Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Gambar Raya 2012 ~ Yonezawa Japan

Di pagi 1 Syawal 1433H. Anak2 bangun awal mandi siap2 pakai baju raya. Solat sunat Aidilfitri di dewan Kaikan lebih kurang jam 9 pagi.
Lepas solat gambar ramai2. Ini saja Muslim yang tinggal di Yonezawa masa raya pertama tahun ni. 13 dewasa dan 3 kanak2. 7 orang pelajar lelaki, sorang Bangladesh (post-doc di Yamadai), 3 family, kami, Aki+Ami dan Mahadir+Azila(tapi Zila dah balik Msia sebab nak bersalin di sana). Ami pun tengah tunggu hari je tu. Masa raya pertama tu dah sakit2 dah. hehe.. InsyaAllah duenya awal September ni sama dengan Zila :D
Hidangan hari raya kami. Hari terakhir berpuasa saya jamu adik2 dengan nasi lemak, ayam goreng dan kuih muih. Malam tu kami gotong royong jugaklah memasak untuk menu raya.  Menu saya masak malam tu, nasi impit, rendang daging, kuah kacang dan sate daging. Kuah lodeh masak pada pagi raya lepas solat. :) Selain tu sempat jugak buat kek coklat dan puding jagung untuk hidangan pagi raya. Dan sempat jugak buat biskut cornflakes malam raya tu jugak. Ami+Aki buat sate ayam dan nasi dagang. Malam raya pertama kami beraya di rumah mereka dengan menu nasi dagang kelantan yang sedap! ;D
Puding Raja! puding yang saya teringin nak rasa. Ini ada sorang adik(Keri) yang buat. Makanan diraja berasal dari Pekan Pahang. Sedap! Papa suka sangat, habis setengah bekas dia makan. hehe.. Pagi tu jugak saya masak ayam percik yang diperap dari malam raya dan ada sedikit baki ayam saya goreng rangup je. Selain tu adik2 lelaki ni ada juga bawak kuih2 raya. Saya bawak biskut nestum, biskut tart dan cornflakes madu. Kenangan Hari Raya terakhir kami di perantauan untuk kali ke 6 bagi saya dan kali ke 11 bagi Papa! :)

Friday, August 17, 2012

Iftar hari ke 22 bersama tetamu dari Malaysia

Catatan untuk kenangan dan memori kami nanti. Sebelum tu cerita makanan dulu la. hehe.. Tarikh 11 Ogos bersamaan Ramadhan ke 22. Iftar untuk 2 orang exchange student dari Malaysia yang datang selama 2 minggu di sini dan turut dijemput beberapa orang adik2 yang masih belum pulang berhari raya di Malaysia. Menu haritu yang mama masak Nasi Tomato, ayam masak merah, dalca, papadom, karipap, agar2 santan dan tepung pelita. Alhamdulillah..
Roti bersalut cheese dan sosej dibawa oleh satu2nya adik perempuan yang ada iaitu Aini. Selalu je Aini ni ada datang rumah jarang dapat bergambar dengannya. Sedap Aini masak!  Dan menu special dari adik ABM(AkubukanMasterchef) Kiwi Bread Butter Puding! Memang sedap! bertambah2 makan sampai terlupa makan nasi. ;D Menu yang dibawa tetamu yang tak asing lagi Aki+Ami, (harus dijemput sebab kami je family yang ada kat sini) hehe.. roti jala yang cantik dan sedap! anak2 memang suka sangat! Juga popcorn chicken. Bapak budak ngan budak2 pon suka mkn ni. :D Terima kasih banyak Ami+Aki. Ami dah sarat jugak, 36 minggu waktu ni.
Ada jugak gambar candid masa jamuan. ;D Jemputan utama datang lewat sebab sibuk bershopping last minute. Turut hadir waktu tu Naju, Bulat dan Lan (takde gambar). hehe.. Esoknya sebelum pulang ke Malaysia Nabilah dan Emma sempat singgah rumah ucap selamat jalan. Terima kasih banyak pada mereka sudi berkunjung ke rumah dan juga bermesra dengan anak2 tersayang ni. Oh terima kasih banyak Emma sambal getuk nenek dia buat sedap sangat! tapi pedas! Lama betul tak makan. hehe.. Moga ukhwah yang terjalin berkekalan. Amin.. :)

*Sedihnya Ramadhan tinggal sehari lagi. Rindu..... moga dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. Ameen...

