Showing posts with label Kashinomi Yochien. Show all posts
Showing posts with label Kashinomi Yochien. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Haziq, Yochien, Hanabi dan tarian Anpanman

Gambar sebelum pergi sekolah. Pergi sekolah jam 9:00 pagi balik jam 2:00 petang. Yochien atau tadika swasta yang agak mahal kalau di Jepun. Sebulan yuran 20k-30k yen = RM800 - RM1200. Tapi kami dapat pengurangan separuh untuk bayaran yuran. So sebulan bayar dalam 11k-13k yen = RM500-RM600 sebulan. Rugi pulak kalau tak hantar sekolah kan. Ada Hoikuen atau tadika kerajaan, tapi tak layak pulak sebab ibu bapa kene bekerja. Tadika ni murah sesangat, hantar dari pagi sampai ke petang bayaran hanya bawah 3k yen = RM120 sahaja! Jadi sangatlah beruntung kalau dapat hantar anak ke Hoikuen ni. ;)

Video masa Bon Odori Kashinomi Yochien tempohari. Baru terajin nak upload videonya. Inilah antara aktiviti sekolah yang best. Bayar mahal2 servis mestilah berbaloi gitukan. hehe..

Untuk kenangan Haziq tengok balik nanti dia menari lagu Anpanman. Comel! :D

Bersenam, selalu over. hehe..

Bunga api(Hanabi) yang sempat diambil video. Mama malas nak amik banyak2 sebab nak tengok bunga api puas2 depan mata. Kalau amik video kita kene tengok kat videocam tu la kan. :)

Friday, August 10, 2012

Bon Odori Festival Kashinomi Yochien

Hari Sabtu 4 Ogos yang lepas, kami mengikuti Bon Odori Festival tahunan sekolah Haziq. Kali ni dibuat di luar sekolah sebab ada special Hanabi(bunga api). Kalau sebelum ni setiap tahun buat dalam dewan. Haziq yang dah siap2 pakai baju dari rumah untuk ke festival. Acara bermula jam 6-8 malam. Act. masa ni kan Ami+Aki buat jamuan berbuka puasa, tapi kami datang lewat. Alhamdulillah sebelum keluar tu kami sempat tolong apa2 dan buat sedikit kuih untuk jamuan. Kebetulan majlis buat kat dewan sebelah rumah.
Dah berkumpul dengan rakan sekelas. Ada ucapan dari guru besar, guru besar beritau dah 6 tahun tak buat festival ni diluar sekolah, sebelum ni memang dibuat di tepi sungai seperti tahun ini.  Haqem memang la suka nak duduk bersama abang Haziq dan kawan2.
Persembahan Taiko(drum) oleh kelas Yuri(5tahun). Tahun lepas Haziq main jugak. Lepas tu acara tarian obon. Mama ada ambil video, nanti rajin letak kat sini. Comel sangat tengok budak2 ni menari.
Menari bersama sensei, ala2 bersenam gitu. Budak2 kelas bawah (3 tahun) pun sama2 join.
Acara yang ditunggu, tengok Hanabi! Banyak jugak letupan kali ni, tak pasti berapa mungkin beratus2  kot. Seronok dapat tengok lebih dekat dan tak bersesak2. Kami berbuka puasa dengan air dan kuih. Alhamdulillah.. dapat lagi merasai pengalaman Festival di Jepun ni. ;)

*Selamat mengejar malam LailatulQadar...

Thursday, July 19, 2012

Haqem dan 'kak ipar'

Tajuk tak menahan. hihi.. Haritukan mama dengan Haqem amik Haziq kat sekolah, biasanya kalau cuaca elok budak2 boleh main kat luar sementara tunggu ibu bapa datang ambil. Selalu amik budak2 dalam kelas ataupun kadang2 amik lambat sikit.
Masa mama cari Haziq, Syiho-chan(girl yg suka sangat kat Haziq) ni yang nampak mama dulu. Apalagi nampak je mama terus je jerit cakap Haziqu no okaasan! Berlari dia datang kat mama dengan Haqem, terus bawak Haqem main kat situ. Haqem suka la bila dapat main dengan budak2 situ. Baik betul dengan Haqem, suka budak agaknya. hehe.. 
Haziq masa tu buat tak kisah je dengan Haqem sibuk main dengan kawan2 dia. Syiho-chan la yang jaga Haqem. Mama sempat la curi2 ambil gambar sekejap. ;D Tak lama pun main sebab nak balik rumah.

