Showing posts with label Gempa bumi dan Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Gempa bumi dan Tsunami. Show all posts

Monday, March 11, 2013

2 tahun sudah...

Hari ni genap 2 tahun peristiwa gempa bumi dan tsunami melanda Jepun pada 11.03.11. 2 tahun sudah.. huhu.. cepatnya masa tu berlalu. Peristiwa dan memori yang pasti tak akan dilupakan sepanjang hayat. Alhamdulillah semua selamat dan moga kita semua terus dilindungi. Amin..

Berlatar belakangkan Lautan Pasific di Sendai, 2 tahun yang lalu air laut ini pernah naik sehingga lebih 10 meter. 

Tuesday, July 10, 2012

Melawat kesan dan tapak Tsunami di Sendai

Hari Rabu 4 Julai 2012, kami bawa in-laws melawat kesan2 dan tapak Tsunami yang berlaku pada 11.03.11 di persisiran pantai Sendai. Walaupun banyak dah dibaik pulih tetapi kesan dan tapak masih ada lagi. Peristiwa bersejarah yang pasti tak akan kami lupakan sepanjang berada di Jepun. Walaupun tempat kami berada jauh dari tepi laut (2 jam perjalanan) tetapi kesan akibat gegaran dan gempa sangat terasa di sini. Gempa bumi bermagnitud M9 di pusat dan tempat kami M5 memang sangat terasa. Paling tak boleh lupa kehabisan bekalan makanan dan catuan petrol kenderaan. Alhamdulillah.. Jepun cepat betul recover semula tak sampai sebulan semua kembali seperti biasa kecuali tempat2 terutama bandar dan kampung yang hanyut dan terus lenyap di muka bumi... ;(
Gambar kiri atas tu ada pembesar suara untuk amaran kedatangan tsunami. Walaupun mereka dah dilatih untuk menyelamatkan diri, tapi siapalah boleh menghalang ombak setinggi lebih 10 meter melanda tempat mereka. Yang tinggal hanyalah tapak rumah, banyak jugak rumah2 baru didirikan di kawasan ini. Tapi masih banyak jugak tapak rumah yang masih kosong, mungkin tuan rumah dah tak ada waris ataupun mereka berpindah ke tempat lain.

Kami berhenti di sebuah taman rekreasi dulunya di tepi laut. Sedih jugak tengok tempat ni yang dulunya cantik, sekarang tinggal kesan2 kerosakan yang mungkin ambil masa untuk dibaik pulih. Tapi memang nampak ada usaha untuk membaik pulih kawasan ini, mungkin kerana kerajaan Jepun lebih utamakan yang asas dulu sebelum baik pulih tempat2 yang kurang kepentingan. Banyak kerugian Jepun, esp. penggunaan tenaga nuklear tu.
Kerosakan yang tak terjangka akibat tsunami. Jalan raya yang terputus tetapi dah dibuat lencongan lain. Kalau nak tengok bandar yang teruk musnah akibat tsunami dan gempa bumi agak jauh ke utara. Tapi di sini pun dah cukup untuk melihat kesan yang ada.
Sempat pulak berposing, Memang tak terjangka air laut dibelakang tu akan naik sehingga berbelas kilometer ke daratan. SubhanaAllah..
My in-laws baru ada gambar. ;) Batrisya sempat pulak main loceng kuil tu. Dulu kuil kat sini, sekarang ni cuma tinggal tiang je. Kami ke sini dah lewat petang sebab tunggu budak2 balik sekolah. Plan asal mama malas nak ikut tapi alang2 dah keluar pagi tu ikut jugaklah. ;)
Dalam perjalanan turut ternampak deretan kereta yang rosak akibat tsunami dikumpulkan di suatu tempat. Berpeluang melihat depan mata sendiri kesan kejadian alam memang menginsafkan, apatah lagi mangsa2 yang kehilangan tempat tinggal, ahli keluarga, kerja dan sebagainya. Moga kita semua terus dilindungi walau di mana berada dan terus meningkatkan ketakwaan kita padaNya. Amin..

