Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Mari Belajar Melukis

Lukisan yang mudah. Act. ada 3 lagi tapi dah terdelete. hukhuk.. Gambar ni diambil dari buku kat klinik. Sambil2 tunggu turn Haqem mama tengok buku ni sangat menarik. Boleh la kan untuk dishare. Harap2 bermanfaat pada yang lain. :)




Haqem ambil krim sapu masa ni, kakinya gatal2. Mini library kat klinik kanak2. 

Friday, August 3, 2012

Mackerel dalam tin dan beras Tsuyahime

Ikan mackerel@さば(saba) tin yang saya guna di Jepun esp. untuk buat kuah laksa, serunding ikan dan sandwich. Ada banyak jenis ikan dalam tin ni sebab Japanese ni suka jugak makanan segera. Ada yang dah siap dengan kuahnya macam Saba Miso. Tapi tak semua boleh di makan. Tapi so far saya tak jumpa sardin macam malaysia dengan sos tomato. hehe.. Selalu ambil jenis yang ini hanya ikan dan air.  Saya basuh sikit sebelum guna. Harga 98yen setin, dalamnya ada 3 ketul ikan seperti gambar.
Beras Tsuyahime, keluaran terbaru beras Jepun dari Yamagata. Jenama yang taja Tanbo Art tempohari. Harga beras baru ni mahal sikit dari harga biasa. Biasa 10kg beras berharga 3200yen. Ini harganya 5kg 2500yen. Memang ada beza harga untuk beras yang baru dituai dengan beras yang lama. Yamagata memang popular dengan beras yang sedap sebab ditanam di kawasan pergunungan. Rumah kami memang guna beras Jepun sebab anak2 suka sangat, kalau masak guna beras Thai anak2 makan tak habis. Mungkin sebab beras Jepun ni melekit2 dan senang dimakan. ;)

Thursday, August 2, 2012

Beras Pulut Jepun dan Gula Hitam Jepun

Ini rupa beras pulut Jepun yang saya guna. Jumpa yang ni je kat supa. Nama dia もち米(mochi kome). Mochi=pulut, kome=beras. Sebutan kome tu ko-mek. ;) Bentuk dia pun bulat2 macam beras jepun jugak. Harga untuk 1.5kg 680-880yen sebungkus. Tapi mungkin lain ken(negeri) lain kot rupa bungkusannya.
Ini pulak pengganti gula melaka di Jepun. Namanya Kurosato. Kuro=hitam, Sato=gula. Gula hitam la kiranya. Kurosato sini ada banyak jenis, ada yang siap petak2 kecil mahal sikit la, ini yang paling murah la saya ambil. hehe.. 500g =298yen. Rasanya sama mcm gula merah, memang sesuai la untuk buat kuih2 tradisional pengganti gula melaka. ;D

Wednesday, June 6, 2012

Odaiba City & Venus Transit

Hari terakhir di Tokyo kami melawat ke Odaiba City. Perjalanan nak ke Chiba kami singgah tengok Rainbow Bridge, Statue of Liberty, Fuji Terebi(bawah kanan) dan Aqua City Odaiba. Tempat ni lebih cantik bila waktu malam dengan cahaya lampu. Dari sini pun boleh naik bot/feri menyusuri Sumida River hingga ke Asakusa.
Berlatar belakangkan replika Statue of Liberty dan Rainbow Bridge.  Masa ni cuaca mendung tak lama lepas tu hujan pulak. Kami tak lama di sini, puas jalan2 dan ambil gambar kami masuk ke Aqua City.
Selain tu di sini terdapat Miraikan (Japan's National Museum of Emerging Science and Innovation). Papa teringin sangat nak pergi, tapi dah lewat petang dan tak sempat. Sebelum ni pernah tengok Gundam besar kat sini, datang sini semata2 nak tengok Robot Gundam tu je. hehe..
Ikan yang comel dalam Aqua city. Perjalanan pulang lebih kurang 4 jam baru tiba di rumah. Dah 4 hari di Tokyo baru la mak abah sampai ke destinasi sebenar iaitu rumah kami di sini. Masih banyak lagi gambar dan cerita untuk diabadikan di sini sebagai kenang2an kami nanti. ;D

Moga selamat perjalanan mak dan abah ke Jakarta esok dan semoga urusan mereka dipermudahkan nanti. Amin.. Mak tu baru balik dari Sarawak hari Isnin lepas ada kenduri kawin, penat balik dari Jepun pun tak habis lagi. Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk mak dan abah kami. Amin..

