Memborong buku di Big Bad Wolf. Papa memang obses dengan buku. Pantang nampak buku harus beli. Mak mertua cakap dari kecik dia memang ulat buku. hehe.. sampai ke besar beranak-pinak ni ke mana2 harus dia bawak buku. Kadang bukan baca pun, tapi dah memang hobi dia minat dengan buku. Sesuai la dengan pekerjaan dia sekarang. :D
.JPG) |
antara yang sempat diborong |
Banyak story book. Budak2 memang suka la dapat buku banyak2. Tapi buku omputih ni lambat le nak habiskan baca. hehe.. Kalau novel bahasa Jepun harus la Batrisya dah khatam. Tapi ada jugak beli buku cross stitch dan quilting. Anak daraku dah berangan nak belajar jahit2 dan sulam2 ni. :D
 |
Haqem peace memanjang.. |
Budak yang paling happy bila papa belikan buku untuk dia. Semua pun dia nak bukak padahal yang kat tangan pun tak habis baca lagi.
Kiri ni untuk Haqem banyak buku aktiviti. Atas kanan tu siri Enid Blyton, uish ni zaman sekolah femes sangat kisah penyiasatan. Mama pun tak sabar nak baca. :D Bawah tu Haziq punya. Puzzle ball tu sangat mahal. huhu.. tak perasan pon masa bayar harga dia.
Antara yang menarik. Boleh agak kot berapa RM habis untuk buku. Papa kata setaun boleh tolak RM1000 untuk income tax, tak sampai setahun dah lebih dah jumlah tu. hihihi..