Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Matcha Green Tea

Air kegemaran di musim panas. Cuma campurkan dalam susu dan letak ais. Sedap! Saya memang suka sangat perisa matcha ni. Kalau beli aiskrim pun mesti pilih perisa green tea. Saya beli pati yang dah siap, rasanya  keluar masa musim panas je, harga 99yen satu paket. Dalam 1 paket tu ada 5 pati.  Sesuai juga dibuat minuman untuk berbuka. :D

Hari ni waktu berbuka puasa di Yonezawa jam 6:56. Tapi sehingga kini jam 5:44 saya belum masak apa2 lagi. hehe.. Kalaulah ada pasar ramadhan senang betul boleh pergi beli je. Menu hari ni sambal sotong, ikan goreng dan rojak. Ok nak start memasak! ;D Selamat berbuka puasa!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan, berpuasa di Jepun dan Calpis Water

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah buat semua. Kami di Jepun akan mula berpuasa pada hari Sabtu 21 Julai 2012. Moga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap secara sengaja atau tidak. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah setiap masa. InsyaAllah.. Amin.. Waktu solat dan berbuka  kami ikut pada kalendar Islamic Finder.

Musim panas dah bermula, tapi hari ni nampaknya suhu rendah, sekarang ni suhu 17C! Penurunan suhu yang mendadak dalam tempoh tak sampai 12 jam! Tengahari semalam suhu menjejak 30C tapi waktu malam turun sehingga 15C! SubhanaAllah.., malam tadi tidur berselimut pulak. Alhamdulillah mudah2an permulaan puasa pada esok hari suhu tak terlampau panas. Berpuasa pada musim panas memang sedikit menguji, Alhamdulillah kami di Jepun waktu berbuka puasa lebih kurang di Malaysia, untuk hari pertama waktu berbuka pada jam 6:58 petang dan untuk hari terakhir Ramadhan jam 6:28 petang. Walau bagaimanapun kami perlu berpuasa lebih kurang 16 jam sehari, kerana masuknya waktu Subuh adalah pada jam 2:46 pagi pada Ramadhan pertama. Tetapi waktu Subuh akan semakin lewat hingga terakhir Ramadhan pada jam 3:22 pagi. Mudah2an kami terus dapat menunaikan ibadah berpuasa ini dengan lebih baik. InsyaAllah..
Panas2 ni memang best dapat minum air sejuk, lagi2 puasa kan. Di Jepun memang tak ada air berperisa untuk dibancuh. Pada musim panas akan keluar air gula berperisa terutama untuk buat kakigori (ais batu), tetapi tak sesuai untuk dibancuh dengan air. Ini air calpis yang popular di Jepun. Biasanya dijual dah siap dalam botol, yang kami beli ni untuk bancuhan dengan air lain. Kami beli yang perisa anggur, sedap! Batrisya suka letak dalam fresh milk, rasanya seperti air kelapa bila dicampur susu! ;D Sesuai dibuat menu berbuka. Rakan2 di Jepun boleh dapatkan di pasaraya berhampiran, harga dalam lingkungan 250-300yen, ada 3 perisa anggur, plain dan oren. cubalah! ;)


Lagu Ramadhan yang paling disukai. ;)

Monday, April 2, 2012

Avocado Coklat & Kalendar baru

Air kegemaran Batrisya no 1! Tiap minggu order, kat sini harga sebiji avocado 98yen. Dapat la 2 cawan besar ni bila buat, kalau nak cair lebihkan susu, kalau nak pekat kurangkan susu. Bahan mudah je avokado, fresh milk, coklat hershey dn sedikit gula. Blendkan semua siap diminum.

Budak2 dalam rumah ni memang suka buah, bagi je buah apa mesti habis. Buah2an yang biasa jumpa kat sini strawberry, limau mandarin, anggur, pisang, epal, nenas. Setengah buah tu keluar ikut musim macam tembikai, pear, ceri.  Buah2an tempatan Malaysia, Haziq dan Haqem tak rasa lagi, Batrisya masa kecik dulu pernah la makan durian tapi rambutan, manggis dan lain2 tak sempat kot. Bila tunjuk gambar buah2an tempatan macam jakun pulak sebab tak pernah nampak yang real. Kat bandar besar esp. Tokyo memang ada tapi harga mahal kot. Nanti balik kita makan buah2an tempatan pulak la ye. ;D

*Selamat bekerja dan bersekolah semula di kalendar baru bagi mereka di Jepun. Eigo de Asobo pun dah bertukar pengacara dan maskot baru, babai Jenny, Kebo dan Motch. Bukan tu je, Mitsuketa pun ada budak baru, Okaasan to Issho pun dah tukar presenter yang baru. Budak2 ni kecoh je nak cerita kat mama semua orang baru.. hehe..

