Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Bubur Lambuk versi Mak

Dari kecik sampai la kahwin tiap kali bulan puasa mak mesti masak bubur lambuk atau bubur pedas sebagai judah berbuka. Kami sekeluarga memang tak makan nasik waktu berbuka. Selain bubur dan juadah sampingan mak mesti masak lauk lain untuk makan dengan bubur. Masa dulu suka sangat makan bubur dengan asam pedas. Rumah kami tiap minggu wajib la makan asam pedas. Mak masak memang ikut selera abah yang suka bubur lambuk time bulan puasa dan masakan feveret abah asam pedas. Begitulah isteri Mithali ikut perut suamikan! hehe.. macam saya jugak sekarang ni sejak kawin kene ikut perut suami la pulak yang tak boleh makan pedas, dan berbuka haruslah makan nasik. huhu.. terus berubah gitu. Tapi resepi turun tumurun mak ni tetap saya ingat sebab dulu kadang2 tolong mak masak kat dapur. Rindu kat mak walau tiap2 malam berborak kat skype. Sambil tu confirmkan balik resepi sebab dah lama tak masak. :D Bubur lambuk ni jumpa time bulan puasa je. hehe.. Lagi satu rindu betul nak makan bubur pedas, lama sangat tak makan, rempah bubur pedas ni dapat kat Sarawak je.
Untuk puasa tahun ni dah 2x saya buat, dua kali buat memang untuk makan ramai2 waktu moreh. Bahan basic yang biasa ada dalam bubur lambuk daging dan kacang tanah. Tapi xde stok kacang tanah guna kacang merah je. Mak kata ok je nak letak apa pun. Saya simpan kat sini resepi bubur lambuk mak saya. Terima kasih emak ku sayang. :D

Bahan2,
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1 cawan daging yang dipotong kecil
  • 1 senduk minyak sapi
  • 1 cawan mix vegetables.
  • 1 genggam udang kering
  • 7 biji bawang merah (saya guna sebiji bawang holland besar)
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Air secukupnya untuk bubur
  • Garam dan serbuk perasa
Cara2, 
  • Basuh beras dan toskan
  • Blend bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering
  • Tumis dengan minyak sapi hingga kekuningan
  • Masukkan daging masak sebentar
  • Masukkan beras dan kacang
  • Gaul sebati masuk mix vege, air dan garam
  • Tutup periuk hingga bubur masak. 
*Stok kuih raya dan kerepek2 dah sampai semalam. Syoknya dapat makan kuih raya. Nak buat tak sampai seru lagi. hehe... terima kasih mak abah poskan kuih raya buat kami. love both of u..

Sunday, August 14, 2011

Bubur Kacang Merah

Kalau di tempat kami memang tak jumpa kacang hijau, nak beli kene beli online sekali makanan halal. Paling banyak dijual kacang merah. Nak menghabiskan stok stok kacang merah ni dah dekat setahun tak habis2. Buat banyak sekali untuk moreh. Eh tak catat pulak menu berbuka  hari ke 12 haritu buat nasi minyak, ayam masak merah, dalca, popia goreng dan bubur kacang merah ni. Jumaat lepas ada jamu rakan Indonesia berbuka di rumah. Semalam pulak puasa ke 13, kami ada jamuan berbuka bersama2 adik2 di sini. Menu semalam nasi lemak, ayam masak merah, dan kuih muih. Dengan rajinnya semalam buat 3 jenis kuih, karipap, donut, puding kastad jagung dan juga bubur lambuk buat moreh. Catat untuk kenangan akan datang. :)

Resepi bubur kacang ni sama je dengan mana2 bubur kacang, tak ada sukatan semua masak ikut rasa dan sukatan sendiri je. hehe..  tapi basic untuk setiap bubur mesti ada kacang, santan, gula dan sedikit garam. Saya seperti biasa gunakan susu fresh. Dah lama tak guna santan kat rumah nih. Lama tak makan bubur kacang hijau, banyak2 bubur, bubur kacang hijau tetap menjadi pilihan no. 1. :D

Tuesday, April 13, 2010

Bubur Jagung Sagu

Minum petang dengan bubur jagung. Batrisya memang suka jagung. Act. sagu tu ada sikit, adik yg balik mesia tu bagi. Nak buat kuih sagu tak cukup pulak, last2 buat bubur ni campur sekali. Sagu ni warna hijau, dah jadi hijau buburnya. hehe..

Bahan-bahan
1 tin jagung
2 cawan susu segar (atau 1 tin santan)
1/2 cawan gula (ikut manis masing2)
2 sudu gula merah
sedikit garam
1/2 cawan sagu

Cara-cara,
- Masakkan semua bahan atas api sederhana kecuali sagu.
- Setelah mendidih masukkan sagu, kacau hingga sagu nampak jernih.
- Sedia untuk dimakan.

Friday, October 30, 2009

Bubur Kacang Hijau

Bubur kacang hijau mmg paling faveret dari bubur yg lain. Act ni kali kedua buat sejak duk sini. Kacang hijau beli masa kat Ueno tempohari. Sib baik dapat gak makan, hehe.. Resepi sume org tau kan. Cuma yang ini guna fresh milk, jarang sekali masak apa pun guna santan. Mmg sejak duk sini masak apa guna fresh milk. Stok fresh milk mmg tak putus kat rumah ni. Bukan takde santan tp guna susu kotak paling cepat prosesnye. hehe..