Showing posts with label Sendai. Show all posts
Showing posts with label Sendai. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Yamagata Expressway

Perjalanan dari Yamagata ke Sendai. Gambar buat kenangan. :D
Nak masuk dan keluar dari Yamagata ni perlu melalui gunung ganang. Kalau pandang keliling 360 darjah memang gunung ganang saja. Nak menembusi gunung kene melalui banyak terowong.
Terowong yang agak panjang 3.4km! Simpang di highway, kiri ke utara Jepun (Sendai, Morioka, Aomori dll), kanan ke Selatan (Tokyo, Fukushima dll). Papan tanda elektronik pemberitahuan hujan di hadapan, kalau jalan sesak atau sebagainya akan dimaklumkan di sini lebih awal sebelum sampai tempat kejadian bersama dengan jumlah kilometer.
Keluar terowong terus nampak awan hitam. Seterusnya memang hujan sepanjang jalan. :)

Tuesday, July 10, 2012

Melawat kesan dan tapak Tsunami di Sendai

Hari Rabu 4 Julai 2012, kami bawa in-laws melawat kesan2 dan tapak Tsunami yang berlaku pada 11.03.11 di persisiran pantai Sendai. Walaupun banyak dah dibaik pulih tetapi kesan dan tapak masih ada lagi. Peristiwa bersejarah yang pasti tak akan kami lupakan sepanjang berada di Jepun. Walaupun tempat kami berada jauh dari tepi laut (2 jam perjalanan) tetapi kesan akibat gegaran dan gempa sangat terasa di sini. Gempa bumi bermagnitud M9 di pusat dan tempat kami M5 memang sangat terasa. Paling tak boleh lupa kehabisan bekalan makanan dan catuan petrol kenderaan. Alhamdulillah.. Jepun cepat betul recover semula tak sampai sebulan semua kembali seperti biasa kecuali tempat2 terutama bandar dan kampung yang hanyut dan terus lenyap di muka bumi... ;(
Gambar kiri atas tu ada pembesar suara untuk amaran kedatangan tsunami. Walaupun mereka dah dilatih untuk menyelamatkan diri, tapi siapalah boleh menghalang ombak setinggi lebih 10 meter melanda tempat mereka. Yang tinggal hanyalah tapak rumah, banyak jugak rumah2 baru didirikan di kawasan ini. Tapi masih banyak jugak tapak rumah yang masih kosong, mungkin tuan rumah dah tak ada waris ataupun mereka berpindah ke tempat lain.

Kami berhenti di sebuah taman rekreasi dulunya di tepi laut. Sedih jugak tengok tempat ni yang dulunya cantik, sekarang tinggal kesan2 kerosakan yang mungkin ambil masa untuk dibaik pulih. Tapi memang nampak ada usaha untuk membaik pulih kawasan ini, mungkin kerana kerajaan Jepun lebih utamakan yang asas dulu sebelum baik pulih tempat2 yang kurang kepentingan. Banyak kerugian Jepun, esp. penggunaan tenaga nuklear tu.
Kerosakan yang tak terjangka akibat tsunami. Jalan raya yang terputus tetapi dah dibuat lencongan lain. Kalau nak tengok bandar yang teruk musnah akibat tsunami dan gempa bumi agak jauh ke utara. Tapi di sini pun dah cukup untuk melihat kesan yang ada.
Sempat pulak berposing, Memang tak terjangka air laut dibelakang tu akan naik sehingga berbelas kilometer ke daratan. SubhanaAllah..
My in-laws baru ada gambar. ;) Batrisya sempat pulak main loceng kuil tu. Dulu kuil kat sini, sekarang ni cuma tinggal tiang je. Kami ke sini dah lewat petang sebab tunggu budak2 balik sekolah. Plan asal mama malas nak ikut tapi alang2 dah keluar pagi tu ikut jugaklah. ;)
Dalam perjalanan turut ternampak deretan kereta yang rosak akibat tsunami dikumpulkan di suatu tempat. Berpeluang melihat depan mata sendiri kesan kejadian alam memang menginsafkan, apatah lagi mangsa2 yang kehilangan tempat tinggal, ahli keluarga, kerja dan sebagainya. Moga kita semua terus dilindungi walau di mana berada dan terus meningkatkan ketakwaan kita padaNya. Amin..

