Thursday, February 2, 2012

ヒーター・ストーブ (Heater Stove)

Musim sejuk kat Jepun benda wajib ada heater ni la. Heater atau dipanggil danbo menggunakan minyak tanah (kerosene) untuk menyalakan apinya dan dibantu dengan tenaga elektrik. Sebelah kanan tu dah dipasang letriknya, warna biru tu api yang menyala. Act. ada bermacam2 jenis danbo yang ada, tapi ini antara terselamat digunakan di dalam rumah. Satu danbo ni  boleh panaskan satu ruang bilik. Kami ada 2 dunbo, satu letak ruang tamu, satu dalam bilik. Untuk bilik lagi satu guna heater letrik (bilik ni jarang guna) heater letrik pun ada 2, selain ada aircond.
Mula2 datang Jepun dulu rasa macam eh nape macam zaman dolu2 je guna minyak tanah. hehe.. sebab sebelum ni kat UK guna heater letrik yang siap pasang kat rumah. Heater ni memang agak leceh sebab kene sentiasa top up minyak kalau habis. huhu.. tak suka ngan minyak tanah, tiap kali isi minyak harus tangan berbau minyak tanah. Antara opsyen yang ada selain guna danbo ni guna airconditioner (ada fungsi utk angin panas) dan juga heater letrik tapi bilnya akan lebih tinggi daripada biasa. ;) Kalau guna heater letrik udara cepat kering dan lambat sikit panasnya. Terpulang juga masing2 nak guna yang mana kan. ;)
Sebelah kiri tu sebelum dipasang, 14 tu suhu yang kita set nak pasang berapa. Masa ni saya letak 14 je sebab duduk betul2 depan heater. 9 tu suhu bilik pada ketika itu. Kanan tu lepas saya isi minyak tanah, saya set suhu 22, dalam kurang 5 minit suhu sebelah tu dah naik jadi 11, ia akan berterusan naik sehingga mencapai suhu yang saya set iaitu 22. Kita boleh adjust la nak letak suhu berapa, ada juga fungsi untuk lock supaya budak2 tak main tekan2. tau je lah rumah ni ramai budak2. ;)
Ini rupa tong dalam heater tu, biasanya satu tong ni dalam 2 hari kene top up, maklum la rumah macam peti sejuk. hehe.. Tong merah tu tong isi minyak tanah. Minyak tanah ni beli di stesyen2 minyak, selain petrol kat stesen minyak disediakan pump untuk isi minyak tanah. Biasanya 3 tong ni dalam 2 minggu habis. 1 tong tu 18 liter. Harga 1 liter minyak tanah di tempat kami 95yen seliter, harga minyak tak sama di setiap tempat di Jepun. Pump yang saya guna tu menggunakan bateri, sebelum ni pernah guna pump tangan (lebih kurang sama tapi kene picit byk kali, lenguh tangan) guna bateri cepat sikit minyak disedut.
Tempat tong minyak dalam heater. Musim sejuk benda ni la yang agak leceh nak dibuat, sejuk2 ni bila minyak tanah habis memang bercinta nak keluar isi minyak. Saya guna glove masa isi, jadi tangan selamat sikit. Kadang tu tak pakai jugak, nak cepat. Tapi rumah moden Jepun sekarang dah banyak guna heater letrik yang terus disambung dalam rumah. Jadi tak perlu lagilah guna minyak tanah. Act. ada jugak kes danbo ni terbakar, jadi memang agak bahaya jugak. Musim ni memang akan ada kebakaran, jadi memang kena hati2 masa guna.

Beberapa hari ni suhu turun mendadak sehingga mencecah minus belas2. Tengok berita tv, salji tahun ni antara terburuk pernah berlaku di Jepun. Salji terburuk pernah tercatat dalam sejarah Jepun pada tahun 1963 dan 2006. Sekarang sebelah pantai laut Jepun salji turun mencurah2 dan banyak ribut salji. Kematian pun makin bertambah, semalam pun tengok berita, ada salji runtuh di kawasan onsen(kolam air panas), 3 orang mati. Mudah2an kami terus dilindungi, amin..

*Alhamdulillah.. tengahari ni cuaca panas, ada matahari keluar, harap2 dapat mencairkan separuh salji yang ada. :)

Wednesday, February 1, 2012

Chawan dah siap!

