Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Omedetou shujin!

Alhamdulillah Syukur pada Allah.. Shujin(suami) telah berjaya mendapat segulung PhD Engineering setelah tamat tempoh pengajian beliau di Jepun. Sebenarnya dah 5 bulan berlalu graduation day beliau. Tetapi baru hari ni berkesempatan nak memorikan di sini untuk kenangan kami. Lama sungguh dah basi pun. hehe..
Tahniah suami tersayang (Dr. Kery) :D. Moga menjadi pendorong pada anak2, saudara dan kawan2 yang lain. Amin.. :)

Sunday, September 23, 2012

Peach @ もも (momo)

Peach yang sedap dan mahal. Sebiji dijual dengan harga RM60. Pemberian kawan Jepun masa gathering semalam. Dari kebun di Fukushima, peach ni hanya untuk di eksport ke luar negara. Rasanya memang berbeza dengan peach yang ada di pasaraya. Dapat 2 biji, Alhamdulillah memang rezeki dapat rasa, kebetulan pagi semalam baru tengok berita TV tunjuk peach dari Fukushima yang dijual di Thailand dengan harga 640 bath sebiji! wuwu.. nak terpengsan bila terus dapat makan tengahari semalam. hehe.. Alhamdulillah memang rezeki. :D

*Autumn dah bermula. Seminggu ni musim hujan menandakan pertukaran musim. Kipas dah boleh masuk kotak dah. Hari ni suhu terendah 14C dan suhu tertinggi 21C! Selamat tinggal summer/natsu!

Thursday, September 13, 2012

Yamagata Expressway

Perjalanan dari Yamagata ke Sendai. Gambar buat kenangan. :D
Nak masuk dan keluar dari Yamagata ni perlu melalui gunung ganang. Kalau pandang keliling 360 darjah memang gunung ganang saja. Nak menembusi gunung kene melalui banyak terowong.
Terowong yang agak panjang 3.4km! Simpang di highway, kiri ke utara Jepun (Sendai, Morioka, Aomori dll), kanan ke Selatan (Tokyo, Fukushima dll). Papan tanda elektronik pemberitahuan hujan di hadapan, kalau jalan sesak atau sebagainya akan dimaklumkan di sini lebih awal sebelum sampai tempat kejadian bersama dengan jumlah kilometer.
Keluar terowong terus nampak awan hitam. Seterusnya memang hujan sepanjang jalan. :)

Wednesday, August 8, 2012

Hanabi @ Pesta Bunga Api 2012

Alhamdulillah masih berkesempatan melihat Hanabi tahun ni. Act. minggu ni dah 3x kami pergi tengok Hanabi. Ini yang kali pertama buat dekat tepi sungai pada hari Jumaat lalu. Memang best dan menarik. Festival Hanabi ni memang menjadi acara tahunan di Jepun pada musim panas. Waktu ni akan kelihatan ramai Japanese yang pakai Yukata (seperti kimono tetapi dipakai pada musim panas) Kain Yukata lebih murah dan nipis berbanding kimono.
Gambar tak menarik, tak pandai setting camera. hikhik.. Kali ni ada 3000 letupan bunga api, lebih kurang 1 jam setengah, bunga api ini ditaja oleh syarikat2 yang berada di sekitar Yonezawa. Tengok bunga api yang cantik depan mata memang sangat kagum dan sungguh terpesona. :)

*Alhamdulillah sepanjang minggu ni suhu di sini dah turun bawah 30C. Malam pulak dah bawah 20C. Dah tak terlalu panas seperti minggu lalu. Alhamdulillah..:)