Tuesday, April 3, 2012

Pom Poko Oyaji & Taifu

Omiyage(cenderahati) dari studio Ghibli. TQ kakak Liyana. Sedap kuih ni, budak2 pun suka. Isinya keledek yang manis. Ada rupa Totoro pulak tapi ni Pom poko tanuki (raccoon), ada movie dia dah tengok tapi tak berapa best. :D Nak makan kene ketuk2 perut dulu macam pom poko buat. :D. Omiyage kat Jepun ni semua packing cantik2. sayang nak makan, tapi dah habis pun semua kene makan.

Hari ni angin kuat melanda Jepun, keluar warning berjaga2, sebelum angin kuat seperti taufan datang hujan turun. Sekarang ni hujan dan memang angin tengah kuat kat luar tu, Batrisya takut pulak dengar bunyi angin dan pintu berlaga2. huhu. Act. ni pertembungan antara angin sejuk dan angin panas, sebelum masuknya musim bunga yang betul. Insyaallah tempat kami hanya keluar warning berwarna kuning, tapi sebelah laut keluar amaran bewarna merah. Tengok berita pun semua penerbangan dibatalkan tengahari tadi. Oh habislah sakura berguguran. Kami dinasihatkan duduk diam2 dalam rumah, tak digalakkan keluar waktu angin kuat, sangat bahaya sebab macam2 benda beterbangan. Mudah2an kami semua terus dilindungi. Amin..

Sunday, April 1, 2012

Malam Isnin 1 April 2012

Malam ni saja update guna phone. Biasanya update mesti nak letak gambar. Tapi mcamana ni kuota gambar saya kat google dah penuh. Takleh nak isi byk2 gambar lagi. Huhu.. Byk sgt gmbr sy simpan dalam akaun google ni. Nak kene update file gambar nih ataupun bayar sewa tiap tahun utk size akaun yg lebih besar. Akan difikirkan nanti. Tadi pun gmail x boleh bukak kene dapatkan verification number. Mula2 guna no phone Jepun tp tak sampai2 nombornya. Terus mintak tlg kakak guna no phone dia kat msia, kebetulan mmg tgh viber pun dgn kakak. Tak sampai 5 minit terus dapat kod number tu. Alhamdulillah boleh bukak semula gmail.

Malam ni masih kesejukan lagi. Seharian ni salji turun dengan lebat, mula2 hujan lepas tu mizore, lepas tu terus salji lebat, tebal2 pulak tu. Sampai sekarang pun masih ada tapi dah renyai2. Hari Jumaat lepas suhu dah naik sampai 15C, tak 2 hari terus menjunam semula jadi minus. Minggu ni tengok forecast mmg salji sepanjang minggu. Bertahan lagi kami dengan musim sejuk yang panjang ni. Bunga ume ke sakura ke masih jauh lagi bayangnya. Biasanya memang keluar bulan Mei nanti. Golden week yang best kat sini selain cuti panjang, boleh berhanami di bawah pokok sakura. Untung juga kami yang berada di utara Jepun ni, musim sejuk lebih panjang, musim panas yang pendek. Musim panas sini panasnya memang lebih panas dari Msia. Lega la jugak sebab nanti balik msia dah tak rasa musim2 sejuk ni. ;) Musim bunga dan luruh paling best sebab udara nyaman sangat tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Bila pertukaran musim ni biasa akan ada angin kuat. Kene hati2 jugak sebab kdg2 jadi taufan. musim demam dan bersin pun iyer jugak sebab debunga mula keluar, sape ada resdung mmg akan terasa la.

