Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Ramadhan Terakhir..

Alhamdulillah.. InsyaAllah hari ni hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan 1433H. Sedihnya... Sayu betul rasa hati nak meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ni. Semangat nak raya kurang sikit bila duduk di perantauan ni. InsyaAllah.. ini Ramadhan terakhir kami di perantauan.. mudah2an berkesempatan bertemu lagi di Ramadhan akan datang. Ameen..

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca, sekiranya ada salah silap dari saya secara sengaja atau tidak kepada semua. Kemeriahan hari raya memang terasa bila bersama keluarga dan sanak saudara. Mudah2an amalan kita sepanjang Ramadhan berterusan sampai bila2 dan semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Ameen..

`Taqobbalallahu minna wa minkum` (Semoga Allah menerima(amalan) dari kami dan darimu sekalian.. Ameen..

Monday, August 6, 2012

Tetamu dari Saitama..

Ini cerita minggu lalu, kedatangan Umie dari Saitama melawat Yonezawa. Sebagai catatan dan memori kami bersama rakan2 di bumi Jepun. Act. Umie sekeluarga menginap di rumah Ami.  Alhamdulillah sampai jugak Umie ke rumah kami. Terima kasih sudi datang. Umie ni salah seorang yang saya kenal melalui blog. Beliau pun seorang blogger yang aktif tak lama dulu. Sekarang dah jarang2 update gitu eh. :D
Muaz-kun yang sangat comel dan encem! Sebaya dengan Haqem, boleh jugak main sama2. Suka betul nyanyi ABC. hehe.. Alhamdulillah dapat moreh bersama sebab sebelum tu mereka iftar di luar. Sempat jugaklah sediakan mee bandung, bubur kacang durian dan donut. Terima kasih buat Umie sekeluarga sudi berkunjung dan omiyage dari Hokkaido dan juga FM dari Greece. Terharu atas tanda ingatan..:D InsyaAllah panjang umur bertemu lagi nanti. :-)

Monday, July 23, 2012

Iftar dan Jamuan Hari Pertama Puasa

Alhamdulillah dah hari ketiga Ramadhan, hari pertama berpuasa alhamdulillah kami sekeluarga sempat menganjurkan majlis berbuka puasa untuk warga muslim yang ada di sini. Terima kasih buat adik2 yang turut membantu mama menyediakan juadah berbuka pada hari tersebut. Alhamdulillah berkat pertolongan adik2 yang ada semua hidangan dapat disediakan pada waktunya. Setiap tahun di bulan puasa memang jadi rutin kami sekeluarga untuk menjamu adik2 yang ada di sini. Syukur atas rezeki yang ada. Majlis ni diadakan di Dewan International House berdekatan rumah yang ditempah.
Menu utama yang dimasak pada hari tersebut adalah Nasi Minyak, gulai ayam, acar mentah dan juga Laksa Penang. Selain tu sempat jugak buat kek gula hangus, popiah yang dibalut oleh adik2 dan samosa oleh adik Aku bukan Masterchef. ;)
Kuih lain Onde2 dan Cendol (ini tak berapa jadi sebab mama guna tepung beras Jepun). Turut dimeriahkan dengan kek coklat cheese brownies oleh adik Aini, kuih sagu dan kuih bingka oleh adik Hafiz. Terima kasih! ;D
Baju biru itulah adik ABM, terima kasih samosa sedap! :D Lebih kurang 20++ orang yang hadir termasuk Pak Dikdik (warga Indonesia), Khairah (warga Brunei), Aki dan Ami yang banyak membantu dan sponsor pinggan dan cawan, serta semua pelajar2 Malaysia lain yang berada di sini. Tapi ada juga yang tak datang sebab berada jauh di kampus Yamagata dan Mahadir yang bekerja hari tersebut. Memang tak ramai pun warga Muslim yang ada di sini. Kalau dicampur semua lebih kurang 34 orang saja Muslim yang ada.
Syukur Alhamdulillah selain menjamu hidangan kami juga dapat solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Terima kasih sekali lagi pada semua yang hadir. InsyaAllah moga ada rezeki berkumpul lagi di bulan Ramadhan ini. :-)

Saturday, July 21, 2012

Quran Explorer Online yang mudah!

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Hari pertama berpuasa kene pulak masa musim cuti memang seronok. Mesti ramai yang balik kampung berpuasa bersama keluarga tercinta. Rindu nak berbuka puasa bersama2 keluarga. InsyaAllah tahun hadapan pasti dapat bersama2 mereka. ;)

Untuk rakan2 yang dikasihi bersempena Ramadhan ni sambil2 kita buat kerja, boleh juga kita mendengar bacaan suci ayat Al-Quran secara online. Al-Quran online ni turut ada terjemahan dalam bahasa Melayu, sambil membaca sambil boleh membaca terjemahannya. InsyaAllah.. Sangat sesuai walau di mana kita berada asalkan ada kemudahan internet. Kita boleh juga memilih untuk mendengar bacaaan dari beberapa reciter. Buat masa ni pilihan saya sudah tentu daripada Syeikh Mishary Rashid. Al-Quran online ni dah beberapa tahun saya guna selain untuk bacaan saya turut gunakan semasa berusrah. Terfikir untuk berkongsi untuk mereka yang belum tahu. Selamat beramal...  :)

Klik di sini untuk Quran Explorer secara online. 

