Saturday, December 31, 2011

Nak jugak! Entry terakhir 2011!

Ok nak jugak buat entry terakhir sebelum 2012. saja buat kenangan gitu. Jepun masih bercuti panjang. Esok dan lusa waktu yang ditunggu2 oleh seluruh warga Jepun untuk menghabiskan baki duit 2011 beserta bonus yang berbulan2 di shopping2 complex dan kedai2 seluruh Jepun. Paling padat manusia pasti di Premium2 Outlet seluruh Jepun. Waktu ni semua barang terutama yang berjenama dijual dengan harga yang sangattt murah. Paling ditunggu2 adalah Fukubukuro (beg misteri) yang sangat2 berbaloi isi dalamnya. Kuasa membeli rakyat Jepun sangat tinggi, sebab tu ekonomi terus stabil. Malam ni mesti dah ramai yang start beratur depan kedai2 pilihan.

Seronok betul diorang berhari raya tiap awal tahun, esok pasti ramai yang dapat kad raya dan duit raya untuk kanak2. Dan paling pasti jalan raya dan tempat2 pelancongan penuh dengan manusia. Cuti terpanjang bagi negara Jepun bermula 30 Disember hingga 4 Januari. Waktu ni jugak ramai warga kota pulang ke kampung halaman, sambut hari raya bersama keluarga. :D

Jumpa lagi untuk entry seterusnya di tahun 2012! Jya...
Okaasan(mama) dan akachan(baby) yuki!

16 comments:

syieda said...

selamat tahun baru...
kirim snow bule??
kekekkke

kasihredha said...

kalau nak ke jepun unk shopping.. bulan disember akhirlah yg paling sesuai kan..:))
selamat thn baru

Nadiah Sidek said...

siap ada baby snow lagi :D

selamat tahun baru! :)

ijan said...

Selamat tahun baru As... semoga tahun 2012 membawa lebih banyak memori berharga buat As dan keluarga. Semoga tahun baru juga membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua insyaAllah.

Unknown said...

oo Jepun raya time tahun baru ke? Kira tahun baru sama dengan hari raya mereka..macam tu ke?

selamat tahun baru As...

Unknown said...

Selamat tahun baru Kak As! :D

P/S Comelnya snowmummy & snowbaby!

Nieda said...

Selamat tahun baru utk As sekeluarga.

Cik Pi said...

Akemashite Omedetou Gozaimasu buat Kak As & family

JaSSNaNi said...

Selamat menyambut tahun baru 2012 ye.. :)

lavenderlover said...

akak cyg! selamat tahun baru..check email akak taw..nadia reply pasal hadiah =)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

rasa lama x terjah sini
lately bz la akak
happy new year sambey guling2 atas yuki ngeee...tu mimpi jer hikhik

LydSunshine said...

Mystery bag tu sama ke konsep dia macam mystery box dalam Pet Society? Beli box tu dgn harga murah, pastu kat dlm tu ada barang2 best. Cuma kita tak tau apa benda dlm tu. Cam tu ke? Camtu ke?

Asmara said...

hi syieda, hihi.. nnti jd air mineral smpai sana. :D

Kak kasih, awal tahun yg berbaloinya. :D

Nadiah, buat bby lg senang dr mummy dia. hehe..

Ijan, terima kasih. :D

Asmara said...

Kak yus, aha lebih kurang mcm tu la, sbb cuti pnjang kan. :D

Ain, TQ! :D

Kak Nieda, TQ! :D

Asmara said...

Pqah, arigatou! :D

K nani, TQ! :D

Ayu! cuti2 mmg bz jadinya. :D

Asmara said...

Nadia, ok! tq. :D

Lyd, aha betul3x! hehe.. :D