Mama suruh cakap cheese laju je dia bergambar, segan jugak nak gambar sebab sensei ada kat situ, hihi.. laju2 je snap gambar. Ada gambar Haziq dengan bestfren dia, tapi Haziq as usual memang anti camera. hik.. Balik tu sorong basikal jalan kaki sebab tak muat naik 3 orang. ;D

Tuesday, July 17, 2012

Haziq di Kashinomi Yochien

Tarikh 11 Mei 2012 (Jumaat), cerita 2 bulan yang lepas tak habis lagi. Masa ni mak abah ada di Jepun, selama 2 minggu mak dan abah di sini tiap hari memang ada saja aktiviti yang dibuat. Seronok sangat mak abah waktu tu, sebelum tu dapat melawat sekolah rendah Batrisya kali ni dapat pulak melawat tadika Haziq, melawat yang boleh masuk dalam kelas dan tengok aktiviti yang dibuat oleh pelajar. Kebetulan waktu tu memang ada hari Terbuka sekolah.
Ada pelajar baru sibuk jugak nak join budak2 dalam kelas. ;D Yang baju putih tu memang baik sangat la dengan Haziq (girlfrend Haziq dari awal masuk sekolah 2010), nampak Haqem pun dia yang cepat2 melayan.
Masa ni aktiviti nyanyian. Mama ada amik video masa ni. Keiko sensei (guru kelas) main piano dalam kelas, dalam tiap kelas memang ada piano. Sensei memang wajib pandai main alat muzik.
Meja Haziq, dalam kelas ada 24 orang pelajar. Haziq Bara 2 gumi(Kelas Ros 2), untuk sebaya Haziq ada 3 kelas. Masa ni sesi perkenalkan diri.
Selepas menyanyi, aktiviti mewarna pulak, water kaler  tu memang tiap sorang ada, simpan di sekolah, bekas air tu kene buat sendiri di rumah guna botol plastik. Masa ni sensei ajar cara campurkan warna untuk dapatkan warna yang lain. Contoh oren tu kene campur warna merah dan kuning untuk dapatkan warna buah oren. ;D Budak kecik tu pun sibuk gak nak join.
Masa mula sampai Syiho-chan ni cepat2 datang kat mama tanya macam2, siap peluk2 pinggang.  Baik dan ramah betul budak ni, hihi.. dia ni la yg selalu tunggu Haziq sampai sekolah, pastu tolong simpankan kasut Haziq. Berkenan betul dia dengan Haziq tapi Haziq tu bolayan je. hikhik.. Suka sangat mama nak amik gambar dia. Ada gambar tokmak dan ibu yg lain dalam kelas.
Balik tu jalan kaki dengan mak je sebab papa pergi solat Jumaat. Jalan ni la selalu lalu untuk ke sekolah Haziq kalau naik basikal atau jalan kaki.
Petang tu pulak kawan mama Yu-san datang rumah, sempat pulak bergambar. Selalu kawan2 Jepun datang rumah terlupa je nak amik gambar hehe.. Yu-san ni sensei English, duduk jauh jugak, so bila ada masa free baru dia boleh datang. Rajin travel oversea dia ni. Suka betul dengan kari yang mama masak waktu tu. Selain tu kawan sekolah Batrisya budak laki 2 orang tu pun selalu datang main kat rumah, Ren-kun ngan sorang lagi tak ingat nama. Rumah diorang dekat2 sini je. Untuk kenangan Batrisya dan Haziq nanti. ;-)

