Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Nak cuti!!

Assalammualaikum, blog yang dirindui selalu. Hampir terlupa ada blog. Bila terbukak je tetiba rasa nak menulis. Tulis pendek je, nak cutiiii panjangggg lagiiii!! Penat la kerja balik Malaysia ni. Dah setahun kerja ni rindu nak masak2 beriyer, baking2, ambil gambar makanan, blogging, menaip, edit gambar, golek dgn anak2, berjalan2 ditempat sejuk,.. hehe... itu je nak tulis. Nanti rajin saya singgah lagi. ;D

Sekeping gambar bersama ex-blogger di Jepun. Juwita Yokohama dan Umi Saitama. Tahniah Ita selamat dapat baby girl. Melawat ita tempohari. Oh ye Haqem dah 4 tahun 14 Januari yang lalu. huhu.. tak sempat nak update cerita pasal Haqem. Jumpa lagi.. :)


Monday, September 2, 2013

Bagi yang merindui..

Assalammualaikum,

Setelah sekian lama tak bukak blog  tiba2 rasa rindu pulak nak menulis. Tak tau nak start dari mana, Ramadhan dan Syawal telah berlalu. Eh masih dalam bulan Syawal. nak ucap jugaklah Selamat Hari Raya Mohon maaf zahir batin untuk kawan-kawan yang mengenali. ;-)

Ramai jugak yang bertanya2 bila nak mencatat sesuatu di sini. Bila dah lama meninggalkan dan nak memulakan semula memang payah. Banyak je cerita yang boleh dikongsi, tapi kekangan masa paling tak boleh dielakkan. Gambar pun dah lama tak upload. Camera besar tu pun dah lama tergantung je kat rumah. huhu.. 

Cerita raya jap. Tahun ni raya pertama balik Johor, raya ketiga balik Pahang. Raya ke 7 beraya di Kelantan. hehe.. husband first time jalan ke Kelantan. Jalan2 sambil jumpa Ami n family, kebetulan balik beraya di Malaysia. Sekarang ni nak berjalan kene tunggu cuti sekolah sebab anak2 dah sekolah kene tunggu diorang cuti baru boleh cuti sama2. 

Tahun ni budak2 paling seronok sebab sepanjang 4 tahun jarang jumpa sepupu2. Time ni la diorang baru dapat rasa kemeriahan hari raya. oh ye Alhamdulillah Batrisya berjaya puasa selama 27 hari. 3 hari tak puasa sebab penat berjalan, termakan makanan adik dan tak tahan lapar. Tapi ok la kan, tahun lepas dia tak puasa penuh lagi sebab musim panas penat jalan kaki balik sekolah. Haziq pun belajar puasa separuh hari, Haqem belum lagi la. 

ok sambung lagi. akan cuba upload gambar nanti. InsyaAllah.. 

Thursday, March 7, 2013

Apa yang dirindui di Jepun..

Kouhai : Senpai, bila dah balik Malaysia nanti, apa yg paling dirindui senpai tentang Jepun? 

Senpai : Semestinya sushi, udon, sakura, salji, momiji, kawan2 Jepun, shinkansen, internet laju dan semua yang  takde kat Malaysia. Itu yang aku nak rindu. tapi sebenarnya bukan itu, yang pasti, aku lebih rindukan suasana Islam di Jepun. 

Kouhai : Tapi Jepun bukan negara Islam pun? peliknya. kenapa ye?

Senpai : Sebab Islam itu bukan setakat di masjid, sejadah, zikir dan puasa sahaja. Bukan ke Islam itu ada dalam setiap urusan kehidupan. Bekerja itu ada Islam, urusan sesama manusia itu ada Islam, hubungan dengan alam itu ada Islam. Itu yang banyaknya ada kat Jepun.

kouhai : ooo....

---------------
*nota kaki
kouhai = junior
senpai = senior


Petikan daripada IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) Teknologi. Sangat2 betul! yang pernah duduk Jepun dan balik Malaysia pasti terasa sangat perubahan itu. ;)

Friday, January 11, 2013

TQ all..

Alhamdulillah.. terima kasih banyak komen dari rakan-rakan blogger tersayang yang dikenali mahupun tidak di atas entry Sekolah Malaysia tak best. Banyak komen yang positif untuk saya ambil sebagai panduan. Sekadar luahan hati pada hari ke empat persekolahan tempohari.

Perkembangan terkini! Alhamdulillah pada hari ke lima dan hari kelapan tadi Batrisya mahupun Haqem tidak lagi menangis nak ke sekolah. Cuma Batrisya masih tak ada mood mungkin terlalu letih sesi persekolahan hingga ke petang sebab kene pergi sekolah agama. Hari Selasa tempohari asyik la berzikir kat papa dan mama nak balik Jepun nak balik Jepun. heheh..

Haqem pun happy je sekarang nak ke sekolah. Mungkin pendekatan teacher yang pandai ambil hati anak murid. Haziq pulak ada masalah sikit kat sekolah, teacher dia beritahu Haziq kene lebih praktis menulis esp. jawi dan bm, tangan Haziq dah biasa menulis Jepun kene tulis jawi memang la kekok. Batrisya pun sama ada masalah nak menulis jawi dengan lancar. InsyaAllah yang ini memang kene lebihkan praktis supaya tak ketinggalan jauh dari rakan yang lain.