Monday, August 13, 2012

Iftar hari ke 16 bersama tetamu istimewa..

Entry ni gambar makanan je. Iftar bersama tetamu takde pulak gambarnya. Isk2.. Iftar pada hari ke 16 berpuasa tempohari tarikh 5 Ogos 2012. Menu haritu buat nasi lobak merah, ayam percik kelantan, nasi impit dan rendang daging. Kuih muih yang dibuat kuih kole kacang, kuih Lopes, kuih sagu@bronok, popia crabstick dan cendol istimewa! :D
Ini pula menu dari tetamu2 istimewa kami! Terima kasih banyak Ami+Aki atas cucur sayur bersos dan tuna puff yang sedap sangat! sekelip mata dah selesai puff tu. ;D Cheese Cake ini pulak jauh datangnya dari Sendai oleh tetamu istimewa yang tak asing lagi iaitu Hanis+Mi+Ken Hamza! Terima kasih banyak Hanis, akhirnya dapat jugak merasa kek dari air tgn Hanis. hihi.. lama tu tunggu.
Menu lengkap atas meja. ;D Akhirnya ada jugak 2 keping gambar tetamu yang paling istimewa ni, Ken Hamza kesayangan ramai! :D Waktu ni Hamza hampir berusia 2 bulan, sekejap betul Hamza membesar dengan jayanya. Masa pegang dah rasa pegang baby usia 6 bulan, mama dia pun beritau dah boleh pakai baju baby yang 6 bulan. Isk2... geram betul. Comel, kakkoi(encem) dan wangi sangat! hehe.. Terima kasih Hanis+Mi+Ken, Aki+Ami yang sudi datang berbuka puasa bersama2 kami tempohari.  Oh ye haritu pun ada 2 lagi tetamu tapi sebab sorang demam, mama bungkuskan makanan untuk mereka dan juga pada sorang sensei. Alhamdulillah seronok sangat bila weekend dapat menjamu rakan2 dan tetamu. InsyaAllah.. panjang umur bertemu lagi dengan mereka2. :D

Monday, August 6, 2012

Tetamu dari Saitama..

Ini cerita minggu lalu, kedatangan Umie dari Saitama melawat Yonezawa. Sebagai catatan dan memori kami bersama rakan2 di bumi Jepun. Act. Umie sekeluarga menginap di rumah Ami.  Alhamdulillah sampai jugak Umie ke rumah kami. Terima kasih sudi datang. Umie ni salah seorang yang saya kenal melalui blog. Beliau pun seorang blogger yang aktif tak lama dulu. Sekarang dah jarang2 update gitu eh. :D
Muaz-kun yang sangat comel dan encem! Sebaya dengan Haqem, boleh jugak main sama2. Suka betul nyanyi ABC. hehe.. Alhamdulillah dapat moreh bersama sebab sebelum tu mereka iftar di luar. Sempat jugaklah sediakan mee bandung, bubur kacang durian dan donut. Terima kasih buat Umie sekeluarga sudi berkunjung dan omiyage dari Hokkaido dan juga FM dari Greece. Terharu atas tanda ingatan..:D InsyaAllah panjang umur bertemu lagi nanti. :-)

Sunday, June 10, 2012

Tetamu Pantai Timur..

Mesti dah kenal muka tetamu saya ni kan! ;D Alhamdulillah semalam kami menerima kunjungan tetamu dari Sendai. Walaupun hari hujan mereka tetap sudi datang melawat kami di sini. Terima kasih Hanis dan Mi sudi bawa mak dan abah ke Yonezawa ni. Hanis yang dah sarat 39 weeks, ini gambar2 terakhir Hanis sebelum masuk labour room malam tadi. InsyaAllah kalau xde aral hari ni 10 Jun Hanis dijangka akan melahirkan dan mungkin pagi ni sedang bertarung untuk mengeluarkan baby yang sangat comel, InsyaAllah.. Didoakan semoga Hanis senang bersalin dan urusan dipermudahkan. Amin..

