Showing posts with label Sakuranbo. Show all posts
Showing posts with label Sakuranbo. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Sakuranbo, saya malu dan kisah kehilangan...

Tadi kawan Jepun saya datang rumah, kawan ni dah lama tak datang, dia datang sebab nak bagi sakuranbo ni. Ini jenis yang mahal satonishiki paling manis. Memang manis sangat berbeza dengan sakuranbo yang biasa tu. Tahun lepas pun beberapa kali datang bagi sakuranbo jenis ni sebab parents dia selalu pergi petik sakuranbo ni kat ladang kawan mereka. Dia tau Batrisya suka makan tu yang datang hantar. Terima kasih Watanabe Rika, selain tu dia pun ada bagi supplement untuk Haqem sebab bila mama cakap Haqem badan panas macam demam terus dia suruh Haqem makan supplement tu.

Haqem dan Haziq badan panas sejak semalam, tapi takde muntah2 atau apa, cuma badan panas. Risau jugak kami bagi dia banyak minum air masak je. Haziq dah 2 malam badan panas, tapi siang Alhamdulillah ok. Mama rasa sebab cuaca dah terlampau panas minggu ni. Oh ye hari ni hari pertama kami guna kipas. hehe.. dah rasa panas sangat dah ni. Haqem main kat luar petang semalam tu yg malam tadi badan panas. Mama tak bagi ubat pun cuma guna cool fever, kalau berterusan baru bawak jumpa doktor. Tengok budak2 ni pun main macam biasa.

Nak cerita ni masa sembang2 dengan Rika-san dia ada beritau pasal kawan dia ada pergi Malaysia baru2 ni. Dia tanya betul ke Malaysia negara tak selamat? Alamak apa saya nak jawab kan. Saya cakap selamat cuma kena hati2. Dia beritau kawan dia tu tertinggal satu beg besar dalam teksi waktu berjalan. Dalam tu ada passport, duit, dokumen penting dan lain2. Kawan dia tu dah kehilangan beg tu dalam teksi. Dia cuba contact comp. teksi tu kan. Tapi as you all know la kat Malaysia kan, harapan nak dapat balik duit dan beg tu sangat tipis. Dia macam pelik pulak, sebab katanya kalau kat Jepun barang tinggal dalam teksi memang akan dipulangkan semula lagi2 ada dokumen yang boleh dihubungi. Isk dia ni nampak sangat tak pernah pergi negara orang lain. hihi.. saya beritau la mungkin nasib kawan dia tak baik dapat pemandu teksi yang tak amanah. Tapi ada je kan pemandu teksi yang baik tapi macam susah la lagi2 bila nampak duit yang banyak kan. huhu.. Saya dah agak malu disitu sebab kes macam tu, kawan dia tu dah cerita kat kawan2 jepun dia yang lain. Lepas tu mesti diaorang berkira2 nak datang Malaysia atau tak. Malunye sayer.. tapi apapun dia kata dia nak jugak pergi Malaysia waktu saya ada di sana nanti.

Sambung lagi, ni kisah di Jepun pulak. Haritu kan husband pergi Tokyo jalan2 dengan adik2nya. Papa telah kehilangan beg duit waktu tukar keretapi. Papa cerita beg duit tu terjatuh kat kawasan stesyen keretapi, dah agak gabra jugakkan sebab malam tu dah nak balik Yonezawa naik bas. Turun naik tangga jugaklah mencari balik, tapi tak jumpa, last choice papa pergi kat kaunter tiket tanya ada tak beg duit orang tinggalkan kat situ. dan.. Alhamdulillah.. memang ada! Syukur sangat sebab jumpa balik beg duit tu. Tengok la beza orang Jepun dengan orang Malaysia. Situasi yang berbeza, kalau tempat awam pun orang Jepun boleh pulangkan balik letak kat kaunter, kat negara kita tinggal dalam teksi je, dokumen semua ada kan. Susah betul orang kita ni nak pulangkan hak orang lain. Berfikir panjang saya ni. Macamana kita nak ubah mentaliti rakyat kita supaya tak ambil hak orang lain. hmm.. mungkin ada tapi tak ramai akan jadi baik bila jumpa duit yang banyak kan! Lagi satu saya percaya tentang rezeki. Orang kata kalau betul tu memang rezeki kita yang Allah bagi dan diberkati memang kita akan dapat balik. InsyaAllah.. Bukan sekali dua kisah kami kehilangan barang di Jepun terjadi, tapi dah berkali2, tapi Alhamdulillah.. dijumpai oleh orang yang jujur dan dikembalikan semula kepada kami.