Friday, July 6, 2012

Melawat Ken Hamza dan Bloggers Gathering..

Hari Sabtu minggu yang lalu bersamaan 30 Jun 2012, saya berkesempatan ke Sendai melawat newborn baby Ken Hamza (baby Hanis) dan berjumpa dengan geng bloggers Hanis, Kamalia dan Iryd. Ala2 gathering gitukan. Yeay happy betul akhirnya dapat juga bertentang mata dan cium puas2 baby Ken Hamza yang sangat kiut miut dan montel! hehe..

Kedatangan tak berapa nak rancang, mula2 plan jugak dengan Kamalia nak ke Sendai tapi malam Jumaat tu baru buat keputusan boleh pergi atau tak. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak saya ke Sendai Sabtu tu. Kali ke berapa jumpa Hanis ngan Kamalia tak terkira dah kot. hehe.. tapi ni kali kedua berjumpa dengan Iryd. Mula2 masa jumpa anaknya Aichan baru berapa bulan, kali ni jumpa Aichan dah besar dan nak dapat adik pulak dah. InsyaAllah Iryd pun bakal melahirkan Oktober nanti, ada geng la Ken Hamza kan! ;D

Meriah sungguh rumah Hanis waktu tu macam hari raya dan nursery pun ada! Ada 9 orang kanak2 waktu tu dan 8 dewasa. Waktu ni kebetulan pulak parents Hanis ada lunch date dengan sensei Hanis. Tapi kami masih berkesempatan berjumpa dengan mereka waktu nak pulang. 
Ken Hamza yang sangat baik waktu kami datang. Baru berusia 20 hari waktu ni, sangat comel dan cute gaya dia tidur, dua kali bertukar baju, mama dan papa Hamza bekerjasama tukar baju dan diapers Hamza ye. hehe.. Tak puas mama As nak cium banyak lagi. Dah lama tak cium baby rasa best sangat, masa usia baby 40 hari ni la bau dia sangat2 best. ;D Hanis pun dah nampak ciri2 seorang ibu dan masih dalam proses penyesuaian lagi, lama2 oklah nanti, baru 20 hari kan. ;) Moga Hanis dan Mi terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk membesarkan Hamza sama jugaklah doa untuk kita semua yang mempunyai anak. InsyaAllah..

Terima kasih Hanis dan Mi menerima kami semua sebagai tetamu siap pulak dijamu dengan hidangan nasi Beriyani dan masakan Thai. Sedap! memang rezeki dapat rasa, memang plan awal nak makan salah satu makanan tu nanti. hehe.. Terima kasih, InsyaAllah panjang umur bertemu lagi kita semua nanti. ;)