Acara makan2 dan sesi borak2 dengan ibu bapa hanis dan jiran baru kami, wah seronok dengar diorang berenam kecek kelate. Inilah jiran baru kami Ami dan Faiz, Ami pun mommy to be jugak, InsyaAllah this September. Tak banyak gambar tuan rumah ambil. Seronok sangat bila ada tetamu datang ke rumah. InsyaAllah bertemu lagi dalam masa terdekat, lepas ni kami akan ke Sendai melawat Hanis dan baby.
Gambar makanan ini je yang sempat diambil. Saya sempat buat nasi dagang, laksa kelantan, kek karamel dan pavlova pagi tu. Pavlova khas untuk Hanis rasa, minum petang sempat goreng ubi keledek dan keropok. Ubi goreng special makan dengan sambil kicap, style orang Johor. Alhamdulillah nampak tetamu gembira dengan hasil tangan tak seberapa. Hanis pun sempat buat entry malam tadi disini sebelum ke hospital. Moga persahabatan dan ukhwah antara kami semua akan terus berkekalan. InsyaAllah..;D

Saturday, May 19, 2012

Mee Siput

Snek minuman petang orang2 Johor. Rasanya mee siput ni ada kat Johor je, negeri lain tak pasti pulak. Dulu masa sekolah selalu beli mee siput ni. Zaman saya sekolah harga dia 20sen satu, sekarang dah 50sen. Rindu nak makan, sebelum mak datang dah pesan suruh bawak mee siput ni. Mee siput ni kene goreng dulu lepas tu makan dengan sambal tumis. memang sedap sangat! Kalau datang Johor cubalah rasa, banyak dijual di gerai tepi2 jalan. :)
Rupa mee siput sebelum digoreng. Mee kuning yang dikeringkan tak silap saya. :D Lebih puas hati kalau beli dan goreng sendiri. Yang menyedapkannya adalah sambal ikan bilis yang makan bersama2. Alhamdulillah.. puas hati dapat makan banyak. hehe..

Thursday, November 24, 2011

Penang Asam Laksa ~ Makanan no. 7 tersedap di Dunia!!

Tertengok rancangan Sekai Banzuke haritu di TV, rancangan ni tentang bermacam2 ranking yang ada di seluruh dunia. Sebab rancangan Jepun jadi semua ranking yang ada kene mengena dengan Jepun la. Tiba2 disebut nama Malaysia! terus menghadap TV, terlepas pulak nak ambil gambar. Ranking yang ini tentang makanan tersedap di dunia, Penang Asam Laksa di tempat ke-7 kesedapannya. Chewah! tetiba rasa bangga pulak ada nama Malaysia terselit. Gambar atas tu dia tengah beritau pasal yang no 8, トムヤムクン (Tomyam kun) dari Thailand.
Keputusannya ranking makanan paling sedap di dunia no. 1 adalah Massaman Kari dari Thailand! aishh.. sebijik rupa kari Malaysia, rasanya nama dia Mat Saman Kari sebab asalnya pun dari selatan Thai, tak sangka kari ni jadi makanan tersedap di dunia! No. 2 tersedap Napori(Neopolitan) Pizza dari Itali.(amboi terliur sungguh tengok muka Ishizuka tu sampai dua gambar dia). No. 3 tersedap  adalah coklat dari Mexico, untuk makluman coklat memang berasal dari Mexico, dan no 4 pulak sushi dari Jepun. Suka la orang jepun tu!
Ini orang Thailand yang happy sebab makanan negara dia no 1. Rancangan ni memang dia ada jemput tetamu2 dari pelbagai negara termasuk Malaysia, tapi haritu takde pulak wakil Malaysia. Baru teringat rasanya rancangan ni yang Ayu  beritau tentang kak Ita yang jadi wakil Malaysia. Husband kata dia pernah tengok rupanya kak Ita tu tapi tengok tak habis sebab nak tengok drama kesukaan dia tiap malam Selasa. hehe..
Oh ye baru perasan website yang rancangan ni gunakan. Kalau rajin boleh baca jugak di CNNGo.com. Banyak juga info yang menarik di sini. :D

50 senarai makanan tersedap di dunia! sumber dari cnngo.com/exploration/eat

World's 50 Most Delicious Foods
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Saturday, October 22, 2011

Resepi Soto dan Sate

Jamuan makan2, buat soto mee, nasi impit dan sate. Resepi soto ikut belakang paket rempah soto. Bahan2 lain bergedil kentang, suhun, taugeh, kacang dan sambal kicap.

