Showing posts with label Salji. Show all posts
Showing posts with label Salji. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Jumpa Salji yang lagi banyak!

Tarikh 5 Mei 2012. Sepanjang mak dan abah 2 minggu di sini, tiap hari kami bawa keluar jalan2, memang manfaatkan tiap hari yang ada tu untuk melawat tempat2 yang mampu kami bawa. Hari seterusnya selepas bawa ke ladang tulip, kami naik ke atas gunung Zao pula. Act. tujuan asal nak bawa main salji dan tengok kawah gunung berapi (Zao Okama Lake) yang selalu kami pergi, tapi sebab abah tak tahan sejuk dan waktu tu memang berkabus tebal, dapat duduk luar sekejap je. Kawah pun tak bukak lagi waktu ni sebab salji masih tebal dan berkabus memang tak nampak apa. Waktu yang sesuai nak pergi adalah pada musim panas.
Mak yang steady je tahan sejuk, abah yang tak tahan sebab pakai baju nipis je. hikhik.. Mak pun ada tulis nama kat salji tu buat kenangan. ;D Waktu ni angin kuat, sejuk memang tak terkata, dapat kejap2 keluar ambil gambar pun ok. Kat sini ada jugak nampak orang main snowboard.
Sepanjang perjalanan dalam kereta, salji masih lagi tebal dan tinggi, pada musim sejuk jalan ni di tutup untuk laluan kenderaan. Masa kami lalu ni baru minggu pertama jalan ni dibuka. Zao ni terletak di Miyagi Ken dan merupakan sempadan antara Yamagata dan Miyagi.
Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dari rumah  ke sini. Berada di atas gunung sangatlah sejuk suhu 2C waktu tu. Bila turun bawah terus jadi panas. Nampak kat gambar tu awan dekat betul dengan kami dan sayup je nampak bandar di bawah. Misi seterusnya kami menuju ke Sendai untuk aktiviti seterusnya dan berjumpa dengan seseorang! hehe..
*Terima kasih auntie Ami dan uncle Aki bagi budak2 coklat dari Disneysea. Selamat ulangtahun juga buat Ami moga terus dirahmati. Seronok berjiran ngan Ami hari2 bertukar2 kuih. hihi..
Eh thanks jugak buat Hanis tempohari sebab bagi coklat Disneyland jugak kat budak2 ni, tak sempat nak bergambar dah habis, Hanis kata nak bagi masa kakak dia dtg dulu, tapi tak sempat ke Yamagata, masa dtg haritu baru dapat bagi. Terima kasih keduanya atas tanda ingatan pada anak2 ahkak ni. Alhamdulillah.. ;D

Tuesday, June 12, 2012

Jumpa Salji..

3 Mei 2012. Hari berikutnya kami bawa mak dah abah ke Niigata untuk ke ladang Tulip. Sepanjang perjalanan tu salji masih banyak berada di kiri dan kanan. Kami melalui kawasan lereng gunung yang masih dipenuhi salji. Suhu waktu ni masih di bawah 10C.
Ada pokok sakura di tengah2 hutan. Act. banyak jugak jumpa sakura di hutan lereng gunung, memang nampak sangat cantik! Kami tak pergi sampai bandar Niigata cuma sempadan antara Niigata dan Yamagata. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari rumah.
Berhenti sekejap tempat rehat dan ambil gambar.  Salji dah keras dan comot, tapi masih sejuk! Haqem je yang nak ambil gambar, Haziq dan Batrisya duduk dalam kereta sebab sejuk. Tengok gambar ni terasa sejuk pulak, tapi memang tengah sejuk pun minggu ni suhu mendadak turun, suhu paling rendah 12C dan suhu tinggi minggu ni 20C! Sekarang pun angin tengah kuar di luar. Hari Sabtu tempohari bermula musim hujan sebelum masuk musim panas (summer) beberapa minggu lagi! ;)

Wednesday, April 18, 2012

Cek Mek Molek dan salji..