Friday, August 3, 2012

Mackerel dalam tin dan beras Tsuyahime

Ikan mackerel@さば(saba) tin yang saya guna di Jepun esp. untuk buat kuah laksa, serunding ikan dan sandwich. Ada banyak jenis ikan dalam tin ni sebab Japanese ni suka jugak makanan segera. Ada yang dah siap dengan kuahnya macam Saba Miso. Tapi tak semua boleh di makan. Tapi so far saya tak jumpa sardin macam malaysia dengan sos tomato. hehe.. Selalu ambil jenis yang ini hanya ikan dan air.  Saya basuh sikit sebelum guna. Harga 98yen setin, dalamnya ada 3 ketul ikan seperti gambar.
Beras Tsuyahime, keluaran terbaru beras Jepun dari Yamagata. Jenama yang taja Tanbo Art tempohari. Harga beras baru ni mahal sikit dari harga biasa. Biasa 10kg beras berharga 3200yen. Ini harganya 5kg 2500yen. Memang ada beza harga untuk beras yang baru dituai dengan beras yang lama. Yamagata memang popular dengan beras yang sedap sebab ditanam di kawasan pergunungan. Rumah kami memang guna beras Jepun sebab anak2 suka sangat, kalau masak guna beras Thai anak2 makan tak habis. Mungkin sebab beras Jepun ni melekit2 dan senang dimakan. ;)

Thursday, August 2, 2012

Beras Pulut Jepun dan Gula Hitam Jepun

Ini rupa beras pulut Jepun yang saya guna. Jumpa yang ni je kat supa. Nama dia もち米(mochi kome). Mochi=pulut, kome=beras. Sebutan kome tu ko-mek. ;) Bentuk dia pun bulat2 macam beras jepun jugak. Harga untuk 1.5kg 680-880yen sebungkus. Tapi mungkin lain ken(negeri) lain kot rupa bungkusannya.
Ini pulak pengganti gula melaka di Jepun. Namanya Kurosato. Kuro=hitam, Sato=gula. Gula hitam la kiranya. Kurosato sini ada banyak jenis, ada yang siap petak2 kecil mahal sikit la, ini yang paling murah la saya ambil. hehe.. 500g =298yen. Rasanya sama mcm gula merah, memang sesuai la untuk buat kuih2 tradisional pengganti gula melaka. ;D

Monday, July 30, 2012

Lukisan Sawah Padi di Jepun (Tanbo Art)

Alhamdulillah tahun ni sekali lagi dapat menyaksikan Lukisan Sawah padi atau dikenali sebagai Tanbo Art di sini. Tahun ni bertemakan beras baru keluaran Yamagata iaitu つや姫 (Tsuyahime). Kali ni gambar pakcik Uesugi Yozan yang menjadi watak utama di sawah padi dengan kata2 hikmah dari beliau なせば成る(Naseba Naru) yang bermaksud 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'.
Inilah pakcik Uesugi Yozan, tugu peringatannya ada di Uesugi Jinja tempat pelancongan utama di Yonezawa. Seorang Daimyo (Landlord) terkenal di Yonezawa zaman dahulu yang memajukan bandar Yonezawa dari segi ekonomi dan sosial.
Waktu datang ni bersama dengan Ami dan Aki, tak silap 2 minggu yang lalu, jalan2 sebelum puasa. Tempat ni terletak di Onogawa Onsen, lebih kurang 15 minit dari rumah. Sekarang pemandangannya masih cantik lagi. Padi bewarna original ni akan dituai pada bulan September nanti.
Tahun ni merupakan tahun ke tujuh Tanbo Art dibuat di Yonezawa. Papan penyataan ni pun ditunjukkan lukisan2 sebelum ni. Nak tengok lebih jelas lukisan2 yang sebelum ni dan sedikit maklumat lanjut mengenai Tanbo Art ni boleh tengok di Lukisan Sawah Padi secara Live. ;D
Sangat kagum dan menarikkan! Selamat berbuka puasa buat semua. Hari ni waktu berbuka puasa di Yonezawa jam 6:51 petang. :-)

Friday, July 13, 2012

Totoro is a Ghost?

Peminat cerita Totoro jangan lupa menyaksikan malam ini cerita kanak2 popular dari Jepun sejak 24 tahun yang lalu ditayangkan di Channel 4 (YBC) jam 9:00 malam ini di Jepun saja. Tapi sebelum tu bagi yang dah tau jalan cerita yang best ni,  jom kita baca urban legend mengenai Totoro ni.