Nasi impit (ctma myresepi)
  • 3 cawan beras
  • 8 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara.
  • Masak nasi ikut sukatan air berkenaan
  • Dah masak masukkan dalam plastik ziplock dan mampatkan.
Bergedil kentang,
Bahan2.
  • 5 biji kentang
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • sedikit garam
  • 1 biji telor
Cara2, 
  • Rebus kentang hingga empuk
  • Tos dan lecek2kan.
  • Gaul bersama tepung ubi dan garam
  • Bulat2kan dan salutkan dengan telor sebelum digoreng.
Sambal kicap
Bahan2.
  • 15 biji cili burung
  • 3 biji bawang putih
  • 3 sudu besar gula
  • kicap secukupnya
Cara-cara,
  • Blend cili, bawang putih dan gula hingga hancur
  • Gaul bersama kicap. 
Sate daging yang nampak kering sebab goreng dulu baru bakar. Ada juga buat pie apple bakar. Musim apple dah hampir penghujung, harga pun sedikit murah. :-)

Resepi Sate (resepi disalin dalam buku, link asal tak ingat, maaf tuan punya resepi)
Bahan2,

  • 1 kilo daging/ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 5cm halia
  • 5cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 10 sudu besar gula
  • 200g gula merah
  • 2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 4 biji limau sambal
Cara-cara, 
  • Mesin semua bahan kecuali daging dan limau sambal
  • Perapkan bersama daging
  • Perahkan limau dan perap semalaman

Friday, May 27, 2011

Buah Kerdas ~ kenal tak kenal tak!

Pernah makan atau tau tak buah ni? Inilah namanya buah kerdas. Salah satu ulaman yang sedap dimakan dengan nasi. Sepanjang hidup pertama kali tau pasal buah ni. Masa balik kampung Pahang tempohari rumah mertua ada hidang buah ni. Sekali tengok ingatkan gula2 (haha..) rupanya ulam. Mula2 tak berani nak cuba tapi mak kata kalau pandai makan ulam petai atau jering mesti boleh makan. ecece.. saya suka makan petai, jering tak pandai lagi. Rasa buah ni sangat berlemak dan lebih sedap dari petai tapi lebih keras dan lebih kuat baunya, kalau orang tua takde gigi agak susah la nak makan. Buah ni perlu dimakan berulam nasi, kalau makan macam tu je memang terasa pahit sikit dan agak berbau. Saya makan dengan sambal belacan+ikan bilis yang ditumis. Sedap sangat! Ulaman sebegini jangan dilupakan, pasti ada khasiat. Pokoknya lebih kurang pokok petai rasanya tapi lebih rendah.
Ini rupa sebenar buah sebelum dikupas. (pic. google). Agak jarang sekali jumpa buah ni, ada rasanya tapi tak kenal. Kalau petai atau jering tu selalu la tengok. Saya makan kalau ada, tapi kalau tak ada saya takde la mencari. hehe.. tapi petai kadang2 order kat Baticrom tu, selalunya masak sambal udang petai, yg sejuk beku tak sesuai buat ulam. Tiba2 rasa nak masak sambal udang petai la menu hari ni. haha...

