Showing posts with label Klinik. Show all posts
Showing posts with label Klinik. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Mari Belajar Melukis

Lukisan yang mudah. Act. ada 3 lagi tapi dah terdelete. hukhuk.. Gambar ni diambil dari buku kat klinik. Sambil2 tunggu turn Haqem mama tengok buku ni sangat menarik. Boleh la kan untuk dishare. Harap2 bermanfaat pada yang lain. :)




Haqem ambil krim sapu masa ni, kakinya gatal2. Mini library kat klinik kanak2. 

Wednesday, June 20, 2012

Klinik Mata

Susulan mata bengkak Jumaat lepas, ingatkan petang dah surut tapi sampai pagi Sabtu tu masih bengkak. Kami terus bawa ke klinik mata. Papa pun buat check up mata sekali. Klinik adalah sangat cantik dan bersih. Dah tau tunggu lama memang kene bawak game untuk budak2 ni. Kat sini kene appointment kalau nak ke klinik kecuali emergency, kalau terjah je memang kene tunggu turn, tapi takde la lama sangat. Sebab menunggu lama staf klinik bagi belon dan mainan untuk budak2 ni. ;D
Haqem kene infection tapi tak merbahaya kata doktor, dia bagi ubat titis dgn ubat makan, kalau tak baik kene datang lagi. Alhamdulillah lepas makan ubat, 2x titis ubat kat mata, terus surut. Gambar kiri tu hari Ahad dah nampak ok sikit. Bercinta jugak nak bagi ubat serbuk ni, kat nihon ni ubat dia boleh kata semua jenis serbuk, tapi senang jugaklah bancuh dalam air, mama letak dalam air epal, habis jugak dia minum. hehe.. Bagusnya kat tiap paket ubat tu dah siap tulis untuk makan selepas sarapan, mkn tengahari dan mkn malam. senangkan! Mainan tu yang staf klinik bagi, act. tu pemadam. Boleh kata tiap kali pergi klinik mesti dapat mainan comel ni, esp, klinik gigi la.
Gambar dalam klinik waktu ni orang dah tak ramai, hari Sabtu bukak separuh hari je. Kat Jepun ni ubat kene ambil di farmasi berasingan dengan klinik. Lepas check-up dengan doktor nanti akan diberi  description ubat, nanti surat tu kene bawak la pergi farmasi. Act. boleh je amik kat mana2 farmasi, tapi biasanya kat setiap klinik tu sebelahnya memang ada farmasi. Gambar kiri tu klinik mata, yang tengah tu farmasi ubat, gambar kanan tu jarak antara klinik dan farmasi. hehe.. saja ambil gambar. Pertama kali pergi klinik mata kat Jepun ni. ;D

*Pagi ni cuaca dah cerah berbanding semalam hujan sepanjang hari, malam tadi terasa jugak angin kuat. Semalam Taufan ke-4 lalu di Jepun, yang pertama lalu di tanah besar pada bulan Jun sejak 2004, biasanya taufan lalu pada akhir musim panas nak masuk autumn. Dijangka Taufan ke-5 akan lalu dalam tempoh terdekat. Tempat kami cuma terkene tempias hujan berterusan. Semalam tengok berita banyak jugak kerosakan terutama di Wakayama, pengangkutan awam pun banyak diberhentikan sementara di bahagian selatan Jepun. Moga kami semua terus dilindungi dari sebarang bencana. Amin..

Sunday, April 15, 2012

Influenza B

15 April 2012, hari ni dengan rasminya Batrisya dijangkiti virus Influenza B. Malam tadi suhu badan 39.4C! pagi tadi terus bawak pergi klinik, dan doktor terus sahkan Batrisya positif Influenza type B. huhu.. risau mama, malam tadi memang dia beritau badan sejuk, lepas tu kepala pening sangat, tak boleh tido. Mama sapu minyak, urut badan dan kepala bagi lega. Malam tadi pun papa terus keluar beli ubat demam, bagi makan nasi dalam 2 sudu (selera makan takde), baru bagi ubat. Malam2 pun dia kata haus, terus letak sebotol air masak kat tepi katil. Kesian betul malam tadi tak boleh tidur, menangis la jugak dia.

Alhamdulillah lepas makan ubat kat klinik pagi tadi nampak dia ok sikit, tapi maybe tahan 8 jam je. Doktor pesan 2 hari ni jangan campur dengan orang, takut virus merebak. Sentiasa pakai mask sebab virus merebak melalui air liur dan pernafasan. Kene kuarantin jugak, risau mama dengan Haziq dan Haqem ni. huhu...

Act. minggu lepas Batrisya tak sekolah hari Khamis dan Jumaat sebab rakan kelas dia 4 orang kene Influenza. So sekolah bagi cuti 2 hari untuk kelas dia, tapi mama rasa dia bukan berjangkit dari sekolah tapi dari jidoukan (tempat permainan dalam bangunan). Hari Jumaat sebab boring sangat duduk rumah kami ke jidoukan kat area rumah. Batrisya nak sangat pergi, kebetulan cuaca pun panas, seronok la berjalan luar rumah. *Papa dan sensei dah pesan kurangkan main di tempat awam. :( Dapat cuti seminggu lagi, rugi pulak cuti sekolah lama2 ni. Moga cepat sembuh dan tak berjangkit kat adik2. Amin..