*Cuaca mendung hari ni tak dapat nak tengok Venus Transit Phenomena. Fenomena sekali seumur hidup, kalau ada lagi maybe seabad lagi. Boleh tengok live streaming dari jam 7 pagi hingga 2 petang ni di link bawah.

http://news.tbs.co.jp/newsi_sp/youtube_live/20120606.html

Monday, June 4, 2012

Newfoundland Dog

Ternampak masa matsuri(festival) tempohari. Takut nak pergi dekat, tapi saja2 ambil gambar. Macam bear pun ada, anjing jenis penyelamat. Musim sejuk berguna nak cari orang hilang dalam salji. Boleh nampak perbezaan dengan anjing sebelahnya (gambar atas kiri). Dah ambil gambar cepat2 lari. hehe..

Thursday, May 31, 2012

Masjid Tokyo Japan

Masjid Tokyo merupakan masjid terbesar dan antara tertua di Jepun, terletak di Oyama-cho, Shibuya-ku atau dikenali sebagai Tokyo Camii. Masjid ni kepunyaan Turki tetapi dibuka untuk semua umat Islam menunaikan Ibadah. Masjid ni dibina pada 1938 lagi tetapi dihancurkan pada 1986, walau bagaimanapun ia telah dibangunkan semula pada 1998 dan tahun 2000 siap digunakan hingga sekarang. Masjid ni menggunakan banyak material daripada Turki, dan juga merupakan Pusat Kebudayaan bagi masyarakat Turki. Kami ke sini menaiki kereta, parking percuma disediakan dibelakang masjid, tapi waktu tu kami parking di parking berbayar tak jauh dari masjid. Jika menaiki keretapi ambil Odakyu Line dan turun di Yoyogi Uehara Station.
Bahagian untuk solat terletak di tingkat paling atas, SubhanaAllah memang cantik senibina dalaman masjid. Waktu kami tiba tak ramai yang berada dalam masjid, cuma staf berbangsa Turki yang menjaga office di tingkat bawah sekali.
Bahagian bawah terdapat pameran barang2 dari Turki, juga boleh membeli cenderahati di sini. Kedudukan masjid yang berada di tepi jalan sangat mudah dan InsyaAllah tak sesat kalau ke sini. ;)

Tuesday, May 29, 2012

Mee Segera yang sedap dan selamat!

Mee segera cepat dimasak dan sedap dimakan. Memang paling cepat dan kenyang makan mee segera ni kan! Esp. student dan orang bujang, harus la ada stok mee segera kat rumah.  Masa parents datang tempohari, ada jugak bawak stok mee segera ni.  Kami ni jarang sungguh makan, memang dari dulu kurang gemar mee segera ni atau orang panggil meggie (jenama mee tu pun). Ramai yang dah tahu mee segera ni bahaya dimakan selalu. Ada wax gitukan dan bahan2 yang lain yang tak menyihatkan.

Ada sedikit panduan untuk pengemar mee segera agar ianya selamat sedikit untuk dimakan. Sebelum makan, rebus la mee tu terlebih dahulu hingga lembut, air rebusannya perlu dibuang dan mee tu dibilas dengan air mengalir. Tujuannya untuk buang wax yang menyelaputi mee tu, wax tu untuk mengeraskan mee dan mengelakkan mee melekat masa direbus. So make sure minyak2 pada mee tu dah habis dibuang, InsyaAllah baru selamat dimakan. Selepas tu baru rebus air yang baru dan letak separuh perencah sahaja, msg pada perencah pun tak elok dimakan. Untuk lebih baik letakkan lebih sayur2 hijau, isi ayam atau sebagainya. Lepas tu baru la dicampur sekali mee yang telah dibilas tadi dalam supnya. Mudah kan! so next time kalau nak makan mee segera tu, sila rebus mee terlebih dahulu. Kalau boleh janganlah selalu makan mee segera, sebulan sekali oklah kan.