*Telah kutahu tv free yang beracun tu hanya promo saja, lepas ni kalau nak tengok kene register dan bayar. Dah ku sangka sebegitu...hihi..tapi berbaloi jugak terutama peminat tv msia. :D

Thursday, November 11, 2010

Dodol

Macam raya pulak nak makan dodol. Dodol untuk raya Haji minggu depan. hehe.. Ini dodol masa mak abah kirim haritu dengan barang2 lain. Lupa je nak makan. Dok simpan dalam esbok sampai keras. Teringat nak panaskan, memang elok lagi. Jadi lagi sedap sangat! Dodol ni memang dah sedap, bila panaskan balik letak air macam dodol yang baru siap dimasak rupanya. Batrisya la memang suka makan dodol, semangkuk ni dia sorang je abiskan. Sejuk2 ni tak 10 minit dah keras balik dodol ni. Takyah simpan dalam esbok. Makan panas2 sedap ooh.. nyum2! jemput makan semua. :D

Wednesday, October 27, 2010

Cornflakes madu!

Cornflakes wat jamuan aritu. Buat 2 bekas sekejapan dah abis. Biskut yang paling senang, dari sekolah rendah dulu dah pandai buat tiap kali raya. hehe.. selain biskut ni biskut sarang semut la paling wajib kami buat kat rumah mak dulu. huhu.. sekarang semua order je. Resepi saya sama je dengan orang lain. Tulis gak la untuk panduan Batrisya nanti. (ahahaha..)

Bahan-bahan,
1 kotak cornflakes
1/3 cawan madu
1/3 cawan butter yang dicairkan
200g kacang tanah (ditumbuk/blend tak hancur)
Kismis (ikut suka)

Cara-cara,
- Gaul semua bahan dalam satu bekas hingga sekata.
- Masukkan ke dalam acuan kertas
- Bakar dalam oven suhu 180C selama 15 minit.

Tuesday, September 28, 2010

Burger King & Kfc

Alhamdulillah.. mekasih bebanyak kat adik2 yang dah kembali semula ke nihon ni dengan membawa makanan2 dari M'sia. Ingat jugak kat kami kat sini. Haritu dapat burger king dan coklat hershey, sempat la bergambar, tapi ni burger king singapore sebab naik flight dr sana. Petang tadi dapat pulak sekotak kfc original 7 ketul dalam tu, hihi.. dan pada malam tadi sorang lagi bagi 3 ketul yang spicy. ngeh3x.. macih ye adik2. Tak sempat nak bergambar dah kene makan, act. ada lagi tapi malas nak posingkan. Hari ni kenyang makan ayam saja. Tapi makan 2 ketul dah rasa muak la pulak. huhu.. maybe sebab perut kenyang, lagipun siang tadi dah makan tendon tempura tu yang tak leh nak masuk banyak2. hehe.. Mekasih banyak2 kat ijie, keri, pooja dan boss yang ingat kat kami sekeluarga nih. Kuih2 raya nanti kita makan sesama masa jamuan eh. ;p

Monday, April 19, 2010

Fruitjelly

Jelly buah peach. Act. dapat serbuk Jelly dari rakan Indonesia. Lama tersimpan takut expired, jadi, buat terus dapat 10 mangkuk kecil. Resepi ikut cara2 dari paket tersebut. Hanya tambah air, gula dan buah. Sedap jugak dan cepat keras jellynye. :)

Friday, February 26, 2010

Nugget Ayam

Yeay! akhirnya berjaya jugak membuat nugget. Ini pun sama dah lama dah nak try buat, tak terbuat2. Ini pun sebab blend isi ayam sekilo, sekali wat pizza ngan nugget sekali.
Takyah beli nugget kat luar lagi, buat sendiri lagi puas hati. hehe.. Resepinya teringat Ita penah buat tengok kat blog dia. Resepi asal kak yani lagi. TQ share resepi. :) Buat untuk frozen skali ni.

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 400g isi ayam
* 4 sudu besar mayonis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu kecil garam
* 100g okara/breadcrumbs
* 2 sudu besar tepung gandum
* sedikit tepung- utk salut kat luar nugget


Cara-cara

1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
2. Buat bentuk bulat, golek-golek dalam tepung. kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb.Kemudian goreng dengan minyak penuh.

Friday, December 25, 2009

Roti canai dan Teh tarik!