Act. kan! Satsuki chan dan Mei chan sebenarnya dah mati!! Lepas baca ni peminat Totoro mesti berkira2 nak minat lagi ke tak. uhuhu.. tapi ini semua secara kebetulan saja, rajin betul orang yang buat research tentang Totoro ni. ;)

Cerita ni memang kegemaran Batrisya dan Haziq sejak 2007. Kami start tengok semua cerita2 dari Ghibli Studio masa kat Malaysia lagi. Siap pergi melawat Studio Ghibli di Tokyo sebelum ni. Lepas mama beritau pasal urban legend Totoro ni, cepat2 budak2 ni ambil buku cerita Totoro nak tengok. Tapi Batrisya tak percaya! hehe.. dia percaya Totoro tu  baik. Thanks to papa yang beritau, meremang pulak bulu roma mama tadi masa papa cerita kata ala2 kisah benar. Sebenarnya Mei chan tu dah mati masa lemas kat sungai. Lepas tu Satsuki pun ikut sama. Siapa yang nampak Totoro dia akan mati, gitulah kisahnya. Scary!!

Nak baca lebih lanjut tentang urban legend Totoro ni my.opera.com. Sedikit copy n paste dari blog penulis my.opera.com. Beliau telah update yang terkini sehingga April 2012. Lebih menarik boleh tengok kat  you tube. 



Tonari No Totoro

Well, it's been a while since I wrote something, but now I feel like I can actually write a full article about something slightly interesting.

隣のトトロ tonari no totoro is a great movie that all really should see. It's a rare type of movie that can be seen and appreciated by children and adults alike.

The main characters are Satsuki and Mei. One day after moving to a new house, they begin to see strange things. Eventually they meet with a giant mystical creature which they name Totoro.

A very innocent and enjoyable yet heartmoving tale that most Japanese people have seen at least once. If you haven't seen it yet, I would very much recommend it.

But, if you have seen it, there alies in it yet a whole other interpretation to the story... I have to warn you: if you read on, your idea about this movie being a happy childrens movie will change dreadfully.

Klik tajuk untuk bacaan lanjut kisah ni. 
Haziq dan Batrisya yang tak percaya Totoro obake, terus baca semula buku ceritanya. Haziq garu kepala tanda tak percaya. hehe.. serius betul budak2 ni. Haqem lagi sorang peminat no. 1 TOTORO!

*Saya peminat setia studio Ghibli, memang follow semua cerita2nya. :)

Wednesday, July 11, 2012

Sakuranbo, saya malu dan kisah kehilangan...

Tadi kawan Jepun saya datang rumah, kawan ni dah lama tak datang, dia datang sebab nak bagi sakuranbo ni. Ini jenis yang mahal satonishiki paling manis. Memang manis sangat berbeza dengan sakuranbo yang biasa tu. Tahun lepas pun beberapa kali datang bagi sakuranbo jenis ni sebab parents dia selalu pergi petik sakuranbo ni kat ladang kawan mereka. Dia tau Batrisya suka makan tu yang datang hantar. Terima kasih Watanabe Rika, selain tu dia pun ada bagi supplement untuk Haqem sebab bila mama cakap Haqem badan panas macam demam terus dia suruh Haqem makan supplement tu.

Haqem dan Haziq badan panas sejak semalam, tapi takde muntah2 atau apa, cuma badan panas. Risau jugak kami bagi dia banyak minum air masak je. Haziq dah 2 malam badan panas, tapi siang Alhamdulillah ok. Mama rasa sebab cuaca dah terlampau panas minggu ni. Oh ye hari ni hari pertama kami guna kipas. hehe.. dah rasa panas sangat dah ni. Haqem main kat luar petang semalam tu yg malam tadi badan panas. Mama tak bagi ubat pun cuma guna cool fever, kalau berterusan baru bawak jumpa doktor. Tengok budak2 ni pun main macam biasa.