Saya perasan jugak tengok orang2 Jepun makan mee memang akan direbus dahulu, basuh, rendam dalam air sejuk, tapis baru  dituang kuah. Makanlah dengan cara yang selamat atau lebih baik kurangkan makan mee segera. ;)

Monday, May 21, 2012

Gerhana Matahari

SubhanaAllah..Kejadian gerhana matahari pagi tadi yang dapat kami lihat di sini.  Alhamdulillah.. bersyukur kami di Jepun dapat  menyaksikan sendiri kejadian Gerhana Matahari.  Gerhana matahari terjadi apabila bulan melintas antara bumi dan matahari dan menghadang cahaya matahari terus ke bumi untuk beberapa ketika. Gerhana yang dikenali sebagai Ring of Fire, hanya boleh dilihat bermula di timur negeri China, Selatan Jepun, Lautan Pasific dan berakhir di barat US.
Pagi tadi lebih kurang jam 7 lebih sambil siapkan2 anak2 ke sekolah memang perasan cuaca gelap beberapa minit seperti waktu senja. Tengok beberapa channel TV tunjuk live gerhana matahari. Nak tengok direct matahari memang tak boleh sebab tak ada cermin mata khas. Gambar atas ni sewaktu live dari TV jam 7:37 pagi 21 Mei 2012.
Gambar ulangan versi full. SubhanaAllah.. moga terus kami beriman dan bertaqwa padamu Ya Allah..

Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud: "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari) 

Sunday, April 15, 2012

Influenza B

15 April 2012, hari ni dengan rasminya Batrisya dijangkiti virus Influenza B. Malam tadi suhu badan 39.4C! pagi tadi terus bawak pergi klinik, dan doktor terus sahkan Batrisya positif Influenza type B. huhu.. risau mama, malam tadi memang dia beritau badan sejuk, lepas tu kepala pening sangat, tak boleh tido. Mama sapu minyak, urut badan dan kepala bagi lega. Malam tadi pun papa terus keluar beli ubat demam, bagi makan nasi dalam 2 sudu (selera makan takde), baru bagi ubat. Malam2 pun dia kata haus, terus letak sebotol air masak kat tepi katil. Kesian betul malam tadi tak boleh tidur, menangis la jugak dia.

Alhamdulillah lepas makan ubat kat klinik pagi tadi nampak dia ok sikit, tapi maybe tahan 8 jam je. Doktor pesan 2 hari ni jangan campur dengan orang, takut virus merebak. Sentiasa pakai mask sebab virus merebak melalui air liur dan pernafasan. Kene kuarantin jugak, risau mama dengan Haziq dan Haqem ni. huhu...

Act. minggu lepas Batrisya tak sekolah hari Khamis dan Jumaat sebab rakan kelas dia 4 orang kene Influenza. So sekolah bagi cuti 2 hari untuk kelas dia, tapi mama rasa dia bukan berjangkit dari sekolah tapi dari jidoukan (tempat permainan dalam bangunan). Hari Jumaat sebab boring sangat duduk rumah kami ke jidoukan kat area rumah. Batrisya nak sangat pergi, kebetulan cuaca pun panas, seronok la berjalan luar rumah. *Papa dan sensei dah pesan kurangkan main di tempat awam. :( Dapat cuti seminggu lagi, rugi pulak cuti sekolah lama2 ni. Moga cepat sembuh dan tak berjangkit kat adik2. Amin..

Sumber: ehow.influenzaB

Identification

  • Influenza B is commonly referred to as the flu. Caused by the influenza virus, influenza B is an airborne virus that infects the lungs, nose and throat. Over-the-counter medication can reduce symptoms and kill the virus. Sufferers are also advised to drink plenty of liquids and get plenty of rest.

Symptoms

  • According to Medicine Plus Medical Dictionary, common influenza B symptoms include bodyaches, chills, dizziness, flushed face, headache, lack of energy, nausea and vomiting. 