Minum petang dengan cik mek molek. Hari Ahad biasanya akan ada jualan secara borong di pasaraya berdekatan rumah. Biasanya barang makanan la, minggu ni dapat beli ichigo/strawberry 4 paket dengan harga 580yen sahaja, biasanya sepeket tu 398yen. Budak2 dalam rumah ni memang suka makan buah, lepas beli tu sekali hadap 2 paket terus makan termasuk mama sekali. Dapat jugak keledek satu bekas besar dengan harga 500yen, 3kg rasanya satu bekas tu. biasanya sebiji dijual dengan harga 98yen (ikut musim). Ini dapat 9 biji saiz besar, puas hati 2 hari ni makan cek mek molek. Ni kuih kegemaran papa, hari2 buat pun papa suka, hehe..  Tapi saya tak suka tiap kali goreng mesti la gula dalam tu terkeluar. Agak2 ada petua atau cara tak supaya gula dalam tu tak mencair bila digoreng? :D Resepi semua orang tau kan, rebus keledek tu letak tepung sikit, intikan dengan gula dan goreng. :-)
18 April 2012, 2:45pm. Hari ni panas, minggu ni dah mula menyidai baju di luar rumah. Tapi dalam rumah kami masih pasang heater, tapi letak suhu rendah je, pagi2 dan malam suhu masih sejuk bawah 10C. Salji dah  nak habis mencair, tapi bunga sakura masih belum muncul lagi. Kebiasaannya memang awal Mei sakura di sini akan kembang mekar. Lepas ni bertabahlah pula dengan musim panas yang bakal tiba.. ;)

Friday, April 6, 2012

6 April 2012

Hari ni Batrisya memulakan sesi persekolahan yang baru, dah masuk Tahun 2. Tamatlah haru yasumi (cuti musim bunga). Dapat sensei baru, sensei masa Tahun 1 dulu dah berpindah ke sekolah lain. Pagi2 dah kene sediakan bentou(bekal) macam biasa. Esok (Sabtu) pun sekolah jugak tapi sampai jam 12 tengahari tak perlu bawak bentou. Esok pun Haziq start sekolah sampai jam 12. Isnin Batrisya cuti tapi Haziq sekolah, Selasa onwards dah macam biasa balik ikut jadual harian. Sesi kali ni Haziq pergi sekolah dengan papa naik basikal, dah tak naik bas sekolah. :D
Dari pagi tadi yuki(snow) turun tak berhenti dan sangat lebat. Biasanya sebelum musim bunga tiba sehari tu akan turun salji yang sangat lebat tanda penamat winter. Tak tahu lah hari ni ke last salji turun, tapi tengok tenki esok pun turun lagi. Alhamdulillah masih berkesempatan melihat salji turun depan mata, saya mmg suka sangat tengok salji yang turun SubhanAllah mmg sangat cantik dan mendamaikan. :)

Share video pagi tadi jam 11:30pagi.

Untuk kenang2an..

*Salam Takziah buat rakan kami Amy dan Azhar yang berada di Sheffield UK atas kehilangan anak ketiga mereka yang berusia 3 tahun semalam. Moga mereka tabah dan Syurgalah tempat anak kecil itu. Al-Fatihah..

Wednesday, March 28, 2012

Belum habis lagi..

26 Mac 2012. Berterusan naik sampai 10cm. Tapi hari ni hujan dan mencair, dah ambil gambar saje nak letak kat sini. hehe..

*Sayonara adik2 dan rakan2 yang pulang ke Malaysia hari ni. InsyaAllah panjang umur bertemu lagi. ;)

Wednesday, March 21, 2012

Ski Training

Cuti sekolah dah bermula kena la ada aktiviti dengan anak2 ni. Sekolah Batrisya dah habis kelas ski jadi dah boleh main dekat skijou berdekatan rumah. Sementara masih winter ni bawak Batrisya puas2 main ski. Nasib baik dekat je skijou dengan rumah, lebih kurang 1/2 jam perjalanan je.
Masih ramai orang main snowboard dan ski. Kami datang hari biasa parking percuma tapi weekend parking kene bayar. Oh ye kat sini la mama main snowboard tempohari. Gambar yang pagar merah keliling tu tempat kanak2 training ski.
Haziq dan Haqem main sori je la. Memang best meluncur laju je.
Basic semua dah tau, tapi masih amatur lagi. Kat Msia nanti takde sukan ni ye Batrisya. Pengalaman kat sini je la kan. :)
Haqem suka betul dapat main kat luar. Lari sana sini, berapa kali jatuh la budak ni.
Haziq pun nak try ski kakak, tapi tak boleh la kan sebab size tak sama, kene training dulu baru boleh main.
Lebih kurang 2 jam, masing2 dah kepenatan. Masa turun tu memang best meluncur laju je, tapi bila nak mendaki balik tu yang penat.
Dah lewat petang jom pulang. Nanti datang lagi. :D

Batrisya meluncur

Masa ni la nak jatuh. sakit oh!