Thursday, July 5, 2012

Michinoku Park Sendai

Sambungan kisah selepas berjumpa salji yang lagi banyak tarikh 5 Mei 2012. Kami meneruskan perjalanan ke Sendai Miyagi untuk ke Michinoku Park ni. Waktu ni ada Flower Festival haruslah bawak mak yang suka sangat dengan bunga datang melawat. Flower festival ni hanya bermula pada awal April hingga awal Mei sahaja.
Memang taman ni dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, yang pasti waktu ni Tulip paling banyak, tapi banyak yang dah terlebih kembang.
Ramai sangat orang waktu ni. Masa nak masuk park ni terpaksa menempuh traffic jam hampir 1 jam. Dan ada orang tu hampir 2 jam. hehe.. Budak2 suka sangat la main air lagi2 cuaca agak panas waktu ni.
Bunga yang pelbagai dan sangat cantik!
Gambar kenangan, ada berpuluh tudung kat rumah ni, tapi yg biru ni tetap menjadi keutamaan depan camera. hehe..
Lautan bunga ni sangat cantik. Taman ni sangatlah besar, macam2 aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami pun tak jelajah habis. Selain taman bunga, taman permainan, campsite, home village, ada juga Lakeside untuk menaiki bot dan sampan.Tiket masuk ke dalam ni 400yen dewasa dan 80 yen kanak2 bersekolah.
Model ni je yang sudi bergambar. yang lain semua sibuk nak main je.
Tulip yang masih segar, geram lagi rasa macam nak petik bawak balik je. hehe..
Taman permainan yang luas dan macam2 jens permainan yang ada. Suka betul budak2 lompat atas trampoline ni. Akhirnya kat sinilah saya bertemu dengan Cik Puan Kamalia dari Iwate yang sedang mencekak pinggang. hehe.. (gomen cik puan gambar curi. ;D) Waktu ni dah lewat petang, dapat sembang2 pun tak berapa nak lama. Terima kasih atas hadiah special untuk aii dan juga roti pita yang sedap sungguh. Nak bergambar pun tak sempat, bertemu lagi kita ye. Minggu lepas pun baru jumpa lagi. Lama betul peram story. ;D
Perjalanan pulang menuruni gunung. Dapat melihat pemandangan pokok2 dalam hutan yang baru nak tumbuh daun2 hijau muda selepas musim sejuk. SubhanaAllah, bersyukur kami masih dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Alhamdulillah.. :)

*Selamat bepuasa dan menikmati juadah berbuka hari ni bagi yang berpuasa sempena Nisfu Syaaban. Moga amalan kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin..

Monday, May 28, 2012

Lawatan ke Sendai Yagiyama Zoological Park

Lawatan sekolah Haziq, Kashinomi Yochien ke Yagiyama Zoological di Sendai pada 19 Mei 2012 yang lalu. Lawatan yang disertai ibu atau bapa murid dari kelas teratas. Masa ni papa yang pergi temankan Haziq. Murid dibahagikan kepada 4 orang satu kumpulan. Haziq satu kumpulan dengan kawan2 baik dia. Sepanjang dalam Zoo tu kene sama2 jalan ikut kumpulan termasuk ibu bapa. Antara check list yang perlu dibawa masa tu bentou(bekal makanan), okashi(snack), suito (bekal air), buku catatan yang dibuat sendiri dalam kelas, oshibori (kain lap tangan) dan beberapa lagi. Pakai uniform sekolah, kat topi pun ada letak reben mengikut warna kumpulan. Berkumpul jam 7:00 pagi depan sekolah, ada 3 bas disediakan untuk rombongan ni.
Bas yang selesa dan ada pemandu pelancong, tapi Haziq mabuk, muntah dalam bas. hihi.. balik tu Haziq pindah duduk bahagian depan. Haziq dah kenal dengan banyak binatang tapi semua dalam bahasa Jepun atau English, melayunya masih banyak yang tak tahu. huhu.. Papa kata tak banyak dapat ambil gambar, Haziq ni memang susah nak bergambar. Itu yang gambar muka pelik2. ;D
Baca peta sendiri dengan ahli kumpulan, baru usia 5-6 tahun tapi dah pandai berdikari sendiri budak2 ni. Parents cuma pantau dan ikut je mana diorang nak pergi. Seronok sangat la Haziq, papa kata kalau minat kat satu binatang tu lama sungguh diorang berhenti.
Dah penat berjalan, berhenti rehat dengan bentou yang dibawa dari rumah. Lebih kurang 2 jam dalam Zoo, rombongan di bawa ke Benny Land pula untuk bersuka ria. Theme Park bersebelahan dengan Zoo. Tiket untuk masuk theme park dan zoo disediakan oleh pihak sekolah.
Dalam theme park dah boleh berpecah, Haziq jalan dengan papa, banyak jugak mainan yang sempat dinaiki. Tapi tak banyak gambar, sempat jugak lah papa ambil beberapa video Haziq. Lebih kurang jam 4 bertolak pulang. InsyaAllah ada masa mama, Batrisya dan Haqem pun nak pergi. ;D

*Pengsan beratus2 gambar lagi nak disimpan sebagai catatan memori di sini. ;)

Saturday, January 28, 2012

Video Perjalanan Yamagata Sendai

Takde keje semalam, dalam perjalanan dari Yamagata ke Sendai suka2 je ambil video guna iphone. Video sekejap2 tak sampai seminit. Jalan tak stabil dan berais, gambar pun goyang. Saje simpan sini buat kenangan.

