Showing posts with label Iwate. Show all posts
Showing posts with label Iwate. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Souvenir dari Iwate dan Denmark

Souvenir dari Iwate iaitu super duper mommy Kamalia. :D Sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan gitukan. hehe.. Terima kasih banyak susah2 je jahitkan diaper keeper ni, terharu sangat, cantik dan kemas pulak tu. Tak bersepah dah, ada dua ruang boleh isi diapers, wet tissue dan juga baju nipis. Senang dibawa masuk dalam handbag je, tak perlu beg besar lagi. Suka sangat dapat benda ni. hehe..
Ini dapat masa jumpa bulan Mei haritu, lepas tu jumpa lagi bulan Jun lepas dapat biskut pulak, biskut dari Denmark, husband dia MrK berurusan di sana. Terima kasih ingat kat aii yang jauh di mata ni. Honto ni arigatou gozaimashita! ;D

*Beb peristiwa di Tapio pada 30 Jun yang lalu tetap menjadi kenangan kan! kihkih..

Tuesday, February 14, 2012

Iwate Yuki Matsuri

Sambungan siangnya pulak. Jalan sesak sebab ramai sangat orang yang datang. Parking yang disediakan adalah untuk 5000 biji kereta! Kami dapat parking agak jauh juga, paling best Haziq dan Haqem la duduk dalam sori je. Syok la kene tarik. Tengok semua orang pun tarik anak masing2 dalam sori. ;D
Ini yang paling ditunggu oleh budak2 main sori! Best sangat sebab ada dua lane yang luas, walau orang ramai tapi meluncur laju je, tangga pun disediakan tak berapa penat nak naik semula. Haziq paling excited!
Mama, Haqem dan papa pun tak lepaskan peluang, gilir2 mama dan papa bawak Haqem. Biasa main sori kat skijou, tapi penat mendaki bukit. hehe..
Waktu malam lebih cantik dengan lampu2 bewarna-warni. Pandai betul orang ni mengukir ice.
Yeay! baru ada gambar dengan tuan rumah. Terima kasih buat saudari Kamalia/Kamil sekeluarga menerima kami sebagai tetamu mereka. Masak2 dan makan yg best2. Dapat jugak merasa char kuew tiaw yg sedap itew, siap bg bentou lagi. hikhik.. Terima kasih banyak atas layanan yang super best, meriah dengan anak2.
Haqem yang dah keletihan tertidur, Haziq pulak suka main nyorok2. Batrisya seronok la geng dengan Amni. Apa pun memang enjoy yuki matsuri kat sini. Lebih besar dan best!

Sunday, February 12, 2012

Iwate Snow Festival

Berhari minggu dan berfoya2 di Iwate 2 hari 1 malam. Sangat best dan enjoy!
First round waktu malam. Cantik ada lampu2. Ada hanabi (bunga api) tapi tengok dari dalam kereta je. Snow turun tak tahan sejuk pulak dah malam.
Haqem tak sabar nak main sori(sledge).
Ice sculpture berbentuk naga, dan shinkansen daripada yuki. Bersambung..

Wednesday, February 8, 2012

IGLOO..

Cak! ada budak dalam tu.
Kat luar sejuk gegege.. tapi dalam igloo panas!!
Memanaskan diri sambil makan choco banana dan ichigo(strawberry) caramel. :D