Cara nak naik bukit. :D

Thursday, March 15, 2012

Salji di bulan Mac

Takde keje la asyik amik gambar salji je kan. Maaf la ye sape yg boring. Baru balik ambik Haziq balik sekolah, jalan depan rumah yang hari2 lalu. Minggu lepas dah nampak jalannya, 2 hari ni memutih dan menebal balik. Ni gambar baru ambil tadi 15 Mac 2012, bukan setakat salji je tadi tapi dengan angin kuat. Sejuk menggigil2 kat luar. Tapi dah tak turun berterusan, kejap2 turun pastu panas pastu turun lagi. huhu..
Sebelah kiri tu gambar hari ahad lepas 11 Mac 2012. Sebelah kanan tu gambar hari Isnin 12 Mac 2012. Sekejap je meninggi kalau turun semalaman. Sebab tu kene tiap hari bersihkan kawasan parking, kalau hari panas takpe. Nampaknya bayangan haru(spring) masih jauh lagi. :) Nak kasi kami puas2 main salji la ni. hehe..

*Minggu ni nampak kerap pulak gempa bumi berlaku, semalam 2 kali kuat di Hokkaido (6.8) dan juga Chiba (6.1) lepas tu banyak jugak aftershock sampai pagi tadi. Tapi tiada amaran tsunami sebab 20cm je ombak sampai ke pantai. Alhamdulillah..Tempat kami rasa jugak, tapi pada magnitud yang rendah, cuma lampu goyang2. Mudah2an kami terus dilindungi. Amin..


Sempat ambil video, nak tengok yuki turun depan pintu rumah. :D

Monday, March 12, 2012

Salji lagi..

Gambar untuk kenangan anak2 nanti. Tarikh 11 Mac 2012. Hari minggu kalau tak ke mana2, aktiviti budak2 ni main kat luar. Semalam siang hari panas, tapi malam tadi salji turun dengan lebatnya, tapi pagi ni dah mencair sikit sebab suhu tinggi dan ada matahari, tapi kejap2 tadi pun ada light snow.
Main kat belakang rumah je pun, salji dah keras jadi ais nak buat bentuk apa2 pun tak best sebab ia mencair.
Tapi boleh lagi nak main sori, sebelum ni papa buat bukit tinggi tapi ni bukit dah mengecil, hehe..meluncur masih laju tapi dah tak panjang.
Tempat parking, boleh muat 3 biji kereta je. Ini ok la sebab dah panas, masa bulan 1 dan 2 tempohari, tiap kali salji turun salji sama tinggi dengan kereta. sebab tu tiap kali salji turun kene cepat2 bersihkan kalau tak lagi susah nak gali salji. Parking free je takde air mengalir macam kat sini. :D
Bila hari panas, salji mencair kat atas bumbung rumah, habis la basah keliling rumah macam air hujan. Masa main ni pun habis baju seluar semua basah. Lagi best main masa salji baru turun, saljinya lebih lembut dan senang dibersihkan. Salji kawasan ni hingga awal April baru habis mencair, itupun nasib2 jugak, kadang2 pertengahan April pun masih turun lagi.
Salji yang tinggal, boleh buat ice ball je, hehe.. budak2 ni kata dango (kuih jepun). Nak buat yuki daruma malas sebab salji keras jadi berat.
Teknik berjalan atas salji. Mama jalan banyak yang tenggelam, kene jalan laju2. hihi..  Haqem takde main kat rumah dengan papa, malas nak basahkan baju dia. Ok jom balik. :D
Mata ne.. (Jumpa lagi..)

