Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Garlic Finger Bread

Roti yang sangat sedap, harum baunya bila dibakar. Mula2 tengok Izah buat terus berkenan, pagi tu Izah letak resepi terus saya keluarkan bahan dan on bread maker. Resepi Izah guna tepung gandum biasa, tapi saya guna tepung roti memandangkan bread improver tak ada. Saya letak jugak water roax. Hasilnya memang mengagumkan! jarang jugak saya dapat buat roti lembut macam ni. Buat 500g tepung pulak tu. Dapat 2 loyang besar ni dan habis dalam masa sehari! ;D. Dalam tempoh seminggu ni dah 2x saya buat. Simpan sampai esok pagi pun roti masih lagi lembut. TQ Izah atas perkongsian resepi dan tuan punya resepi asal. :D
Sebelum dibakar dan selepas dibakar. Teruja pulak ambil gambar banyak. eheh.. Roti ni makan kosong macam tu pun sedap, macam roti manis. Tak sempat nak buat mushroom soup pun dah habis makan macam tu je. hehe..


Sumber: Izah Muffin Lover.
Bahan A
500g tepung roti 
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional *ganti water roax
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B

250ml air *saya letak 230ml
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C

80g margerine

Cara2:
1. Gaul sebati bahan A

2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan  dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).

2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

GARLIC SPREAD

sumber: kak Yatie @ kak Madihaa
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik

3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 
Gaulkan semua bahan

Siap digunakan.


CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:(cara kak Nor sgn67)
Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. 

Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.
Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. 

Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersama mushroom soup. Enjoy!!

Wednesday, February 29, 2012

Sosej Roll


Minum petang dengan sosej roll. Serius sedap dan yg penting cepat tak perlu tunggu roti naik berganda2. Musim2 sejuk begini roti lambat naik, nak letak depan heater kene kacau budak2, panaskan  kat oven pulak bazir letrik. wahaha.. Sosej roll ni recommendation dari Kamalia yang beritau roti ni sedap, dah le sedap, senang pulak tu. Bila dah cakap macam tu terus la bersemangat nak mencuba. ;D
Resepi asalnya untuk buat donut tapi boleh buat lain2 kuih jugak. Selain tu boleh jugak difrozenkan. Anak2 pun suka. Terima kasih Kamalia atas cadangan resepi dan tuan punya resepi. Memang akan selalu la guna resepi ni. ;)

Sumber: Hasue Myresipi

Donut..Donut..
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut)

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok; saya guna 1/2 tepung gandum, 1/2 tepung roti)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara- cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
* memang tak perlu perap pun adunan ni, kuih tu memang jadi gebu-gebu dan lembut sangat..
* cuma tuk burger malaysia tu, kena goreng guna api yang kecil..Kalau yang ni mungkin kena penaik sikit adunan tu ..

Saturday, February 18, 2012

Cinnamon Pull Apart Bread

Percubaan pertama buat cinnamon pull apart bread ni. Tengok ramai orang dah cuba, teringin la jugak. hehe.. tapi buat separuh adunan je, separuh lagi buat roti lain. Tak buat banyak sebab rasanya budak2 tak makan lagi2 ada cinnamon ni. Rasanya memang sedap dan manis2 gula tu. Saya tabur2 je gula perang dengan serbuk cinnamon tu selepas sapu butter cair`. Boleh la buat rasa2 je dulu. ;D Terima kasih tuan punya asal resepi.

Sumber:  Joy the Baker dan Kak Nor secubit garam. 

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar 
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) 
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.