Friday, October 1, 2010

Ultraman Show

Memang kebetulan dan bernasib baik dapat tengok ultraman show tempohari. Sebelum balik dari Morioka tempohari kami singgah di Jusco, masa jalan2 tu ada pengumuman kata show ultraman dah nak mula. Apalagi terus la kami ke ruangan tengah tu.
Ok budak yang paling teruja bukan si kecik ni ye. tapi Haziq the ultraman boy! Memang pantang la dengan ultraman. Sebelum ni papa ada beli CD ultraman zero (movie terbaru) dia dok pasang berulang2 dalam masa satu hari masa cuti sekolah tempohari. huhu.. sampai mama pun dah terhafal tiap scene. Nasib la guna cd player khas untuk dia sorang je. Tapi yang geram bukan tengok tiap masa pun dia nak cd tu terpasang je. sakit telinga dengar bunyi lawan2 dia tu. huhu..
Waktu show patutnya jam 3 tapi lewat sejam plak, kami dah dapat duk depan takkan nak bangun. Memang tunggu je la sampai kul 4 tu. Tapi mama bangun jugak dengan Haqem. Kaiju pink dah keluar dah tu..
Zero sedang bertarung, masa ni memang bingit la telinga sebab budak2 Jepun ni sungguh bersemangat nak suruh ultraman menang. "Gambare Zero!", duk ulang2 ayat tu. hihi..Patut la orang jepun ni selalu boleh menang, semangat diorang lain macam.
Show setengah jam je, tapi penuh dengan orang ramai. Lepas show sape nak bergambar boleh beratur, kami tak sempat la dah lewat sangat.
Haziq yang puas hati dapat tengok live, walaupun pada mulanya dia dah mengantuk, hampir tertido menunggu ultraman tu keluar. Tapi bila keluar je ultraman terus segar mata. Sementara ada kat jepun ni tengok la ultraman puas2 ye. Bila la nak pegi ke ultraman land ye. Jauh sangat kat Kumamoto sana. Ada rezeki kite pegi sana la nanti ye. :)

Morioka Children's Museum of Science

Kisah di Morioka tempohari masih tak habis. Kami sempat juga ke Children Museum of Science bersama2 Kamalia/Kamil n family. Budak2 seronok la kat sini dapat main dengan pelbagai peralatan sains.
Teropong bintang. Kat muzium ni ada beberapa tayangan yang menarik seperti di planetarium. Kami sempat tengok satu dokumentari berkenaan bintang dan planet dilangit pada waktu malam. Show hampir 40 minit. Menarik jugak! hampir terlelap sebab gelap dan khusyuk tengok bintang2 yang cantik dalam tu.
Robot pun ada, robot ni bagus ikut arahan tp kene tekan butang arahan tu la. hehe..
Omoshiroii!! Haziq dan Batrisya jadi pendek. hehe.. Banyak peralatan sains ada dalam ni. Mama pun teruja jugak!
Kereta automatik sebenar dari sisi mengiring. Tekan butang start nanti enjin kereta hidup. Nampak proses bagaimana sebuah kereta mula bergerak. Baru nampak kegunaan minyak kereta nih di mana.
Antaranya.. tak ingat la ini apadia. hehe..
Batrisya dan Amni masa ni suka betul tengok bola tu terapung. Tekan pedal kat bawah tu nanti angin keluar dan letak bola. Macam magic la kan. hehe...

Dalam 2 jam jugak dalam ni, menarik terutama untuk kanak2, boleh belajar dan cuba sesuatu yang selama ni mereka tak tahu. Bukan untuk kanak2 je, org dewasa pun boleh tambah ilmu pengetahuan. Tiket untuk ke muzium pun murah dalam 200yen untuk seorang dewasa dan 100yen untuk kanak2. Untuk masuk ke planetarium show pula tiket 300yen dewasa dan 100yen untuk kanak2. Memang puas hati dan tak rugi bawak anak2 ke muzium macam ni. :)

