Showing posts with label Mak dan Abah. Show all posts
Showing posts with label Mak dan Abah. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Jyododaira Fukushima

Bersambung kisah melawat Gunung Azuma di Fukushima. Jika ke sini haruslah melawat ke Jyododaira atau kawah gunung berapi yang masih aktif di sini. Kene mendaki tangga setinggi 1707meter!
Tangganya nampak curam, selain berbatu2. hehe.. tapi nak tengok punya pasal apa ada kat atas kami daki jugak. Sampai atas tengok kawah yang sangat dalam dan curam!
Pemandangan dari atas, nampak jalan raya yang kami lalu masa datang. sayup2 je..
Gambaran sekitar kawah pada awal musim bunga. Masih ada baki2 salji yang kelihatan. Masa musim panas akan lebih kelihatan pokok2 hijau di sekitar kawah.
Berada di kawasan Bandai Asahi National Park.
Gambar mak dan abah untuk kenang2an.. :D Alhamdulillah seronok rasanya dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa.

*Syukur Alhamdulillah hari ni ada berita gembira buat sang suami. Mudah2an urusan beliau dipermudahkan. Amin..

Wednesday, July 25, 2012

Salji di Mount Azuma, Fukushima

Catatan sewaktu kedatangan mak abah tempohari. Masih ada gambar yang belum dikongsi di sini. Tarikh 9 Mei 2012, kami bawak mak dan abah ke Gunung Azuma yang terletak di Fukushima. Tempat ni terkenal dengan kawah gunung berapi yang menyerupai Gunung Fuji berskala kecil. Perjalanan naik ke atas gunung melalui kawasan gunung ganang, pemandangan yang biasa sekiranya nak keluar masuk ke Yonezawa tempat kami ni.
Kami melalui Fruits Line lebih kurang 10km di mana sepanjang perjalanan tu kiri dan kanan adalah kebun buah2an yang dimiliki orang tempatan. Sempat singgah ambil gambar kebun buah di Jepun. Waktu ni buah belum ada lagi baru nak berbunga. Antara pokok buah2an yang popular di sini adalah epal, pear, peach, sakuranbo dan anggur.
Dah separuh perjalanan, singgah sebentar ambil gambar di jambatan yang hebat ni. SubhanaAllah.. Terfikir macamana la diorang buat jambatan ni sejak tahun 1955 lagi.
Berada di stratovolcano yang masih aktif lagi.  Waktu ni masih bersalji lagi, ada juga asap2 yang keluar di situ.
Tempat ni memang dibuka kepada pelawat sepanjang musim. Bergambar lagi dengan salji!
Mak dah pandai ambil gambar peace. hehe.. Sempat jugak tulis nama atas salji. :D
Ada juga planetarium tapi tak masuk sebab nak memanjat gunung. Bersambung..;)

Thursday, July 5, 2012

Michinoku Park Sendai

Sambungan kisah selepas berjumpa salji yang lagi banyak tarikh 5 Mei 2012. Kami meneruskan perjalanan ke Sendai Miyagi untuk ke Michinoku Park ni. Waktu ni ada Flower Festival haruslah bawak mak yang suka sangat dengan bunga datang melawat. Flower festival ni hanya bermula pada awal April hingga awal Mei sahaja.
Memang taman ni dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, yang pasti waktu ni Tulip paling banyak, tapi banyak yang dah terlebih kembang.
Ramai sangat orang waktu ni. Masa nak masuk park ni terpaksa menempuh traffic jam hampir 1 jam. Dan ada orang tu hampir 2 jam. hehe.. Budak2 suka sangat la main air lagi2 cuaca agak panas waktu ni.
Bunga yang pelbagai dan sangat cantik!
Gambar kenangan, ada berpuluh tudung kat rumah ni, tapi yg biru ni tetap menjadi keutamaan depan camera. hehe..
Lautan bunga ni sangat cantik. Taman ni sangatlah besar, macam2 aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami pun tak jelajah habis. Selain taman bunga, taman permainan, campsite, home village, ada juga Lakeside untuk menaiki bot dan sampan.Tiket masuk ke dalam ni 400yen dewasa dan 80 yen kanak2 bersekolah.
Model ni je yang sudi bergambar. yang lain semua sibuk nak main je.
Tulip yang masih segar, geram lagi rasa macam nak petik bawak balik je. hehe..
Taman permainan yang luas dan macam2 jens permainan yang ada. Suka betul budak2 lompat atas trampoline ni. Akhirnya kat sinilah saya bertemu dengan Cik Puan Kamalia dari Iwate yang sedang mencekak pinggang. hehe.. (gomen cik puan gambar curi. ;D) Waktu ni dah lewat petang, dapat sembang2 pun tak berapa nak lama. Terima kasih atas hadiah special untuk aii dan juga roti pita yang sedap sungguh. Nak bergambar pun tak sempat, bertemu lagi kita ye. Minggu lepas pun baru jumpa lagi. Lama betul peram story. ;D
Perjalanan pulang menuruni gunung. Dapat melihat pemandangan pokok2 dalam hutan yang baru nak tumbuh daun2 hijau muda selepas musim sejuk. SubhanaAllah, bersyukur kami masih dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Alhamdulillah.. :)

*Selamat bepuasa dan menikmati juadah berbuka hari ni bagi yang berpuasa sempena Nisfu Syaaban. Moga amalan kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin..