Panjang pulak kisah kali ni. Tapi sebagai catatan dan pengalaman kami saja. Moga dapat memberi sedikit panduan pada kita samada lebih berhati2 ataupun  berubah sikap menjadi orang yang lebih baik dan jujur. InsyaAllah.. :)

Thursday, July 14, 2011

Misi mencari kebab di Cherry Land Sagae


Akhirnya sampai jugak di Cherry Land. Bukan misi memetik sakuranbo(ceri) tapi misi mencari kebab. Hanis awak bertanggungjawab ye. heheh.. tiba2 mengidam nak makan kebab. ahahah.. Act. cherry land ni berdekatan dengan Lavender Park yang kami pergi tu.

Kami masuk jugak ke bangunan Turki seperti muzium yang mempamerkan tentang negara Turki. Special nya di sini adalah aiskrimnya. :)

Antara barang pameran dan yang dijual. Memang mahal..Boleh baca jugak di entry Hanis. :)

Inilah dia kebab yang dicari! dah separuh makan baru teringat nak bergambar, punya la tamak beli sampai 3 jenis, semua pun nak rasa. hehe.. memang sedap! satu kebab ni berharga 550yen. Waktu nak beli pun beratur panjang, ramai rupanya nihonjin yang berminat, selain kebab paling menarik hati adalah ice cream yang dijual secara silap mata. Tapi haritu pakcik tu sorang je buat keje tak terkejar dia buat silap mata nak jual kebab lagi. Tempat kami tak ada kedai makanan halal, nak makan kene jalan jauh... Haqem tu alergik makan ice cream habis naik merah2 muka dia.

Kami masuk jugak ke dalam kedai cenderahati yang menjual pelbagai barang keluaran Yamagata. Yamagata memang terkenal sebagai pusat pengeluar buah2an, terutama cherry dan pear. Buah2an ni dijadikan manisan atau biskut dan dibungkus dengan cantik sekali untuk dijadikan cenderahati.

Antara sakuranbo jenis satonishiki yang berkualiti, harga untuk sekotak ini 5800yen(RM220). Souvenir yang dijual berharga lebih kurang 500 -1500yen sekotak.

Ini pulak hasil kraftangan dari banduan2 penjara di sekitar Tohoku. Dijual dengan harga berpatutan. Kami tak beli la, tengok2 aje nih. Masuk jugak ke muzium sakuranbo tapi tak bergambar. Waktu tu ramai juga orang. Datang memang nak makan kebab je. Puas hati rasa nak datang lagi. :D

Tuesday, July 5, 2011

Sakuranbo Gari (petik buah ceri)