Influenza B Vaccine

  • An influenza B vaccine is made available in September. According to Medicine Plus Medical Dictionary, tens of millions of people in the United States get the flu each year. The virus is highly contagious, and symptoms can last longer than two weeks.

Prevention/Solution

  • The influenza B virus can live for weeks on surfaces like faucets and door handles. The best forms of prevention are washing hands before and after using a public restroom, wearing a face mask when in crowded public areas, refraining from sharing foods and beverages, and taking vitamin C to build a strong immune system.

Misconceptions

  • Colds can share similar symptoms with influenza B but not part of the influenza virus Influenza B generally starts with a high fever, ranging from 102 to 106 degrees. Rarely is hospitalization necessary, but in some cases, sufferers must be admitted for observation and treatment for dehydration.

Warning

  • It is best to avoid aspirin, drug and alcohol consumption as well as antibiotics (unless prescribed for an already diagnosed illnesses).
    *Tadi ada majlis kangakei(welcome party), kesian Batrisya tak dapat join. Nasib baik buat kat sebelah bangunan je. Sempat jugak mama buat cheese brownies dan kuih gulung untuk majlis. ;)

Wednesday, March 14, 2012

Gunung Fuji @ Fuji Yama

Fuji Yama atau orang Jepun panggil Fuji San merupakan simbol bagi Negara Jepun selain bunga Sakura. Fuji san ni terletak sempadan Shizuoka dan Yamanashi. Ketinggiannya adalah 3776 meter dan masih aktif sebagai gunung berapi!
Sangat popular sebagai destinasi pelancongan bagi yang meminati aktiviti memanjat gunung terutama pada bulan Julai dan Ogos (musim panas), Sept.-Jun tak sesuai kerana suhu atas gunung yang rendah. Untuk yang suka sight seeing terdapat tasik dan taman untuk melihat dan mengambil gambar pemandangan keliling gunung yang sangat cantik dan menjadi kebanggaan orang Jepun ni. Gambar ni diambil dari dalam shinkansen yang bergerak 300km/j. Sempat snap beberapa keping gambar je.
Saya tak pernah sampai lagi, teringin jugak tapi dapat tengok dari jauh pun cukuplah, tak larat la nak hiking bawak budak2. hehe.. Tapi orang kata kalau dah sampai Jepun tu haruslah menyapa Gunung Fuji ni kan! :D

Tuesday, March 13, 2012

Shinkansen (Bullet Train)

Shinkansen atau bullet train. Keretapi terpantas di Jepun, salah satu pengangkutan utama yang ada di Jepun selain keretapi biasa, bas, kapal terbang dan lain2. Kelajuan maksima sehingga 300km/j! Tapi shinkansen yang terbaru boleh pergi hingga 320 km/j! Shinkansen E5 series, dari Tokyo ke Aomori. Kami beberapa kali la naik shinkansen ni kalau dari Tokyo. Tiket shinkansen sama harga naik kapal terbang domestik seluruh Jepun. Tapi memang cepat dan pantas, biasa kalau naik bas atau kereta ke Tokyo ambil masa 4-5 jam. Tapi naik shinkansen ni 2 jam dah sampai destinasi. Shinkansen di Jepun ni dah memulakan operasinya sejak tahun 1964 lagi. Masa tu dirasmikan sempena Jepun pertama kali jadi tuan rumah sukan Olimpik.
Shinkansen ni menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak, masa dia bergerak tu tak mencecah landasan pun, ala2 terbang gitu. hehe.. Ini shinkansen yang berbeza tetapi bercantum dari Tokyo untuk ke Tohoku dan Yamagata. Sebelah kiri tu Tsubasa Shinkansen yang akan meneruskan perjalanan ke Yamagata, sebelah kanan tu nama dia Max Yamabiko akan ke Sendai. Ia akan terpisah di Fukushima sebelum meneruskan perjalanan ke Sendai dan Yamagata. Jadi sebelum naik tu kene pastikan naik kabin yang betul kalau tak terlepas sampai utara nanti. Shinkansen bagi setiap tempat pun ada nama masing2, model pun tak sama.
Pemandangan dalam shinkansen, tempat duduk lebih luas dan selesa daripada dalam kapal terbang.  Ketepatan waktu ketibaan dan pelepasan pun sangat tepat, kalau kata sampai jam 2:24 petang memang tepat waktu tu dia akan sampai. Sistem pengangkutan paling terbaik saya rasa, act. bukan shinkansen je, keretapi biasa pun sama. Memang akan tiba tepat pada waktunya. :)
Tsubasa Shinkansen setingkat je, comel je bulat depan dia. Kami pernah rasa jugak naik shinkansen 2 tingkat  dari Niigata ke Tokyo, masa tahun lepas kami pulang ke Malaysia selepas peristiwa gempa bumi dan tsunami 11.03.11, waktu tu semua pengangkutan awam ke tempat kami tak beroperasi, jadi kami kene melalui Niigata untuk ke Tokyo seterusnya ke Narita Airport. Oh tiba2 teringat peristiwa setahun yang lalu, memang peristiwa yang tak akan dilupakan sepanjang hidup.
Ini shinkansen dari Tokyo ke Kyushu. Model yang lain. Gambar semua papa ambik guna iphone. Kalau peminat shinkansen diorang akan kumpul model2 shinkansen yang ada seluruh Jepun. Maklumat lanjut mengenai shinkansen boleh baca kat sini. :D