note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

Sunday, November 27, 2011

Roti Kacang Hitam

Biasanya roti ni buat bun. Tapi yang ni saja nak testing gulung sikit pastu kelar2kan dia. Nampak beberapa dapur tunjuk rupa roti ni tapi cara gulung tak pasti. Agak2 je gulung tengok pada gambar. hehe.. Basic doh roti sama macam selalu buat, cuma inti tu letak kacang hitam yang beli dah siap. Anak2 lebih suka kacang merah tapi makan jugaklah. Doh ni buat dengan roti sosej sekali, yang sosej la habis dulu. :D
Doh roti,
  • 330g tepung roti
  • 3g serbuk yis
  • 2 sb susu tepung
  • 10g butter
  • 30g gula
  • 1 biji telur size M
  • 150ml (campuran fresh milk dan air suam)
  • secubit garam
  • *Inti: pes kacang hitam/merah
Cara2, 
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker. (air, butter, gula, telur, garam letak bahagian bawah, kemudian baru letak tepung dah diakhiri dengan yis atas sekali)
  • Pilih menu dan tekan start. Dah siap keluarkan doh, uli sebentar untuk keluarkan angin. 
  • Ambil doh bahagi 2 bahagian. 
  • 1 bahagian bahagi lagi 6. Ambil satu bahagian canaikan dan letak inti.
  • Gulung rapat bentukkan melengkung dan kelar2kan.
  • Rehatkan selama 30-45 sehingga doh naik 
  • *tips untuk negara 4 musim letak doh depan heater ATAU panaskan oven tutup suis dan letak doh dalam oven yang masih panas tadi. 
  • Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak. 

Monday, November 21, 2011

Mexican Bun

Percubaan pertama membuat Mexican Bun. Sedap dan menjadik. Husband pun suka katanya macam Roti budak lelaki yang kat M'sia tu. Ini buat minggu lepas kot, baru ni perasan ada gambar. Pada saya yang pertama menjadik atau tak harus diabadikan buat kenang2an saya sendiri nanti. Saya buat topping separuh adunan ikut resepi dari blog kak Nor. Itupun ada lebih lagi topping atas dia. Basic doh roti adalah sama, cuma untuk filling dan topping perlukan resepi. Terima kasih tuan punya asal resepi (Lilydvalley myr) dan Kak nor untuk rujukan. Mohon share di sini juga. :-)

Sumber: K.Nor@secubitgaram
Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega (100gm)
160 gm gula icing (80gm)
3 biji telur grade A- pukul sedikit (1 1/2 bj telur A)
1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas. (1 sudu besar nescafe +1 sudu besar air panas)
200 gm tepung gandum (100gm)

Cara:
Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.


*Hari ni salji dah turun dari pagi sampai petang secara gerimis. Awal sebulan turunnya ni. :)

Saturday, November 19, 2011

Mackerel Roll Bread

Inspirasi dari Kak Ida yang buat Curry Tuna Roll. Semalam lepas tengok kak Ida post tuna roll tu terus je teringin nak makan jugak. hehe..Adunan roti buat seperti doh biasa. Untuk inti pulak guna mackerel dalam tin. Cheese dah kehabisan stok jadi cuma letak sapuan telor atas roti. Tetap sedap dan menjadik. Thanks kak ida atas inspirasi roll bread ni. :D

Inti Mackerel, (versi tak pedas)
  • 1 tin mackerel
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 3 sb sos tomato
  • 2 sb mayonis
  • 2 sudu butter
  • garam dan gula secukup rasa. 
Cara2.
  • Cincang halus bawang besar dan putih. 
  • Tumis bawang tersebut menggunakan butter
  • Masukkan mackerel, tumis hingga sedikit garing
  • Masukk sos tomato, garam dan gula
  • Sebatikan dan padam api. 
  • Masuk bahan tumis dalam bekas dan gaul sebati bersama mayonis
  • Sedia diguna sebagai inti.

Doh roti,
  • 330g tepung roti
  • 3g serbuk yis
  • 2 sb susu tepung
  • 10g butter
  • 30g gula
  • 1 biji telur size M
  • 150ml (campuran fresh milk dan air suam)
  • secubit garam
Cara2, 
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker. (air, butter, gula, telur, garam letak bahagian bawah, kemudian baru letak tepung dah diakhiri dengan yis atas sekali)
  • Pilih menu dan tekan start. Dah siap keluarkan doh, uli sebentar untuk keluarkan angin. 
  • Ambil doh bahagi 2 bahagian. 
  • Canai doh bentuk segiempat memanjang. Sapukan inti mackerel tadi 
  • Gulung rapat dan potong bulat (lebih kurang seinci) guna pisau tajam. 
  • Rehatkan selama 30-45 sehingga doh naik 
  • *tips dari kak Ida untuk negara 4 musim letak doh depan heater ATAU panaskan oven tutup suis dan letak doh dalam oven yang masih panas tadi. 
  • Susun roti atas dulang pembakar, sapukan telor atas roti dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak. 

