutup 2 minggu untuk rotation lukisan Dali yang original di seluruh dunia.
Kawasan sangat cantik, berkemungkinan selepas letupan gunung berapi sungai dan tasik sangat semulajadi.
Nak naik cable car ye Haziq? hari ni x sempat la, nanti kita datang lagi ok.
Kedai cenderahati, sangat mahal ooh.. budak tu minat sangat dengan gambar kat situ.
Renungan dari Salvador Dali. Kat Spain dulu x masuk pun muzium dia amik gmbar dari luar je.
Cantikkan tasik depan muzium.
Harga tiket 900yen seorang.
Atas tu restaurant. Haziq je yg naik.
Tak nampak plak gambar sungai yang mengalir itu.