Nak cerita ni masa sembang2 dengan Rika-san dia ada beritau pasal kawan dia ada pergi Malaysia baru2 ni. Dia tanya betul ke Malaysia negara tak selamat? Alamak apa saya nak jawab kan. Saya cakap selamat cuma kena hati2. Dia beritau kawan dia tu tertinggal satu beg besar dalam teksi waktu berjalan. Dalam tu ada passport, duit, dokumen penting dan lain2. Kawan dia tu dah kehilangan beg tu dalam teksi. Dia cuba contact comp. teksi tu kan. Tapi as you all know la kat Malaysia kan, harapan nak dapat balik duit dan beg tu sangat tipis. Dia macam pelik pulak, sebab katanya kalau kat Jepun barang tinggal dalam teksi memang akan dipulangkan semula lagi2 ada dokumen yang boleh dihubungi. Isk dia ni nampak sangat tak pernah pergi negara orang lain. hihi.. saya beritau la mungkin nasib kawan dia tak baik dapat pemandu teksi yang tak amanah. Tapi ada je kan pemandu teksi yang baik tapi macam susah la lagi2 bila nampak duit yang banyak kan. huhu.. Saya dah agak malu disitu sebab kes macam tu, kawan dia tu dah cerita kat kawan2 jepun dia yang lain. Lepas tu mesti diaorang berkira2 nak datang Malaysia atau tak. Malunye sayer.. tapi apapun dia kata dia nak jugak pergi Malaysia waktu saya ada di sana nanti.

Sambung lagi, ni kisah di Jepun pulak. Haritu kan husband pergi Tokyo jalan2 dengan adik2nya. Papa telah kehilangan beg duit waktu tukar keretapi. Papa cerita beg duit tu terjatuh kat kawasan stesyen keretapi, dah agak gabra jugakkan sebab malam tu dah nak balik Yonezawa naik bas. Turun naik tangga jugaklah mencari balik, tapi tak jumpa, last choice papa pergi kat kaunter tiket tanya ada tak beg duit orang tinggalkan kat situ. dan.. Alhamdulillah.. memang ada! Syukur sangat sebab jumpa balik beg duit tu. Tengok la beza orang Jepun dengan orang Malaysia. Situasi yang berbeza, kalau tempat awam pun orang Jepun boleh pulangkan balik letak kat kaunter, kat negara kita tinggal dalam teksi je, dokumen semua ada kan. Susah betul orang kita ni nak pulangkan hak orang lain. Berfikir panjang saya ni. Macamana kita nak ubah mentaliti rakyat kita supaya tak ambil hak orang lain. hmm.. mungkin ada tapi tak ramai akan jadi baik bila jumpa duit yang banyak kan! Lagi satu saya percaya tentang rezeki. Orang kata kalau betul tu memang rezeki kita yang Allah bagi dan diberkati memang kita akan dapat balik. InsyaAllah.. Bukan sekali dua kisah kami kehilangan barang di Jepun terjadi, tapi dah berkali2, tapi Alhamdulillah.. dijumpai oleh orang yang jujur dan dikembalikan semula kepada kami.

Panjang pulak kisah kali ni. Tapi sebagai catatan dan pengalaman kami saja. Moga dapat memberi sedikit panduan pada kita samada lebih berhati2 ataupun  berubah sikap menjadi orang yang lebih baik dan jujur. InsyaAllah.. :)

Monday, July 2, 2012

Stok makanan dari Malaysia

Alhamdulillah.. 2 hari tak payah masak macam ni. hehe.. Dapat jugak merasa roti2 dan ayam dari Malaysia walaupun dah kemek2. Tapi rasa tetap sama. yang belah kiri tu kene la panaskan semula ye tak. Baru je lepas makan big mac tu. Natsukashii! Makan setaun sekali takpe la kan. hehe.. Roti memang stok seminggu. Butterscotch beli sampai 4 paket, tarikh tamat 6 Julai. Tapi takpe ada 5 orang dewasa dah kat rumah ni. :D
Selain stok barang2 kering, ada jugak durian yang dah jadi tempoyak. hikhik.. Ada juga daun2 pisang, lada cili, lengkuas, serai dan petai! Stok kerepek untuk raya la konon2. ;) Dodol, serunding dan lempuk durian. Alhamdulillah... welcome to Japan my adik2 ipar. Seminggu ni busy lagi kot. :D

Thursday, June 28, 2012

Undokai (Hari Sukan Atago)