Tuesday, February 7, 2012

Parking di musim salji..

Disebabkan salji yang turun di sini sangat melampau, jadi kebanyakan tempat parking dan jalan raya utama dibuat saluran paip untuk mengalirkan air tujuan mencairkan salji. Contoh gambar atas tu, merupakan jalan raya utama. Bahagian tengah tu ditanam paip untuk mengalirkan air setiap masa terutama ketika salji turun dengan lebat. Jalan raya akan jadi basah, tapi lebih baik daripada jalan raya menjadi ais dan licin. Jalan besar pun jadi mengecil sebab salji dah memenuhi tepi jalan. Had laju kereta pun dalam lingkungan 20-50km/j sahaja!
Jika salji turun, tiap pagi sewal jam 5 jentolak salji akan bekerja membersihkan salji atas jalan raya. Nampaknya tahun ni cuaca agak luar biasa. Salji yang turun adalah terlampau, ada juga beberapa kes kematian jatuh dari bumbung ketika bersihkan salji atas rumah. Malam tadi sorang pakcik tu tertimbus dalam salji tapi masih selamat. Ada juga kes kebakaran berpunca dari danbo.
Contoh jalan raya yang tak ada paip air, putih je dengan salji, act. bawah dia dah tebal jadi ais, jadi bila jentolak salji bersihkan salji yang turun yang tinggal adalah ais, kdg2 ini lebih bahaya sebab jalan akan jadi lebih licin. Tempat pembuangan salji pun dah terlalu penuh, sampai takde tempat nak buang salji dah. Salji tepi jalan ni pun dah hampir separuh tinggi pokok tu (melebihi paras rumah!).
Ini tempat parking kereta berbayar. Paip ni akan dibuka sekiranya salji turun dengan lebat. Boleh cuci boot yuki kalau berdiri kat air pancut ni. hehe.. Parking di Jepun semunya adalah berbayar kecuali kalau ada rumah atas tanah sendiri. Kalau kita menyewa rumah dan ada kereta, sewa rumah dan sewa parking adalah berbeza. Kalau duduk di bandar besar tempat parking biasanya akan berada jauh dari rumah dan sewa parking ada kalanya sama harga dengan sewa rumah! Iyer Jepun sangat kedekut dengan tanah. Kos yang paling tak menahan kalau berjalan di bandar besar terutama Tokyo/Osaka adalah parking yang terlalu mahal! Sebab tu ramai yang menggunakan pengangkutan awam bila berjalan di bandar besar. Tapi kalau bernasib baik rumah yang disewa tu siap parking tak payah la nak menapak jauh. Selain parking persendirian, parking di kedai2 pun ada juga paip air ni.
Macam ni la rupa paip air yang dipancut di tengah jalan raya besar di atas (gambar atas tak berapa jelas). Paip air di tempat kami ni sangat special dibuat khas untuk musim sejuk, kalau tak khas mestilah beku air dalam paip tu kan.  Kalau tempat parking yang tak ada paip air ni macam kat bawah ni la rupa jadinya...
Ini baru 2 hari tak souji(bersihkan) kereta. Tempat parking yang tak ada air mengalir, setengah tempat terutama pasaraya besar mempunyai parking yang luas, jadi mereka ada jentolak salji sendiri dan jentolak akan beroperasi tiap pagi membersihkan salji, guna paip air kos sangat tinggi.  Waktu ni salji turun tiap2 hari. 2/3 hari ni cuaca panas, tapi dijangka hari Rabu ni salji lebat akan datang lagi seperti minggu lepas. huhu.. Bertahan la lagi kami menghadapi musim sejuk beku lagi 2 bulan!

