Alhamdulillah tahun ni sekali lagi dapat menyaksikan Lukisan Sawah padi atau dikenali sebagai Tanbo Art di sini. Tahun ni bertemakan beras baru keluaran Yamagata iaitu つや姫 (Tsuyahime). Kali ni gambar pakcik Uesugi Yozan yang menjadi watak utama di sawah padi dengan kata2 hikmah dari beliau なせば成る(Naseba Naru) yang bermaksud '
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'.
Inilah pakcik Uesugi Yozan, tugu peringatannya ada di Uesugi Jinja tempat pelancongan utama di Yonezawa. Seorang Daimyo (Landlord) terkenal di Yonezawa zaman dahulu yang memajukan bandar Yonezawa dari segi ekonomi dan sosial.
Waktu datang ni bersama dengan Ami dan Aki, tak silap 2 minggu yang lalu, jalan2 sebelum puasa. Tempat ni terletak di Onogawa Onsen, lebih kurang 15 minit dari rumah. Sekarang pemandangannya masih cantik lagi. Padi bewarna original ni akan dituai pada bulan September nanti.
Tahun ni merupakan tahun ke tujuh Tanbo Art dibuat di Yonezawa. Papan penyataan ni pun ditunjukkan lukisan2 sebelum ni. Nak tengok lebih jelas lukisan2 yang sebelum ni dan sedikit maklumat lanjut mengenai Tanbo Art ni boleh tengok di
Lukisan Sawah Padi secara Live. ;D
Sangat kagum dan menarikkan! Selamat berbuka puasa buat semua. Hari ni waktu berbuka puasa di Yonezawa jam 6:51 petang. :-)