Showing posts with label Hamburger. Show all posts
Showing posts with label Hamburger. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Resepi Hamburger dan sos lada hitam

Burger comel untuk menu sampingan berbuka tempohari. Langsung tak dirancang untuk buat ala2 prosperity ni.  Hari Ahad lepas kan Haziq ada program tidur kat sekolah sebelum bercuti. Ada aktiviti masak memasak. Tapi sebab Haziq tak boleh makan makanan sekolah mama kene la buat sendiri makanan dari rumah. Menu sekolah Haziq haritu hamburger dan kari. Itu yang buat hamburger comel2 je. Bila ada baki tu baru terfikir nak buat sos lada hitam. Resepi hamburger dari Kak Yani Myr. Tapi tak boleh bukak pulak MYR ni, masa bulan Ramadhan ni la myr akan jammed. hehe.. tapi sebab selalu buat memang  ingat resepinya.


Mini Homemade Hamburger 
Sumber : Kak Yani Myr
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging cincang
  • 1/2 cawan breadcrumbs
  • 1/2 ketul tauhu lembut
  • 1/2 biji bawang besar dicincang halus
  • Sedikit garam
  • (Kalau nak letak sedikit serbuk black paper pun boleh)
Cara-cara, 
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati
  • Bentukkan bulat dan leperkan seperti burger
  • Panaskan kuali non stick dan letak sedikit minyak
  • Balikkan2 hingga burger masak. 
Sos lada hitam ni rasanya pertama kali buat, simpan resepi kat sini untuk rujukan sendiri. Resepi sos lada hitam dari copy dari Kak Hana, sumber asal Kak Hanieliza. Terima kasih. :D  Lepas burger masak celupkan burger dalam sos lada hitam dan sedia dihidang bersama roti dan salad. 


Sumber : Kak Hana dan Kak Hanieliza
Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 sudu besar lada hitam
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb. tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sb. susu cair 
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan kiub ayam yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.