Cuti sekolah tinggal seminggu lagi. Start balik la rutin mama buat bentou(bekal) tiap pagi nanti. Batrisya dah masuk 2nen sei(tahun 2), Haziq pulak masuk kelas Bara gumi(6 tahun). Sekejap betul rasa masa tu berjalan macam tak sedar2. Tadi beli kasut sekolah Batrisya, kasut yang lama dah ketat, ketat sebab kasut, kecut mama punya pandai keringkan kasut dalam dryer, kecutlah kasut getah dia tu. Hehe.. Size kaki tak berubah tapi tadi beli yang size besar sikit. Kaki Batrisya size 20 tadi beli 20.5, kene ingat size kasut dia ni.
Tadi pun masa bukak2 file lama dalam komputer mama tengok balik video budak2 ni masa kecik. Alahai rindunya tengok aksi diorang masa kecik. Dah besar anak2 mama. Budak2 ni pun tadi gelak je tengok video diaorang. Kene banyak ambil video candid, kita memang tak sedar tumbesaran anak kita. Bila tengok2 balik rasa cepatnya masa ni berjalan, tak puas rasanya tengok budak2 ni membesar. ;)

Malam tadi baru dapat tengok Breaking Dawn. Lambat nak tunggu upload file gambar dan suara yg cantik. Lambat lagi nak tunggu part 2. Sekarang pun tengah layan episod2 Undercover boss. Cerita2 realiti mcm ni best jugak tengok. :) Tapi masih tak boleh lawan papa yg layan mcm2 siri ompotih dan jepun nih, cerita romantik dia x layan, korea ke melayu ke jauh sekali. Huhu.. Bagi cerita science fiction, thriller, mystery, penyiasatn, aksi mmg dia suka. :D

Eh panjang sudah merepek malam2 ni. Jarang sungguh saya nak menaip panjang2 ni. Bila2 boleh baca semula. Good night, oyasumi nasai. Moga tidur kita malam ni diredhai Allah. Assalammualaikum...

*update baru kejap tadi gempa bumi skala 3kuat melanda tmpt kami jam 11:04pm. Terperanjat jugak sebab dah lama yurekuru (alarm earthquake) tak berbunyi. Berpusat di Fukushima. Alhamdulillah gempa dalam 10 saat gitu. Sejak2 ni kerap jugak gempa berlaku, tapi bukan skala yang tinggi. Mudah2an kami semua terus dilindungi. Amin..

Thursday, March 15, 2012

Salji di bulan Mac

Takde keje la asyik amik gambar salji je kan. Maaf la ye sape yg boring. Baru balik ambik Haziq balik sekolah, jalan depan rumah yang hari2 lalu. Minggu lepas dah nampak jalannya, 2 hari ni memutih dan menebal balik. Ni gambar baru ambil tadi 15 Mac 2012, bukan setakat salji je tadi tapi dengan angin kuat. Sejuk menggigil2 kat luar. Tapi dah tak turun berterusan, kejap2 turun pastu panas pastu turun lagi. huhu..
Sebelah kiri tu gambar hari ahad lepas 11 Mac 2012. Sebelah kanan tu gambar hari Isnin 12 Mac 2012. Sekejap je meninggi kalau turun semalaman. Sebab tu kene tiap hari bersihkan kawasan parking, kalau hari panas takpe. Nampaknya bayangan haru(spring) masih jauh lagi. :) Nak kasi kami puas2 main salji la ni. hehe..

*Minggu ni nampak kerap pulak gempa bumi berlaku, semalam 2 kali kuat di Hokkaido (6.8) dan juga Chiba (6.1) lepas tu banyak jugak aftershock sampai pagi tadi. Tapi tiada amaran tsunami sebab 20cm je ombak sampai ke pantai. Alhamdulillah..Tempat kami rasa jugak, tapi pada magnitud yang rendah, cuma lampu goyang2. Mudah2an kami terus dilindungi. Amin..