Tuesday, September 28, 2010

Esashi Fujiwara-no-Sato

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi sekiranya ke Iwate iaitu Fujiwara Heritage Park. Salah satu perkampungan bersejarah di Jepun pada zaman Heian era. Perjalanan mengelilingi satu kawasan ni lebih 2 jam. Kami pun hampir 4 jam berada di dalam. Sangat besar kawasan ni, penat jugak mendaki dan menuruni bukit.
Dipintu masuk, Batrisya bergambar dengan maskot, ada dua sebenarnya ni. Letak satu gambar je la. Tiket masuk 800yen seorang dewasa, kanak2 bawah 7 tahun percuma.
Gambar banyak sangat ni, letak sikit2 je, semua tempat pun nak bergambar. Banyak rumah dan istana lama yang dibina semula dan dijadikan muzium. Haziq dengan guide kawasan ni.
Dalam rumah Kiyohira, tuan tanah pertama di Fujiwara.
Act. kawasan ni terkenal sebagai tempat pengambaran filem2 dan drama berunsurkan sejarah Jepun. Salah satu filem yang menang anugerah tahun lepas pun dibuat pengambaran di sini.
Model patung Oshu Fujiwara, Batrisya dan Haziq takut lak dia ingatkan orang betul. hihi..
Pemandangan dari atas istana. Letih jugak merayau satu kampung ni.
Ada Anpanman show. Berkejar jugak kami ke pentas ni sebab nak duduk depan punya pasal. hehe.. Budak2 ni suka la dapat tengok live show. Lebih kurang 1/2 jam jugak. Memang puas hati. Haziq dan Batrisya boleh pulak beli set kaler dan t-shirt anpanman kat sini. Rasanya lebih murah dari yang dijual di Muzium Anpanman Yokohama tempohari.
Lokasi utama untuk pengambaran. Waktu ni diorang tengah buat renovation sebab esoknya ada pengambaran filem baru.
Bangunan istana lama yang dibina semula.
Antara sejarah2 Fujiwara ni. Tak baca pun tengok2 je. hehe..
Testing untuk shooting esok. huhu.. kalau datang esoknya mesti dapat jumpa dan tengok artis jepun tengah belakon. kihkih..
Pintu masuk, lokasi ni memang cantik dan memang terasa berada pada zaman Jepun dulu kala.
Kecik sangat la kepala budak2 ni nak bergambar. Area sini sunyi sepi jugak sebab dikelilingi hutan. Tempat shooting laluan berkuda zaman dulu kala dan perang.
Batrisya buat lawak kat sini! boleh pulak dia ikut org jepun bersembahyang. Adoi la anak! itu bukan agama kita. Nasib baik dia cuma buat tangan tunduk bawah je. huhu.. bahaya gak ni. cepat2 mama sergah dia. Haziq pun mengada2 nak ikut macam kakak dia buat. Tak boleh bawa jln tengok kuil la lain kali. huhu..
Bagi ikan koi makan. Haziq baling dekat sungguh, dah le ikan tu melompat2 ke atas sebab mengejar makanan. Basah baju kene percikan air tu.
Tapak tangan artis2 yang pernah buat shooting kat sini. Ini dalam muzium. Oklah menarik jugak tempat ni, tapi di Nikko Edomura lebih happening. Berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kalau minat dengan sejarah Jepun boleh la berkunjung ke sini. :)

Sunday, September 26, 2010

Beraya di Morioka Iwate

Kisah berjalan raya tak habis lagi. Minggu lepas kami beraya ke Morioka Iwate ke rumah Kamalia. Satu2nya family melayu yang dikenali terdekat dengan kami. hwaa.. dekat tak dekat hampir 3 jam jugak tu. hehe.. Paling seronok tentulah budak2 dapat kawan main2. Mama lagila seronok dapat borak panjang2. hehehe.. kebetulan Jepun tengah public holiday, amik kesempatan jalan tempat yang terdekat.
Batrisya yang sangat happy dapat kawan dengan Amni. Siap nangis masa berpisah sekejap haritu. Sekali sekala jumpa kawan memang seronok sangat la budak2 ni.
Act. Amni ni sebaya dengan Haziq tapi maklum la perempuan mesti la kawan dengan perempuan. hehe..Masa ni kat tasik berdekatan rumah Kamalia, tempat mereka selalu bagi itik makan. Tapi haritu kedai jual makanan itik tutup plak. Nyaman dan best kat sini, sangat sesuai untuk beriadah dan bawa anak2 main.
Kembar yang bagi itik dan ikan makan batu, kekeke.. makanan itik takde batu pun jadilah eh. hehe..
Dapat jugak bergambar berdua. Terima kasih la banyak2 kat Kamalia & Kamil yang sudi terima kami sebagai tetamu dan layanan yang best! Masakan Kamalia sedap2 belaka dan tak sangka dapat makan kfc mesia lagi. hehe.. Paling best dapat makan daging lembu yang sangat lembut, berbanding daging yang biasa kami beli tu. Siap beli bawak balik lagi. Nanti ada masa datang datang melawat kami pulak ye!