Sejuk2 ni makan roti panas memang sedap! :D

Tuesday, June 28, 2011

Roti Bakar Sardin Mayonis

IMGP9196
Bismillah, jemput breakfast roti. Menu orang malas bangun pagi terus bukak tin sardin, campur mayonis, amik roti sapu tomato dlm tin dan sardin atas roti, letak cheese dan tunggu bakar. Tak 5 minit dah siap. :D

Pagi ni nampak cerah, tapi cerah jangan sangka tak ada hujan (seminggu ni hujan tiap2 hari). Matahari tadi malu2 pulak nak keluar, tadi keluar kejap pastu nak nyorok balik. Plan basuh baju tertangguh lagi. Kaya la laundy coin minggu ni, penuh dengan org je. Kene kumpul banyak2 baju baru berbaloi pegi hantar dryer. Tengok tenki(ramalan cuaca) kata petang ni hujan lebat beserta kilat. huhu.. jarang sangat la nak jumpa kilat atau dengar guruh kat jepun ni. Setaun boleh kira beberapa kali je. Seminggu ni jugak la terperap kat rumah, tapi semalam keluar jugak meredah hujan. Suhu tak terjangka minggu ni, minggu lepas panas hingga mencecah 30C!! tapi sejak hujan tempohari suhu pada waktu siang dalam 15-25C! tapi waktu malam boleh pulak mencecah 10C! huhu.. Suhu badan pun ikut naik turun gak ni! tp Alhamdulillah budak2 tak demam cuma ada batuk sikit, bagi ubat baik terus.

Beberapa tempat kat wilayah kami dah naik banjir, tapi tak teruk sangat. Kesian Jepun bencana apa je yang tak ada, semua ada, banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, taufan. Semua dia rasa... tapi negaranya tetap bertahan. Rakyatnya pun dah diajar macamana nak hadapi bencana, sebab tu kalau tengok orang Jepun ni kene bencana diorang tak panic, tak berlari2, menjerit2 dan meraung, sebab mereka dah diajar cara untuk hadapi bencana dengan tenang dan bertindak mengikut arahan. hehe.. ni apa yang saya tengok la dan alami. tapi tetap la lari menyelamatkan diri kan! macam aii haritu kan, masa gempa 11311 dah lari keluar rumah sambil menangis ketakutan. Tengok nihonjin lain cam relax je. iya lah kita tak pernah rasa keadaan mcam tu memang la terlebih emosi. eh melalut pulak. wii.... hujan dah makin lebat kat luar tu, meh la kita sambung tido sape2 yang duk kat rumah tu. :D. Nak resepi roti cepat dan sedap ni tak!

Bahan2,
  • Roti putih 2 keping
  • sardin
  • mayonis
  • chopped tomato (dlm tin)
  • cheese (apa2 pun boleh)
  • sos cili\mustard\sayur (optional)
Cara-cara,
  • Campurkan sardin dan mayonis
  • Sapukan tomato atas roti seterusnya sardin dan mayonis
  • taburkan cheese
  • bakar pada suhu 200C ikut kesesuaian oven masing2

Thursday, March 3, 2011

Roti kacang merah.. eh dia datang lagi!

Minum pagi dengan roti kacang merah yang dah sejuk. Dah sejuk rupa dia tak begitu menawan. Tapi masih sedap dimakan.Makan masa panas2 mmg best, pastu minum dengan kopi panas cap 434. hehe.. kopi orang muar sedap weih! Act. dah 3 kali jugak mencuba pelbagai roti, masak pagi2 terus bawak bento ke sekolah, takpun malam dah siap terus tido. Resepi roti ni rujuk dari Ros jintanmanis. Terima kasih buat Ros yang sudi share resepi. Percubaan menggunakan water roax, memang lebih lembut rasanya. :)

Sumber: Ros jintanmanis.

200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner dan bread improver pun boleh)

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah (guna yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.

4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

eh apa yg datang.. nilah dia malam tadi turun tak berhenti terus menimbun balik. Bangun pagi tengok tingkap dah penuh putih, tengok ramalan cuaca minggu ni masih turun lagi. Sekarang ni pun masih turun renyai2 lagi.
Bersabarlah dengan kesejukan yang berterusan nih...

