Wednesday, July 11, 2012

Sakuranbo, saya malu dan kisah kehilangan...

Tadi kawan Jepun saya datang rumah, kawan ni dah lama tak datang, dia datang sebab nak bagi sakuranbo ni. Ini jenis yang mahal satonishiki paling manis. Memang manis sangat berbeza dengan sakuranbo yang biasa tu. Tahun lepas pun beberapa kali datang bagi sakuranbo jenis ni sebab parents dia selalu pergi petik sakuranbo ni kat ladang kawan mereka. Dia tau Batrisya suka makan tu yang datang hantar. Terima kasih Watanabe Rika, selain tu dia pun ada bagi supplement untuk Haqem sebab bila mama cakap Haqem badan panas macam demam terus dia suruh Haqem makan supplement tu.

Haqem dan Haziq badan panas sejak semalam, tapi takde muntah2 atau apa, cuma badan panas. Risau jugak kami bagi dia banyak minum air masak je. Haziq dah 2 malam badan panas, tapi siang Alhamdulillah ok. Mama rasa sebab cuaca dah terlampau panas minggu ni. Oh ye hari ni hari pertama kami guna kipas. hehe.. dah rasa panas sangat dah ni. Haqem main kat luar petang semalam tu yg malam tadi badan panas. Mama tak bagi ubat pun cuma guna cool fever, kalau berterusan baru bawak jumpa doktor. Tengok budak2 ni pun main macam biasa.

Nak cerita ni masa sembang2 dengan Rika-san dia ada beritau pasal kawan dia ada pergi Malaysia baru2 ni. Dia tanya betul ke Malaysia negara tak selamat? Alamak apa saya nak jawab kan. Saya cakap selamat cuma kena hati2. Dia beritau kawan dia tu tertinggal satu beg besar dalam teksi waktu berjalan. Dalam tu ada passport, duit, dokumen penting dan lain2. Kawan dia tu dah kehilangan beg tu dalam teksi. Dia cuba contact comp. teksi tu kan. Tapi as you all know la kat Malaysia kan, harapan nak dapat balik duit dan beg tu sangat tipis. Dia macam pelik pulak, sebab katanya kalau kat Jepun barang tinggal dalam teksi memang akan dipulangkan semula lagi2 ada dokumen yang boleh dihubungi. Isk dia ni nampak sangat tak pernah pergi negara orang lain. hihi.. saya beritau la mungkin nasib kawan dia tak baik dapat pemandu teksi yang tak amanah. Tapi ada je kan pemandu teksi yang baik tapi macam susah la lagi2 bila nampak duit yang banyak kan. huhu.. Saya dah agak malu disitu sebab kes macam tu, kawan dia tu dah cerita kat kawan2 jepun dia yang lain. Lepas tu mesti diaorang berkira2 nak datang Malaysia atau tak. Malunye sayer.. tapi apapun dia kata dia nak jugak pergi Malaysia waktu saya ada di sana nanti.

Sambung lagi, ni kisah di Jepun pulak. Haritu kan husband pergi Tokyo jalan2 dengan adik2nya. Papa telah kehilangan beg duit waktu tukar keretapi. Papa cerita beg duit tu terjatuh kat kawasan stesyen keretapi, dah agak gabra jugakkan sebab malam tu dah nak balik Yonezawa naik bas. Turun naik tangga jugaklah mencari balik, tapi tak jumpa, last choice papa pergi kat kaunter tiket tanya ada tak beg duit orang tinggalkan kat situ. dan.. Alhamdulillah.. memang ada! Syukur sangat sebab jumpa balik beg duit tu. Tengok la beza orang Jepun dengan orang Malaysia. Situasi yang berbeza, kalau tempat awam pun orang Jepun boleh pulangkan balik letak kat kaunter, kat negara kita tinggal dalam teksi je, dokumen semua ada kan. Susah betul orang kita ni nak pulangkan hak orang lain. Berfikir panjang saya ni. Macamana kita nak ubah mentaliti rakyat kita supaya tak ambil hak orang lain. hmm.. mungkin ada tapi tak ramai akan jadi baik bila jumpa duit yang banyak kan! Lagi satu saya percaya tentang rezeki. Orang kata kalau betul tu memang rezeki kita yang Allah bagi dan diberkati memang kita akan dapat balik. InsyaAllah.. Bukan sekali dua kisah kami kehilangan barang di Jepun terjadi, tapi dah berkali2, tapi Alhamdulillah.. dijumpai oleh orang yang jujur dan dikembalikan semula kepada kami.