IMGP9379IMGP9357
Hari Ahad lepas kami berkesempatan pergi sakuranbo gari(picking) berdekatan dengan rumah. Lebih kurang 15 minit je dari rumah. Kebun sakuranbo yang ni tak begitu besar tapi banyak jugaklah pokok2nya. Nak tau rupa pokok sakuranbo ni, tu dia sebelah Haqem. Pokoknya rendang dan berbuah lebat. Sakuranbo ni berbuah setahun sekali saja, pada bulan Mei hingga Jun. Ada berjenis2 sakuranbo yang ditanam. Kalau yang biasa rasanya ada yang tak begitu manis, tapi kata tuan punya kebun jenis sakuranbo yang paling sedap ialah Satonishiki. Jenis Satonishiki ini selalu dikomersialkan buahnya.
IMGP9374IMGP9365
Kami pun pilih la pokok yang buahnya sedap. hehe.. tapi bila makan memang ada sedikit rasa berbeza, kalau merah tu memang manis, kalau dah terlalu masak pun tak berapa nak sedap, pandai2 la pilih, petik dan makan. Untuk masuk ke kebun ni perlu bayar jugak, dewasa 1000 yen dan kanak2 bersekolah 500yen. Memang berbaloi boleh makan puas dan waktu masuk tiada limit, boleh keluar dan masuk balik. :D
IMGP9326IMGP9297
Sebelum nak makan buah ni dengan kuantiti yang banyak, perut perlu diisi terlebih dahulu kalau tak nanti kene cirit birit. Dalam kebun ni disediakan tangga yang tinggi dan rendah. Budak2 ni suka la panjat2 ni. Kebun ni pun bertutup, kalau hujan pun masih boleh berpicking. :) Boleh dikatakan semua kebun buah di Jepun adalah bertutup, selain menjaga kualiti pokoknya dapat juga mengelak dari serangan burung atau serangga.
IMGP9300IMGP9312
Sakuranbo memang faveret budak2 ni. Memang tak rugi bawak 3 orang ni. hehe.. makan puas2, Haqem pun pandai petik sendiri dan makan, dengan biji2 masuk perut. huhu.. tapi kami buangkan biji. Haziq dan Batrisya memang dan pandai makan.
IMGP9321IMGP9341
Pokok yang berbuah lebat, geram rasa nak petik2 je semua tu, tapi tak boleh la kan. Kalau nak bawak balik kene timbang dan bayar di kaunter. Tapi dah puas makan tak terasa pulak nak bawak balik, buah ni tak tahan lama, kalau lama sangat jadi lembik dan rasanya tak begitu sedap. Yamagata merupakan tempat pengeluar utama sakuranbo di Jepun dan di eksport ke seluruh dunia. Kalau nak rasa sakuranbo yang sedap dan merasa sendiri petik2 buahnya, jemput la datang ke sini. :D Boleh jugak baca pengalaman Hanis bersakuranbo gari di Yamagata. ;) Sakuranbo ni harganya sangat mahal di pasaran, lagi2 dalam kotak yang cantik2 tu (macam yang pernah saya dapat sebelum ni) buahnya akan disusun sebiji2. Walaupun berada di tempat pengeluar tapi harga yang dijual di pasaraya tetap la mahal. Lebih berbaloi kita masuk dan makan dikebunnya. :)

Wednesday, June 29, 2011

Sakuranbo yang mahal!

IMGP9219
Alhamdulillah hari ni murah lagi rezeki dapat sakuranbo Yamagata yang dikategori mahal dan berkualiti. Act. semalam pun dapat sekotak sakuranbo, oren dan epal dari my bestie Azila. Thank you so much. Sakuranbo yang ni diberi oleh kawan Jepun saya Rika san. TQ Rika. Ini dapat dari kebun kawan family dia di Yamagata. Tapi ini ada yang reject2 sikit katanya. Tapi ok lah yang penting dari pokok yang sama. ;)
IMGP9215
Memang ada rasa yang berbeza sakuranbo yang mahal dengan yang biasa beli kat supa. Ini rasa dia lebih manis dan juicy. Anak2 memang suka sangat la sakuranbo ni, semalam Haqem sorang je dah makan berbelas2 biji. Tapi hati2 jangan makan dengan biji dia.
IMGP9218
Biasa dalam sekotak macam ni dijual dengan harga 4000yen (RM140). Sape berani mau beli? boleh dikirim secara pos laju. ;D. Kalau di supa biasa sekotak (separuh dari ini) dijual dengan harga 498yen atau nasib2 boleh dapat 398, 298 atau 198 yen. Ada jugak yang tak suka cerry, tapi bila dah rasa sakuranbo Yamagata ni mesti nak makan banyak2 kali. hehe..

Tuesday, June 16, 2009

Sakuranbo

Memang x tahan tengok sakuranbo nih. Sekarang dah musim byk jual kat supa. Yg ni beli kat tepi jalan tmpt picking masa odw nak ke Sendai. Nanti nak gi picking gak la.
Harganya mahal ooo.. kalo kat supa tu ada cecah 2k yen (ikut speciality). Yang ni 800yen. Sekali hadap je habis. Rasa dia mmg sedap. Semalam beli lg kat supa mmg puas hati dpt makan. :)