Sunday, August 22, 2010

Kuih Cucur Badak

Yeay! pertama kali buat cucur badak. Lama dah simpan hasrat nak buat, tapi sebab buat inti tu macam agak leceh, terbantut je. hehe.. Kali ni sebab ada permintaan dari adik kat sini nak makan cucur badak, so bersemangat sikit nak mencuba.
Senang jugak nak buat. Tapi sebab berpuasa tak dapat nak rasa betul2 inti kelapa dia. Tapi tetap sedap la. hehe..Resepi dari quinnie myr. Terima kasih sudi share resepi. :)

Bahan-bahan

  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
  2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  3. ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
  5. cara buat inti
  6. cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  7. campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.

2 comments:

ijan said...

Salam As,
Sedapnya kuih cucur badak... memang dah lama ta makan nie...

Asmara said...

Ijan, bulan puasa ni kuih2 la paling laku sekali. hehe..