Tuesday, March 27, 2012

Green tea/Ocha..

Green tea atau ocha atau juga dikenali sebagai matcha(jenis serbuk), act. macam2 nama bergantung kepada cara pemprosesan daun teh tu, minuman rasmi rakyat Jepun. Kalau makan di kedai2 atau restaurant di Jepun,  green tea dan air kosong disediakan percuma. Sangat menjimatkan tak perlu nak order air macam2 kaler. ;D
Ocha ni kawan Jepun saya bagi tanda terima kasih berkawan dengannya. Ini jenis yang mahal sikit, paket dia pun cantik dan special.  Dalam botol ni ada 5 paket, boleh guna 5x la, biasanya yang saya guna kat rumah dalam uncang macam teh biasa tu. Senang jugak disediakan. Jenis serbuk ni saya kurang gemar sikit, ramai jugak yang tak berapa suka minum ocha ni.
Matcha dalam bentuk serbuk, kalau di family restaurant/kedai sushi dll, biasanya disediakan serbuk begini dan kita bancuh sendiri dengan air panas yang disediakan. Sedia diminum begitu saja, oh ye jangan sekali2 letak gula, tak pernah ada orang minum ocha letak gula ye. hehe.. tp nak cuba apa salahnya, tapi pelik la kot rasanya. ;D

*oh sedih Acchan(Maeda Atsuko) sudah berhenti dari AKB48, tengah popular boleh pulak berenti. isk2.. patutla iklan Gree tatkde muka dia. huhu..

Wednesday, July 13, 2011

Ice Blended Anggur

Jemput minum, dikala waktu panas membahang, ice blended memang paling nyaman diminum. Tak susah payah nak buat, yang penting ada ais dan serbuk ice blended. Budak bertiga ni suka sangat la, termasuk Haqem habis secawan dia sedut. Kene minum guna straw ye baru terasa kenikmatannya. :)

Ini rupa serbuk ice blended yang digunakan. Bawak balik dari Malaysia tempohari. Ambik dari rumah mak yang banyak stoknya. Serbuk ni diimport dari Sarawak, tiap kali family pergi swak mesti berplastik2 memborong. Ada pelbagai perisa, yang sempat dibawa ke sini perisa coklat, cappucino, mangga, strawbery, anggur dan durian belanda. Stok ada berbelas2 lagi, cukuplah digunakan sepanjang summer ni. :)

Monday, July 4, 2011

Banana Lassi (Air pisang Yogurt)

IMGP9579
Jemput minum banana Lassi, sesuai diminum waktu panas atau mendung pun ok jugak. Sabtu dan Ahad jalan2, ada masa nnti buat entry. Pisang, fresh milk ngan yogurt dah nak expired, 2 hari tak masak kat rumah, kene la buat sesuatu supaya tak membazir. ;) *Haqem suka dah 2x tambah ni. :)

Bahan-bahan,
  • 2 biji pisang
  • 1\2 cawan yogurt
  • 1 cawan fresh milk (sejuk)
  • 1 sudu gula
Cara-cara,
  • Campur dan blend semua bahan (guna blender untuk buah ye)
  • Kalau nak sejuk blend sekali dengan 2 ketul ais batu.
  • Sedia diminum.

Saturday, February 26, 2011

Mikan Lassi

Mikan (limau) dibuat lassi. Memang sedap sangat nih. Bila ada yogurt hampir nak expired selalu je buat lassi ni. Buahnya ikut apa yang ada. Mikan ni guna yang dalam tin, stok buah2an tin ni mmg sentiasa ada. Tapi biasanya suka buat strawberry tapi fresh strawbery xde plak. Kalau pergi kedai arab atau belah2 timur sana tu mesti ada menu lassi. Batrisya dengan mama yang suka minum. Papa kurang sikit. :)
Minum segelas pun dah cukup kenyang. hehe..