Monday, May 28, 2012

Lawatan ke Sendai Yagiyama Zoological Park

Lawatan sekolah Haziq, Kashinomi Yochien ke Yagiyama Zoological di Sendai pada 19 Mei 2012 yang lalu. Lawatan yang disertai ibu atau bapa murid dari kelas teratas. Masa ni papa yang pergi temankan Haziq. Murid dibahagikan kepada 4 orang satu kumpulan. Haziq satu kumpulan dengan kawan2 baik dia. Sepanjang dalam Zoo tu kene sama2 jalan ikut kumpulan termasuk ibu bapa. Antara check list yang perlu dibawa masa tu bentou(bekal makanan), okashi(snack), suito (bekal air), buku catatan yang dibuat sendiri dalam kelas, oshibori (kain lap tangan) dan beberapa lagi. Pakai uniform sekolah, kat topi pun ada letak reben mengikut warna kumpulan. Berkumpul jam 7:00 pagi depan sekolah, ada 3 bas disediakan untuk rombongan ni.
Bas yang selesa dan ada pemandu pelancong, tapi Haziq mabuk, muntah dalam bas. hihi.. balik tu Haziq pindah duduk bahagian depan. Haziq dah kenal dengan banyak binatang tapi semua dalam bahasa Jepun atau English, melayunya masih banyak yang tak tahu. huhu.. Papa kata tak banyak dapat ambil gambar, Haziq ni memang susah nak bergambar. Itu yang gambar muka pelik2. ;D
Baca peta sendiri dengan ahli kumpulan, baru usia 5-6 tahun tapi dah pandai berdikari sendiri budak2 ni. Parents cuma pantau dan ikut je mana diorang nak pergi. Seronok sangat la Haziq, papa kata kalau minat kat satu binatang tu lama sungguh diorang berhenti.
Dah penat berjalan, berhenti rehat dengan bentou yang dibawa dari rumah. Lebih kurang 2 jam dalam Zoo, rombongan di bawa ke Benny Land pula untuk bersuka ria. Theme Park bersebelahan dengan Zoo. Tiket untuk masuk theme park dan zoo disediakan oleh pihak sekolah.
Dalam theme park dah boleh berpecah, Haziq jalan dengan papa, banyak jugak mainan yang sempat dinaiki. Tapi tak banyak gambar, sempat jugak lah papa ambil beberapa video Haziq. Lebih kurang jam 4 bertolak pulang. InsyaAllah ada masa mama, Batrisya dan Haqem pun nak pergi. ;D

*Pengsan beratus2 gambar lagi nak disimpan sebagai catatan memori di sini. ;)

Thursday, May 17, 2012

おかあさん ありがとう!

Okaasan arigatou! (Terima kasih mama!) Hasil lukisan Haziq di Yochien sempena hari ibu tempohari. Boleh la Haziq yang penting ada usaha nak melukis muka mama, hehe.. oh ye hasil lukisan (sebelah kiri) ni ditampal selama seminggu di sebuah pasaraya di sini. Kami terlupa pulak nak pergi tengok dan ambil gambar, semalam pihak pasaraya tu pulangkan semula lukisan ni dan turut diberi cenderahati berbentuk makanan, tapi tak semua boleh makan. Lukisan kanan tu ditampal dalam kelas Haziq.
Ini nota kecil yang dibuat sendiri sebagai hadiah. Sangat comel, tapi dah dirasmikan oleh Haqem, dia yang dah tulis2 dan lukis dalam nota nih. hihi.. Arigatou Haziq sayang! Act. tiap2 tahun memang dapat lukisan dan hadiah macam ni termasuk hari bapa jugak, hadiah comel2 yang dibuat sendiri oleh kanak2 atas bantuan sensei untuk diberi pada ibu bapa. Sangat hargainya, mama tampal dan simpan tiap lukisan yang dibuat sebagai kenangan. Tapi ada juga yang dah terbuang sebab penuh sangat dengan hasil2 kraftangan Haziq dan Batrisya sepanjang bersekolah di sini. Alhamdulillah.. terima kasih anak2. :D

Wednesday, March 7, 2012

Konsert DoReMiFa (Akhir Tahun)

