Sunday, August 8, 2010

Science Festival

Minggu lepas, Yamadai anjurkan science festival untuk pelajar2 sekolah. Festival diadakan 2 hari Sabtu dan Ahad sempena cuti sekolah. Act. tiap tahun universiti akan buat science festival ni untuk orang ramai datang melawat. Kami datang hari Ahad, walaupun anak2 belum sekolah rendah/menengah, bawa je diorang jln2 tengok pameran. Gambar di hadapan pintu masuk pameran.
Sebelum jalan2 kat dalam kita ambil gambar dulu. Jalan kaki je dari rumah, tak 10 minit pun. hehe..Masuk je dapat tag nama, buku panduan, pen marker dan kertas. Haziq dah bergaya dengan tag nama yang besar tu.
Payahla nak ambik gambar bertiga ni. Ramai yang datang budak2 sekolah la, seronok diorang cuba macam2 experimen.
Antara yang sempat ambil gambar. Macam2 projek yang student universiti ni buat untuk dipamerkan dan dicuba oleh budak2 sekolah. Ini penghasilan jelly, yang bagusnya budak2 boleh buat sendiri dan merasa, bukan tengok saja.
Robot pun ada. Seronok budak2 boleh meluaskan pengetahuan mereka tentang ilmu sains dan teknologi. Contoh penggunaan mesin dalam membuat makanan. Bagaimana aiskrim dihasilkan, remote control, dan macam2 lagila. hehe..
Ini projek2 berasaskan elektrik. Banyak lagi sebenarnya, tapi tak dapat nak amik gambar banyak, paham2 la anak 3 orang yang masih kecil. Nasib baik la dapat jugak ambil video experimen2 yang budak 2 orang ni buat. Haziq dan Batrisya seronok la sebab dapat rasa makanan dan mainan sebagai souvenir. Ada juga student m'sia yang terlibat, tp masa kami sampai dah habis lak, diorang buat gula kapas, memang la habis cepat. huhu..

No comments: