Friday, August 3, 2012

Mackerel dalam tin dan beras Tsuyahime

Ikan mackerel@さば(saba) tin yang saya guna di Jepun esp. untuk buat kuah laksa, serunding ikan dan sandwich. Ada banyak jenis ikan dalam tin ni sebab Japanese ni suka jugak makanan segera. Ada yang dah siap dengan kuahnya macam Saba Miso. Tapi tak semua boleh di makan. Tapi so far saya tak jumpa sardin macam malaysia dengan sos tomato. hehe.. Selalu ambil jenis yang ini hanya ikan dan air.  Saya basuh sikit sebelum guna. Harga 98yen setin, dalamnya ada 3 ketul ikan seperti gambar.
Beras Tsuyahime, keluaran terbaru beras Jepun dari Yamagata. Jenama yang taja Tanbo Art tempohari. Harga beras baru ni mahal sikit dari harga biasa. Biasa 10kg beras berharga 3200yen. Ini harganya 5kg 2500yen. Memang ada beza harga untuk beras yang baru dituai dengan beras yang lama. Yamagata memang popular dengan beras yang sedap sebab ditanam di kawasan pergunungan. Rumah kami memang guna beras Jepun sebab anak2 suka sangat, kalau masak guna beras Thai anak2 makan tak habis. Mungkin sebab beras Jepun ni melekit2 dan senang dimakan. ;)

24 comments:

Kak Izan said...

susah tak nak dapat makanan yang halal kat saner yer.. (pertanyaan org yg xpernah tinggal di perantauan).. :)

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak As,

nanti balik Malaysia for good, nampak gaya mcm akak kena borong beras Jepun bawak balik lah yer.....kalau nak beli kt Malaysia, mahal betulll....yg saya beli tu 2kg jer RM10++...huhuhu

SURIA AMANDA said...

DAH DUDUK JEPUN KENA LA TAU BAHAN MAKANAN KAT SANA KAN?

ishamizu said...

Salam perkenalan..

Wah harga beras jepun 10kg ni klu convert to RM brp yer..hehe tkt dgr smpi ribu2 yen gitu..kt London ni beras yg sll sy beli 10kg ada dlm rm40 jgk. :)

Izu

Chekgu Azrine said...

jepun xda jual tin sardine erk?

Rai said...

anak2 as makan dengan hashi ke? rumah saya kalau beras jepun kami pakai nishiki..sbb tu je yg paling ok pun..kalau beras sumo tu kureng sikit..tapi nak makan kena pakai hashi..tak suka melekit2 kat tangan.. haha..

jumpa miso takde alcohol tak kat sana..susah la nak cari kat sini.. da lama teringin nak makan saba miso tapi semuanya ada alcohol.. sobss..

Marya Yusof said...

As salam Asmara,

Owh, kat sinikan ade beras Japan tp Marya tak pernah cuba & beli... Teringin jgk nak try tp mcm takut xkena selera...nnt nak trylah...sukatannye mcmane ek? Sama jugak mcm beras Thai ke?
*reply kat blog marya pun boleh :)) Tq tau! :)

Wah, anak2 asmara nnt balik Msia kenalah beli beras Japan! :))

Kamalia said...

yeayyy..kak As mcm au2 je saya nak tengok gamabr tin mackerel ni..saya selalu guna tuna,mahai jugakla setin.pasni nak cua buat laksa guna ikan ni pulak.tp kena carik dulu la ek.kat aeon ada jual ke?

Asmara said...

@Kak Izan, Alhamdulillah tak susah. Beli secara online. :)

@Dini, dpt bertahan sebulan jadilah. hehe.. balik nnti kene la beljar mkn beras msia. ;D

@Suria, InsyaAllah mmg mencari yg halal itu wajib. :)

@Ishamizu, terima kasih. 10kg lebih kurang RM130. hehe.. mahal kan!

Asmara said...

@Chekgu Azrine, ikan sardin ada rasanya, tp tak pernah beli. selalu beli yg tuna atau mackerel. ini je yg boleh dimakn. :)

@Rai, mmg pakai Hashi, kdg pakai sudu. hehe.. si kecik x pandai guna. ada2! miso beras, mmg xde alkohol. tp mahal sikit. ;D

@Marya, sukatan dia satu cawan beras satu cawan air. tp kdg masak sama je mcm beras thai. ;)

@Kamalia, aeon tak sure lak. tp ni beli kat maruhon, yamazawa. maxvalue ada jugak kot. hihi.. kene cari. takut dia jual kat yamgata je. ;D

Cho Zila said...

susah gak kalau balik sini nanti yerk tapi lama2 biasalerkan...
memang orang belah2 sana suka segera2ni yerk.. tu sebab banyak kilang boleh bukak semuanyer jadi industri...

LydSunshine said...

Sedap beras jepun. Saya pun suka. Kalo bukan sebab dia mehei kat sini, mmg beli punya buat hidangan hari2.

kasihredha said...

beras jepun memang best..akak pun suka....tp kat sini mahal le, cuma beli unk buat sushi je

Juliet_iRa~" said...

ohhh guna dlm tin ea kak..y fresh mmg xda?hehehe..

beras japan y mcm org sll buat shushi tu ke?haha xtau2..:p

Faris Hilmi said...

ni beras dari sawah padi yang dilukis ke??

yana lyana said...

mencabarnya hidup di perantauan kan?
teringin sgt nk rase semua tu..huhu

FnF Simple Life said...

ikan makerel dalam tin tu sy penah beli sekali je... pastu tak laku... kat rumah ni sume tak pandai makan ikan dalam tin...hubby lagi le, ikan sardin msia tu pun tak pandai makan...hmmm

hmmm...budak2 memang suka makan nasik beras jepun kan... ;)

Nuwairani Ismail said...

kak as! ikan saba tu feveret nani masa berjalan kat jepun. suka sangat kalau makan yang mentah2 tu.beras jepun lak masa mula2 sampai sana tak berapa boleh telan. lama2 rasa sedap pulak sebab melekit2. kalau beras jepun yang dimasak kering tu kite tak berapa suka.

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu As. sama kat sini sardin dlm sos tomato mmg tak da...yg byk dlm air/minyak. beras pula beras Mesir byk dan murah....butirnya bulat2...cepat muak mcm pulut sikit rasaya.jadi guna beras basmati Pakistan.

profmie said...

as slm..
wah...sedp x beras jepun..nk jg rasa.hehe..hrge pun bleh thn jg..
sush x nk cri mknn halal kt sne??

Anonymous said...

salam kak..
saye linn
saye baru aje tgl di jepun dlm 3 bulan di Miyagi.
mohon guide.
Terima kasih.
=)

Asmara said...

@Ira, ada yg fresh, tp malas nak buang tulang tu kan, rebus lg. ;)

@Faris, beras yg tu belum siap tuai lagi, ini jenis beras yg sama, benih yang baru.

@Yana, InsyaAllah masih boleh survive kat japan nih. :)

Asmara said...

@ProfMie, InsyaAllah tak susah cari yg halal. :)

@Linn, salam kenal, kalau nak apa2 boleh contact akk by email. asmara_c@yahoo.com. Yoroshiku..:)

Anonymous said...

Terima kasih kak! Yoroshiku onegaishimasu!!
-Linn-