Tarikh 3 Mei 2012, sewaktu cuti Golden week tempohari, Festival Uesugi yang tiap tahun diadakan di sini. Rezeki mak abah lagi dapat tengok festival pulak di Jepun. Tapi hujan la pulak haritu, walaupun hujan festival tetap diteruskan dan orang pun tetap ramai. Waktu ni Sakura masih ada lagi, cuma banyak yang dah gugur kerana hujan. 2 tahun yang lepas waktu festival ni sangatlah best dengan sakura yang berkembang cantik dengan cuaca yang nyaman dan panas. Waktu tu lagi bersesak2 orang. Sepanjang laluan adalah pokok sakura yang sangat cantik bila berbunga.
The Battle of Kawanakajima. Perang zaman Sengoku antara tentera Uesugi Kenshin dan Takeda Shingen. Tiap2 tahun tengok perang dan costume yang sama, tapi masih tak boring tengok. hehe.. cuma tahun ni terlepas nak tengok perarakan. Tak pasti ada ke tak sebab hujan.
Kalau ingat entry saya tentang tembakan yang mengenai penonton, memang saya dah fobia dengan bunyi tembakan. Tahun ni memang acara tembakan tu dibatalkan di tempat lama, tetapi acara tu telah dialih dan dibuat di tempat peperangan pulak. Isk.. takpelah yang penting jauh dari penonton. Tengok pakcik tu pegang senapang saya dah tutup telinga dan tak tengok. Kejadian tahun lepas tu masih teringat2 lagi.
Abah suka la tengok, mak saya hehe.. dia tak suka la pulak. Mak lagi suka tengok bunga, perang2 ni dia tak minat. Lagi satu al maklum la dulu2 kan kita pernah dijajah oleh Jepun, jadi rasa tak suka kat Jepun tu memang ada la, mak selalu cerita tentang arwah datuk yang didera oleh orang Jepun sebab jual beras dan makanan kat orang kampung. huhu.. tapi zaman dah berubahkan. Sekarang majoriti orang jepun ni baik2 belaka. ;)
*Hari ni sejuk ya amat, rasa menggigil duk dalam rumah. Maybe duduk dalam rumah je kot, kat luar tu nampak panas, tapi angin yang bertiup sangatlah kuat dan sejuk. Kene tutup tingkap dan pintu. Masih spring lagi kami di sini. :D
11 comments:
Ohh sekaranng spring ehH? :D
@Adeeya, sekarang dah summer. tapi msih sejuk mcm spring! :)
saya belajar tentang sejarah nihon melalui game ps2..haha.. tetiba teringat adik oda nobunaga. oichi. hehe..
as,
btw saya mmg tak iklankan product secara online sbb salah ikut undang2 etika company..tapi ada yg saya bagi hint sikit2 kat blog.. product kesihatan tu overall mmg saya ada jual..kalau ada pertanyaan as boleh email saya.. kesoma.rai@gmail.com
teringin sangat2 nak nengok bunga sakura in real =0)
oh...ada gak baca entry pasal ada org terkena tembakan tu betul2 depan As entry tahun lepas kan...masa tu silent reader je...hehe
pakaian perang jepun dulu2 mmg unik kan...teringat lak bila tgk citer the last samurai tuh...hehe
wah bestnye jln2 lg...bleh tgk mcm2 acara n festival lg...
tengok gambar-gambar teringat pula cerita jepun lama-lama yang macam ni
bestnya tgk event mcm ni..tp kalau lama2 tgk x fhm jln cite xbest gak kan kak
p/s : akak suka sape dalam masterchef selebriti tu? hehehe
wahhh bestnyaaa..leh nmpk real..sy bley tgk kt tv jew.huhuu..trigin nkp negara sakura nihh..
@Yatie, Fazley la sape lg. kihkih..
Post a Comment