(Setelah membuat pilihan tekan play di bahagian bawah kiri)

Pengguna telefon pintar dan tab pun boleh donwload di aplikasi telefon/tab masing2. Bagi saya yang menggunakan Iphone dan eeepad saya gunakan aplikasi iQuran Lite. Mudah juga jika ke mana2. :)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan, berpuasa di Jepun dan Calpis Water

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah buat semua. Kami di Jepun akan mula berpuasa pada hari Sabtu 21 Julai 2012. Moga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap secara sengaja atau tidak. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah setiap masa. InsyaAllah.. Amin.. Waktu solat dan berbuka  kami ikut pada kalendar Islamic Finder.

Musim panas dah bermula, tapi hari ni nampaknya suhu rendah, sekarang ni suhu 17C! Penurunan suhu yang mendadak dalam tempoh tak sampai 12 jam! Tengahari semalam suhu menjejak 30C tapi waktu malam turun sehingga 15C! SubhanaAllah.., malam tadi tidur berselimut pulak. Alhamdulillah mudah2an permulaan puasa pada esok hari suhu tak terlampau panas. Berpuasa pada musim panas memang sedikit menguji, Alhamdulillah kami di Jepun waktu berbuka puasa lebih kurang di Malaysia, untuk hari pertama waktu berbuka pada jam 6:58 petang dan untuk hari terakhir Ramadhan jam 6:28 petang. Walau bagaimanapun kami perlu berpuasa lebih kurang 16 jam sehari, kerana masuknya waktu Subuh adalah pada jam 2:46 pagi pada Ramadhan pertama. Tetapi waktu Subuh akan semakin lewat hingga terakhir Ramadhan pada jam 3:22 pagi. Mudah2an kami terus dapat menunaikan ibadah berpuasa ini dengan lebih baik. InsyaAllah..
Panas2 ni memang best dapat minum air sejuk, lagi2 puasa kan. Di Jepun memang tak ada air berperisa untuk dibancuh. Pada musim panas akan keluar air gula berperisa terutama untuk buat kakigori (ais batu), tetapi tak sesuai untuk dibancuh dengan air. Ini air calpis yang popular di Jepun. Biasanya dijual dah siap dalam botol, yang kami beli ni untuk bancuhan dengan air lain. Kami beli yang perisa anggur, sedap! Batrisya suka letak dalam fresh milk, rasanya seperti air kelapa bila dicampur susu! ;D Sesuai dibuat menu berbuka. Rakan2 di Jepun boleh dapatkan di pasaraya berhampiran, harga dalam lingkungan 250-300yen, ada 3 perisa anggur, plain dan oren. cubalah! ;)

Lagu Ramadhan yang paling disukai. ;)

Friday, August 19, 2011

Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad saw.

Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-
· Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.
· Jika Ramadan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu ” Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.
Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”.
Dalam riwayat lain,“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.
Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
{ Doa.
{ Beristighfar.
{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Sumber: Email 2009 dan entry terdahulu. 

Tuesday, August 2, 2011

Menu berbuka Hari Pertama Ramadhan 2011 - Mee Rojak

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah dah selamat kembali ke rumah setelah bercuti2 di Korea minggu lepas. Banyak sangat cerita yang tertunggak, nanti2 la ada masa update cerita dan gambar. Hari ni ringkas sahaja nak share menu berbuka hari pertama. Saja la buat kenangan. :D

Act. tak plan nak makan atau masak apa untuk hari pertama. Makan apa yang ada kat rumah je. Keluarkan bahan memasak jam 4 petang. Terus plan buat mee rojak. Kuah kacang ikut resepi yang biasa mak buat. Kuih plak mula2 tu macam nak buat murtabak last2 jadi popia ketam je. Waktu berbuka hari pertama 6.50 petang, dan Imsak jam 3 pagi.

Mee rojak pertama kali buat. :D
Bahan-bahan ikut apa yang ada je. Timun, fish cake, crab stick, salad, tauhu, taugeh dan telor. Telor tu rebus last minit, tak berapa masak lagi yang tengah tu.
Tembikai yang manis
Juga popia ketam untuk sampingan.
Ayam goreng simple makan bersama mee rojak.

Resepi kuah rojak saya yang tak pedas dan sedap kata asben. :D

Bahan2,
  • 200g kacang (blend hancur)
  • 1 biji bawang besar
  • 1\2 inci halia
  • 1 biji buah keras
  • 1 sudu besar serbuk lada
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan air
  • Air asam
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2,
  • Tumis bawang, halia dan buah keras yang telah diblend.
  • Masukkan serbuk lada, tumis hingga garing dan serai.
  • Masuk air asam, garam dan gula
  • Masuk kacang dan gaul sebati.
  • Masuk air, kacau hingga kuah jadi pekat.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi...

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga segala ibadah kita diterima olehNya. Amin...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu .. mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu .. andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu .. sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' .. tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri .. menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji .. "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" .. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu .. setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja .. di setiap kesempatan juga masa yang terluang .. alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU .. tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang .. mari kita meriahkan Ramadhan .. kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani .. menanti-nanti jemputan Izrail .. di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami .. jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami .. menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi .. semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui .. apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya .. yang mampu bagi seorang hamba itu .. hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin..... andai benar ini
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH
DILAKUKAN..

Wednesday, August 19, 2009

Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.