Lama tak pekene roti canai lawan teh tarik nih. Memang best la walaupun roti canai segera, nak nguli penyakit M mmg takleh nak lawan lagi. huhu.. Sebab ada lebihan kari ayam tu yang terus je wat pepagi. Teh tarik tu guna teh uncang je, letak la 3 uncang teh pastu guna susu pekat mesia mmg kaw!

Friday, December 18, 2009

Shepherd Pie

Shepherd pie ni dibuat oleh Liyana Li (adik undergrad kat sini) yg dtg rumah tadi. hehe.. mekasih bg resepi. Senang je buat dia. Act. yg ni tak berapa nak terbakar lagi. Kene sampai hangus lagi kat atas tu baru best!
Sedap di makan begitu aje.. lagi2 makan time panas2 di dalam kesejukan winter sekarang!

Resepi.

5 biji kentang - Rebus dan lenyek
500 gram minced meat
1 biji bawang besar
1 cawan mix vege
Butter
Garam
Oregano kering
Pharmesan cheese
1 sudu sos cili dan sos tomato
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu Worcestershire sos

Cara-cara,

1. Rebus kentang tos dan lenyekkan bersama 2 sudu butter dan sedikit serbuk lada hitam
2. Panaskan 2 sudu butter, tumis bawang, daging dan mix vege.
3. Campurkan semua bahan2 perasa di atas. Masak hingga kering
4. Masukkan daging yang dah masak tadi dlm bekas.
5. Topingkan atas daging kentang yang dah dilenyek tadi. Taburkan pharmesan cheese dan serbuk lada hitam.
6. Bakar dlm oven microwave 180C selama 30 minit.

Selingan, yuki yg turun pagi tadi. Penat tol nak mencangkul salji pepagi nih.. nasib baik minggu depan sekolah Batrisya dah cuti. huhu..

Saturday, November 21, 2009

Lasagna Carbonara

Untuk makan petang/dinner terus. Request by hubby yang tertelan2 air liur tengok kat tv org makan spaghetti carbonara. hehe... Stok spaghetti ada sikit je mcm tak cukup, tengok kepingan lasagna ada lagi tak berusik2 dah berapa bulan. Nak keluar beli barang mmg malas le lagi2 time hujan sejuk2 nih. Try je la wat lasagna carbonara nih. Untung ye laki ni nak makan apa je seboleh2 bini cuba masak. muahahaha..

Masa penyediaan pun sekejap je, x sejam dah siap! Uish.. mmg sedap la lagi2 time sejuk2 ni makan panas2. Batrisya pun siap 2x tambah. Buat sendiri lagi puas hati dari makan kat luar nun. hihi.. Resepi omputih kita melayukan ikut bahan yang ada kat rumah.

Bahan-bahan,

8 kepingan lasagna (atau spaghetti)
Bahan A
1 cawan daging ayam cincang (guna burger/daging pun boleh atau udang@seafood)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu besar olive oil (guna minyak biasa pun ok)
Bahan B
2 cawan fresh milk
2 sudu tepung gandum (bancuh dgn air sikit supaya x berketul)
2 sudu besar plain yogurt
2 sudu kecil serbuk black pepper
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
Bahan C
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 kiub ayam
1 sudu besar butter

Cara-cara,

1- Rebus lasagna (kalau guna spaghetti rebus la spaghetti tu) sampai masak. Angkat dan toskan.

2- Panaskan kuali dan olive oil, tumis bahan A, bawang putih, bawang besar dan ayam hingga masak. Letak garam sikit. Angkat.

3- Campurkan semua bahan B (susu, tepung gandum, yogurt, black pepper, parmesan cheese) dalam satu mangkuk. Kacau sebati.

4- Panaskan semula kuali, masukkan butter. Tumis bahan C, bawang putih dan kiub ayam.

5- Masuk bancuhan bahan B tadi. Kacau hingga pekat sedikit kemudian masukkan bahan A tadi. Kacau rata tutup api.

6-Susun lasagna dalam loyang secara selang seli curah dengan bancuhan tadi.

7- Atas sekali tabur daun parsley dan parmesan cheese (kalau ada mozarella cheese lg sedap)

8- Bakar dlm oven microwave suhu 200C selama 10 minit. (Kalau guna spaghetti tak perlu bakar terus hidang je).

