Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Happy 11th Anniversary!!

Teluk intan - 04.05.2014
Untuk kami berdua. Alhamdulillah masuk tahun ke 11 sudah. 14.05.2003 - 14.05.2014. Semoga terus mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Doakan ianya terus berkekalan hingga ke Syurga dan terus dirahmati dan diredhai Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin... :-)


Tuesday, May 14, 2013

Genap 10 tahun..

Salam kepada semua. Masih ada yg sudi ke nak singgah sini. Blog dah sepi dan sunyi. rindu jugak nak berblogging, blog walking tapi susah betul masa tu nak diberikan pada blog ni. huhu..

Sejak dua menjak ni dah berminat pada novel pulak dan rajin pulak layan drama2 tv melayu ni. hehe.. harus masa rehat adalah depan tv! 

Tahun ni banyak dah melancong satu Malaysia. Tapi tak berkesempatan nak update. Memang betul2 busy esp. weekend dan cuti sekolah!

Masak-memasak, baking-membaking sudah tiada dalam agenda. huwaa... masak simple2 boleh la. 

Menunggu nak masuk rumah baru. Sekarang masih duduk rumah homestay saya. Lepas pindah baru jadi homestay balik. Itu antara sebab malas nak buat apa2. Masuk rumah semua dah ada. Oven dan mixer je takde. hehe..

Anak-anak Alhamdulillah.. dah serasi dengan Malaysia. Aiseh nihonggo hampir dilupakan. Kecuali Batrisya masih suka menulis guna tulisan jepun. Tulisan masih tak cantik. Terima kasih buat kad hari ibu utk mama. Sayang anak2 mama..

The reason menaip hari ni... Alhamdulillah.. genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Moga terus berkekalan hingga ke Syurga. Amin...

Hadiah blink2 dari suami tersayang, dan utk dia diterbangkan jauh dari US. hehe.. Love u always.. 

Sedekad telah berlalu. Moga hari2 yang dilalui akan terus dirahmati dan diredhai. Amin.. 




Wednesday, May 16, 2012

Ulangtahun ke 9!

Alhamdulillah.. genap 9 tahun usia perkahwinan. Semoga ianya terus berkekalan hingga ke Syurga. Amin..

H-Haqem, B- Batrisya, H-Haziq, M-mama, P-papa. 9 love biru-9 tahun. Hasil keras tangan mama. :) Terima kasih papa dan anak2 tersayang. :)

Tuesday, March 20, 2012

Kek Ultraman Mebius

Untuk tidak menghampakan permintaan Haziq nak kek ultraman, mama buat jugaklah untuk dia. Haziq tersenyum lebar dapat kek ada gambar ultraman walau tak cantik mana. hehe..
Alhamdulillah nampak senang jugak, tapi konsentrasi tu terganggu bila 3 orang ni tolong menolong nak membuatnya. Nampak serabut tapi boleh diperkemaskan lagi kalau buat sorang2 ni. eceh..
Muka budak2 gembira tengok mama siap buat kek. Mula2 tanya nak ultraman apa, dia kata nak ultraman Zero tapi susah pulak nak melukisnya, takut nanti jadi macam kaiju (raksasa). hehe.. lepas tu terus plan buat Ultraman Mebius sebab nampak senang sikit.
Gambar kenangan di hari ulangtahun Haziq. Celebrate adik beradik je eh. :D
Potong kek dengan kakak, Haziq nak letak lilin, tp lilin ada satu je buat hiasan. Haziq wish nak tali pinggang Gokaiger salah satu lg cerita kegemaran dia.  Tapi takdelah mama nak beli, kita beli benda lain ye Haziq. Hadiah kek ultraman ni pun jadilah kan. hehe..
*Hari ni Jepun public holiday, ingat nak jalan2 kat luar, tapi tengok cuaca, seharian yuki turun. Sekarang pun tengah turun lagi, saja mama amik gambar pagi tadi tarikh 20 Mac 2012. Budak2 ni bangun pagi macam biasa, tak dapatlah mama nak bangun lewat jugak. haha..