Yeay! Chawan yang dibuat masa Disember lepas dah siap! Entrynya di sini. Ngam2 sebulan dah siap sepenuhnya. Tapi kelakar pulak tengok balik. hehe.. Masa buat tu rasa macam besar sikit, tapi bila dah siap jadi kecik pulak. Hasil kerastangan kami anak beranak. Mama buat cawan dengan piring kecil tu, Batrisya punya piring besar dan cawan. Haziq pulak tolong mama cop2 kan kat piring kecil tu. Act. piring kecil tu buat 2x sebab masa Haziq cop tu dia tekan sampai berlubang, kene la uli balik, orang lain semua dah hantar, mama buat secepat yang boleh, lepas tu suruh Haziq cop semula, tu yg rupa pun tak semenggah. hehe..Batrisya sempat juga melukis2 kat piring dia. Tak sempat mama nak kemas2kan, tapi oklah kan suka2. ;)
Atas tu cawan mama, rabu2(love2) mama dan papa, 3 bunga tu anak2 mama la kan. Lupa nak tulis nama kat bunga tu. Dah siap baru teringat nak menulis, tapi dah tak sempat sebab kejar masa (iyer buat dengan 3 orang anak mmg beginilah rupa kejadiannya) haha.. yang bawah tu Batrisya punya, pandai jugak dia buat sendiri. Sama level pulak mama dan anak punya hasil. hehe.. Baru perasan diorang kalerkan, sebab masa buat takde la letak kaler2 lagi. Boleh la simpan buat perhiasan dan kenangan hasil keras tangan kami. ;D

Tuesday, January 31, 2012

Omiyage

Omiyage (cenderahati) dari Beppu, Oita. Bungkusan sangat cantik, makanan je pun dalamnya. Kalau beli souvenir dari Jepun memang biasanya akan dibungkus dengan begitu cantik dan kemas sekali. Dalam kotak merah tu castella cake atau Japanese Sponge Cake antara kek yang popular di Jepun. Bahan dia senang je, dah lama teringin nak buat tapi tak terbuat2 pun. ;) Lupa nak ambil gambar cake, sebab esoknya baru makan.
Ini sedap sangat, kuih berintikan keledek manis. Beppu terkenal dengan onsen(kolam air panas), kat kuih pun cop gambar onsen. Alhamdulillah kedua2 makanan ni tak mengandungi bahan2 yang meragukan. Act. banyak jugak kuih2 Jepun yang tak boleh dimakan. Sebelum beli memang tengok ing. dia. Memang selalu teringin nak makan, tapi apakan daya lebih banyak dapat tengok dari dapat makan. ;)

Monday, January 30, 2012

Ribut Salji

Jangan muntah dan jemu asyik tengok salji je kat sini. ;) Malam tadi ribut salji melanda tempat kami, tapi takde la ribut yang merbahaya, cuma angin kuat sekali sekala gitu. Pagi tadi masa hantar Haziq ke luar rumah, pintu masuk bangunan tak boleh bukak sebab keras jadi air batu. Kene tolak dengan kuat atau jirus dengan air panas baru ais tu mencair. Pintu dan tingkap memang tak boleh bukak la, air dalam rumah pun jadi ais, tak payah simpan dalam peti ais, suhu dalam rumah kalau tak pasang heater lagi sejuk dari suhu dalam peti ais. ;) Pagi ni suhu -7C.
Tangga dalam bangunan, sebab ribut malam tadi habis salji masuk dalam kawasan bangunan.
Minggu lepas dah hampir suku salji mencair sebab cuaca panas ada matahari.  2/3 hari ni salji turun berterusan meninggikan balik salji yang sedia ada. Paling tak larat kalau nak keluarkan kereta nak membersihkan salji sekitar kereta memang amik masa setengah jam! kadang lebih kalau kene buat laluan lagi. Bagus untuk exercise musim sejuk. hehe..
SubhanaAllah.. memang cantik melihat keindahan alam yang jarang sekali dapat dilihat. Bersyukur kami merasa duduk di negara 4 musim. Pasti paling dirindui adalah salji! Kami juga bertuah merasa sebenar2 musim sejuk di tempat yang bersalji. Walau tebal macamana sekalipun salji, kehidupan orang2 disini tetap berjalan lancar seperti biasa. Saya pasti akan merindui melihat salji turun dari langit dan berjalan meredah salji tiap hari. Pengalaman ini pasti saya tak akan lupakan sampai bila2 dan jadikan kenangan bila pulang nanti. ;)

Saturday, January 28, 2012

Video Perjalanan Yamagata Sendai

Takde keje semalam, dalam perjalanan dari Yamagata ke Sendai suka2 je ambil video guna iphone. Video sekejap2 tak sampai seminit. Jalan tak stabil dan berais, gambar pun goyang. Saje simpan sini buat kenangan.