Bahan-bahan,
  • 1 tin buah limau
  • 2 sudu gula (ikut kemanisan masing2)
  • 3/4 cawan yogurt
  • 1 cawan fresh milk sejuk
Cara-cara,
  • Blendkan semua bahan termasuk air gula dalam tin
  • Sedia diminum. (Nak letak ais pun boleh)

Monday, August 30, 2010

Iced Chocolate

Teruja tengok air kak nor, terus je buat. Pergh! memang sedap sangat! senang je buat dia, kalau blend ais tu ngan susu mesti lagi best! Tq kak nor atas resepi air sedap ni. :)

Bahan-bahan ( 1 )
Hersheys chocolate syrup
Magnolia fresh milk (guna fresh milk jenama jepun, hihi..)
Cara-cara
Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.

Wednesday, August 25, 2010

Cendol Susu!

Percubaan membuat cendol. Tengok sana sini ada orang buat cendol teringin jugak tu. Malam tadi punya projek. Mula tengok kat kak hana pastu tengok ika pun buat terus macam terliur pulak. Pastu tengok nak buat pun senang.
Cendol yang siap dalam masa 1/2 jam. Bahan semua ada tapi acuan xde la, guna periuk kukus tu. hehe.. jadikla rupa itu. Macam baru perasan lak sejak puasa ni banyak pulak buat kuih guna kaler hijau ni. hihi..
Dah siap! Sedapnya minum masa panas2 ni. Saya guna susu segar rasa lebih sedap dan cepat! Jadiklah cendol susu, jimat santan kat rumah. hehe.. Resepi cendol kita cnp dari rumah ika. Terima kasih ye ika! :)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Wednesday, August 18, 2010

Air Rambutan

Air buah rambutan, bukan rambutan kupas sendiri tapi rambutan tin. Kalau minum ni memang berebut la dengan Haziq. Buahnya semua dia yang makan, mama minum air je. Minum masa berbuka semalam. Dapat jugak makan rambutan walaupun bukan fresh dari pokok. Panas2 ni minum dengan ais memang sangat syok!
Ini rambutan tin yang kami beli kat sini. Import dari Thai, ada jugak buah papaya, laici dan longan. Lega jugak la ada kedai jual barang international kat sini.

Thursday, August 12, 2010

Air Bandung Koktel

Puasa hari kedua berbuka dengan air bandung koktel ni. Memang sedap la minum sejuk2. Budak2 lagi suka sebab ada jelly dalam tu. Resepi sendiri nak cuba pun boleh. Senang dan cepat, lagi2 dah nak masuk time berbuka tu, tak 10 minit dah siap. :)

Bahan-bahan,

1 tin buah2an koktel
2 sudu gula
sedikit sirap merah
500ml fresh milk
5 - 10 biji jelly (sumi jelly manis)

Cara-cara,

- Bancuh gula dan sirap
- Campurkan fresh milk
- Tuangkan satu tin buah2an koktel bersama air gulanya
- Masukkan jelly dan ais batu.
- Siap diminum.

Wednesday, August 11, 2010

Kakigori (ABC)

Sejak musim panas tempohari, hari2 buat kakigori ni. Act. dah macam2 patern ABC kitaorang buat. Tapi x sempat nak bergambar je. hehe..
Ini patern yang basic kat Jepun ni. cuma letak air gula berperisa. Guna hand manual je, lagi mencabar.
Batrisya punya, perisa Strawberry.
Haziq punya perisa soda.
Ini pun Batrisya dan mama punya (gambar sebelum pose eh) hehe.. Ais nenas. Ini paling minat masa sekolah dulu, selalu bila balik sekolah je mesti singgah satu kedai tu beli ais nenas ni. Huhu.. pose2 ni banyak dugaan bila tengok makanan.

Alhamdulillah hari pertama puasa, cuaca di sini sejuk dan nyaman je, takde la terasa haus sangat. Batrisya bersahur sama2, tapi pagi ni dia yang dah berbuka dulu. huhu.. xpe la baru 5 tahun, nanti dah start sekolah rendah kene ajar berpuasa jugak. InsyaAllah..

Saturday, May 8, 2010

Jus Coklat Avokado

Minuman dari Indonesia. Tau minuman ni masa makan kat restaurant Indonesia dulu. Memang sedap. Dah lama nak try buat tapi kali ni baru dapat. Itupun sebab ternampak buah avokado kat supa. Ada kawan tu memang minat sangat minum ni, tiap kali bulan puasa ada orang Indonesia jual kat pasar Ramadhan, mesti beli kalo pegi situ. Lagi sedap minum letak ais. Tapi sini sejuk minum camtu je pun dah ok.
Ini untuk Batrisya. Dia suka jugak. Papa kata manis, hehe.. tapi saya suka. Nanti boleh buat lagi. Senang je buat dia. :)