Thursday, February 17, 2011

Resepi Seri Kaya Hijau

Percubaan kedua buat sri kaya nih. Alhamdulillah menjadi jugak. hehe.. yang sebelum ni jadi jugak tapi pahit sebab gula terlebih hangus. sedih... itu buat tahun lepas kot. So kali ni buat mmg jaga betul masa buat air gula tu. Act. saya tak hanguskan sangat, cuma tengok gula tu ala2 sebati dan sedikit pekat dah tutup api. Sayang ooo kalau tak jadi. Ini memang menjadi dan sedap sangat hingga menjilat jari gitu.
Sebab apa ye buat sri kaya ni.. sebab pertama kali buat roti putih sendiri. hehe.. perasmian menggunakan BM. Ala bukan baru pun, ini guna adik Pooja punya, dia nak balik Mesia jadik dia bagi pakai BM dia. Awal2 dulu mmg dah kata taknak beli sebab kat msia dah ada (itupun tak pakai). :) Lepas ni boleh la pulun meroti. Cik Izah inilah seri kaya kite yang menjadik kali ni. hihi.. Terima kasih kat tuan punya resepi. :)

Seri Kaya Hijau
Resepi Asal:Liza Khalid Rnet
Sumber: Teratak Chetam

Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
  • 1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
  • 1 ½ cawan santan
  • 2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Cara
  • Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.
  • Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.
  • Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)
  • Akhir sekali masukkan sedikit pewarna hijau, masak lagi lebih kurang 5 minit.

Saturday, August 28, 2010

Roti Naan

Menu berbuka semalam dengan roti naan disamping menu lain mee kantonis. Makan dengan lebihan kari ayam. Semalam sekolah budak2 ni ada 'curry party', satu sekolah makan kari dan nasi, jadi untuk diorang mama kene la masak kari sendiri. Budak2 ni tak pernah makan lagi kari jepun, tak silap ada perencah kari jepun yang boleh dimakan. Kari m'sia agak pedas, jadi mama kurangkan kuah kat bentou. Tengok kat sekolah pun masak guna kari express. Nasib baik la diorang tak teringin nak makan makanan sekolah. hihi..

Roti naan ni buat sendiri, uli sendiri, tapi guna tepung naan yang sedia ada la. Cuma letak air dan tebar atas kuali. Masa masak memang kembung, gambar tu amik dah lebih sejam masak, angin pun dah keluar, dan ada jugak kehangusan sikit kat situ. huhu.. Budak2 ni suka pulak makan, dah sejuk agak liat sikit, tapi dah masuk mulut sedap je. hihi..

Monday, April 26, 2010

Roti John

hihi.. pantang tengok makanan kat rumah orang, mesti ala2 teringin nak makan gak. Ni jalan2 rumah kak Hana, tengok ada roti john, bahan ada terus je buat. tapi kite pakai roti comel. daun sup pun xde plak. tapi ok lah jugak. Ini first time tau buat, pasni leh buat lagi!. :) Resepi cnp dari dapur kak Hana. TQ kak!

Bahan-bahan
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

Friday, December 25, 2009

Roti canai dan Teh tarik!

Lama tak pekene roti canai lawan teh tarik nih. Memang best la walaupun roti canai segera, nak nguli penyakit M mmg takleh nak lawan lagi. huhu.. Sebab ada lebihan kari ayam tu yang terus je wat pepagi. Teh tarik tu guna teh uncang je, letak la 3 uncang teh pastu guna susu pekat mesia mmg kaw!

Thursday, December 3, 2009

Roti

Yeay!! akhirnya berjaya jugak buat roti. muahahaha... berapa kali cuba wat roti selalu keras je la. geram tol, ada 2 kali kot masuk tong. hehe.. Ini pun cuba2 je. Maklum la x pakai breadmaker. Kat mesia ada breadmaker tp x penah pakai tu yg kat sini berazam tak nak beli.

Resepi roti ni ikut manual ovenrenji kat rumah ni. Pastu setting time pun ikut kat situ gak. Sebab tu la jadik kot. Kalo nak tunggu yis nih mengembang sendiri sampai esok pun kejung camtu je. dah le sejuk2 ni yis pun segan2 nak mengembang. huhu.. ke tanganku yg takde bakat nguli roti. hehe.. Act. siap buat kaya sendiri tp agak frust jugak sebab kayaku rasa lain mcm. next post la ye..

