Monday, July 30, 2012

Lukisan Sawah Padi di Jepun (Tanbo Art)

Alhamdulillah tahun ni sekali lagi dapat menyaksikan Lukisan Sawah padi atau dikenali sebagai Tanbo Art di sini. Tahun ni bertemakan beras baru keluaran Yamagata iaitu つや姫 (Tsuyahime). Kali ni gambar pakcik Uesugi Yozan yang menjadi watak utama di sawah padi dengan kata2 hikmah dari beliau なせば成る(Naseba Naru) yang bermaksud 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'.
Inilah pakcik Uesugi Yozan, tugu peringatannya ada di Uesugi Jinja tempat pelancongan utama di Yonezawa. Seorang Daimyo (Landlord) terkenal di Yonezawa zaman dahulu yang memajukan bandar Yonezawa dari segi ekonomi dan sosial.
Waktu datang ni bersama dengan Ami dan Aki, tak silap 2 minggu yang lalu, jalan2 sebelum puasa. Tempat ni terletak di Onogawa Onsen, lebih kurang 15 minit dari rumah. Sekarang pemandangannya masih cantik lagi. Padi bewarna original ni akan dituai pada bulan September nanti.
Tahun ni merupakan tahun ke tujuh Tanbo Art dibuat di Yonezawa. Papan penyataan ni pun ditunjukkan lukisan2 sebelum ni. Nak tengok lebih jelas lukisan2 yang sebelum ni dan sedikit maklumat lanjut mengenai Tanbo Art ni boleh tengok di Lukisan Sawah Padi secara Live. ;D
Sangat kagum dan menarikkan! Selamat berbuka puasa buat semua. Hari ni waktu berbuka puasa di Yonezawa jam 6:51 petang. :-)

21 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum As sayang,

sihat ke??Selamat menjalankan ibadah puasa ya...aduh baru hari ini kak Nur sampai sini...maalum lah As kan jauh kita nie...hehehe...

Cantik aah lukisan tu..hari ini masak apa As utk buka nanti...panjang tk masa berpuasa di sana??

Anonymous said...

wa menarik sgt2 ni!

ijayuji said...

Salam kak as! mmg kretif dia org ni kan? ehehe... kuih cara manis kita tak minat sgt tp kalau yg berlauk tu kita minat :D kita pun kalau buat guna acuan takoyaki, kat sini ada jual penutup dia tp lain harga dgn tako maker tuu huh! Cendol tu pulak, kita belum rasa tp bau dia sedap betul, pastu tektsur dia mcm kenyal2 gituu maksud kenyal tu kenyal cendol tauu, :D buka nanti baru rasa sbb buat lepas wendy post n3 pasal cendol tu ehehe..

CT said...

wah! Cantiknya pemandangan kat sana...:)

nur easy said...

kemas sungguh lagi berseni.. itu ada padinya kah? selamat brbuka puasa jg..;)

Unknown said...

wah hebat yer boleh lak buat lukisan kat sawah padi tuh...

Anonymous said...

kiree :)

Cik TeN10 said...

Sgt menarik !! Tak pernah terpikir and tahu ttg kewujudan tanbo art ni.. Kreatif sgt.. Cmne agknya diorg lukis tu ye..

Hanis MY said...

semoga ada rejeki utk tgk tanbo art ni...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam asmara.cantiknya lukisan lam sawah tu.Camna dia buat ya?

Agak2 kat mesia leh buat camtu tak kat sawah padi..ngeeee

zila norazila said...

salam as
sangat teruja tgk lukisan camtue..kretif sungguh la diorg..byk pogram menarik kt sana kan:)

Nieda said...

wah , kreatif sungguh depa ni.

Nieda said...

wah , kreatif sungguh depa ni.

FnF Simple Life said...

Apsal kat Chiba takde ye...hehehe (sambil garu dagu)...selalu tgk sawah padi kat chiba tapi tak penah lagi jumpa tanbo art...cantik sungguh

kasihredha said...

kreatif betul diaorg ni kan

Unknown said...

kreatif! Canntikk.. ni nak makan nasi nya pon sayang..haha

lavenderlover said...

menariknye!!! =)

Unknown said...

cantik!!! komakai betul nak buat tulisan tu..jadi cantik pulak tu..

daddydee said...

kreatif sungguh...sungguh hebat yang melukis nya..

Unknown said...

jepun memang kreativ, selain kat sawah padi, is penah tengok orang-orang dari jepun, kreativ sungguh... (^___^)

Unknown said...

sngt kreatif yaa mereka..:)