Ok cerita mama pulak. Dah nak masuk seminggu mama tak sihat. Batuk selsema dan sakit2 badan. 2x jumpa doktor. Makan ubat hilang sakit, ubat habis datang balik. Kerja tetap datang. Sejak budak2 sekolah rasa hidup macam robot. Pukul 6:30 petang sampai rumah lepas ambil Batrisya sekolah agama dah prepare utk dinner, solat dll, kemas2 rumah. Malam kene peruntukan masa untuk mengajar Batrisya pulak. Letak kepala atas bantal memang terus lelap. Bangun pagi2 dah kene siapkan beg baju dan beg sekolah budak2. Iron baju dll. Papa pun agak sibuk kadang2 waktu malam. Hari2  kami basuh baju. Rasanya semua orang pun sama kan. Esp bila anak hantar ke tadika/taska dan sekolah. Ini baru seminggu sesi persekolahan dan akan jadi rutin hinggalah tamat anak2 bersekolah. hehe...

Monday, January 7, 2013

Sekolah Malaysia tak best!

Hari ke empat persekolahan. Pagi ni Batrisya menangis2 tak nak pergi sekolah. Mama pun sedih jugak tengok dia menangis. tapi kene kuatkan semangat dia cakap elok2 kene pergi jugak sekolah walau macamana pun. Minggu lepas masa borak2 dia tanya, Mama kenapa cikgu sekolah semua garang2? kenapa cikgu asyik marah2 je?.. aduhai.. apa la nak jawabkan. Cikgu kat malaysia ni stress kot banyak sangat kerja. Dia kata sekolah tak best. Mama dah agak, sebab dia baru je masuk sekolah, kene belajar banyak benda baru yang dia tak berapa faham lagi. cikgu pulak stress agaknya nak suruh budak2 terus pandai. Awal2 dia begitu bersemangat nak ke sekolah. masuk hari ke 4, terus semangat down. Mungkin sebab dia tak boleh buat apa yang cikgu suruh. Batrisya masih lambat nak menulis laju2 dalam bahasa melayu, jawi lagi la lambat.  Mama kene berusaha bagi extra tuition supaya Batrisya tak ketinggalan jauh dari rakan kelas yang lain. Sedih  jugak bila dia takde hati nak pergi sekolah. Kat Jepun 4 tahun sekolah tak pernah sekalipun menangis tak nak pergi sekolah. Balik Malaysia baru hari ke empat dah menangis beriyer2 tak nak ke sekolah sampai kene paksa. Kat Jepun lagi la dia dengan tak pandai bahasa jepunnya, dengan baru nak masuk sekolah cikgu sabar je melayan dan ajar sampai dia pandai, memang la ambil masa budak nak belajar dan pandai, bukan sekali ajar terus pandai. Betul tak cikgu2 kat malaysia? Cikgu kat malaysia ni terus paksa budak, sampai budak pun takut nak ke sekolah sebab takut kene marah cikgu. hmmm... tapi tak semua kot cikgu macam tu kan!

Kisah Haqem pulak. Hari ketiga sekolah haritu menangis jugak tak nak keluar kereta, menyorok bawah tempat duduk dengan beg. Hari pertama dan kedua ok je masa hantar. Pagi tadi pulak mencebik2 sedih tapi tak nangis. Teacher dia kata kalau nangis dia ambil beg pastu duduk depan pintu nak balik. Mungkin sebab first time masuk sekolah. InsyaAllah ok kot sebab masih awal persekolahan lagi. Haziq pulak happy je pergi sekolah buat masa ni. Harap2 dia pun terus berminat nak bersekolah di Malaysia. Ya Allah Ya Tuhanku kuatkan lah semangat dan terangilah hati anak-anakku supaya mereka dapat menerima ilmu yang diajar oleh guru2 mereka. Amin Ya Robbal Alamin..

Thursday, January 3, 2013

Hari Pertama..

Hari pertama bekerja di tahun baru masihi. Hari pertama anak2 bersekolah di Malaysia. Hari pertama duduk rumah sendiri sejak balik Jepun. Hari pertama masak sendiri setelah puas makan masakan emak. Hari pertama juga makan bersama satu keluarga. Hari pertama Haqem pergi sekolah pada umur 3 tahun. Dan hari pertama pakai baju baru. hehe..

Dah dapat rasa perasaan menghantar anak ke sekolah dengan suasana di Malaysia. Dapat jumpa kawan2 lama di Nihon esp. Juwita dan Mira. Anak2 masuk sekolah yang sama. :) Berdebar tunggu reaksi Haqem. Alhamdulillah.. hari pertama Haziq dan Haqem nampak ok. Harap2 begitulah selanjutnya. Haziq masih tak lancar cakap melayu. Batrisya masuk tahun 3, Alhamdulillah dah semakin bagus bahasa melayunya. Dah ada kawan baik yang dapat membantu masa di sekolah. Doakan kehidupan kami lebih baik di bumi Malaysia ini. Ameen..

*Gambar banyak tapi tak berkesempatan nak upload. Terima kasih rakan2 blogger yang masih sudi datang ke sini. Miss u all..