Wednesday, September 30, 2009

Roti pizza

Frust punya pasal nak letak gak gamba pizza sempoi nih. Ni buat tadi utk mkn ngan Haziq. Tak 5 minit pun buatnya dan bakar dlm 10 minit je. Layan je gambo roti ni ye.. hehe..

Tambahan ni. Beritau gak resepi yg senang bangat nih. ;p

Bahan-bahan
1 keping roti
2 sudu chopped tomato (tomato dlm tin/hancurkan buah tomato pun boleh gak)
2 sudu cheese parut
Hirisan fish cake (tuna, sardin, serunding, apa2 pun boleh ikut bhn apa yg ada kat rumah)
Sedikit oregano kering

Cara-cara
Sapukan tomato atas roti
Susun fish cake
Taburkan cheese dan oregano
Bakar dalam oven suhu 200C dalam 10 minit atau garing.

Siap, menu ringkas untuk breakfast atau time malas nak masak. hihi..

Saturday, July 4, 2009

Roti Nan

Roti Nan/roti Kebab/roti Arab/tortilla. Mana2 pun boleh la kot. Beli tepung yang dah siap cuma letak air ikut sukatan. Masak tak guna minyak, cuma canai dan letak atas kuali non stick tutup sampai kembang lepas tu terbalikkan. Dalam 2 minit dah siap masak. Potong tengah tu isi dengan apa2 inti yang disukai.
Inti yang ni paling senang nak buat, cuma daging burger masak potong2 kiub pastu campur dengan salad, timun, carrot, tomato dan mayonis. Biasa orang akan makan dengan kari atau kalau ada daging kebab tu lagi syok oh.. Oishiii...

Wednesday, May 20, 2009

Roti berbalut cheese dan sosej

Minggu ni banyak pulak skodeng2 blog masakan org lain. Macam2 rupa masakan yang dibuat. Memang menarik dan mengancam lebih2 guna dslr. huhu.. jeles2. takpolah den ni cuma masukkan gambar masakan yang pertama kali dibuat jo (bukan blog resepi yo). hehe.. yang hari2 masak idokla den letak walaupun sesedap rasanya. hahah.. tp tima kasih la pada blogger2 yg memberi ilham nak masak apa tiap2 hari. ;)

Roti ni mmg first time buat, selama ni tak tau pun kene gilingkan roti tu, main letak je sosej pastu balut. Kali ni buat, giling roti tu pastu letak cheese ngan sosej gulungkan, lumurkan telor, breadcrumbs dan goreng. Sedap makan panas2 nih. Buat ni untuk bento Batrisya gi sekolah. Hari ni sekolah dia ada buat jalan2 kat taman permainan. So kene buat bento yg ringkas. Excited plak dia nak naik bas sekolah tu. Tak dapat nak amik gambar sebab x ikut pun.. hehe..

Sunday, April 12, 2009

Roti manis

Projek hari ni cuba buat roti bun plak. Peram lebih 2 jam, maklum la cuaca sejuk yis lambat nak mengembang. Teruja sungguh nak tengok jadik ke tak roti bun pertama nih. hehe.. Mula2 bakar 15 minit tengok tak kembang pastu tambah lagi 15 minit. Alhamdulillah baru la naik.
Kat sini susah nak cari roti yg halal, yang ada pun kat 7e je. Yang ini roti kosong sebab percubaan pertama, lepas ni boleh letak inti pulak. Heh! teringat bread maker yang beli kat UK dulu. bawak balik mesia tak penah guna, bukan tu je, pinggan mangkuk tak keluar kotak lagi pun ada. Dah janji tak nak beli mcm2 barang dah kat sini. eh ye ke?

Monday, April 6, 2009

Roti sosej

Hari2 entry pasal makanan. jgn boring la yerk.. sekarang rajin plak testing2 masak. Hari ni testing buat roti plak. Warna coklat sebab letak susu coklat konon nak rasa sedap sikit la. Rasa sedap tapi tak segebu roti betul. Guna tepung biasa sebab takde tepung roti. Tapi oklah tu! first trial org kata.. hihi..