Oh ye pergi ke Sendai ada urusan, dah sampai Sendai berkesempatan jumpa tuan puteri Hanis, walau sebentar, hehe.. tapi takde nye sebentar terus jadi jam2 jugak. Ingat nak pas barang je, Hanis bawak kami makan kat Restaurant Thai. Sekali lagi terkilan sebab tak snap2 gambar, dah lewat jugak masa tu. Oh ye husband Iryd (Pitt) pun turut serta. Katanya dalam seminggu ni dah 4 kali datang. wahaha..  tapi memang sedap, teringat2 sampai sekarang. Masakan original Thailand memang sedap dan pedas.

Sendai semalam yuki turun agak lebat, jalan jadi licin dan berais, kami hampir2 tak lepas nak naik bukit, dan sekali tu tergelincir. Kowaii! Jalanraya pun jadi jammed teruk, semua kereta bawak perlahan dan ada jugak accident. Tapi tak ada kemalangan jiwa. Perjalanan 17km sepatutnya 30 minit terus jadi 2 jam!


Area Nanyo Yamagata.

Masih di Nanyo, Yamagata

Yamagata.

Nak masuk Miyagi. Terowong yang hebat2 di Jepun.

Ni nak ambil gambar lori tabur garam, sempat ambil sikit je dah belok kiri lori tu. Garam ditabur bahagian bawah.

Perjalanan pulang, ikut Fukushima. Seram jugak jalan ni, sebab ikut gunung2 gitu. Nasib baik highway Tohoku free, dan nasib baik salji tak begitu lebat. Pernah kene dalam perjalanan ada ribut salji, semua kereta kene berhenti tak boleh gerak sebab tak nampak apa. Pengalaman berada di Jepun. ;)

*Pagi tadi account google kene block. Nak register untuk youtube, sekali masuk tahun lahir Batrisya terus kene block sebab bawah umur 13 tahun. Sabo jela, blog ni pun tak boleh tengok siap kata blog ni dah kene delete, terperanjat makcik! Ada 3 cara nak unblock, kene bagi original tahun lahir, by email atau fax. Tapi amik masa berhari2. Terus decide amik opsyen ke 3. Bayar! huhu.. tak pasal je bayar kat google tadi, tapi nasib baik 30 sen dollar = 23yen=RM0.90 sen. Ok lah kan 15 minit je terus boleh bukak balik account. huhu..

Thursday, January 26, 2012

Chinese Cake (Geppei)

Chinese cake atau Geppei bahasa Jepun atau Yuebin bahasa cina atau moon cake bahasa omputih atau bahasa melayunya kuih bulan. hehe.. Oh senang rupanya buat kuih bulan ni, kalau suka kacang merah boleh la cuba buat. Resepi untuk simpanan dan rujukan dari Yoshiko sensei. TQ so much!

Ingredients,
  • 13 pieces of Ritz crackers
  • 45g (1 can) red bean paste
  • 3 eggs
  • 4 tbsp black sesame
  • 4 tbsp walnuts
  • 1 tbsp sesame oil
Directions, 
  • Chop Ritz crackers 
  • Blend red beans, eggs, black sesame, sesame oil and Ritz crackers
  • Add walnuts and blend
  • Place wax paper on bottom and side of cake pan
  • Pour cake mixture into pan
  • Bake at 180C for 40 minutes.

Wednesday, January 25, 2012

Visiting Japanese Friends

Pagi tadi pergi rumah kawan Jepun dengan sensei. Saja minum pagi sama2, sambil buat Chinese Cake@ Geppei. Inilah kerja surirumah, kalau jumpa mesti makan2 borak2, dan lepak bersama anak2.  Mama ambik gambar curi2 je sebb guna iphone. Thank you tuan rumah Kayoko san (kanan) dan Yuka san dengan anaknya yang comel. Kayoko san ni pandai jugak beberapa perkataaan melayu, 3 tahun lepas dia pernah homestay kat Malaysia 10 hari. Suka la dia dapat jumpa malaysian friend kat sini. Mama dah beberapa kali jumpa dia tapi ni baru first time datang rumah.
Ada ginger rice, sedap! nanti nak try buat, kek ni pun sedap! guna inti kacang merah. Ini pun nak try buat nanti. selain tu Kayoko bagi sayur jeruk, kacang rebus dan okashi. aha semua sedap! hehe.. makan aje lah kejenye kan! :D