Showing posts with label Nagoya. Show all posts
Showing posts with label Nagoya. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Nagoya Japan bukan NagoyaTextile..dan Fukubukuro orang Jepun


Bila nak abis kisah ni. hehe.. gambar banyak sangat tak terpilih jadinya. Nak buat story panjang2 pun malas. hehe.. Act. ni kali kedua kami ke Nagoya. Tahun 2009 dah pernah pegi sekali, waktu tu kami jalan2 ke Kyoto dan Nagoya. Jadi percutian kali ni Kyoto tak pegi la. Di Nagoya lebih kepada berjumpa rakan2 yang ramaiii kat sana tu. :D

Gambar ngan kawan2 asyik lupa je amik, dah sibuk borak2 makan2 mmg lupa la nak bergambar. Gambar anak2 je la yang banyaknya. Masa ni jalan2 di Nagoya Station tengok illumination. Waktu2 cuti krismas dan tahun baru ni la nak tengok illumination yang cantik dan melambak2 kat Jepun. Waktu lain diorang jimat letrik. hehe..

Eh ada jugak gambar mak dara. hehe.. dengan Azah dan Dayah.

Memang best jalan2 tengok lampu walaupun sejuk dan suhu waktu tu mencecah 2C. Nagoya station antara stesen keretapi terbesar di dunia mengikut keluasan lantai dan terletaknya ibu pejabat Japan Railway Center yang merupakan syarikat pengangkutan utama keretapi dan shinkansen di Jepun. Kami sempat jugak naik ke tingkat (20kot) di Marriot Associa Nagoya untuk melihat bandar Nagoya di waktu malam. Free je naik atas ni.

Waktu ni kami ke rumah rakan menaiki densya(keretapi). Dapat jugaklah menyinggah beberapa tempat. Tapi tak bestnya semua tutup.huhu.. malam tahun baru semua orang pun nak bergumbira. Act. ada pertunjukkan bunga api tp kami tak pegi la, sejuk2 kesian kat anak2. Lagi satu esoknya kami nak simpan tenaga untuk shopping Fukubukuro di Toki Premium Outlet.

Fukubukuro ni adalah beg misteri yang kita tak tahu isi dalamnya. Tapi setengah kedai dia beritau apa ada dalam beg tu. Harga satu fukubukuro ni biasanya diletakkan harga tepat contoh 5000 yen, 10000 ribu yen dan dalam tu ada macam2 barang yang kadang harganya lebih dari sekali ganda. Memang sangat berbaloi2 beli fukubukuro nih.

Orang Jepun memang simpan duit untuk shopping tiap awal tahun. Tahun ni banyak comp. bagi bonus 3 bulan. Memang simpan duit untuk shopping waktu ni. Tempat2 yang popular antaranya di Ginza, Akihabara, Shinjuku dan premium2 outlet seluruh Jepun. Tengok tv tempohari ada yang beratur panjang sejak petang 31 Disember lagi untuk berebut beli Fukubukuro ni. Bila kedai bukak je terus serbu fukubukuro ni. Tapi yang kelakarnya diaorang ni main amik je beg tu tapi tak tahu isi dalam. Lepas tu diorang akan berkumpul di satu tempat dan buat tukar-tukaran suka sama suka. Memang macam pasar malam dah jadinya. Ini yang beli baju dan kasut dalam fukubukuro tu. Setiap orang biasanya akan shopping sebanyak 100000 yen!! (RM3800!) untuk sehari! Tapi memang puas hati sebab harga baju dan kasut jika dikira dalam satu beg tu lebih 20000 yen tapi diorang boleh dapat dengan harga 10000yen sahaja. Bukan baju dan kasut sahaja. Barang2 keperluan lain terutama gadget pun dijual dengan harga sangat la murah. Kira sales awal tahun dari potongan 20%-80%. Menarik tak!

Kami pun tak lepaskan peluang mencari fukubukuro yang berbaloi ni. hehe.. dapat jugakla baju untuk anak2 yang berjenama dengan harga yang murah dan juga beberapa gadget dapur untuk mama. *muka puas hati. :D. Gambar kat Toki Premium outlet memang tak sempat nak amik, dah sibuk masuk satu kedai ke satu kedai, sampai la hari gelap. Setahun sekali bershopping apa salahnya ye tak! hehe..

Saturday, May 9, 2009

Hari keempat: Nagoya

Bertolak dari Gifu jam 8:30 pagi. Sampai Nagoya dlm jam 10 pagi. Kali ni mmg rombongan Cik Kiah ke Nagoya. 4 family dari Gifu plak nak jumpa member2 di Nagoya.
Singgah amik gambar kat Nagoya Tower. Atas bangunan ni ada kolam, baru amik gambar sikit2 hujan la pulak.
Ini kat bahagian bawah ada show. Byk jugak watak2 katun tp time kitaorg turun katun byk tengah rehat. Gathering di Masjid Nagoya. Anas, Yusmady, Fadzly, Faiz (baru 3 hari sampai), hubby dan Bud.
Masjid Nagoya dari arah jalan raya.Salim yang baru sampai dengan baby baru.
Gambar yang ni complete semua ada. Cuma FKM Jepun yang takde Mus, Cheng dan Azman.
Muzammil (anak Yusmady), Najiha (anak Anas) dan Batrisya. Muzammil cakap jepun je dia, dah nak masuk 3 tahun duk Nihon.
Akhirnya sampai gak kat Noritake Garden. Rambang mata betul tengok pinggan mangkuknye. Juling jugak bijik mata tengok harga.. hahaha.. Harga satu complete set 6 biji 40k yen. Ok la tukan banding dgn harga kat Mesia. Akak aku dah cop nak kirim.

Jalan2 ke Nagoya Castle plak. Beli tiket densha (keteapi) one day trip.

Malangnya kitaorg sampai kaunter dah tutup. Takpelah amik gambar dari luar aje.