Showing posts with label Kyoto. Show all posts
Showing posts with label Kyoto. Show all posts

Sunday, May 10, 2009

Hari ketujuh: Kyoto ke Yonezawa

Last day nak balik ke rumah masing2. Check out kul 9:30 pagi, konon2 nak pegi castle yang tak sempat pergi tu tapi hujan lebat la pulak. So teruskan perjalanan pulang.
Nak singgah banyak tempat tp hujan turun tak berhenti, memang soh balik rumah terus je kot. Kitaorang berpisah di Nagahama, diaorang balik semula ke Gunma kami pulang melalui jalan tepi laut.
Sempat singgah di kedai jual seafood. Tapi harganya mahal sangat. Mungkin sebab fresh kot.

Sepanjang jalan pulang hujan renyai2 tak berhenti sampai la tiba di rumah. Sebab dah tak larat nak drive last2 naik highway dari Fukui hingga Aizukawamatsu. Lalu Kanazawa, Nagoaka (tempat Mus), Niigata terus ke Yonezawa. Jauh sungguh kat highway je 7 jam. Berhenti rehat 3/4 kali, sian drebar kene tido gak. Last2 sampai rumah jam 1:30 pagi. Sepanjang laluan highway tak terkira banyaknya terowong, satu terowong panjang 1-3 km. Memang ngeri jugak lalu jalan tu malam. Jepun kan negaranya terbentuk dari letupan gunung berapi. Muka bumi nya memang byk gunung ganang. Pantai pasir dia pun tak secantik pantai di Malaysia.

Letih sungguh perjalanan selama seminggu nih. Balik rumah lepak, seharian mengemas dan membasuh baju. Yang tak best sampai je Yonezawa sejuk terus kembali. Kat area bawah mmg panas, ada bawak gak baju tebal tapi tak pakai pun ingat sejuk mcm kat sini. hehe...

Teramachi Street

Tempat ni memang antara yang bersejarah sekali kat Jepun nih.
Kedai Sushi paling lama, dah beratus tahun.
Colonel KFC pun pakai baju Shinsengumi (kerajaan Tokugawa punya special baju polis).
Sejarah Ikedaya Jiken, kat kedai ni tempat gaduh2 parti pemerintah dengan parti lawan. Banyak sejarah Jepun nih. Nak kene baca buku baru paham.

Hari keenam: Kyoto Part 2

Lawatan diteruskan di sekitar Kyoto. Keluar jam 8:30 pagi beli tiket densha one day trip, tp tak semua train boleh naik sebab byk sgt comp. nye.
Toji Temple, kitaorg tak masuk amik gambar dari luar je.
Tunggu gambar yang cantik2 dari camera kawan2 lain. Kitaorg pakai cameraphone jer.. huhu..cian
Dah amik gambar semua kitaorang bergerak jalan kaki (jauh tu ada 10km kot) ke Nijo Castle. Yang ini baru castle betul. Tiket masuk 600yen seorang.
Nijo Castle ni tempat tinggal Shogun (Jeneral). Shogun ni orang kedua selepas Maharaja. Diorang mmg jaga giler2 semua peninggalan pemerintah lama. Dalam istana tu tak boleh amik gambar, lukisan kat dalam istana tu tak ternilai harganya dan tak boleh dijual beli. Tiap taun Unesco akan dtg cek untuk kekal sebagai peninggalan sejarah.
Ini mungkin rumah pekerja.
Kawasannya sangat besar, penat naik turun tangga, diaorang mesti ada taman. Kalau korang penah tengok citer Jepun dulu2 macam tu la rupanya. Tv sini tiap petang ada cerita pasal Shogun ni, hubby le suka sangat tengok. Tapi kalau kaji sejarah Jepun mmg best la.
Seterusnya kitaorang pergi ke Manga Muzium. Peminat2 katun mesti tak nak lepaskan peluang melawat. Batrisya tengah cop beg, kene beli dulu beg 300 yen baru boleh cop ikut design sendiri.
Beg yang dah siap, Haziq buat main. Nak masuk dalam bayar jugak 400yen sorang.
Kyoto International Manga Museum.
Dah penat jenjalan, kita makan dulu. Susahnya nak carik kedai makan. Kul 4 baru makan nasik berlauk kalau tak makan onigiri aje beli kat 7e.
Dah kul 6 lebih baru sampai Kyoto Muzium, tutup kul 7:30, rasa tak berbaloi plak beli tiket tapi jalan kejap. Last2 tak masuk pun. Amik gambar kat luar aje.
Jalan2 sekitar bandar Kyoto nampak kedai ni mcm cantik plak.
Jalan2 kat sini teringat cerita Jepun Memoir of Geisha. Tapi Jepun sekarang dah moden, tak jumpa la org pakai Kimono.
Deretan kedai ni mmg ada sejak beratus taun dahulu. sekarang dah upgrade dah tp senibina ada yg tak berubah.
Muka dah letih sangat2, kul 9 lebih baru balik tido.

Saturday, May 9, 2009

Hari kelima: Kyoto Part 1

Perjalanan seterusnya ke Kyoto. Negeri bersejarah kat Jepun. Kyoto antara bandar terawal tamadunnya. Istana dan kuil masih dijaga hampir 500 tahun.
Bertolak jam 7 pagi dari Gifu, kitaorg ikut jalan biasa sebab nak menikmati pemandangan.
Ni behenti sekejap kat tepi tasik paling besar kat Jepun. Macam laut tasiknya. Makan bento nasik lemak yang disediakan oleh Myra. Terima kasih banyak2 atas layanan first class korang. Harap2 berjumpa lagi. InsyaAllah.
Sampai Kyoto terus pegi ke Kinkakuji Temple (Golden Pavillion). Orang memang ramai giler time tu. Nak amik gambar pun berhimpit2. Maklum la setaun sekali je Jepun dpt cuti panjang.
Tiket masuk yang menarik! Macam kertas tampal kat hantu cina. hahaha.. harga tiket 400yen sorang.
Temple ni dibuat kat atas pulau. Tak boleh masuk sebab di cat dengan emas betul. Cantik bila dibayangi air.
Temple yg ni atas darat.
Jarak dekat.
Dekat lagi. Memang pure emas tu.
Budak dua orang ni kepenatan mendaki.
Gambar dari atas bukit nampak temple tu.
Dah pintu keluar makcik Jepun tu bagi kuih. Haziq amik je tapi tak makan la.
Pintu keluar. Jauh gak berjalan, naik tangga turun tangga.
Nak pegi temple lagi satu yg glamour Kiyomizu-Dera, tp sebab jalan jammed cancel terus kebetulan hujan renyai2 plak tu, terus amik keputusan check in hotel.
Booking dari internet siap2. Harga oklah 4* hotel. Kyoto Century Hotel.
Kyoto Tower, gambar gelap sebab hujan.
Pemandangan dari Sky Garden bandar Kyoto.
Kyoto Stesyen antara stesyen keretapi terbesar di Jepun.