Friday, January 13, 2012

Islam in Japanese -Ikegami Akira (Sekai Wo mi ni Iku)

Semalam dan minggu lepas ada rancangan khas mengenai Islam ditayangkan di TV Jepun. Jarang sekali penerangan tentang Agama Islam di kupas dengan begitu mendalam oleh mereka yang bukan beragama Islam di Jepun ni. Tapi memang sangat respect kat Ikegami Akira ni, dia boleh buat kajian yang sungguh mendalam dan penerangannya tentang Agama Islam sungguh jelas, padat dan sangat mudah difahami malah lebih baik dari orang Islam sendiri. Moga hidayah sampai pada dia dan juga penonton2 terutama Japanese yang menonton rancangan ni semalam dan minggu lepas.

Sedutan episod minggu lepas, tiada subtitle tapi sangat menarik untuk dilihat. Tentang Agama Islam di Saudi Arabia. Cara hidup orang Islam dan amalan2 harian di negara Islam sebenar. Harap2 video ni ada yang sudi letak subtittle, boleh memberi ilmu untuk dikongsi bersama.

Untuk episod malam tadi lebih menarik, beliau membuat kajian tentang perkaitan agama2 yang dianuti umat seluruh dunia dengan berita2 semasa, dan kenapa punca utama pergolakan Islam berlaku di Tanah Arab, tentang Israel, pertikaian tentang Jerusalem dan ada juga bercerita tentang sejarah perkaitan agama dengan pentadbiran di US. Walau kita beragama Islam tapi rasanya masih cetek ilmu pengetahuan tentang sebab dan mengapa Islam boleh tersebar dan mengapa ada kaum yang berpecah belah. Selain itu beliau juga berpeluang menjejakkan kaki di Dome of the Rock. Mudah2 ada yang sudi upload lagi rancangan malam tadi. Sekadar perkongsian ilmu yang menarik untuk semua.
Dome of the Rock

Thursday, December 1, 2011

Pembedahan Plastik di Korea

Kalau suka tengok tv di Jepun memang best, banyak rancangan2 menarik dan menambah ilmu pengetahuan disiarkan, bukan setakat rancangan hiburan semata2 tapi hiburan yang banyak memberi maklumat berguna yang kadang2 kita pun baru tahu. :D tapi kene faham nihon-go la, tak faham pun boleh la tangkap sikit2 apa yg nak disampaikan.
Kali ni tertarik dengan rencana mengenai pembedahan plastik di Korea. Seperti yang kita semua tahu Korea merupakan negara paling ramai rakyatnya membuat pembedahan plastik. Berdasarkan rancangan ni pun diberitahu kalau muka tak cantik memang sangat susah nak dapat kerja di Korea. uhuhu.. Contoh atas ni pembedahan yang dilakukan salah seorang artis(pelawak) Korea. Tengok la sangat berbeza sebelum dan selepas di bedah!
Antara yang popular adalah pembedahan membesarkan mata/alis dan pembentukan hidung. Tak hairan la kan kalau artis2 Korea semua cantik2 dan hensem2 belaka. Tipu je kebanyakannya tu. hehe..
Contoh kisah kakak ni, dah berusia 37 tahun. Sebelum ni dia cerita memang susah sangat nak dapat kerja, tapi lepas buat pembedahan jadi cantik macam tu sekarang dia dah bekerja di company besar di Korea. Boleh gitu ek! Kos pembedahan pun memang mahal di Korea, tapi diorang sanggup buat pinjaman bank semata2 nak buat pembedahan. Ada jugak family yang tahu anak dia tak cantik, siap2 simpan duit dari awal untuk buat pembedahan bila besar nanti. huhu..
Dalam tempoh 3 tahun klinik yang ditemuramah ni beritau dah lebih 10 ribu orang buat pembedahan di klinik beliau termasuk artis2 popular. Memang mengubah kejadian sungguh. Bila dah terlalu nak cantik dan tekanan nak dapatkan kerja best2 memang terpaksa buat benda ni. Alhamdulillah nasib baik negara kita tak mengira rupa nak dapat kerja. Di Jepun pun so far tak ramai yang buat pembedahan ni, mungkin semula jadi diorang dah cukup cantik kot dan tak cantik pun diorang boleh dapat keje! hehe..