Banyak betul cerita tertunggak. Mana sempat masuk dulu la untuk memori akan datang. Setiap kali ambil gambar memang beratus, pastu dah pening kepala nak pilih. Itu yang tertangguh2 je, sekali hadap laptop mau berejam, petang anak2 dah balik sekolah tak boleh la duduk depan laptop lagi. ;)
Tarikh 3 Jun 2012, Hari Sukan Atago yang tiap tahun diadakan untuk penduduk kawasan sekolah ni.  Batrisya macam tahun lepas masih kumpulan merah. Ada dua kumpulan je putih dan merah.
Pasukan sorak yang sentiasa bersemangat setiap kali acara berlangsung.
Khemah untuk pelajar dan khemah untuk penduduk berdasarkan poskod tempat tinggal. Kami masih di khemah Rinsenji.
Inilah acara lumba lari yang Batrisya masuk. Seperti entry saya sebelum ni tentang azam beliau tahun ni adalah nak lari dapat nombor 1. Tercapai jugak azamnya nak dapat nombor 1 dalam acara larian. Walau pada mulanya agak ketinggalan tapi dapat jugak dia potong rakan yang lain. Tahniah!
Muka happy menang! tapi takde hadiah pun, semua markah akan dikumpul untuk menentukan siapa pemenang keseluruhan antara pasukan merah dan pasukan putih.
Lepas tu acara untuk pelajar baling bola dalam jaring secara berkumpulan. Untuk tahun 2, pasukan merah Batrisya kalah pulak. Kiraan berdasarkan bilangan bola dalam jaring. Ini best sebab semangat berpasukan gitu. Keseluruhan pasukan yang menang tahun ni adalah pasukan putih!
Selain tu acara untuk penduduk pun ada, acara larian, tarik tali dan yang ini pun menarik, lari dengan membawa ikan hidup masuk dalam baldi. hehe..
Kolam renang sekolah dah mula berfungsi, minggu ni semua sekolah termasuk Tadika Haziq pun dah  start aktiviti mandi kolam. Siap2 dah bawak semua peralatan renang. Tiap hari kena amik suhu badan samada boleh masuk kolam atau tidak. Sebelah tu jumlah markah bagi setiap kumpulan penduduk. Tak pasti siapa menang sebab balik awal Haqem nak tidur. ;D
Waktu rehat, mama bawak bentou(bekalan) dari rumah. Laju je budak 2 orang ni makan, masa ni Batrisya belum rehat lagi.
Untuk khemah kami setiap orang dapat 2 ketul onigiri dan susu. Kami 5 orang dapat 10 ketul la, bawak balik sebab dah makan bentou sendiri, yang baki ni kami bagi kat orang lain. Alhamdulillah.. selesai acara sukan untuk tahun ni. Lepas ni tunggu hari sukan Kashinomi Yochien pulak (tadika Haziq) ;) Entry tahun lepas ada di sini. :D

Monday, June 25, 2012

The Uesugi Festival - Golden Week 2012

Tarikh 3 Mei 2012, sewaktu cuti Golden week tempohari, Festival Uesugi yang tiap tahun diadakan di sini. Rezeki mak abah lagi dapat tengok festival pulak di Jepun. Tapi hujan la pulak haritu, walaupun hujan festival tetap diteruskan dan orang pun tetap ramai. Waktu ni Sakura masih ada lagi, cuma banyak yang dah gugur kerana hujan. 2 tahun yang lepas waktu festival ni sangatlah best dengan sakura yang berkembang cantik dengan cuaca yang nyaman dan panas. Waktu tu lagi bersesak2 orang. Sepanjang laluan adalah pokok sakura yang sangat cantik bila berbunga.
The Battle of Kawanakajima. Perang zaman Sengoku antara tentera Uesugi Kenshin dan Takeda Shingen. Tiap2 tahun tengok perang dan costume yang sama, tapi masih tak boring tengok. hehe.. cuma tahun ni terlepas nak tengok perarakan. Tak pasti ada ke tak sebab hujan.
Kalau ingat entry saya tentang tembakan yang mengenai penonton, memang saya dah fobia dengan bunyi tembakan. Tahun ni memang acara tembakan tu dibatalkan di tempat lama, tetapi acara tu telah dialih dan dibuat di tempat peperangan pulak. Isk.. takpelah yang penting jauh dari penonton. Tengok pakcik tu pegang senapang saya dah tutup telinga dan tak tengok. Kejadian tahun lepas tu masih teringat2 lagi.
Abah suka la tengok, mak saya hehe.. dia tak suka la pulak. Mak lagi suka tengok bunga, perang2 ni dia tak minat. Lagi satu al maklum la dulu2 kan kita pernah dijajah oleh Jepun, jadi rasa tak suka kat Jepun tu memang ada la, mak selalu cerita tentang arwah datuk yang didera oleh orang Jepun sebab jual beras dan makanan kat orang kampung. huhu.. tapi zaman dah berubahkan. Sekarang majoriti orang jepun ni baik2 belaka. ;)