Monday, March 19, 2012

アハマド ハズイク 5 さいの おたんじょうび おめでとう ございます!

Selamat ulangtahun ke 5 Haziq! 19 Mac 2012. Hari ni terakhir sekolah, kene pakai uniform, sekolah pun kejap je tadi balik awal jam 11:00. Bulan depan dah masuk Bara-gumi (kelas untuk 6 tahun). Balik sekolah dapat kad ulangtahun dari sensei, selain barang2 yang hampir sekotak sepanjang setahun bersekolah. Pengsan mama nak menyimpan dan mengemas. Cuti sekolah dah bermula, jadual harian mama lari sikit la.
Kad ulangtahun dengan cop tangan, usia 5 tahun tinggi Haziq baru la 102.3cm dan berat 16.6kg. Haziq antara yang terkecil dan termuda dalam kelas.
Gambar dengan sensei kelas Haziq Hiromi sensei, bulan depan dapat sensei lain pulak ye. Ucapan Hiromi sensei utk Haziq, katanya Haziq suka senyum dan ramai kawan. Haziq order kek ultraman dari mama, ntah jadi ke tak nak membuatnya. hehe.. tunggu la petang sikit kalau rajin mama lukis. :D
Moga Haziq terus sihat membesar dengan sempurna dan jadi anak yang solah dan insan berguna di masa hadapan, dengar cakap mama, papa dan kakak ye. Minna wa Haziq-kun no koto ga daisuki desu! :D

Wednesday, January 18, 2012

Haqem 2 tahun!

Alhamdulillah, diam2 tak diam Haqem dah menjejak umur 2 tahun. Sekejap betul masa tu berlalu, masih teringat saat mengandung dan melahirkan Haqem, 100% made in Japan! Haqem lahir pada 14 Januari 2010, jam 3:10 petang, secara pembedahan bertempat di Shiritsu Byoin Yonezawa. Waktu lahir papa kata salji lebat sangat kat luar waktu tu. Itu yg kulit dia cerah (ehehe.. ada kene mengena ke). InsyaAllah dan berkemungkinan ini yang last sebab mama dah 3x c-sect pada usia 30 tahun (feeling nak stop dah dan faktor usia). InsyaAllah 3 orang pun dah memadai. Mudah2an anak2 mama terus membesar dengan sihat juga sempurna dan semoga terus menjadi insan yang soleh dan berguna di masa hadapan. Amin..
14hb haritu sempat la buat kek dan makan2 sikit.  Mama buat kek Anpanman, antara karekter kesukaan Haqem. Selain tu sempat masak mee rebus dan kuih seri muka. Tak sempat nak masak banyak2, plan jemput orang pun pagi sabtu tu. Ingat nak celebrate family je, tapi alang2 tu jemput jiran2 terdekat je. Haqem takut pulak tengok kek rupa anpanman tu. hehe..
Tak banyak gambar, ada amik video, buat kenang2an mereka dah besar nanti. Haziq dan Batisya yang excited.
Usia 2 tahun perkembangan Haqem nampak sama seperti budak2 yang berusia sama dia, dah pandai macam2, A-Z dah hafal, 1-10, alif-ya, pandai main game, suka u-tube, angry bird, suka tolong mama di dapur, aktiviti hari2 dengan mama, tak jumpa budak lain kecuali kakak dan abangnya saja. Sangat manja dengan mama, masih bf (tapi campur formula milk kdg2). Cuma Haqem masih tak pandai cakap lagi, sebut2 perkataan dah boleh, susun ayat tak boleh lagi la. Agak lambat macam Haziq jugak, tapi Batrisya paling cepat cakap usia setahun 8 bulan dah lancar sangat. Ada beza kot laki dan perempuan. Tapi mama sentiasa berdoa Haqem terus sihat dan bijak pandai seperti namanya. :D
Kek Anpanman mama yang comot, 15 minit je hias ni sebab senang. ehehe..Guna resepi Strawberry Shortcake dari sensei memasak Jepun. Cuma tukar strawberry kepada peach. Terima kasih adik2 yg sudi datang dan auntie Zila yang bagi present yang best untuk Haqem!