Bersyukur dengan apa yang kita ada, kan ke berdosa mengubah wajah even mencukur kening sekalipun.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.

HuRAIAN rINGkaS

Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w menjelaskan perbuatan-perbuatan yang dilarang dan dilaknat oleh Allah. Perbuatan-perbuatan tersebut ialah membuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi, dan perbuatan-perbuatan mengubah ciptaan Allah termasuk pembedahan plastic untuk kecantikan, menukar jantina dan sebagainya. Perbuatan ini dilarang kerana ia merupakan amalan bermegah-megah, melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.

Setiap muslim beriman wajiblah menjaga tubuh badannya dengan baik dan sempurna. Mereka dilarang mengubah suai serta menghiasnya dengan tujuan yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.
(Surah an-Nisa’: 119)
*sumber disini


Semoga kita semua berada di kalangan mereka yang diredhai Allah SWT. Amin..:-)

Thursday, November 24, 2011

Penang Asam Laksa ~ Makanan no. 7 tersedap di Dunia!!

Tertengok rancangan Sekai Banzuke haritu di TV, rancangan ni tentang bermacam2 ranking yang ada di seluruh dunia. Sebab rancangan Jepun jadi semua ranking yang ada kene mengena dengan Jepun la. Tiba2 disebut nama Malaysia! terus menghadap TV, terlepas pulak nak ambil gambar. Ranking yang ini tentang makanan tersedap di dunia, Penang Asam Laksa di tempat ke-7 kesedapannya. Chewah! tetiba rasa bangga pulak ada nama Malaysia terselit. Gambar atas tu dia tengah beritau pasal yang no 8, トムヤムクン (Tomyam kun) dari Thailand.
Keputusannya ranking makanan paling sedap di dunia no. 1 adalah Massaman Kari dari Thailand! aishh.. sebijik rupa kari Malaysia, rasanya nama dia Mat Saman Kari sebab asalnya pun dari selatan Thai, tak sangka kari ni jadi makanan tersedap di dunia! No. 2 tersedap Napori(Neopolitan) Pizza dari Itali.(amboi terliur sungguh tengok muka Ishizuka tu sampai dua gambar dia). No. 3 tersedap  adalah coklat dari Mexico, untuk makluman coklat memang berasal dari Mexico, dan no 4 pulak sushi dari Jepun. Suka la orang jepun tu!
Ini orang Thailand yang happy sebab makanan negara dia no 1. Rancangan ni memang dia ada jemput tetamu2 dari pelbagai negara termasuk Malaysia, tapi haritu takde pulak wakil Malaysia. Baru teringat rasanya rancangan ni yang Ayu  beritau tentang kak Ita yang jadi wakil Malaysia. Husband kata dia pernah tengok rupanya kak Ita tu tapi tengok tak habis sebab nak tengok drama kesukaan dia tiap malam Selasa. hehe..
Oh ye baru perasan website yang rancangan ni gunakan. Kalau rajin boleh baca jugak di CNNGo.com. Banyak juga info yang menarik di sini. :D

50 senarai makanan tersedap di dunia! sumber dari cnngo.com/exploration/eat

World's 50 Most Delicious Foods
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •