Alhamdulillah masih berkesempatan melihat Hanabi tahun ni. Act. minggu ni dah 3x kami pergi tengok Hanabi. Ini yang kali pertama buat dekat tepi sungai pada hari Jumaat lalu. Memang best dan menarik. Festival Hanabi ni memang menjadi acara tahunan di Jepun pada musim panas. Waktu ni akan kelihatan ramai Japanese yang pakai Yukata (seperti kimono tetapi dipakai pada musim panas) Kain Yukata lebih murah dan nipis berbanding kimono.
Gambar tak menarik, tak pandai setting camera. hikhik.. Kali ni ada 3000 letupan bunga api, lebih kurang 1 jam setengah, bunga api ini ditaja oleh syarikat2 yang berada di sekitar Yonezawa. Tengok bunga api yang cantik depan mata memang sangat kagum dan sungguh terpesona. :)
*Alhamdulillah sepanjang minggu ni suhu di sini dah turun bawah 30C. Malam pulak dah bawah 20C. Dah tak terlalu panas seperti minggu lalu. Alhamdulillah..:)
20 comments:
kitorg pun tgk hanabi dkt dgn rumah last week, jenuh nk setting camera bg ada gmbr yg cun sikit hehe
kalu kat cni bunga api hanya ada pada malam tahu baru dan 31 ogos..rasanyerlar.. tapi akak tak pernah dapat tenok...huhuhuh :)
Cantik cantik...sesuai lah dgn semangat kita yg nak raya dah ni kan...hehhehhe
bez nya dpt nengok ribuan bunga api...seronok vi nengok...wish raya kali ni ada bunga api bsr kat kampung...tak sabar vi nak balik raya kat srwk :)
wah cantiknye bunga api tu,mesti best kan :)
Tak pandai setting kamera macam mana pun, gambar still cantik. Blh share utk dikagumi. Memang satu pengalaman yg menarik jika tengok bunga api depan mata.
cantik kan... banyak pattern lak tu ;) bayangkan kalau malam raya dapat bunga api mcm ni kat msia..hehe
wow..cantiknyer..pernh tgk sekali je life bunga api mcm ni..hehe..
p/s-akak x dpt join ke contest tu? its okay..thanks reply! >_<
uwaaa..jeles,kami dah 2 tahun berturut tak pi hanabi.sbbnya kan bulan posa ni, pastu tempat tu jauh..sobs! tengok dr gambar akk je la ek..maceh akk cayang.
hari ni masak apo?
saya sempat amik video hanabi di Jepun dulu...teringat2 pula..
Salam kak, humanggg aiiii! cayalahhhh! gmbr yg besar tu cantek sikit takde noise pun, kalau kita pun tak gheti nak setting ehehe... sbb tu malas sgt nak ambik gmbr2 malam2 gini :D seronok lerrrr kat sini time new year, pastu christmas, pastu besday king pastu apa ya? byk jugak tp kalau tgk dr balkoni umah kita ni sikit ajerr yg nmpk sbb bhgn belakang baru byk :D
Thn ni skip hanabi huhu eh cntk je gmbr kak as amek tu jelas je.
P/s: kuih elok je kak as mlm tu mkn sikit tertido esok mkn masa bbuka elok lg arigatou kak as cayam
cantiknya..mcm2 pesta ada ek kt sana..klu sini tggu tahun barula nk tgok bunga api..hehe
Sonoknye..tingat tgk cite jepun..dorg ramai2 p tgk bunga api pakai yukata..comel...
cantiknya ..best dpt tgk bunga api
cantiknyyyyyaaaaaa
kalau kamera akak x dapat capture ni.
Dah mula sejuk ye...ok lah kan.
suka tengok warna2 gini.. meriah rasanya... ala terasa nak raya pulak tengok bungan apini..
Cantik bunga api ni. sampai 3000 ke? Wow... banyak. Kalau penah tgk kat sini setakat 100, 200 je. Kira okay la jugak gmbr yg As amik ni. Boleh la nampak dengan jelas.
dah makin nak suzushii kot kan.. tak lama lagi nak masuk bulan 9.. paling suka aki!!
salam as..cantiknya berwarna warni
Post a Comment