Oh ye pergi ke Sendai ada urusan, dah sampai Sendai berkesempatan jumpa tuan puteri Hanis, walau sebentar, hehe.. tapi takde nye sebentar terus jadi jam2 jugak. Ingat nak pas barang je, Hanis bawak kami makan kat Restaurant Thai. Sekali lagi terkilan sebab tak snap2 gambar, dah lewat jugak masa tu. Oh ye husband Iryd (Pitt) pun turut serta. Katanya dalam seminggu ni dah 4 kali datang. wahaha..  tapi memang sedap, teringat2 sampai sekarang. Masakan original Thailand memang sedap dan pedas.

Sendai semalam yuki turun agak lebat, jalan jadi licin dan berais, kami hampir2 tak lepas nak naik bukit, dan sekali tu tergelincir. Kowaii! Jalanraya pun jadi jammed teruk, semua kereta bawak perlahan dan ada jugak accident. Tapi tak ada kemalangan jiwa. Perjalanan 17km sepatutnya 30 minit terus jadi 2 jam!


Area Nanyo Yamagata.

Masih di Nanyo, Yamagata

Yamagata.

Nak masuk Miyagi. Terowong yang hebat2 di Jepun.

Ni nak ambil gambar lori tabur garam, sempat ambil sikit je dah belok kiri lori tu. Garam ditabur bahagian bawah.

Perjalanan pulang, ikut Fukushima. Seram jugak jalan ni, sebab ikut gunung2 gitu. Nasib baik highway Tohoku free, dan nasib baik salji tak begitu lebat. Pernah kene dalam perjalanan ada ribut salji, semua kereta kene berhenti tak boleh gerak sebab tak nampak apa. Pengalaman berada di Jepun. ;)

*Pagi tadi account google kene block. Nak register untuk youtube, sekali masuk tahun lahir Batrisya terus kene block sebab bawah umur 13 tahun. Sabo jela, blog ni pun tak boleh tengok siap kata blog ni dah kene delete, terperanjat makcik! Ada 3 cara nak unblock, kene bagi original tahun lahir, by email atau fax. Tapi amik masa berhari2. Terus decide amik opsyen ke 3. Bayar! huhu.. tak pasal je bayar kat google tadi, tapi nasib baik 30 sen dollar = 23yen=RM0.90 sen. Ok lah kan 15 minit je terus boleh bukak balik account. huhu..

Friday, October 21, 2011

Matsushima Bay Miyagi

Kali kedua ke Matsushima Bay selepas Tsunami teruk yang melanda Miyagi Prefecture. Sebelum ni menjadi 3 pulau tercantik di Jepun. Tetapi selepas tsunami tempatnya mengalami sedikit perubahan. Tetapi keadaan bandar masih sama. Cepat betul Japanese ni bangunkan semula kawasan ni, walau bagaimanapun, Matsushima bay tak begitu teruk mengalami kerosakan disebabkan terlindung dengan pulau2 kecil dan keadaannya yang berteluk. Kami cari juga tempat2 yang terjejas, tapi semua dah dibaik pulih seperti biasa. Cuma di kedai2 diletakkan gambar keadaan kedai2 mereka semasa kejadian 110311 dulu. Kami pergi ni masa dengan Azah dan Azmi datang tempohari, terlupa nak letak sini.
Azah n family menaiki kapal persiaran, kami tak naik sebab dah pernah naik sebelum ni. Sementara menunggu  mereka kembali, kami jalan2 sekitar dan snap2 gambar Haziq dan Haqem.
Gambar untuk simpanan dan tatapan akan datang. ;)
Wordless..;-) hari ni mama tak sihat, demam, sakit tekak dan batuk. Moga cepat sembuh dan sihat. :)

