Masih cerita sebulan yang lalu, sebab banyak sangat gambar terpaksa dibuat berperingkat2 sebagai catatan dan memori kami. Sekarang dah takde musim tulip. Bunga tulip hanya hidup lebih kurang 2 hingga 3 minggu pada awal bermulanya musim bunga. Disebabkan tempat kami berada jauh di utara Jepun, musim bunga bermula pada pertengahan April.
Selepas berjumpa salji kami teruskan perjalanan ke ladang Tulip yang sangat luas ni. Alhamdulillah memang rezeki mak dan abah datang ke Jepun waktu ni, selain dapat jumpa bunga Sakura yang hidup seminggu dalam setahun dapat juga melihat bunga tulip yang cantik ni. Mak saya memang sangat gembira, bunga memang kesukaannya! Senyum saja amik gambar, mak kata rasa nak tidur je atas bunga2 ni. hehe.. kalau lah boleh tanam dan hidup cantik di Malaysia dah berbakul2 benih mak nak beli. Itupun dah berapa jenis benih bunga mak beli bawak balik (tapi tak tanam lagi). Kene beli bunga yang boleh hidup dengan cuaca panas di Malaysia.
Abah pun suka, tapi hari kami datang tu baru lepas hujan, dan hujan sekejap2. Tak berapa puas nak ambil gambar. Waktu ni Haqem tidur dalam kereta, papa yang jaga, tak bawak keluar sebab hujan.
SubhanaAllah, sungguh cantik dan indah ciptaanNya. Memang terpegun dan bersyukur dapat tengok bunga dan ladang tulip yang cantik sebegini.
Geram sangat tengok tulip yang cantik ni, kami datang memang tepat pada masanya sedang elok bunganya hidup. Oh sebenarnya waktu ni ada Festival Tulip, ladang ni memang dibuka khas untuk orang ramai pada cuti panjang Golden Week tempohari.
Sangat cantik! Rasa nak petik2 bawak balik rumah. ;D Warnanya yang pelbagai dan tersusun kemas memang sangat indah!
Ada lebih kurang 800,000 ribu tulip yang ditanam dari 60 jenis tulip yang ada. Sepatutnya ada disediakan helikopter untuk pengunjung ambil gambar dari atas tetapi faktor cuaca yang hujan sekejap2 waktu tu terpaksa dibatalkan.
My Tulips model! (esp. my mom!) ;D
Ladang Tulip ni terletak di Nagaike Ikoi no Mori Park,Tainai Niigata. Selain ditanam pokok tulip ni pun ada dijual kepada pengunjung dengan harga yang sangat murah!
Saya sangat puas hati Alhamdulillah.. akhirnya berpeluang jugak ke ladang tulip yang luas selepas terkilan tak dapat sampai di Keukenhof (taman bunga terbesar di dunia) sewaktu berkunjung ke Belanda pada musim bunga tak lama dulu. Sepanjang perjalanan memang banyak sangat ladang2 tulip yang ada di kawasan ni. Selain tu rumah2 persendirian pun banyak tanam tulip ni dan nampak sangat cantik. Tapi pemandangan sebegini hanya dapat di lihat sekali dalam setahun. Bersyukur masih berpeluang melihat keindahan musim bunga di sini. :-)