*Hari ni sejuk ya amat, rasa menggigil duk dalam rumah. Maybe duduk dalam rumah je kot, kat luar tu nampak panas, tapi angin yang bertiup sangatlah kuat dan sejuk. Kene tutup tingkap dan pintu. Masih spring lagi kami di sini. :D

Thursday, June 21, 2012

Musim Bunga

Bukanlah banyak bunga yang diambil. Ini di sekitar rumah je. Nampak cantik pulak bunga ni. Nama tak tau, malas nak gugel. ;D *macam Daisy eh.
Act. ambil gambar budak 3 orang ni, suka sangat main kat luar petang2, masa ni baru lepas main roller blade. Musim ni je la dapat puas main kat luar kalau tak hujan, minggu depan start panas balik. Tapi sampai hujung Jun suhu di sini masih dalam lingkungan 11C(suhu terendah) hingga 24C(suhu tertinggi). Musim panas di sini sekejap je sebulan lebih, yang akan terasa panas start pertengahan Julai hingga Ogos, waktu tu panasnya boleh mencecah 38C! berpuasa lagi tahun di musim panas. Eh genap sebulan lagi kita akan berpuasa. ;)
Sebelum bunga2 ni mati kekeringan kita ambil gambar puas2 dulu. hehe.. Gambar anak2 untuk kenangan mereka. ;)
Antara bunga2 comel ada di sekitar rumah. Harap2 sempat la pergi taman bunga yang besar, hujan dan angin yang tak menentu sekarang agak terbatas nak berjalan. Masa weekend tu la hujan nak turun. hehe..

*Selamat berpuasa sunat 1 Syaaban pada yang berpuasa. Moga amalan kita terus mendapat keberkatan dariNya. Amin..:)

Wednesday, June 20, 2012

Klinik Mata

Susulan mata bengkak Jumaat lepas, ingatkan petang dah surut tapi sampai pagi Sabtu tu masih bengkak. Kami terus bawa ke klinik mata. Papa pun buat check up mata sekali. Klinik adalah sangat cantik dan bersih. Dah tau tunggu lama memang kene bawak game untuk budak2 ni. Kat sini kene appointment kalau nak ke klinik kecuali emergency, kalau terjah je memang kene tunggu turn, tapi takde la lama sangat. Sebab menunggu lama staf klinik bagi belon dan mainan untuk budak2 ni. ;D
Haqem kene infection tapi tak merbahaya kata doktor, dia bagi ubat titis dgn ubat makan, kalau tak baik kene datang lagi. Alhamdulillah lepas makan ubat, 2x titis ubat kat mata, terus surut. Gambar kiri tu hari Ahad dah nampak ok sikit. Bercinta jugak nak bagi ubat serbuk ni, kat nihon ni ubat dia boleh kata semua jenis serbuk, tapi senang jugaklah bancuh dalam air, mama letak dalam air epal, habis jugak dia minum. hehe.. Bagusnya kat tiap paket ubat tu dah siap tulis untuk makan selepas sarapan, mkn tengahari dan mkn malam. senangkan! Mainan tu yang staf klinik bagi, act. tu pemadam. Boleh kata tiap kali pergi klinik mesti dapat mainan comel ni, esp, klinik gigi la.
Gambar dalam klinik waktu ni orang dah tak ramai, hari Sabtu bukak separuh hari je. Kat Jepun ni ubat kene ambil di farmasi berasingan dengan klinik. Lepas check-up dengan doktor nanti akan diberi  description ubat, nanti surat tu kene bawak la pergi farmasi. Act. boleh je amik kat mana2 farmasi, tapi biasanya kat setiap klinik tu sebelahnya memang ada farmasi. Gambar kiri tu klinik mata, yang tengah tu farmasi ubat, gambar kanan tu jarak antara klinik dan farmasi. hehe.. saja ambil gambar. Pertama kali pergi klinik mata kat Jepun ni. ;D

