
Omedetou untuk adik. Majlis Konvokesyen 27 Oktober 2013. En. asben pun berkonvo jugak. ;-)




















Aiseh nak tulis tajuk jamuan raya, tapi macam dah lama sangat pulak raya abis. hehe.. Kami kat sini baru la nak buat jamuan makan raya beramai2 dengan adik2 sini. Sabtu lepas baru dapat buat. Semua orang sibuk sejak semester bukak termasuk hujung minggu. hehe.. minggu ni la yg ada free time. Paling best time jamuan adalah makanan!! Menu utama jamuan haritu sate, nasi minyak, sambal ayam, acar dan kuah kacang. Tempat makan macam biasa buat kat kaikan (international university house).
Menu sampingan adik2 sini buat kuih sultan pahang (roti jala yg berinti) dan kuih lapis. Mama pulak sediakan 5 jenis kuih. hihi.. sempat buat kek apple, kek pelangi, puding kastad, biskut cornflakes dan kuih puteri ayu.
Tak menyempat nak letak topping kat kek pelangi tu, ingat nak wat deco2 sikit tp ada anak 3 orang ni mmg tak sempat la, lagipun makannya tengahari. Mama siap2 buat semua ni pepagi. Nasib baik ada Batrisya yang rajin sangat tolong mama buat kuih puteri ayu tu. Batrisya la yang tolong isi kelapa dan mampatkan dalam acuan tu. Terima kasih ye Batrisya sayang!
Puding kastad ni buat 2 periuk. Nasib baik senang. hehe.. memang pilih wat kuih yg cepat dan senang je.
Wajiblah ada gambar ramai2. Inilah ramainya budak2 mesia yang ada kat sini, tapi ni pun 4/5 orang takde. Time raya semua hilang tinggal 3 orang je. hehe.. Bila ada aktiviti macam ni yang best dapat jumpa ramai2 dan borak2 sakan. Lepas ni jamuan raya haji pulak kot. Mekasih kat adik2 yang bertungkus lumus masak menu utama tu. :D

Besdey girl 6 tahun! Alhamdulillah dapat jugak buat jamuan untuk besdey Batrisya pada 15hb Jumaat lepas. Mama tak planning sangat pun. Ingat nak buat weekend tp gi jln2 pulak. Terus je terpikir buat je la hari Jumaat terus. Hari Khamis malam tu baru memikir2 nak masak apa. hehe.. tp mekasih la kat Ijie ngan Pooja yg bagi idea nak masak apa dalam tempoh tak sampai 24 jam!
Diam tak diam dah seminggu Syawal. Gambar raya baru nak letak. Kami ke Tokyo Khamis minggu lepas untuk berhari raya bersama warga malaysia yang lain di kedutaan. Gambar sebelum sembahyang raya.
Seronok dapat berjumpa ramai teman2 baru. Gambar memang susah la nak ambil sebab berkejaran dengan anak2. Nak bersembang lama sikit pun ada je yang kacau. hehe..
Papa memang hilang sokmo la, time raya la dia dapat jumpa kawan2 dia yang ramai keje kat Jepun nih. berjejak kasih le katakan. Gambar bersama sebahagian rakan. InsyaAllah kalau ada rezeki beraya lagi la kami kat sini. :)


Alhamdulillah 2 minggu lepas kami buat jamuan makan sate untuk adik2 kat sini. Seronok dapat kumpul ramai2. Aktiviti2 sebegini perlu disimpan untuk kenangan. :) Gambar sate hangus lak. Nasib baik jugaklah dapat ambil gambar sikit2, tuan rumah agak bz. hehe..
Haqem dan abg Naju. Suka la budak ni ada orang dukung.
Bro kesayangan Haqem, abg Amal. hehe..
Tempat pembakaran sate. Hampir 500 cucuk tak silap. Nasib baik adik2 sini tolong cucukkan kalau harap mama dan papa mmg sehari pun tak siap. hehe..
Terima kasih adik2 yang datang. Alhamdulillah semua ada, kecuali 2 orang ada urusan di tempat lain. Bab makan wajib hadir ye adik2, rugi sape tak datang. hehe.. :p
Kek Oren, mmg sedap la.
Donut pun ada.
Puding kastad berkoktel pun ada. Masa nak makan baru letak ais, best betul makan sejuk2 time panas2 camni.
Menu special mee bandung Muar. Guna perencah mee bandung muar serta campur dengan perencah sendiri. Lagi sedap! Letak udang kering banyak2. Tapi kuah tak berapa nak cukup plak haritu. hehe.. gomen ye adik2.
Puding telorku, bila la nak jadik telor ngan santan duk belah atas. Tiap kali buat mesti bercampur semua. huhu..
Kuah kacang yang pekat.
Kuah Lodeh atau kuah lontong makan dengan nasi himpit. Ini macam masak lemak. Masaknya senang tapi nak potong2 sayur yang lambat sikit. Mekasih la kat adik2 yang tolong mama masak tempohari. 