Thursday, October 7, 2010

Festival Askar Jepun

Asal ada festival je mesti nak pegi. hehe.. kebetulan je buat dekat2 sini so ambil la peluang tengok apa yg ada. Kali ni melawat festival askar jepun 50 tahun di Sendai. Sempena 50 tahun kem ini dibuka.
Orang awam berpeluang nak merasa naik kereta kebal, guna senapang, naik helikopter askar dan macam2 lagi boleh dicuba. Kali ni je boleh merasa, hari lain tak dapat la.
Antara model heli yang ada. Boleh test masuk dalam je, tak terbang pun.
Ada persembahan pancaragam, suka tengok konduktor tu, mmg bersemangat!
Persembahan yang ini pun best, bergerak mengikut lagu. Terperanjat gak masa diorang tembak atas. huhu...
Nak jadi askara Jepun ke. hikhik.. x payah la ye. mama tak suka askar jepun.
Bergambar dan bergaya dengan baju2 askar. Menarik jugak comel je tengok budak2 pakai uniform ni. Ada banyak pilihan tapi Batrisya pilih yang ini pulak. Haziq tu biasa la dapat pakaikan topi je.
Comel tak! Macam leftenan muda. haha...
Register nak jadi askar Jepun. Tapi untungnya askar Jepun sekarang dah tak berperang. Diorang duk diam2 je dalam negara . Amerika kan dah janji nak jaga jepun sampai bila2. huhu..
Semua model kereta kebal, heli ni buatan Jepun. Walaupun dah tak berperang tapi diorang buat jugak semua nih.
Untuk keselamatan negara kene ada jugak benda2 nih.
Act. kami masuk dalam agak lewat sebab jalan jammed nak ke sini. tersangat la ramai orang, waktu kami masuk banyak jugak terlepas show. Terkilan jugak tak dapat nak tengok secara jelas show Air force Aerobatic dia. Dapat tengok dari dalam kereta je. Itu memang best la Blue Impulse team buat show atas udara. Tak sempat nak amik gambar tp dapat jugak ambil video dari dalam kereta.

Esok sekolah budak2 ni cuti. Isnin ni pulak public holiday di Jepun sempena hari sukan. Jadi panjang lagi la langkah kami bila time cuti2 nih. hihi.. Bertemu lagi minggu depan. InsyaAllah..

Sunday, September 6, 2009

Berbuka di Sendai Miyagi

Puasa ke 15 baru le dpt merasa berbuka di kedai. Nak pegi kedai halal pun amik masa 2 jam. Tapi kat sini mmg puas hati makan macam2. Kitaorang amik menu buffet, kedai Bangladesh ni ada nasi, roti yg sangat sedap dan besar, lauk pauk berasaskan kari/sewaktu dengannya dan dessert. Semua jenis masakan diorg la, sib baik boleh telan jugak.
Kebab dan ayam tandori pun ada. Ini lakiku sorang perabihkan, perut dah ketat sebab dah mkn macam2. Tuan kedai ni baik mungkin sebab Ramadhan, kitaorg sampai dia dah sediakan set berbuka. Diberi kurma, buah epal, keledek goreng, ayam goreng, sambal dal (gmbr atas) dan air yogurt. Makan itu je yg buat terus kenyang. Nasik x makan pun, roti pun boleh tambah. Mmg puas hati la makan kat sini.
Kitaorg dah nak habis makan baru le budak2 ni sampai, sesat carik kedai nih. hehe.. Sib baik ada bekalan dlm kete tu ek. Batrisya ngan Haziq ngendeng je la kat kakak2 diorg tu. oh ye yg dua belah kiri tu jauh datangnya dari Nagasaki dan Hiroshima ngan tudung hitam tu dari Iwate. Jauh perjalanan diorg nih. Kat Haziq tu kakak Nadia dan kat Batrisya tu kakak Ida.
Selit gak gambo Haziq, lama xde gambar ye Haziq! susah sangat nak amik gambar dia yg statik.
Batrisya ni mmg suka la bergambar, boleh je nak posing. Lampu dlm kedai tu mmg romantik. Act. kitaorg pegi Sendai sebab pegi outlet nak carik baju raya la konon2 hehe.. last2 dpt kasut raya mama je. Best2 merasa gak pakai Crocs original.. ;p