Panjang pulak kisah kali ni. Tapi sebagai catatan dan pengalaman kami saja. Moga dapat memberi sedikit panduan pada kita samada lebih berhati2 ataupun  berubah sikap menjadi orang yang lebih baik dan jujur. InsyaAllah.. :)

38 comments:

ANR said...

jgn kata tourist kak, org tempatan pun slalu kene dgn taxi driver ni. sedih sbb klau saya ke negara luar, driver taxi sangat polite and bertimbang rasa. ke mana² pakai meter tp kat Malaysia? main suka hati je letak harga even jarak dekat.

Anonymous said...

mcm2 hal dh jadi kat msia skang ni! nk kuar sorang2 pun dh jad x berani. apapun moga anak2 kembali sembuh yek!

kasihredha said...

malunya...suatu kebetulan yang sungguh memalukan negara. Si pemandu tu tak fikir kesannya...ishhhh mmg memalukan

Unknown said...

a'ah kak, macam-macam sekarang. Bila tengok berita, terfikir 'eh aku ni duk malaysia ke duk kat negara mana?', dekat tempat parking kereta awam pun dah ada kes samun lah culik lah. padahal dekat parking terbuka & shopping complex.

Bak kata pepatah, hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi nasib baik juga kawan akak tuh nak dtg melawat malaysia heheeh , kalau terus ban memang lagi lah malu kan kak..

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak As,

kadang-kadang, orang yg belum Islam ni, nilai Islamnya lagi tinggi daripada masyarakat kita....malu kan kak....

Tak tahu mana silapnya mentaliti Malaysian, cuma ihsan saja dapat menyedarkan ......

Cepat sembuh Haqem ya...

fazian.batrisyia said...

Betul tu as..kalau sy pun malu org luar tanya direct cam tu..kita sebolehnya nak bagi cerita yg baik2 aje pasal tempat kita kan. Mmg kena ubah sikap la...Tingkatkan iman...kalau bukan hak kita jgn ambil.

Ijah EmoTemo said...

memang lain sungguh situasi dkt malaysia dgn Jepun. sadis bila fikir negara sendiri :(

yatie chomeyl said...

tu lah kak. hari tu wallet hubby jatuh kat tengah2 jalan pun ada org hantar kat police station. seposen pun x mik duit dlm tu dgn kad2 ATM & credit card semuanya selamat je lagi. kalau kat msia, harus dh selamat hilanggggg huhuuhuhu

profmie said...

lpsni g mne2x kena berhati2x..tp sy tabik dgn org jepun...xsgke wlupun hilg beg dmpet dorg leh letk kt kaunter..

kurus said...

aduh risau kan dikk
disana pun macam tuu ke ??
hurmm di sini lebih lah lagi huhuh

lemongrass said...

I pun slalu dengar cerita yg orang2 jepun sgt2 honest and amanah. Best kan kalau dpt duduk kat negara yg mcm tu, sure rasa aman damai senang hati aje kan.
I pun bila balik Msia seriau jugak nak pegang handbag sbb takut sgt2 kena ragut tak tentu pasal. And then takut sgt2 nak bagi anak2 lepas dr pandangan sbb takut kena culik.
Kiranya kalau balik Msia, asik takut memanjang aje, hehehe.

dilabangiWORLD said...

agreed,
dilla bkn nak kata urg malaysia tak bagus tapi hakikatnya org japan ni sgt amanah. letaklah barang apa skalipun atas meja barang tu ttp ada. kalau barang tu tertonggek maka kita jumpa pun dlm keadaaan tertonggek jgklah. itu budaya urg jepun yang ada sikap amanah atas apa jua. lau tak percaya cuba gi jepun letaklah barang tu atas kusi atas meja,selalunya gi balik barang tu tetap ada.....

nazayiena said...