Konsert Akhir tahun Kashinomi Yochien, konsert wajiib diadakan tiap tahun untuk meraikan pelajar terutama tahun akhir yang akan tamat sesi sekolah tadika dan memasuki sekolah rendah. Konsert ni terbuka pada orang ramai, kebetulan waktu tu ada family student Msia yang datang. Kami jemput jugaklah kalau nak merasa tengok konsert kanak2 tadika di Jepun. Walau tak faham tapi diorang enjoy jugak tengok. hehe..
Konsert ni dibuat pada hari Ahad, 26 Feb yang lalu. Persembahan alat muzik dan nyanyian dari pelajar berusia 3 hingga 6 tahun. Juga persembahan pelajar tahun akhir bersama ibu bapa dan guru. Kalau tahun lepas Batrisya nyanyi dengan papa, tahun ni jadi penonton je. Entry tahun lepas.
Tahun ni kelas Haziq buat dua kali persembahan. Nyanyian pertama, nampak bersungguh, ada jugak praktis kat rumah. :D
Persembahan kedua bermain Pianica. Ada 2 lagu yang dimainkan. Act. untuk usia Haziq ada 3 kelas, masa konsert ni ketiga-tiga kelas digabungkan.
Persembahan dari sensei memang best! suka tengok semua sensei pandai main alat muzik. Akhir sekali penyampaian sijil dan cenderamata pada wakil setiap kelas. ;)
Gambar kenangan di hadapan dewan besar bersama banner. Konsert DoReMiFa terakhir mereka di sini.

Haziq menyanyi.

Haziq bermain Pianica.

Persembahan sensei yang best!

Persembahan sensei lagi.

Sempat rakam aksi ibu bapa yang menjadi tulang belakang konsert membantu sensei mengemas dan memastikan semua acara berjalan lancar. :)

Tuesday, January 24, 2012

Haziq dan Pianica

Haziq dan beg pianica
Hari ni Haziq start dicutikan sekolah oleh sensei selama seminggu. Sekolah kene tutup sebab ramai pelajar kene wabak Influenza, jadi pihak sekolah ambil langkah keselamatan dengan menutup sekolah, Influenza senang berjangkit. Risau la jugak mama, Alhamdulillah buat masa ni nampak budak2 ni sihat lagi. Moga dijauhi penyakit berjangkit dan sentiasa dilindungi. Amin.. Batrisya pun ada beritau kelas dia pun ada pelajar kene Influenza. Kanak2 dinasihatkan memakai mask kalau nak keluar rumah termasuk la orang tua. Hari ni cuaca panas malas pulak nak bawak main kat luar, bila 2 orang (Haziq dan Haqem) ada kat rumah memang berkawan sangat diorang ni. hehe..
Eh nak cerita tentang Pianika Haziq, masa cuti sensei bagi bawak balik Pianika ni untuk praktis kat rumah. Sekolah Jepun memang wajib budak2 pandai main Pianika ni, ala macam kita sekolah rendah kat Msia kan wajib ada recorder (eh skrg ada lg ke?) untuk pelajaran Muzik. Kat sini boleh kata semua alatan muzik diorang kene cuba. Kecik2 tadika dah diajar guna pelbagai alatan muzik.
Start training, nanti ada persembahan bulan 2. Haziq hafal chord2 lagu. Mama tak ingat lagu apa dia kene hafal. Tapi nampak senang. :D
Bekas untuk Pianica, Batrisya pun ada beli satu guna kat sekolah rendah dia.
Comel je tengok jari jemari tu menekan, nanti kita pergi kelas piano nak Haziq. ;) chord dia sama macam piano, ini basic untuk budak2. Tapi asyik main bingit la pulak telinga mama, haha..
*Kenangan Haziq bersekolah di Jepun. ;)

