Untuk rakan2 yang dikasihi bersempena Ramadhan ni sambil2 kita buat kerja, boleh juga kita mendengar bacaan suci ayat Al-Quran secara online. Al-Quran online ni turut ada terjemahan dalam bahasa Melayu, sambil membaca sambil boleh membaca terjemahannya. InsyaAllah.. Sangat sesuai walau di mana kita berada asalkan ada kemudahan internet. Kita boleh juga memilih untuk mendengar bacaaan dari beberapa reciter. Buat masa ni pilihan saya sudah tentu daripada Syeikh Mishary Rashid. Al-Quran online ni dah beberapa tahun saya guna selain untuk bacaan saya turut gunakan semasa berusrah. Terfikir untuk berkongsi untuk mereka yang belum tahu. Selamat beramal... :)
Klik di sini untuk Quran Explorer secara online.
(Setelah membuat pilihan tekan play di bahagian bawah kiri)
Pengguna telefon pintar dan tab pun boleh donwload di aplikasi telefon/tab masing2. Bagi saya yang menggunakan Iphone dan eeepad saya gunakan aplikasi iQuran Lite. Mudah juga jika ke mana2. :)