Sempat ambil video, nak tengok yuki turun depan pintu rumah. :D

Friday, October 21, 2011

Matsushima Bay Miyagi

Kali kedua ke Matsushima Bay selepas Tsunami teruk yang melanda Miyagi Prefecture. Sebelum ni menjadi 3 pulau tercantik di Jepun. Tetapi selepas tsunami tempatnya mengalami sedikit perubahan. Tetapi keadaan bandar masih sama. Cepat betul Japanese ni bangunkan semula kawasan ni, walau bagaimanapun, Matsushima bay tak begitu teruk mengalami kerosakan disebabkan terlindung dengan pulau2 kecil dan keadaannya yang berteluk. Kami cari juga tempat2 yang terjejas, tapi semua dah dibaik pulih seperti biasa. Cuma di kedai2 diletakkan gambar keadaan kedai2 mereka semasa kejadian 110311 dulu. Kami pergi ni masa dengan Azah dan Azmi datang tempohari, terlupa nak letak sini.
Azah n family menaiki kapal persiaran, kami tak naik sebab dah pernah naik sebelum ni. Sementara menunggu  mereka kembali, kami jalan2 sekitar dan snap2 gambar Haziq dan Haqem.
Gambar untuk simpanan dan tatapan akan datang. ;)
Wordless..;-) hari ni mama tak sihat, demam, sakit tekak dan batuk. Moga cepat sembuh dan sihat. :)

Tuesday, June 7, 2011

Sampah@Gomi di Jepun

Kalau anda berada di Jepun rasanya susah nak jumpa sampah sarap bersepah2 kat sana sini. Minda mereka terhadap kebersihan alam sekitar sangatlah tinggi. Sebab tu la orang Jepun ni kurang daya tahan penyakit. Sebab terlalu menjaga kebersihan diorang senang dihidapi penyakit. Tapi kat sini susah betul nak jumpa tong sampah, kalau berkelah atau jalan2 mesti bawak balik semula sampah. Kami pun tension kadang tu nak buang sampah tapi tak ada tong. Bawak balik buang kat rumah atau pun singgah mana2 kombini (kedai 24hours) buang kat dalam tong2 yang disediakan. Nak buang pun kene asing ikut botol, tin, kaca, kertas dan sampah basah. Bagusnya walau tak ada tong sampah tapi tempatnya tetap bersih. Sebab orang2 Jepun ni dari kecil dah diajar cara membuang sampah yang betul. Contoh, tengok Haziq pun kalau makan gula2 sampahnya disimpan dalam kocek. hehe..

Disebabkan tiap2 rumah perlu buat pengasingan sampah jadi kami pun kene ikut cara mereka jugak. Semua sampah perlu diasingkan mengikut kategori, nampak macam rumit dan leceh mula2 tu, tapi bila dah lama2 kita dah biasa. Bagi bandar kami, pihak shiyakusho(city hall) membuat peraturan setiap sampah perlu diasing dan dibuang dalam plastik2 yang disediakan. Ok plastik2 ni bukan diberi percuma, kami perlu beli plastik sampah ni di pasaraya. Harga setiap helai plastik adalah 50yen. Biasa dijual satu plastik 500yen (ada 10 helai). Oh bayangkan nak buang sampah perlu beli plastik. Kene beli 3 jenis plastik bukan satu. Jika dalam ringgit perlu beli plastik sampah RM18 ataupun rm1.80 selai untuk dibuang sampah dalamnya.
Ini plastik yang digunakan untuk buang sampah2 basah, seperti makanan dan diapers. Biasanya saya akan buang sampah dalam plastik yang kecil kemudian diikat kecil baru dimasukkan dalam plastik besar ni. Penggunaan plastik ni paling kerap, sekurang2nya seminggu 3 atau 2 plastik digunakan. Sangat berjimat guna plastik sampah ni. hehe..
Ini pula plastik untuk membuang sampah2 yang tak boleh bakar, contoh tin dan botol kaca. Plastik ni jarang guna, biasa saya akan kumpul banyak2 dulu dah penuh baru buang. Jimat tak jimat tak! :D. Lagi satu tin2 dan botol2 ni perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dibuang.
Ini pula plastik untuk botol2 plastik yang boleh dikitar semula. Ini pun sama saya kumpul dulu dah penuh baru buang. Untuk minyak masak pun sama, lebihan minyak perlu dibekukan terlebih dahulu sebelum dibuang. Serbuk untuk bekukan minyak ada dijual di pasaraya. Tak boleh suka2 je nak buang dalam sinki. Tapi saya kadang tu buang kat tanah je. hehe..nasib baik duduk rumah ada tanah. ;)
Tong sampah dalam rumah untuk memudahkan pengasingan.
Untuk kotak pun sama perlu diratakan dan diikat. Untuk kotak susu perlu dibasuh sebelum diikat. Act. untuk kotak susu kami hantar kat pasaraya tempat recycle kotak susu. Rumah kami ni sehari sekotak guna susu fresh milk tu.
Sampah2 yang telah diikat akan diletakkan dalam kandang sampah ni. Kalau sampah anda tak mengikut peraturan lori sampah tak akan ambil sampah tu sampai bila2. huhu.. Sebelah kiri tu untuk sampah basah, manakala kanan tu untuk sampah yang lain termasuk kotak.
Sampah2 akan diambil mengikut jadual yang ditetapkan. Di setiap kandang akan ditampal jadual pembuangan sampah. Untuk sampah2 lain yang besar, contoh tilam, kerusi, meja dan lain2 pun kene bayar jugak. Kene beli sticker sampah mengikut size barang tu. Sticker ni pun kene beli di pasaraya. Kalau kerusi lebih kurang 200yen. Lori untuk sampah besar pun ada hari2 tertentu datang mengikut jadual. Untuk barang2 letrik pun sama, nak buang kene bayar dan agak mahal. Jadi ramailah yang berjimat cermat menggunakan barang letrik. hehe..