Wednesday, November 23, 2011

Oyugikai Haziq ~ Kashinomi Yochien

Acara tahunan Kashinomi Yochien, konsert sempena Hari Kebudayaan Jepun, persembahan khas oleh pelajar2 untuk ibu bapa. Hari Sabtu 19 Nov tempohari. Kalau tahun lepas Batrisya buat tarian AKB, Haziq pulak jadi 'kobuta'. Tahun ni Haziq buat tarian dari anime Negibouzu no Asataro. Memang comel je tengok. hehe..
Suka sangat tengok aksi Haziq, nampak beza ketinggian dia dengan rakan kelas yang lain. Haziq yang paling muda dalam kelas, ikutkan kawan2 lain semua dah umur 5 tahun dia masih lagi 4 tahun.
Kanak2 yang berusia dari 2 tahun hingga 6 tahun, setiap mereka buat persembahan yang sangat comel!.
Antara persembahan rakan2 dari kelas yang berlainan. Mama datang lewat sebab Haqem tidur lagi kat rumah, papa dan Batrisya datang dulu sebab kene bawa Haziq lebih awal. Jadi semua gambar dan video diambil oleh papa. Tapi mama dapat tengok persembahan Haziq, kebetulan dia punya no 19. Ada 23 persembahan dari setiap pelajar secara berkumpulan. Masa mula2 Haziq keluar mama tak perasan langsung yang mana satu Haziq, lepas dia pusing depan baru perasan. hehe..

Video yang diambil papa, katanya tak dapat nak fokus sebab nak ambil gambar lagi nak adjust video lagi. Haziq yang terlebih melompat, kawaii dan suka tengok dia. hehe..

Dari anime Asataro ni. Takde kat M'sia rasanya. :)


Hari ni Jepun cuti sempena Labour Thanksgiving Day. Bawa anak2 jalan2 kat area sini2 je. :D

Tuesday, September 20, 2011

Undokai (Hari sukan Kashinomi Yochien 2011)

Hari Sabtu 17 Sept. Kashinomi Yochien adakan hari sukan tahunan. Sukan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Tiap tahun pun acara yang lebih kurang sama dibuat. Aturcara mula2, perasmian oleh guru besar, kemudian senaman oleh semua sensei dan pelajar. Yang tengah bawah tu sensei kelas Haziq , Hiromi sensei.
Seterusnya ada persembahan pancaragam dan gimnastik sekolah. Macam2 acara khas untuk kanak2. Ibu bapa pun turut mengambil bahagian.
Batrisya pun turut ambil bahagian, dijemput oleh sensei2. Sensei2 ni memang kenal sangat dengan tiap anak muridnya. Seronok la batrisya dapat jumpa sensei2 dan kawan2 lama yang turut datang. Kami duduk bawah pokok, haritu cuaca 33C, (hari ni hujan suhu 15C). Haqem pun buat aktiviti sambil menunggu abang Haziq habis bersukan.
Antara acara yang Haziq masuk dengan rakan sekelas. Sukan sekolah ni takde nombor2 pun, semua hanya untuk suka2. Semua budak pun dapat hadiah yang sama. Haziq kene lari ambil baju dalam bakul simpan kat kocek. merangkak dalam tikar dan sidai baju di ampaian. Haziq dapat pelajaran baru cara menyidai baju guna penyepit. hehe..
Batrisya jumpa best friend dia Fuka-chan. Lama tak jumpa sebab sekolah rendah tak sama. Ada lagi 2 orang group dia tak ada, 2 tahun diorang berkawan 4 orang. Tapi dah masuk sekolah rendah semua terpisah sebab sekolah lain2.  Banyak sangat sekolah kat sini hinggakan untuk satu kelas pun hanya ada 20 murid, tapi bagus cikgu boleh tumpukan perhatian kat tiap pelajar.  Habis je acara penutup cepat2 kami pulang sebab ada tetamu dari jauh dah tiba. Sempat Haziq posing kat pintu gerbang (Entrance Gate maksud tulisan kanji tu). Video banyak tapi macam biasa malas nak upload. :)

