Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Pizza Sosej

Selamat minum petang! Pizza sosej yang paling senang, tak perlu nak masak2 inti, lepas siap uli terus letak topping dan bakar. Makan panas2 memang sedap! Topping yang biasa, tomato, mayonis, capsicum, mozzarella cheese dan sosej!

Bahan-bahannya
*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.
5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup

Tuesday, July 12, 2011

Upside Down Pizza

Antara menu yang baru dicuba. Tengok Kamalia buat tu yang teringin jugak dan cara buat pun macam senang. Terus la terjah blog dak Ika, lagi la terus nampak mengiurkan. Bahan pun semua ada, tak perlu nak tunggu doh pizza naik. Ikut cara Ika jugak letak capsicum, siap tambahan letak daun bawang sebab kat rumah ni ada 3 ikat daun bawang, beli 100yen dpt 3 ikat terus. dah 2 minggu yang seikat tu pun x luak. hihi.. beli kat tepi kebun mmg la diberi sebundle gitu. Apa2 pun resepi ni memang mudah dan sedap. Terima kasih tuan asal resepi. Boleh buat lagi. :D

Sumber: Ika

Dough
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu
  • 1 cwn tepung
  • 1 sb minyak
  • 1/2 sk garam
- gaul sebati semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling
  • 1 keping dada ayam- kerat2
  • 4 sosej/hotdog- kerat2
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 1 sb cili boh
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sb oregano
  • 1 sk paprika
  • garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam
- Keju secukupnya

Cara-cara,
  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • susun capsicum dan tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Tabur cheese sekali lagi untuk topping
  • Bakar pada suhu 180 degree selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Wednesday, July 6, 2011

Pizza Mustard

IMGP7398IMGP7402
Pizza antara makanan yang agak senang dibuat dan cukup mengenyangkan. Tak payah makan nasik dah. Kenapa ntah tiap kali buat pizza mesti letak sosej tak pun crab stick. hehe.. dah tu je yang budak2 suka makan. Tapi kadang2 buat jugak letak ayam@daging. Senang kata pizza yang simple dan sedap! Topping ikut suka kita kan! Ini pun terajin amik gambar, tengok tu tangan Haqem cepat je mencapai, memang tak sempat nak amik gambar makanan hias2 bagai. belum apa2 laju je dak kecik ni menyibuk. Tunggu dia tido pun mama dah bz dengan keje lain. Antara pizza yang paling laju dimasak, potong2, tabur2, masuk oven dan siap. :D. Untuk doh saya gunakan BM. Pizza lebih sedap jika letak mustard. cubalah! ;D

Bahan-bahannya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,

Tuesday, November 2, 2010

Pizza Gebu!

Hari ni memang dah niat nak buat pizza sebab semalam baru beli cheddar cheese, Batrisya teringin nak makan pizza pulak. Tengok kat blog kak ayu buat pizza, terus je nak cuba apalagi bila kak ayu kata gebu sampai 3x ganda. hehe...
Doh dia memang agak tebal dan memang gebu! Topping tu boleh letak apa2 bahan je kan. Saya guna sosej, crabstik, piman dan bawang. Guna chopped tomato, mayonis dan cheddar cheese. Lupa plak nak letak oregano dan basil, padahal ada je stok kat rumah. Resepi doh pizza saya cnp dari kak ayu. Terima kasih kak share resepi pizza nih. Lain kali boleh guna resepi ni je untuk dapatkan pizza yang gebu. :)

Doh pizza:
140ml susu segar
2sb butter
2sb gula
450g tepung gandum
1 biji telor
2 biji kentang(rebus)
secubit garam
1/2 paket(6g) mauripan(yis kering)

Doh:
1. Blend kentang+mauripan+separuh susu segar sampai hancur
2. Campur semua bahan dalam besen dan uli sampai permukan licin dan tak melekat di tangan
3. Biarkan sampai naik 2x ganda
4. Uli untuk buang angin, canai dan letak dalam tin pembakar
5. Sapu sos, tabur topping, sapu sos sekali lagi, taburkan cheese atau mayonis
6. Bakar pada suhu 170 degree celcius selama 25 min (saya bakar 180C 40minit)

Friday, February 26, 2010

Homemade Pizza

Auntie belajar wat pizza plak. Hai auntie duk sini macam2 nak makan. hehe.. (sama la mama pun sebenarnya, hihi..)
Sedap!! minggu ni 2x dah buat. hihi..

Thursday, November 26, 2009

Pizza

Lama tak makan pizza, teringin plak nak makan. Asal bahan ada je mesti jadik. hehe.. Base dia buat sendiri. Guna inti daging cincang, tomato chop, sosej, crab stick, carrot dan capsicum. Topping dia mmg boleh pelbagai ikut selera dan bahan apa yg ada kat rumah. Resepi base ikut macam buat roti biasa tu cuma kene bakar dulu sekejap untuk naikkan roti kemudian letak topping dan bakar semula.

Kat atas tu terlupa nak letak mozarella cheese, kene bakar semula tu yg rupa itu cheesenya. Takpe yang penting mmg sedap!

Wednesday, September 30, 2009

Roti pizza

Frust punya pasal nak letak gak gamba pizza sempoi nih. Ni buat tadi utk mkn ngan Haziq. Tak 5 minit pun buatnya dan bakar dlm 10 minit je. Layan je gambo roti ni ye.. hehe..

Tambahan ni. Beritau gak resepi yg senang bangat nih. ;p

Bahan-bahan
1 keping roti
2 sudu chopped tomato (tomato dlm tin/hancurkan buah tomato pun boleh gak)
2 sudu cheese parut
Hirisan fish cake (tuna, sardin, serunding, apa2 pun boleh ikut bhn apa yg ada kat rumah)
Sedikit oregano kering

Cara-cara
Sapukan tomato atas roti
Susun fish cake
Taburkan cheese dan oregano
Bakar dalam oven suhu 200C dalam 10 minit atau garing.

Siap, menu ringkas untuk breakfast atau time malas nak masak. hihi..

Tuesday, May 19, 2009

Okonomiyaki

Ini atas permintaan hubby soh buat okonomiyaki, (nak sebut pun susah mula2) hehe.. Dia suka sangat la makan nih sebab tu semua bahan dia beli.
Cara buat macam pizza/lempeng je, bahan2 pun senang je, tepung secawan, telor sebiji, kobis potong halus2 (yang ni kene banyak2), sotong/udang/ayam potong kecik2, letak garam sikit dengan breadcrumbs 3 sudu dan air. Macam buat jemput2 gak cuma minyak sikit je, masak atas api. Buat tebal2 baru jadi okonomiyaki yg betul. Dah siap tabur la katsuobushi, mayonis dan sos okonomiyaki. nyummiee..;)

Wednesday, April 15, 2009

Pizza Stuffed 'Keras'..

Takde la keras sangat pun. Cuma tak berapa nak lembut je base dia. Topping nyer main tabur2 je apa yg ada, siap campur serunding yg dah 6 bulan tak abis kat rumah nih.
Putih itu adalah mayonis yang mana lubang botolnya sangat la besar. Tak kisah yang penting sedap di makan. Pasni takyah order pizza luar lagi. Mahal plak tu, buat sendiri lagi puas hati boleh letak byk2 isi dan lagi sodap gitu...