Wednesday, June 20, 2012

Klinik Mata

Susulan mata bengkak Jumaat lepas, ingatkan petang dah surut tapi sampai pagi Sabtu tu masih bengkak. Kami terus bawa ke klinik mata. Papa pun buat check up mata sekali. Klinik adalah sangat cantik dan bersih. Dah tau tunggu lama memang kene bawak game untuk budak2 ni. Kat sini kene appointment kalau nak ke klinik kecuali emergency, kalau terjah je memang kene tunggu turn, tapi takde la lama sangat. Sebab menunggu lama staf klinik bagi belon dan mainan untuk budak2 ni. ;D
Haqem kene infection tapi tak merbahaya kata doktor, dia bagi ubat titis dgn ubat makan, kalau tak baik kene datang lagi. Alhamdulillah lepas makan ubat, 2x titis ubat kat mata, terus surut. Gambar kiri tu hari Ahad dah nampak ok sikit. Bercinta jugak nak bagi ubat serbuk ni, kat nihon ni ubat dia boleh kata semua jenis serbuk, tapi senang jugaklah bancuh dalam air, mama letak dalam air epal, habis jugak dia minum. hehe.. Bagusnya kat tiap paket ubat tu dah siap tulis untuk makan selepas sarapan, mkn tengahari dan mkn malam. senangkan! Mainan tu yang staf klinik bagi, act. tu pemadam. Boleh kata tiap kali pergi klinik mesti dapat mainan comel ni, esp, klinik gigi la.
Gambar dalam klinik waktu ni orang dah tak ramai, hari Sabtu bukak separuh hari je. Kat Jepun ni ubat kene ambil di farmasi berasingan dengan klinik. Lepas check-up dengan doktor nanti akan diberi  description ubat, nanti surat tu kene bawak la pergi farmasi. Act. boleh je amik kat mana2 farmasi, tapi biasanya kat setiap klinik tu sebelahnya memang ada farmasi. Gambar kiri tu klinik mata, yang tengah tu farmasi ubat, gambar kanan tu jarak antara klinik dan farmasi. hehe.. saja ambil gambar. Pertama kali pergi klinik mata kat Jepun ni. ;D

*Pagi ni cuaca dah cerah berbanding semalam hujan sepanjang hari, malam tadi terasa jugak angin kuat. Semalam Taufan ke-4 lalu di Jepun, yang pertama lalu di tanah besar pada bulan Jun sejak 2004, biasanya taufan lalu pada akhir musim panas nak masuk autumn. Dijangka Taufan ke-5 akan lalu dalam tempoh terdekat. Tempat kami cuma terkene tempias hujan berterusan. Semalam tengok berita banyak jugak kerosakan terutama di Wakayama, pengangkutan awam pun banyak diberhentikan sementara di bahagian selatan Jepun. Moga kami semua terus dilindungi dari sebarang bencana. Amin..

19 comments:

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

Alhamdulillah, dh surut dh bengkak mata haqem =0).
vi tertarik dgn ubat bentuk serbuk tu. senang nak bagi budak2 makan. my nephew susah bonar nak telan ubat. setiap kali bagi makan ubat, mesti kak ngah bergusti dulu dgn anakknya. silap hari, ubat tu dia sembur ke muka kak ngah. hadoi....

didoakan moga kak as n famili sihat n selamat di Japan. terhindar dari sebarang bencana.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

umur tera haqem mmg mencabar nak kasi makan ubat khen...adam dulu gituew gak x suka biler dah besaq ok ker, siap mintak nk ubat lagik ngeee,

tempat weols tgh mlm smlm kena...ya ampun nak tidoq x blh asyik dengar bunyi angin kuat dan tingkap mcm nak pecah tue...kowaiiiii...hari ni pun adam gi gakko kul 10am...alhamdulliah dah cerah kat sini

FnF Simple Life said...

Alhamdulillah dah baik mata yang bengkak tu...ni kena kat adek pulak...since semalam tak tau binatang apa yang gigit kelopak mata tu...aduhai...

kasihredha said...

best ar kat sana..
mcm2 pemeriksaan ada
hari tu gigi kan

Mixed-family in da house.... said...

salam Kak As,

kagum tgk klinik kt sana, sangat lah bersih dan cantik....

Rai said...

kesian budak budak sbb bila taifu mesti bunyi angin lalu celah tingkap tu mcm menakutkan..semoga semuanya baik baik saja..

sepanjang duk nihon sekali je pernah pegi klinik..yg lain semua beli ubat kat farmasi..itamidome je pun..

eh tetiba teringat ubat titis mata kat nihon yg warna warni tu, merah hijau biru etc..pedih gila!!

Nadiah Sidek said...

sama la kak..sini ubat pun kena ambil (err..beli) di kedai farmasi. sini sabtu ahad klinik tutup. huhu..

SURIA AMANDA said...

alhamdulillah haqem dah ok,wah..klinik macam hotel 5 star..

Daddy Ziyyad said...

comel aja klinik & farmasi nya...dan cantik interior..ubat serbuk tu hanya utk kanak2 sahaja kan? yg dewasa tetap makan pil kan? :p

Asmara said...

@Daddy Ziyyad, dewasa pun dpat yg serbuk jugak. huhu.. x best betul nak mkn.

Teratak Hami said...

Akak suka interior dalam klinik tu.

Ubat serbuk ??? Bercinta nak kasi budak2 makan kan.

ShidaGhazali said...

Alhamdulillah, dh sembuh mata haqem..
kan bagus kat mesia mcm tu gak utk attract budak2, kalau kt mesia gtu gak dulu masa saya kecik2 dulu, kompom saya x takut pegi klinik...hikhikhik...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah dah cantik semula mata haqem tu.. Semoga As sekeluarga dilindungi Allah dari sebarang bencana.

~ yus ~ said...

nampak bentuk kotak ke klinik dan farmasi tu ya As, tp tetap menarik....cantik dalamnya ya.

sitiezahim said...

cantiknya klinik tu kan..hehe..samalh di german pon ubat ambik kat farmasi. takleh beli suka2 ati..dan nak pegi klinik mesti ada appoinment...sistem yg terurus kan...hehehehe

Chekgu Azrine said...

semoga segalanya selamat sepanjang berada di sana ye..amin

Papa Mifz said...

bersih jer eh klinik nyer...kemas jer...selesa utk para pesakit...:)

Nuwairani Ismail said...

risau jugak bila baca berita pasal taufan ni. harap2 xde pape la kt tempat org2 kite tinggal.

aReLaN said...

oooo..first time tengok gambar klinik kat nihon.dok nihon dulu,tak pernah jejak kaki ke klinik.hahaha