Friday, August 6, 2010

Haqem 6 bulan

Senyum2!! mama nak amik gambar ni. hehe.. suka la dia orang nak amik gambar. Gambar ni masa dia 6 bulan 2 minggu. Lagi 8 hari genap la Haqem 7 bulan.
Ketawa mengekek2 budak ni. Masa ni Batrisya kot buat lawak kat dia. Memang dia suka la dgn kakaknya. Batrisya memang suka layan Haqem memang boleh harap sangat jaga adik dia ni.
Semalam hari pertama cubaan memberi makanan kat Haqem. Tapi dia kurang berminat nak makan. Buat bubur nasi pastu blend sampai halus. Batrisya kata nasi bubur. Agaknya dia ingat ubat, makan sikit je pastu muntah balik.
Isnin lepas check up beratnya naik sikit je, kalau kat graf tu mendatar pulak. Nurse cakap dah kene bagi makan solid food. Tu yang try bagi nasi, hari ni pulak cuba bagi pisang, pun tak berapa nak jalan jugak. huhu..
Alhamdulillah berjaya jugak non stop breastfeed selama 6 bulan. Yatta!! Tapi ada jugak bendasing yg lain masuk melalui mulut, iaitu ubat! 6 bulan ke atas dah boleh makan dah ni.
Sekarang dah kuat pegang barang. Main game pun dah pandai, semua mainan dah pandai diketuk2nya. Paling suka game kneebouncers tu. Dia ketuk2la keyboard tu. Pandai jugak tengok game kat iphone tu. Sekarang pulak time makan janganlah duk meriba dia, habis ditarik pinggan makan tu, tak pun tangan dia sibuk gak nak pegang makanan dlm pinggan. Sangat pandai ini budak!
Ok Haqem pun dah boleh duduk, tapi ada gak terjatuh ke belakang. Haqem pun dah 3 kali jatuh. huhu.. sekali jatuh katil, 2 kali jatuh dari kerusi dia. huhu.. tapi dia kuat, Alhamdulillah takde apa kot InsyaAllah.. risau jugak.
Tidur siang pun dah kurang nak lama2. Mesti nak mama duk sebelah dia jugak. Kalau dia terbangun tengok mama takde mula la nangis. Susah lak mama nak masak dan nak buat keje lain. Dah besar ni macam2 ragam pulak ye. Manja la Haqem ni. huhu.. tau le tu dia bungsu. hehe..

2 comments:

Anonymous said...

ala cyg2 hqem nie... comelnye die. manje btol skrg ni ye??
mcm nk cubit2 je die ni tau. aunty chik nk pnjam la iphone mama 2..

Asmara said...

Haqem kata aunty chik beli la sendiri, kat mesia kan dah murah. hehe..