Resepi,
1 biji buah avokado
1 cawan fresh milk
2 sudu gula
Syrup Coklat Hersheys

Cara-cara,
-Blend buah avokado (buang kulit) dengan susu dan gula.
-Tuang dalam cawan, curahkan coklat.
-Siap, letak ais jika suka. :)

Thursday, March 11, 2010

Strawberry Yogurt

Campuran buah strawberry, plain yogurt, fresh milk dan sedikit gula untuk hidangan hubby yang teringin nak minum malam2. hehe. minat pulak dia minum ni. Kadang2 buat guna buah limau macam kat kedai arab selalu buat tu, mmg sedap. Tapi paling sedap guna manggo, sebab my favourite. :)

Tuesday, November 17, 2009

Ribena Lassi Smoothie

Lama tak minum lassi nih. Faveret lagi2 kalau manggo. Sebab nak menghabiskan yogurt yang hampir nak expired kite wat perasa anggur+epal nih. Batrisya yang habis minum segelas nih. Tak 5 minit dah siap! mmg sedap tau!
Guna Ribena sebab perasa ni je ada kat rumah (pos dr mesia nih!). Buat dia senang sangat la, adik yang ajar buat nih. Sebelum ni guna sunquick tu pun sedap.

Bahan-bahan,
2 sudu air Ribena atau apa2 perasa
Setengah cawan fresh milk
2 sudu besar plain yogurt (nak lebih pun boleh, lg pekat)
2 sudu madu (ikut manis masing2 nak letak air gula pun boleh)

Cara-cara,
Satukan semua bahan, kacau hingga yogurt larut.
Sedia diminum.

Wednesday, August 12, 2009

Air Tembikai Susu

Cuaca panas hari ni setelah hampir seminggu hujan, jemur baju pon dlm rumah. Minggu ni mmg pelik sikit cuaca dengan gempa bumi lagi. Tapi Alhamdulillah tempat kitaorg xde rasa sangat, 2 kali gempa cuma lampu je goyang. Katanya taufan besar akan melanda tapi harap2 dijauhkan la. Amin.. sedikit info mengenai earthquake di sini.

Panas2 ni sedap minum air ais, teringin plak nak minum air tembikai susu. Terus je blend tembikai merah tu campur dengan susu pekat pastu letak ais, sedapnya minum time panas2 ni. Lega....

Tuesday, July 28, 2009

Air Tembikai Laici

Disebabkan banyak sangat pulak tembikai kat rumah ni (orang bg masa dtg rumah). Akhirnya jadik jugak air tembikai laici nih. Hari ni pun x habis lagi tembikainya. hihi.. mmg sedap makan time panas ni. Tapi minggu ni pagi sampai tengahari panas terik, bila petang je hujan lebat siap kilat dan guruh lagi.

Cara dia senang je, blend je tembikai dan laici tin serta gula sikit, pastu letak la ais batu dan beberapa biji laici. Dapat buat satu jug, puas la minum. Tapi hubby ckp masam sikit, sebab campur air gula laici tin tu kot. hehe.. tp boleh la layan je.

Saturday, June 27, 2009

Jus Mangga Smoothie

Iye kot namanya nih. Ikut resepi Ros tu. Cuma letak jus manggo pastu curah fresh milk. Memang sedap ooh... jadik manggo lassi. Minum sejuk2 time panas sekarang mmg lega tekak. Jadik feveret plak dah. Buat ni paling senang sebab jus mangga tu dah pekat. Letak ais batu lagi syok!

Friday, February 6, 2009

Bitagen..

Nih dah takde keje. Lunch time beli benda nih yg mmg menjadi faveret tica. huh... hari2 menanya beli tak beli tak... so aku beli stok rasa tahan beberapa hari je kot. Yg bagus stream tu dtg tiap minggu jual murah u.. 3 packet RM10. Oklah tuh... expired lg 2 bulan dia jual murah kot. hehe... tiap minggu aku jadik pelanggan setia BITAGEN nih..hihi..

Monday, December 29, 2008

Yogurt Lassi Orange

Yogurt made in home. Adikku yg membuatnya. Sedap mmg mcm Manggo Lassi yg aku suka minum masa kat UK dulu. tapi ni rasa orange.
Bahan2nyer mmg senang giler, campur semuanya dah siap sejukkan masuk icebox. Sungguh sedap diminum ketika kehausan. Perisa boleh sukahati ikut suka, kalo nak strawberry ke grape ke manggo ke apa2 je la perisa yg ada kat rumah tu. Nyummiee sangat dan very high fat okey...:)