Wednesday, June 27, 2012

Gerai di Uesugi Jinja

3 Mei 2012. Lepas bawa tengok festival perang2 tu, kami bawa mak abah ke gerai2 sempena festival tu di Uesugi Shrine. Inilah tempat yang wajib kami bawa jika ada org dtg melawat ke sini. Masa ni baru bawak budak2 sebab dekat dengan rumah. Memang tak bawak ke tempat festival perang2 tu sebab hujan dan ramai orang..
Macam pasar malam, gerai2 menjual makanan dan permainan. Makanan Jepun yang biasa terdapat di gerai2 ni macam takoyaki, okonomiyaki, yaki niku, sotong bakar, yaki soba, candy, kaki gori, konyaku dan macam2 lagi. Segan nak amik gambar makanan orang tak ramai. hehe..
Sakura pink yang masih berkembang, bila hujan cepat bunganya gugur. Lepas tu kami bawa mak abah makan sushi, boleh la makan tapi sorang 2 pinggan je. :D
Kami lalu di tepi sungai nampak pokok sakura putih yang cantik! Waktu ni air sungai sangat la deras dan tinggi, ini disebabkan salji yang mencair dari atas gunung dan hujan yang turun berterusan. Nasib baik tak banjir. ;)

*Selamat jalan jiran rumah atas yang dah balik Taiwan pagi tadi. Semalam datang rumah kali terakhir, kot2 pergi Taiwan ada la kawan nanti. :D
*Selamat jalan jugak my bestie Azila yang dah pulang ke Malaysia untuk bersalin. InsyaAllah jumpa lagi nanti. miss u already.. :)

Monday, June 25, 2012

The Uesugi Festival - Golden Week 2012

Tarikh 3 Mei 2012, sewaktu cuti Golden week tempohari, Festival Uesugi yang tiap tahun diadakan di sini. Rezeki mak abah lagi dapat tengok festival pulak di Jepun. Tapi hujan la pulak haritu, walaupun hujan festival tetap diteruskan dan orang pun tetap ramai. Waktu ni Sakura masih ada lagi, cuma banyak yang dah gugur kerana hujan. 2 tahun yang lepas waktu festival ni sangatlah best dengan sakura yang berkembang cantik dengan cuaca yang nyaman dan panas. Waktu tu lagi bersesak2 orang. Sepanjang laluan adalah pokok sakura yang sangat cantik bila berbunga.
The Battle of Kawanakajima. Perang zaman Sengoku antara tentera Uesugi Kenshin dan Takeda Shingen. Tiap2 tahun tengok perang dan costume yang sama, tapi masih tak boring tengok. hehe.. cuma tahun ni terlepas nak tengok perarakan. Tak pasti ada ke tak sebab hujan.
Kalau ingat entry saya tentang tembakan yang mengenai penonton, memang saya dah fobia dengan bunyi tembakan. Tahun ni memang acara tembakan tu dibatalkan di tempat lama, tetapi acara tu telah dialih dan dibuat di tempat peperangan pulak. Isk.. takpelah yang penting jauh dari penonton. Tengok pakcik tu pegang senapang saya dah tutup telinga dan tak tengok. Kejadian tahun lepas tu masih teringat2 lagi.
Abah suka la tengok, mak saya hehe.. dia tak suka la pulak. Mak lagi suka tengok bunga, perang2 ni dia tak minat. Lagi satu al maklum la dulu2 kan kita pernah dijajah oleh Jepun, jadi rasa tak suka kat Jepun tu memang ada la, mak selalu cerita tentang arwah datuk yang didera oleh orang Jepun sebab jual beras dan makanan kat orang kampung. huhu.. tapi zaman dah berubahkan. Sekarang majoriti orang jepun ni baik2 belaka. ;)

*Hari ni sejuk ya amat, rasa menggigil duk dalam rumah. Maybe duduk dalam rumah je kot, kat luar tu nampak panas, tapi angin yang bertiup sangatlah kuat dan sejuk. Kene tutup tingkap dan pintu. Masih spring lagi kami di sini. :D

Tuesday, June 19, 2012

Jumpa Salji yang lagi banyak!

