Thursday, September 13, 2012

Yamagata Expressway

Perjalanan dari Yamagata ke Sendai. Gambar buat kenangan. :D
Nak masuk dan keluar dari Yamagata ni perlu melalui gunung ganang. Kalau pandang keliling 360 darjah memang gunung ganang saja. Nak menembusi gunung kene melalui banyak terowong.
Terowong yang agak panjang 3.4km! Simpang di highway, kiri ke utara Jepun (Sendai, Morioka, Aomori dll), kanan ke Selatan (Tokyo, Fukushima dll). Papan tanda elektronik pemberitahuan hujan di hadapan, kalau jalan sesak atau sebagainya akan dimaklumkan di sini lebih awal sebelum sampai tempat kejadian bersama dengan jumlah kilometer.
Keluar terowong terus nampak awan hitam. Seterusnya memang hujan sepanjang jalan. :)

17 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Jauh perjalanan luas pengalaman kak As!

TQ sudi sharing...sekurang-kurangnya merasa jugak kenal Jepun ni...hehehhe

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum as...
cantek plak awan tu.. mmg nampak cam awan lukis2 dlm lukisan tu..
best nye jalan2.. gunung ganang hijau mata memandang kan.. sejuk je pemandangan..

Nazayiena said...

Byknya terowong,pas tu ada yg pjg2 plk.

fazian.batrisyia said...

Best tgk pemandangan mcm ni...

Daddy Ziyyad said...

panjangnya terowong! kalau mak saya, mesti tak boleh..sebab dia fobia masuk terowong...terowong pendek kat malaysia ni pun dia dah fobia..:)

LydSunshine said...

Bila tgk terowong, kawasan gunung, teringat kat Detective Conan. Sbb ada kes pembunuhan di rumah terpencik atas gunung dalam salah satu episode dia. *lari dr topik. Heheh.

♥ Elin ♥ said...

seronok tgk pemandangan hijau. kalau kat malaysia payah nak jumpa mcm ni..semua dah tebuk sana tebuk sini..dah gompong bukit2 :)

Chekgu Azrine said...

oh cantikknya kebesaran Allah..

Amie said...

Panjangnya terowong...sampai 3.4 km, berapa minit habiskan masa melaluinya ye...

Chik Att said...

Kat penang pun dah ada papan elektronik tu ...

Bgtau perjalanan atas jambatan ......sesak ka tidak ...... tapi papannya hahaa...dah hampir nak masuk susur jambatan hahahah.....kalau jem redahlah jugakkkkk....

LiYa HaNiF :: said...

bilalah dapat nak jejakkan kaki kat jepun ni yer... ^_^

Kak Izan said...

Nak tanya laa... betul ker akak dapat info yang ULTRAMAN kat jepun tak popular lansung.. :D

Nadiah Sidek said...

suka tengok gambar-gambar awan tu!

Rai Ourkizuna said...

dedulu saya takut betul nak masuk terowong..macam trauma je..tah pape kan..

mesti cantik pemandangan bukit bukau ni bila musim luruh nanti..

アヌム said...

rindu nihon.huhu

FnF Simple Life said...

Aduh...sempat lagi tu amek gamba...hehehe... menikmati pemandangan ye tak.

sitiezahim said...

kalau autumn mesti cantik kan...subhanallah