Siap untuk dimakan!

Thursday, November 12, 2009

Pisang Kaki / Persimmon

Pisang kaki atau nama omputihnya persimmon atau nama jepunnya Kaki. Sekarang tengah musim atau dah nak abis musim dah pun. Memang faveret orang kat dlm rumah ni, lagi2 budak 2 orang nih. Tiap hari kene potong untuk diaorang. Memang tiap minggu beli buat stok kat rumah. Sekarang dah makin murah, awal2 beli dulu mmg mahal. Kalau ikutkan pokoknya satu pokok tu boleh menghasilkan berpuluh2 buah. Sementara tengah musim ni meh kita makan puas2. :p

Wednesday, November 4, 2009

Menu ala KFC

Lama x makan kentang putar, tengok org mkn kfc nak jugak, sini mana la nak carik, buat sendiri jugaklah. Roti bun je takde ganti dengan nasi ayam.
Menjadi jugak ayam gorengnya, Resepi ayam tengok kat kak hana. Kentang putar semua org tau buat tp gravynye yg macam2 resepi. Ikut resepi sendiri lagi senang sebab penah buat dolu2 dan senang.

Makan panas2 baru best, cuaca skrg sgt sejuk, kalo makan pakai tangan tu jari2 beku rasanya, mmg kurang melazatkan. huhu.. nak tak nak kene makan berdekatan heater.

Resepi ayam goreng crispy
Bahan-bahan
  • 6 ketul peha ayam@ apa2 bhgn
  • *garam
  • *1 sudu mkn serbuk kari ayam@daging
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam adabi
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1-2 sudu kecil serbuk kari ayam@daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili @ serbuk paprika jika tak mo pds
  • 1 biji telur
  • minyak yg byk utk deep fry
Cara-cara
  • Perap ayam dengan bhn yg bertanda *.
  • Mangkuk lain, gaulkan tpg goreng ayam, tpg gandum, serbuk kari, serbuk cili@paprika. ketepikan.
  • Mangkuk lain lg, kocok2kan telur.
  • Panaskan minyak. Celup ayam ke dalam tepung, rata2kan.
  • Kemudian celup pula ke dlm telur dan ulang smula ke dalam tepung. Bedak2kan ayam tuh hingga penuh.
  • Goreng hingga keemasan. Pastikan minyak panas utk dptkan ayam yg crispy! tp masa goreng jgn guna api besar, nnti luar dah garing tp isi dlm tak masak!
Kentang Putar
Bahan-bahan
- 5 biji kentang
- 2 sudu fresh milk
- 1 sk black paper
- 1 sk marjerin
- 1 sk garam

Cara-cara
- Rebus kentang hingga empuk.
- Keluarkan air, lecek2kan kentang bersama fresh milk, marjerin, garam dan black paper. (Guna hand mixer untuk kentang lebih lembut dan halus)

Gravy
Bahan-bahan
- 1 ketul kiub ayam
- 2 sk tepung jagung
- 2 sk marjerin
- 1 sb fresh milk
- 2/3 titik kicap pekat (untuk kaler)
- Air secukupnya (anggaran 1 cawan)

Cara-cara
- Masukkan air, kiub ayam dan margerin. Didihkan atas api (guna api pelahan)
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam periuk bersama fresh milk dan kicap.
- Kacau hingga pekat.

Tuesday, October 13, 2009

Stok Kedai Runcit

Yeay! dapat stok baru untuk kedai runcit 105 Kopo Haga (rumah kami le tu). Paling best dapat kicap kipas udang (4 botol!), Ribena, nescafe gold, milo tin 2kg (stok lama pun ada lagi), susu f&n 4 tin, petai dlm tin, belacan, ikan masin, keropok kering, Sunquick, sup bunjut sepapan, asam keping, minyak sapi!, sardin mesia dan lain2. hehe.. best2!! jgn sampai expired dah le.. (kata hubbyku!). Terima kasih 'chip'!!
Eh.. ada lagi, 100+ ngan soya bean. Fanta grape ngan strawberry dah selesai.. hehe..