Tarikh 5 Mei 2012. Sepanjang mak dan abah 2 minggu di sini, tiap hari kami bawa keluar jalan2, memang manfaatkan tiap hari yang ada tu untuk melawat tempat2 yang mampu kami bawa. Hari seterusnya selepas bawa ke ladang tulip, kami naik ke atas gunung Zao pula. Act. tujuan asal nak bawa main salji dan tengok kawah gunung berapi (Zao Okama Lake) yang selalu kami pergi, tapi sebab abah tak tahan sejuk dan waktu tu memang berkabus tebal, dapat duduk luar sekejap je. Kawah pun tak bukak lagi waktu ni sebab salji masih tebal dan berkabus memang tak nampak apa. Waktu yang sesuai nak pergi adalah pada musim panas.
Mak yang steady je tahan sejuk, abah yang tak tahan sebab pakai baju nipis je. hikhik.. Mak pun ada tulis nama kat salji tu buat kenangan. ;D Waktu ni angin kuat, sejuk memang tak terkata, dapat kejap2 keluar ambil gambar pun ok. Kat sini ada jugak nampak orang main snowboard.
Sepanjang perjalanan dalam kereta, salji masih lagi tebal dan tinggi, pada musim sejuk jalan ni di tutup untuk laluan kenderaan. Masa kami lalu ni baru minggu pertama jalan ni dibuka. Zao ni terletak di Miyagi Ken dan merupakan sempadan antara Yamagata dan Miyagi.
Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dari rumah  ke sini. Berada di atas gunung sangatlah sejuk suhu 2C waktu tu. Bila turun bawah terus jadi panas. Nampak kat gambar tu awan dekat betul dengan kami dan sayup je nampak bandar di bawah. Misi seterusnya kami menuju ke Sendai untuk aktiviti seterusnya dan berjumpa dengan seseorang! hehe..
*Terima kasih auntie Ami dan uncle Aki bagi budak2 coklat dari Disneysea. Selamat ulangtahun juga buat Ami moga terus dirahmati. Seronok berjiran ngan Ami hari2 bertukar2 kuih. hihi..
Eh thanks jugak buat Hanis tempohari sebab bagi coklat Disneyland jugak kat budak2 ni, tak sempat nak bergambar dah habis, Hanis kata nak bagi masa kakak dia dtg dulu, tapi tak sempat ke Yamagata, masa dtg haritu baru dapat bagi. Terima kasih keduanya atas tanda ingatan pada anak2 ahkak ni. Alhamdulillah.. ;D

Monday, June 18, 2012

Yamagata Castle

Masih banyak lagi gambar2 yang nak dikongsi di sini. Mana yang sempat saya buat dulu. Lawatan ke  Istana lama Yamagata pada 10 Mei 2012. Waktu pergi ni dah minggu persekolahan, jadi Haqem je ikut. Boleh kata setiap ken/negeri di Jepun ada Istana lama yang masih dikekalkan dan dijadikan muzium.
Berkesempatan bawa mak abah tengok Istana lama ni dan bekas2 peninggalan kota lama yang masih dijaga dengan baik. Istana yang dibina pada tahun 1356 pada zaman Edo di asaskan oleh Shiba Mogami menempatkan pusat pemerintahan Tokugawa Shogun yang memerintah selama beberapa tahun dan akhirnya musnah akibat peperangan. Kini dibina semula sebagai sejarah di Yamagata Jepun.
Muzium yang menceritakan kisah dan sejarah Yamagata serta tempat2 dan festival2 yang menarik setiap tahun di Yamagata.
Taman Jepun yang sememangnya cantik dijaga setiap masa. Masuk adalah percuma, ramai jugak nampak warga2 yang berusia melepak di sini. ;)
Haqem main sorang2 je, abang dan kakak sekolah waktu ni. Antara bekas2 sejarah, batu yang digunakan untuk membina istana ni. Sangat kagum dengan orang zaman dulu2 ni, boleh bina bangunan besar2 tanpa alatan moden.
Lepas jalan2 istana lama kami bawa mak dan abah makan Soba yang popular di Yamagata. Ada ambil gambar guna phone tapi tak tau simpan folder mana, banyak sangat dah folder gambar, tak sempat la nak cari. hehe.. nnti2 dah jumpa saya simpan di entry ni. Hari ni bz sikit, akan bw blog kawan2 petang nanti. InsyaAllah.. terima kasih pada yg sudi baca entry saya. ;D

