Thursday, August 2, 2012

Beras Pulut Jepun dan Gula Hitam Jepun

Ini rupa beras pulut Jepun yang saya guna. Jumpa yang ni je kat supa. Nama dia もち米(mochi kome). Mochi=pulut, kome=beras. Sebutan kome tu ko-mek. ;) Bentuk dia pun bulat2 macam beras jepun jugak. Harga untuk 1.5kg 680-880yen sebungkus. Tapi mungkin lain ken(negeri) lain kot rupa bungkusannya.
Ini pulak pengganti gula melaka di Jepun. Namanya Kurosato. Kuro=hitam, Sato=gula. Gula hitam la kiranya. Kurosato sini ada banyak jenis, ada yang siap petak2 kecil mahal sikit la, ini yang paling murah la saya ambil. hehe.. 500g =298yen. Rasanya sama mcm gula merah, memang sesuai la untuk buat kuih2 tradisional pengganti gula melaka. ;D

10 comments:

Acik Erna said...

assalam as..bulat2 berasnya cantik..rasanya macam mana as..sama ke..

GreenJade said...

montel2 beras pulut dia hehehe

SURIA AMANDA said...

oooo...mcm tu rupanya....

Chekgu Azrine said...

nasib ada jugak walaupun berlainan dengan kat malaysiakan??

Ena's Palace said...

mudah la nak masak kuih berbuka as...sumer bahan ada kat ctu

ijayuji said...

Salam kak as! jakun kita kak pestaim nmpk beras pulut jepun ehehe... sini takde kot, yg ada mochiko ajerr mochikome tarak :D dah masak belum kak? kita ni dr td sedap2 jerr goyang kaki tak pkir pun nak masak apa tuk buka nanti ehehe..

Daddy Ziyyad said...

Tgk label Food Action Nippon tu, teringat kartun action Kame! ahahaha

Faris Hilmi said...

beras Jepun bulatlah,rasa pelik :D

Kamalia said...

eh,murahla beras pulut kat yone..sini mahai yg amat..tapi,kurosato kita sama..;)

♥ Elin ♥ said...

mcm pelik2 jer kan...tuh lah lain negara lain rupanya kan...

jepun klu raya suasana mcm mana ek...kuih2 tradisi msh buat lagi ker yg mana org melayu menetap disana..