Saturday, March 10, 2012

Video Yuki Hatago Mt Gassan

Video untuk simpanan dan rujukan akan datang. Video ambil bnyk tapi semua simpan dalam hard disk. Bila masa la nak tengok semula. :D




















Friday, March 9, 2012

Festival Salji yang terakhir..

Musim salji yang dah hampir berakhir, kami sempat jugak tengok festival salji ni. Pergi hari Sabtu lepas, bawak budak2, minggu sebelum tu tak dapat pergi sebab Haziq ada konsert. Sejuk.. tp dah pakai baju tebal tu kurang la sejuknya. :D
Mama geram dengan Haqem, kan sepanjang jalan tu ada lilin, dia boleh singgah tiap lilin tu lepas tu padamkan api, padam guna glove dia je pulak tu. Sebab dia tak rasa panas tu yg kemain syok dia buat. Kene la mama pasang balik lilin kat jalan tu.
Ini kat dalam Igloo pun sama, pantang nampak api kat lilin tu. Kene la pegang dia selalu. TQ kakak Batrisya tolong jaga Haqem. :D
Dalam Igloo ni dipamer gambar orang kampung kawasan ni zaman dulu. Memang kagum tengok sejarah awal penubuhan kampung di lereng gunung ni dulu. Tu papan tanda sekolah zaman dulu.
Salji yang kejap turun kejap berhenti, suhu waktu ni -5C.
Dalam bangunan salji ni ada macam2 iklan yang sponsor festival ni.
Best sangat, macam2 bentuk ukiran yang dibuat pada dinding salji.
Totoro pun ada, dalam bangunan salji ni pun ada kedai2 jual makanan, tak dpt amik gmbar org ramai beratur beli makanan. Saiz dia tak la besar macam dalam igloo, tapi masih boleh masuk macam lorong. Ada tempat duduk untuk makan dalam bangunan salji ni.
Kayu api tu menarik, tapi bila angin tiup bahaya percikan api tu. Ini dalam bangunan salji yang menggunakan cahaya LED.
Wayang pun ada, ada letak 3 skrin putih, video dan gambar2 yang ditunjuk masa pembinaan bangunan salji ni. Memang menarik sangat. Puas hati dapat merasa pengalaman duduk dalam rumah salji, sejuk tetap sejuk tapi memang kagum tengok hasil kreativiti orang Jepun yang buat semua ni. :)
Sekadar catatan memori dan pengalaman buat kami di sini. Alhamdulillah.. :)

Thursday, March 8, 2012

Juhyo (Snow Monster)

Masa ni tak berapa nak jadi lagi, gambar ni dah lama 23 Disember tahun lepas. Juhyo ni pokok yang diselaputi salji, menjadikan pemandangannya sangat unik sekali. Maklumat lanjut dan gambar yang cantik boleh tengok kat sini. Bertempat di Yamagata, Zao Onsen.
Masa papa pergi ni dengan satu Family Msia. Bawak jalan2 sekitar Yamagata. Masa ni snow baru turun tak tebal mana pun lagi.
Cable car yang dinaiki.
Pemandangan dari dalam cable car. Juhyo yang belum begitu menjadi.
SubhanaAllah.. memang cantik pokok2 yang diselaputi salji.
Suhu -10.7C waktu ni. Bulan Januari dan Februari suhu jatuh lebih rendah mencecah -20C!
Alhamdulillah.. minggu ni suhu dah naik sedikit. Hari ni suhu tinggi 5C tapi waktu malam masih -1C. Salji nampaknya dah tak turun, salji kat luar pun banyak dah mencair sedikit demi sedikit. Nak main salji pun tak best sebab salji dah keras jadi seperti ais. Pasti akan merindui musim salji yang begitu tebal dan mengujakan di sini. :D Welcome Haru (Spring)!

Saturday, March 3, 2012

Cari benda tersembunyi..

Hadiah jom main salji kat sini. hehe.. ;D

Thursday, March 1, 2012

Hari Panas di musim salji

Jalan2 main dengan salji, hari panas memang best jalan2.
Semua gambar di sekitar kawasan rumah.
Untuk kenangan anak2 nanti. ;)





Baiknya dua beradik ni, kawan main pun iyer kawan gaduh pun iyer. hehe..
Yamadai 2012..