Thursday, June 14, 2012

Bunga Tulip di tepi jalan

Gambar tulip tak habis lagi. Selepas keluar dari ladang Tulip yang luas tu, kami berhenti di kawasan rehat tak jauh dari ladang tulip tersebut. Act. kawasan ni sangat luas, sana sini memang akan kelihatan bunga tulip yang ditanam sepanjang jalan dan juga di kawasan taman.
Antara tulip yang ditanam di tepi jalan raya. Sememangnya nampak sangat indah! Kalau tak sebab hujan sekejap2 mau saya berjalan kaki je kat tepi2 jalan ni dan masuk dalam taman kawasan ni.
Kami berhenti rehat dan lunch dengan bekalan di rumah rehat yang disediakan di taman ni. Taman dalam hutan sangat cantik dan nyaman sekali. Kalau ikut peta banyak lagi bunga tulip yang ditanam di kawasan ni, tapi sebab basah (malas bawak budak2) kami tak jalan jauh masuk taman ni.
Singgah lagi di taman tepi jalan, berhenti sebab nak ambil gambar Haqem pulak. Masa kat ladang tulip Haqem tidur. Happy sangat la dia dapat jalan2 tengok bunga. Sangat la susah nak ambil gambar budak2 ni. hehe..
Kakak Batrisya yang memang rajin sangat layan Haqem, ntah apa la Haqem tunjuk masa tu. Nasib baik tak teringin nak petik bunga tulip tu kan. hihi..
Nanohana yang turut mengindahkan kawasan sekitar taman. Musim bunga adalah musim yang paling indah dan best sekali. Selain cuaca yang masih belum panas dan nyaman, alam sekeliling pun cantik dengan pelbagai bunga yang berwarna warni. Jenis2 bunga yang keluar pada musim bunga pun berbeza mengikut minggu. Selepas habis tulip, bunga lain yang ditunggu2 pada musim bunga adalah bunga Ros!

Wednesday, June 13, 2012

Ladang Tulip - Musim Bunga, 3 Mei 2012

Masih cerita sebulan yang lalu, sebab banyak sangat gambar terpaksa dibuat berperingkat2 sebagai catatan dan memori kami. Sekarang dah takde musim tulip. Bunga tulip hanya hidup lebih kurang 2 hingga 3 minggu pada awal bermulanya musim bunga. Disebabkan tempat kami berada jauh di utara Jepun, musim bunga bermula pada pertengahan April.
Selepas berjumpa salji kami teruskan perjalanan ke ladang Tulip yang sangat luas ni. Alhamdulillah memang rezeki mak dan abah datang ke Jepun waktu ni, selain dapat jumpa bunga Sakura yang hidup seminggu dalam setahun dapat juga melihat bunga tulip yang cantik ni. Mak saya memang sangat gembira, bunga memang kesukaannya! Senyum saja amik gambar, mak kata rasa nak tidur je atas bunga2 ni. hehe.. kalau lah boleh tanam dan hidup cantik di Malaysia dah berbakul2 benih mak nak beli. Itupun dah berapa jenis benih bunga mak beli bawak balik (tapi tak tanam lagi). Kene beli bunga yang boleh hidup dengan cuaca panas di Malaysia.
Abah pun suka, tapi hari kami datang tu baru lepas hujan, dan hujan sekejap2. Tak berapa puas nak ambil gambar. Waktu ni Haqem tidur dalam kereta, papa yang jaga, tak bawak keluar sebab hujan.
SubhanaAllah, sungguh cantik dan indah ciptaanNya. Memang terpegun dan bersyukur dapat tengok bunga dan ladang tulip yang cantik sebegini.
Geram sangat tengok tulip yang cantik ni, kami datang memang tepat pada masanya sedang elok bunganya hidup. Oh sebenarnya waktu ni ada Festival Tulip, ladang ni memang dibuka khas untuk orang ramai pada cuti panjang Golden Week tempohari.
Sangat cantik! Rasa nak petik2 bawak balik rumah. ;D Warnanya yang pelbagai dan tersusun kemas memang sangat indah!
Ada lebih kurang 800,000 ribu tulip yang ditanam dari 60 jenis tulip yang ada. Sepatutnya ada disediakan helikopter untuk pengunjung ambil gambar dari atas tetapi faktor cuaca yang hujan sekejap2 waktu tu terpaksa dibatalkan.
My Tulips model! (esp. my mom!) ;D
Ladang Tulip ni terletak di Nagaike Ikoi no Mori Park,Tainai Niigata. Selain ditanam pokok tulip ni pun ada dijual kepada pengunjung dengan harga yang sangat murah!
Saya sangat puas hati Alhamdulillah.. akhirnya berpeluang jugak ke ladang tulip yang luas selepas terkilan tak dapat sampai di Keukenhof (taman bunga terbesar di dunia) sewaktu berkunjung ke Belanda pada musim bunga tak lama dulu. Sepanjang perjalanan memang banyak sangat ladang2 tulip yang ada di kawasan ni. Selain tu rumah2 persendirian pun banyak tanam tulip ni dan nampak sangat cantik. Tapi pemandangan sebegini hanya dapat di lihat sekali dalam setahun. Bersyukur masih berpeluang melihat keindahan musim bunga di sini. :-)