Malunya As,nasib baik As pandai jwb dgn kwn Jepun As tu,susah nak ckp negara kita nie majoriti org Islam,disbbkan nila setitik habis susu sebelanga.

Unknown said...

tapi memang hakikatnya kalau hilang payah nak jumpa tapi kat M'sia laa..dulu2 masa kat sekolah ada belajar Kesedaran Sivik.. tapi sekarang..ada ker?

LiYa HaNiF :: said...

teringin nak pergi jepun nie.. tp enthkan bilalah dpt pergi hehehe...

pssttt... alaaa akk ni jgn le puji cam gtu.. malu i tau hehehe .. dah 3 series dah mayb nmpk muda sbb bdn kecik kot.. huahuahua

SURIA AMANDA said...

x tau nak ckp mcm mana..speechless sebab org jepun jujur...kat malaysia ni susah nak ckp..ramai yg tak jujur dari yg jujur kan?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

jangan kata pelancong, kita orang Msia pun "terkena".. kalau ada rezeki, dptlah balik dokumen peribadi tu..

FnF Simple Life said...

hmmm...balik Msia nnt takleh dah buat mcm style dok jepon... anak2 nak pi taman pergi laaa...balik sebelum maghrib... contoh le... kat msia kena pi taman ngn parents. Duit hilang ok lagi... yg takut tu kes pecah rumah, rogol bla3x... ngeri seh... kat nihon selamba2 je pi taman tak kunci pintu rumah pon...ngeee

cahayahidupku.blogspot.my said...

Begitulah keadaan di Malaysia sekarang As.. sekarang ni pun banyak pemandu teksi dari orang asing juga sebab taukeh2 teksi ni banyak sewa pada orang asing I***d**n**sia tu yang semakin parah.. tapi ada juga orang kita yang tak jujur juga...

Betul kata Tuan Guru Nik Aziz.. ada banyak nilai-nilai Islam pada negara yang bukan islam contohnya Jepun ni lah kan..

Tetapi banyak juga yang tidak mengamalkan nilai-nilai Islam didalam negara Islam..

Syafakallah Haziq dan Haqeem, moga cepat sembuh ye..

zila norazila said...

betul tue..terasa amat malu..moga sikap begitu lambat laun boleh dikikis kan..tp rasanya masih ada yg ikhlas dan jujur..cuma masih boleh dikira dengan jari.

Nuwairani said...

pernah jugak kawan di sapporo hilang iphone dalam train. dia buat report polis dengan harapan akan ada orang pulangkan iphone tu kat balai. tapi takde pon...dah namanya takde rezeki la kan...tinggal di negara selamat pun belum tentu semua yang hilang boleh jumpa balik. tapi sememangnya kalau berjalan di sana rasa selamat je tak macam berjalan kat mesia ni.

Unknown said...

as,
attitude rakyat kita masih terlalu jauh kalau nak banding dengan jepun.. memang banyak kes tertinggal wallet kat dlm densha.. tapi boleh dapat balik.. even payung pun diorang simpan kan tau..

err..sedapnya sakuranbo tu.. teringat otsuka ai punya lagu.. hehe..

Chekgu Azrine said...

ada kawan citer tertinggal camera mahal dalam tren dorang..takde sapa ambik..hehehe..dapat balik..huhu...alhamdulillah..

kalau kt mesia dah selamat dah..:-(

Nieda said...

nak jadi org jujur dan amanah susah kalau tak terdidik dr kecil .
Jangan ambil hak org lain kalau barang kita diambil org .

Mamasya said...