Sumber: ehow.influenzaB

Identification

  • Influenza B is commonly referred to as the flu. Caused by the influenza virus, influenza B is an airborne virus that infects the lungs, nose and throat. Over-the-counter medication can reduce symptoms and kill the virus. Sufferers are also advised to drink plenty of liquids and get plenty of rest.

Symptoms

  • According to Medicine Plus Medical Dictionary, common influenza B symptoms include bodyaches, chills, dizziness, flushed face, headache, lack of energy, nausea and vomiting. 

Influenza B Vaccine

  • An influenza B vaccine is made available in September. According to Medicine Plus Medical Dictionary, tens of millions of people in the United States get the flu each year. The virus is highly contagious, and symptoms can last longer than two weeks.

Prevention/Solution

  • The influenza B virus can live for weeks on surfaces like faucets and door handles. The best forms of prevention are washing hands before and after using a public restroom, wearing a face mask when in crowded public areas, refraining from sharing foods and beverages, and taking vitamin C to build a strong immune system.

Misconceptions

  • Colds can share similar symptoms with influenza B but not part of the influenza virus Influenza B generally starts with a high fever, ranging from 102 to 106 degrees. Rarely is hospitalization necessary, but in some cases, sufferers must be admitted for observation and treatment for dehydration.

Warning

  • It is best to avoid aspirin, drug and alcohol consumption as well as antibiotics (unless prescribed for an already diagnosed illnesses).
    *Tadi ada majlis kangakei(welcome party), kesian Batrisya tak dapat join. Nasib baik buat kat sebelah bangunan je. Sempat jugak mama buat cheese brownies dan kuih gulung untuk majlis. ;)

Wednesday, October 5, 2011

Polio Vaccine in Japan

Semalam appointment dengan  pusat kesihatan untuk dapatkan polio vaccine Haqem. Vaccine yang wajib diambil untuk semua kanak2. Di Jepun polio vaccine ni diberi secara minum, tapi kuantiti sikit je, dalam 1ml. Cuma picitkan masuk mulut. Kalau di Malaysia polio diberi secara suntikan 3 serangkai tak silap. Sebelum diberi polio vaccine, kene check suhu badan dan isi borang samaada ada penyakit apa2 atau tak. Semalam suhu badan Haqem 36.5C.
Vaccine ni diberi secara berjadual di sini. Jadi untuk satu masa tu semua kanak2 berusia 6 bulan hingga 2 tahun diberi pada waktu yang sama. Walaupun ramai orang tapi waktu menunggu sekejap je, tak sampai 1/2 jam dah selesai, walau angka giliran kami no. 85. Doktor ada 3 orang dan pembantu ada 6 orang. Kene tunggu 30 minit selepas vaccine diberi takut ada kesan sampingan. Alhamdulillah Haqem ok dan medical checkup pun ok.  Moga terus diberi kesihatan yang baik2 buat anak2 kami. Amin..;)

Friday, September 9, 2011

Penyakit tangan kaki dan mulut

Dengan rasminya hari ni Haziq telah dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut, mama nak rekod kat sini. Jangkitan dari yochien. Petang semalam masa balik sensei beritau ada bintik2 merah kat tangan. Sensei kata esok(hari ni) tak payah datang. Kat yochien memang ada budak yang kene. Pagi tadi dah bawak pegi jumpa doktor. Seperti yang diketahui penyakit ni memang tak ada ubat, ia akan baik dengan sendiri dalam tempoh seminggu. Buat masa ni alhamdulillah Haziq tak ada demam, sakit atau apa, aktiviti tetap macam biasa. Tapi mama kene hati2, Haziq kene kuarantin tak boleh campur dengan Haqem dan Batrisya. Macamana nak buat, rumah kat Jepun ni kecik balik2 mmg diorang akan berjumpa jugak. huhu..
Tapak tangan Haziq dah naik ruam kecil2. Kebersihan kene jaga selalu, kalau dah jangkit kat sekolah memang tak boleh nak kata apa. Haziq sejak pandai pegi toilet sendiri lepas tu cuci tak bersih tu agaknya yang berjangkit. Mama harap tak semakin teruk, sedikit info berkaitan penyakit ni dari blog Dr Azwan. Terima kasih. Saya cnp sedikit info dari blog Dr.

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.



Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.



Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.
 HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.




Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

Wednesday, July 21, 2010

Injection

Injection untuk Batrisya, nampak tak merah tu? Kali ni Batrisya tak nangis pun. hehe... Bagus dan pandai anak mama. :)
Siap boleh peace lagi lepas kene inject. Injection MR (Measles Rubella) untuk umur 6-7 tahun.
Dapat surat doktor kata kene inject, terus appointment ngan doktor. Kali ni inject kat klinik je.
Haqem pun inject jugak. Ini lagi banyak cop 18. Macam2 jenis vaksin utk macam2 penyakit untuk baby yang baru lahir. Alhamdulillah takde bekas pun, risau jugak tengok budak jepun lain ada bekas2 18 cop tu. Doktor kata dalam 3 hari kalau takde apa maknanya oklah. Sangat baik la budak ni, tak nangis pun. Mama je yang terlebih risau mula2 tu. sebb ingt ada 18 jarum, hihi..