Kalau tengok rumah orang Jepun banyak sangat simpan barang, oh ye size rumah Jepun adalah kecil2 belaka. Susah nak jumpa rumah besar, kecuali di kampung2 macam tempat saya banyak rumah sebiji dan besar. Rumah kecil sebab musim salji tak terlalu sejuk, kalau gempa bumi strukturnya masih kuat dan dapat bertahan.
Inilah rumah kami duduk sekarang. Kami duk tingkat bawah. Sebelum ni duduk rumah kayu, sekarang rumah batu. Gempa kecil kurang rasa, tapi kalau gempa kuat rasa jugak. Kalau rumah lama tu goyang sikit je dah rasa nak lari dari rumah. Sejak peristiwa 11 Mac tempohari hingga sekarang ni gempa susulan masih banyak kali terasa. sampai dah lali sangat bila rumah bergoyang. huhu.. InsyaAllah gempa kecil2 masih boleh bertahan lagi, dan didoakan tiada lagi yang lebih buruk lagi dari haritu. Amin..

Tuesday, May 17, 2011

Hanami dan sedikit perkembangan di Jepun

Sejak balik bercuti ni peratusan untuk update blog adalah sangat menurun :). Untuk kenangan saya masukkan sedikit gambar yang sempat di ambil sewaktu Hanami tempohari bertarikh 3 Mei 2011. Kami berjalan kaki ke Uesugi Jinja, tempat pelancongan yang popular di sini. Waktu ni sakura dah hampir habis berguguran.
Sekejap je salji dah mencair, sewaktu kami pulang tempohari salji masih tebal. Balik semula ke sini hampir hijau semua tempat. Tapi masih sejuk dan kami masih memakai heater dalam rumah (pagi dan malam). Selimut tebal masih dipakai, kecuali baju sejuk tebal dah masuk kotak.
Aktiviti lari2 dan guling2. Sejak sekolah ni agak teratur jugak lah hidup. hehe..
Dah makin besar, lagi banyak aktiviti, dah tak boleh duduk diam. Masih manja dengan mama dan tak berapa nak dengan orang lain.
'Jagaimo butter' (kentang butter). Sangat sedap ni! kentang yang dikukus, diletakkan butter dan mayonis. Berharga 400yen satu.
Sakura merah jambu.
Biasanya cuti Golden week tempat ni sangat penuh dikunjungi orang. Tapi tahun ni nampaknya tak ramai pelancong. Matsuri (festival) yang biasa diadakan pun dibatalkan atau berkemungkinan diganti pada bulan Sept. nanti. Kerajaan Jepun sekarang nampaknya lebih berjimat cermat menggunakan sumber kewangan. Sekarang ni penggunaan elektrik dikurangkan terutama di pasaraya2, lampu tak dipasang sepenuhnya. Universiti dan semua pejabat pun sangat berjimat dalam penggunaan elektrik. Simpati. :) Oh ye tariff letrik juga dah naik. huhu.. kami pun terpaksa berjimat menggunakan tenaga elektrik nih.