Salam As.mmg ada segelintir yg sikap tak jujur tp mrk ini yg memburukkan pandangan rakyat asing kpd negara kita. dan mmg kena hati2...kat suraupun orang sanggup mencuri.adik sy tengah solat org curi hbagnya. pencuri org perempuan sbb adik cakap masa tu hanya ada org perempuan je kat surau itu.

Hanis MY said...

mmg malu huhu tapi itulah realitinya...

Unknown said...

Tu la...kdg2 kita tatau nak ckp camne. Malu tu mmg malu kan...huhu.

Hope Haqem & Haziq get proper well soon! :)

aisha said...

salam as,

ye sgt akui, mmg malu tp tulah realiti Malaysian..huhu

Unknown said...

akak yang baca ni pun dah rasa malu, lagilah As yang kat situ ya...

macam mana lah nak ubah sikap rakyat kita ni kan....bagus betul orang Jepun ni.

lady lavender said...

mentaliti anak2 saya pun dah sama. Dia rasa duk kat malaysia tak selamat. Banyak org jahat katanya. kat sini biar anak merayau sendiri kat shopping complex kat area toys kita pulak duk sibuk belek benda lain pun tak risau. Pi sekolah jln kaki sendiri pun tak risau.

Husband saya pun pernah tertinggal bag sekolahnya yg ada laptop dlm train tapi selamat jumpa balik kat dlm train tu disimpan konductor walaupun train tu dah berapa kali patah balik sana sini. Kalau kat tpt kita nak dpt balik jauh sekali rasanya...

Nadiah Sidek said...

malaysia mana selamat dah sekarang ni kak as. nak keluar rumah sorang-sorang pun jadi takut. kes ragut menjadi-jadi. tu belum masuk kes lain lagi tu. nadiah rasa duduk sini lebih selamat daripada duduk di malaysia..huhu..

nadiah pun pelik juga dengan sikap rakyat malaysia yang satu ni. susah nak jumpa orang yang amanah. kalau barang hilang sekejap pun, jangan harap la nak dapat balik

Unknown said...

nilai murni dan sivik orang malaysia masih rendah kak...

apa boleh buat? nak ubah baju seseroang kita boleh tapi untuk ubah jiwa hanya mereka saja yang boleh lakukan...

daddydee said...

pemandu teksi sebenarnya memainkan imej penting dalam industri perlancongan negara...tapi ramai pemandu teksi malaysia masih belum sedar hal ini...

umiawadah said...

kalau kita nak ke jepun pun diajar satu situasi kalau barang tertinggal di dalam keretapi ke,teksi ke atau mana2...boleh terus tanya kat pejabat diorang,maknanya memang diorang jumpa,diorang simpankan..tak taulah kenapa kat malaysia tak jadi begitu,kata negara Islam kan..nilah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

malu khen sepatutnyer kiter yg ISLAM ni patut lebih telus dan ikhlas ini tidak.....nangesss tak malu...

sempat makan sakuranbo kat umah pitt yg theyols gi yamagata baru2 ni kena hat masam uwaaaaa

Kamalia said...

saya yg baca ni pun jadi malu kak,belum lagi kalau saya kat tempat akk..huhu.
memang susah sebenarnya nak tukar mentaliti org kita,semuanya kena didik dari rumah dan dari kecik lagi..kalau nak dibandingkan kat sini,memang jauh bebenor attitude org kita dengan nihonjin.hati mereka lagi mulia dr sesetengah org kita,lagi jujur dr sesetenagh org kita..
eceh,tetiba jd emo pulak kat sini..

Acik Erna said...

asslam as..sian termalu ditempat orang gara2 orang dinegara kit yang tak amanah.

Anonymous said...

sou desu..mare-shia wa sonna mon dayo ..yoku kangaeta kedo, donoyouni kocchi no hito tachi kaerareru no kana tte..nihon kara sotsugyou shita hito mo onaji dayo..yappari kocchi wa jibun katte no ningen ga ooi ne..akita yo huhuhu..low people to iuttara okocchau kedo ne, kedo yappa low people dayo kono teido nara.. hazukashiii huhuhuh