Monday, September 5, 2011

Festival Bon Odori, Kashinomi Yochien

Cerita lama baru teringat nak letak, bukan la bz sangat beraya, balik kg atau sebagainya. Raya kat sini sama je macam hari2 biasa, cuma saja ikut mood org lain yg beraya. :D Oklah  ni kisah pada 6 Ogos 2011 yang lalu. uit hampir sebulan, masa ni awal2 puasa lagi. Yochien(tadika) Haziq adakan festival sempena cuti Obon. Acara ni wajib tiap tahun buat. Antara cuti terpanjang di Jepun sempena mengingati nenek moyang mereka, masa ni akan ada tarian obon, main gendang dan nyanyian.
Kelas Haziq buat persembahan Taiko (drum). Comel dan pandai sungguh tengok budak2 ni main taiko tu. Lepas tu tukar baju untuk tarian pulak. Jinbei atau Yukata adalah pakaian rasmi yang digunakan setiap kali matsuri(festival) terutama pada musim panas.
Tarian mengelilingi dewan, bersama2 sensei. Waktu panas lagi, acara bermula jam 5 - 7 petang. Ramai ibu bapa yang datang bersama ahli keluarga yang lain.
Haziq excited ikut tarian. Sensei pun buat persembahan lagu faveret Batrisya dari AKB48, aitakatta...aish.. budak2 baya dia ni memang dah pandai minat lagu2 artis, siap hafal lirik, dalam kereta papa pun melayan dia dok pasang satu album AKB ni, sampai mamanya pun terhafal sama. huhu..
Lepas tu ada acara permainan, macam2 permainan disediakan, sambil berehat dan makan. Kami order onigiri, pop corn dan air saja. Order memang dah buat lama, kami diberi kupon untuk tukar dengan makanan. Dango tu memang diberi, nasib baik waktu rehat hampir dengan waktu berbuka.
Acara terakhir penyampaian hadiah, semua dapat hanabi (bunga api) sorang satu. Haziq dan kawannya berbincang apa ntah, tak sabar2 nak main la tu. Sensei pun turut bagi nasihat pada budak2 sempena cuti sekolah. Oh ye Haziq pun dapat kad yang dipos sempena Natsu yasumi (summer holiday) dari Yochien, wish selamat bercuti.  Kenangan Haziq semasa berada di Kashinomi Yochien Jepun. ;)

*oh ye salam Takziah buat blogger Hanis dan Mi yang kehilangan ayah tercinta (ayah Mi) pada pagi semalam. Baru je ber'sms' ngan Hanis Sabtu tu. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.. Al-Fatihah..

Thursday, June 23, 2011

Family Festival (Shimajiro Konsert)

IMGP9158DSC00655
Pagi tadi kami ke Dewan Kebudayaan Awam untuk menyaksikan persembahan konsert dari Benesse sempena ulangtahun ke 50 Kashinomi Yochien (tadika Haziq sekarang). Konsert kali ni khas menjemput watak kartun yang popular di Jepun iaitu Shimajiro. Budak2 memang suka la nampak Shimajiro ni keluar. Tora@harimau ni lambang maskot bagi shimajiro. Sebelah tu guru besar bagi ucapan pembukaan.
DSC00675DSC00677
Persembahan pertama dari pelakon drama tv Michiko Nagano. Kali ni dia tak berlakon tapi menyampaikan sebuah cerita kanak2.
DSC00702DSC00705
Seterusnya persembahan dari Shu-chan yang pandai mereka bentuk belon. Pakcik ni glamer kat Fukushima, selalu orang panggil dia untuk buat persembahan pada kanak2. (Fukushima! uhu teringat ku pada genpatsu yg tak settle lagi, sejam perjalanan je dari tmpt kami ke Fukushima)
DSC00724DSC00728
Persembahan yang ditunggu2, dari Shimajiro dan rakan2, menyanyi dan melakukan pergerakan badan. Budak2 suka la ikut pergerakan dia. Lagu2 dia yang biasa sekolah tadika gunakan.
IMGP9165IMGP9163
Akhir sekali sesi mengambil gambar ramai2. Haziq yang bertanda anak panah tu. Ini semua yang sebaya Haziq.
IMGP9154
Kami datang bertiga, Haziq datang dengan rakan2 lain dan sensei, Batrisya sekolah la pulak. Tapi kami amik video dari awal untuk Batrisya. (*act. sekarang ni budak2 tengah menonton video ni la) frust je Batrisya tak dapat tengok live. hehe.. Nak masuk video tapi tak sempat nak edit lagi. nanti2 la simpan kat sini. :)
*entry cepat2 kalau tak nnti terus hutang berhari2. bukan selalu dapat ngadap lama2 depan pc. ada je bebudak ni kacau. uhuhu..