*Pagi ni cuaca dah cerah berbanding semalam hujan sepanjang hari, malam tadi terasa jugak angin kuat. Semalam Taufan ke-4 lalu di Jepun, yang pertama lalu di tanah besar pada bulan Jun sejak 2004, biasanya taufan lalu pada akhir musim panas nak masuk autumn. Dijangka Taufan ke-5 akan lalu dalam tempoh terdekat. Tempat kami cuma terkene tempias hujan berterusan. Semalam tengok berita banyak jugak kerosakan terutama di Wakayama, pengangkutan awam pun banyak diberhentikan sementara di bahagian selatan Jepun. Moga kami semua terus dilindungi dari sebarang bencana. Amin..

Wednesday, June 13, 2012

Ladang Tulip - Musim Bunga, 3 Mei 2012

Masih cerita sebulan yang lalu, sebab banyak sangat gambar terpaksa dibuat berperingkat2 sebagai catatan dan memori kami. Sekarang dah takde musim tulip. Bunga tulip hanya hidup lebih kurang 2 hingga 3 minggu pada awal bermulanya musim bunga. Disebabkan tempat kami berada jauh di utara Jepun, musim bunga bermula pada pertengahan April.
Selepas berjumpa salji kami teruskan perjalanan ke ladang Tulip yang sangat luas ni. Alhamdulillah memang rezeki mak dan abah datang ke Jepun waktu ni, selain dapat jumpa bunga Sakura yang hidup seminggu dalam setahun dapat juga melihat bunga tulip yang cantik ni. Mak saya memang sangat gembira, bunga memang kesukaannya! Senyum saja amik gambar, mak kata rasa nak tidur je atas bunga2 ni. hehe.. kalau lah boleh tanam dan hidup cantik di Malaysia dah berbakul2 benih mak nak beli. Itupun dah berapa jenis benih bunga mak beli bawak balik (tapi tak tanam lagi). Kene beli bunga yang boleh hidup dengan cuaca panas di Malaysia.
Abah pun suka, tapi hari kami datang tu baru lepas hujan, dan hujan sekejap2. Tak berapa puas nak ambil gambar. Waktu ni Haqem tidur dalam kereta, papa yang jaga, tak bawak keluar sebab hujan.
SubhanaAllah, sungguh cantik dan indah ciptaanNya. Memang terpegun dan bersyukur dapat tengok bunga dan ladang tulip yang cantik sebegini.
Geram sangat tengok tulip yang cantik ni, kami datang memang tepat pada masanya sedang elok bunganya hidup. Oh sebenarnya waktu ni ada Festival Tulip, ladang ni memang dibuka khas untuk orang ramai pada cuti panjang Golden Week tempohari.
Sangat cantik! Rasa nak petik2 bawak balik rumah. ;D Warnanya yang pelbagai dan tersusun kemas memang sangat indah!
Ada lebih kurang 800,000 ribu tulip yang ditanam dari 60 jenis tulip yang ada. Sepatutnya ada disediakan helikopter untuk pengunjung ambil gambar dari atas tetapi faktor cuaca yang hujan sekejap2 waktu tu terpaksa dibatalkan.
My Tulips model! (esp. my mom!) ;D
Ladang Tulip ni terletak di Nagaike Ikoi no Mori Park,Tainai Niigata. Selain ditanam pokok tulip ni pun ada dijual kepada pengunjung dengan harga yang sangat murah!
Saya sangat puas hati Alhamdulillah.. akhirnya berpeluang jugak ke ladang tulip yang luas selepas terkilan tak dapat sampai di Keukenhof (taman bunga terbesar di dunia) sewaktu berkunjung ke Belanda pada musim bunga tak lama dulu. Sepanjang perjalanan memang banyak sangat ladang2 tulip yang ada di kawasan ni. Selain tu rumah2 persendirian pun banyak tanam tulip ni dan nampak sangat cantik. Tapi pemandangan sebegini hanya dapat di lihat sekali dalam setahun. Bersyukur masih berpeluang melihat keindahan musim bunga di sini. :-)