Dua hari lepas sempat tengok rencana di tv, kisah area yang terkena tsunami dan gempa tempohari. Dalam tempoh 2 bulan banyak tempat yang dapat dibaik pulih dan kembali seperti sedia kala. Sangat mengagumkan kerja2 orang Jepun, sangat cepat dan pantas. Bangsa jepun ni sangat wajar kita contohi sikap dan cara kerja mereka. Sangat tekun dan sangat bersungguh bila buat satu kerja tu. Teringat kisah gunting rambut di salon di Malaysia tempohari dengan kedai gunting rambut di Jepun sangatlah berbeza. hehe.. Di msia sambil gunting rambut sambil boleh bercakap terjerit2 dengan tukang gunting lain, tapi di Jepun semua senyap je satu patah ayat pun tak keluar kecuali perlu. Malaysia tanah airku dan Jepun tanah tumpang ku. :D

Perkembangan di Fukushima Nuklear plant pulak, sekarang ni nampaknya pemindahan lebih meluas hingga 30km. Dua hari lepas satu kampung kene pindah setelah didapati tahap radiasi tempat mereka sangat tinggi. Sedih jugak tengok orang2 kampung terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka. Walau diberi rumah baru tapi tetap tak sama dengan rumah yang mereka dirikan sendiri. Sampai termimpi pulak teringatkan nasib orang2 disitu. huhu... Bilangan mereka yang menumpang di pusat pemindahan sementara telah berkurang tetapi masih ada lebih kurang 5000 orang lagi tiada tempat tinggal setelah habis semua rumah hanyut dan musnah. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa, paling tak tahan tengok kedai kombini 7-E tetap dibuka menggunakan lori di tapak bangunan yang runtuh. Simpati lagi.. Gambare Nippon!

*Entry ni dibuat sejak jam 9 pagi tadi tp gangguan Haqem dan kerja2 rumah jam 1 petang baru siap. ;D.

Monday, March 14, 2011

Quick update! Keadaan terkini di Jepun dan berpindah!

Alhamdulillah sangat bersyukur walau tempat kami lebih kurang 100km dari kawasan tsunami. Dalam masa sebulan ni beberapa gempa kecil akan berlaku atau aftershock. *Sambil menaip ni tiba2 rumah bergoyang2 lebih 1 minit. Kesan selepas bencana sangat terasa di sini. Stesyen minyak banyak kehabisan dan tutup. Semalam je berkilo meter orang beratur nak dapatkan minyak. Kuantiti pembelian pun dilimitkan. Bekalan makanan juga semakin berkurangan. Boleh dikatakan hampir semua rak makanan kering di pasaraya kehabisan stok. Beberapa tempat di pantai timur Jepun juga bercatu bekalan elektrik.
Antara yang paling merisaukan sekarang adalah letupan loji nuklear di Fukushima yang kira2 120km dari tempat kami. Sangat dikhuatiri dengan kesan radiasi yang disebarkan. Mana nak lari nih! huhu..
Dalam tempoh 3 hari ni rumah kami dijadikan tempat berkumpul orang M'sia di sini. Alhamdulillah dapat juga adakan solat hajat dan bacaan Yasin pimpinan bapa sorang adik di sini yang kebetulan bercuti.
Dalam keadaan tak begitu stabil ni kehidupan masih diteruskan. Kami akan berpindah rumah mulai 15hb Mac ni ke rumah lain. Semalam proses mengangkat barang dilakukan. Perancangan pindah memang dah lama. Tapi pindah pun di kawasan berdekatan lebih kurang 150meter sahaja jaraknya. Berkemungkinan blog ni akan lama bercuti. Doakan kami semua di Jepun selamat, dan jika keadaan semakin buruk atau kesan radiasi tak dapat di kawal kami akan pulang ke Malaysia tanahairku. Buat masa ni kami tak boleh bergerak keluar dari tempat ni. Minyak kereta tak mencukupi, dan beberapa jalan masih ditutup terutama highway. Doakan keadaan kembali pulih seperti sediakala. Terima kasih atas doa dan keperihatinan rakan2 di luar sana. Pengalaman bencana alam seperti ni sangat menginsafkan, semoga lebih banyak hidayah Allah berikan pada kita sebagai umatnya, hanya Doa dan tawakal pada Allah SWT agar kita semua umatnya dilindungi. InsyaAllah..

Saturday, March 12, 2011

Update Gempa bumi di Jepun! Alhamdulillah kami selamat.

Alhamdulillah buat masa ni kami di Yamagata masih selamat dan masih dalam keadaan berjaga2. Pagi ni baru ada line internet sejak terputus semalam. Termasuk line telefon dan internet 3g yang tenggelam timbul. Alhamdulillah dapat berhubung dengan keluarga di Msia dan masih dapat update status di fb. Walau bagaimanapun beberapa tempat bekalan api, air dan gas telah terputus. Alhamdulillah tempat kami masih ada bekalan, dan sedikit khuatir jika bekalan tak mencukupi. Keadaan beberapa tempat di Jepun masih sedikit kelam kabut, jalan dan highway banyak tutup. Ada 2 rakan tersangkut di Hitachi sejak semalam menunggu highway dibuka. Mereka dalam perjalanan ke Narita untuk ambil family yang dijangka tiba (walau bagaimanapun flight tersebut di arah transit ke Taiwan.)
Semalam jugak dapat berhubung dengan Kamalia di Iwate, bandar mereka terputus hubungan. Api, air dan gas terputus. Warga M'sia di sana berkumpul satu rumah dan standby dengan kereta. Dapat jugak call Hanis pagi tadi. Hanis berada di embassy dan masih selamat cuma masih tak pasti bila boleh pulang ke Sendai kerana keadaan di Tokyo masih belum stabil. Dapat update sedikit rakan2 di Sendai mereka berkumpul di pusat pemindahan sementara, bandar Sendai antara bandar yang teruk terjejas. Jarak Sendai dengan Yamagata 1 jam perjalanan.
Semalam juga adik2 di sini berkumpul di rumah kami, dan ada yang tidur di sini termasuk ibu dan bapa adik Umie yang masih trauma (rumah kami rumah bawah jika berlaku lagi boleh keluar dengan cepat, InsyaAllah). Pagi ni masih ada gegaran2 kecil dan masih dalam mood berjaga2. Mohon doakan kami semua di Jepun selamat dari sebarang bencana yang lebih teruk. Amin... terima kasih tak terhingga atas keperihatinan rakan2 yang mengenali atau tidak. Mohon doa dari kalian kami semua dilindungi. InsyaAllah..

Thursday, March 10, 2011

Puding Laici dan duniaku bergegar..

Dah lama teringin nak mencuba puding laici ni. Ingatkan puding laici berdangdut tapi puding yang keras kejung. hehe.. tukar nama jadi agar2 laici lah, mungkin sebab terkurang air. Agar2 ni cara buat dia sama je cuma tambah bahan2 yang kita nak je. Sedap berperisa laici ni, blend sekali buah laici tu bersama air dia, baru rasa manis buah tu. :) Resepi berpandukan dari kak Hanieliza. Terima kasih sudi share resepi. :)


Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....
kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah laici saja.

Kisah semalam, pertama kali merasai dunia bergegar secara kuat. Sangat takut ok! Sebelum ni memang pernah rasa la gempa bumi sejak duduk Jepun ni, tapi pada skala yang sangat rendah dalam 1 atau 2 skala ritcher. Tapi pagi semalam hampir mencecah 4. Agak lama jugak lebih kurang 2 minit dan sekejap2. Batrisya pun beritau kat sekolah semalam semua budak2 duduk bawah meja. Act. pagi tadi pun ada gegaran lagi tapi tak kuat. huhu.. agak bernasib baik tempat kami dikelilingi gunung2 dan berada jauh dari pusat gegaran. Alhamdulillah.. tak ada kejadian yang tak diingini. Cuma lebih berhati2, kadang kita tak tahu kuasa Allah. Ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari sebarang malapetaka. Amin..Doakan kami semua selamat walau di mana kami berada. :)