*4 hari 3 malam tanpa papa start hari ni, gambate papa. Moga selamat perjalanan dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah..

Monday, December 19, 2011

Hari Bersejarah.. Tetamu Istimewa..dan Hadiah Istimewa..

Alhamdulillah.. hari bersejarah berkenaan dah berlalu seminggu yang lalu, baru berkesempatan nak masuk story. Syukur Alhamdulillah masih berpeluang bernafas dan merasai kenikmatan dunia, usia yang bertambah lagi di tahun Masihi dan sangat bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Oleh kerana 10 Disember jatuh pada hari Sabtu saya berniat buat sedikit kenduri doa selamat dan menjemput rakan2 di sini terutama adik2 Malaysia yang ada. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan turut diadakan bacaan Yassin dan doa selamat. Terima kasih buat adik2 yang datang dan juga ada tetamu istimewa dari jauh yang turut hadir.

Gambar tak banyak pulak, tuan rumah sesangat la busy dari malam Jumaat hingga Sabtu petang tersebut. Jamuan diadakan bermula dari jam 1 hingga 3 petang. Menu haritu saya masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging, acar timun dan carrot, papadom dan 5 jenis kuih muih serta 2 jenis kek. Alhamdulillah berjaya jugak saya masak sorang2 kesemua jenis kuih muih dan lauk, turut mendapat bantuan dari papa, Aini dan Li (sangat perlu untuk melayan Haqem). Saya masak 7 ekor ayam hari tersebut, 1kg daging dan 4 periuk nasi tomato, untuk makan 25 orang. Memang tak sempat pegang kamera pun, dapat ambil gambar kuih2 yang dah separuh dan tak sempat pun nak carik angel yg cantik2. :D
Buat kuih yang senang2 je, kuih bakar, agar2 santan, puding roti, kek karamel, onde2 keledek, kek velvet dan popia. Kek pun memang tak sempat nak menghias bagai, plan nak hias tapi masa tak cukup pulak, waktu nak hias tu Haqem dah mengamuk nak tidur, takut orang tak sempat makan mama tabur je coklat rice dan terus hidang. Bila tengok balik gambar ni baru saya teringat rupanya saya tak makan langsung beberapa jenis kuih dan kek yang dibuat. Rasanya cuma sempat makan popia dan sedikit puding roti je kot. hehe.. mudah2an menepati selera tetamu. :-)
Alhamdulillah dah meningkat usia ni pun masih ada yang sudi beri hadiah. hehe.. Terima kasih my bestie Azila yang bagi purse istimewa, suka sangat! taun lepas pun bagi hadiah special, sayang kat u! Adik2 perempuan Aini, Helda dan Umi yang bagi hadiah poncho ni. Akak memang suka sangat!! Masa winter ni memang sangat sesuai pakai lebih2 nak menaip dan duduk mengadap komputer. Sangat berguna tau! love u all too! Taun lepas punya set Bodyshop pun tak habis pakai lagi hadiah dr adik2 prmpuan yg lain. Alhamdulillah..

Terima kasih buat adik2 sini yang tolong mengemas selepas majlis, my bestie Azila yang tolong basuh pinggan tq so much. Sambil mengemas saya menunggu tetamu jauh yang bertandang. Lebih kurang jam 4 lebih elok2 je lepas solat Maghrib tetamu pun tiba, nasib baik masih ingat rumah lagi. Wah sangat best!! seronok sangat dapat bertentang mata lagi dengan blogger Hanis! Jauh datang dari Sendai, berdebar menunggu ketibaan Hanis. chewah! Kebetulan Hanis ada mesej, itu yang jemput sekali, katanya nak merasa makan kek Red Velvet. hehe.. Maaf la kek yang diberi comot pulak. Siap ada buat entry lagi di sini. Terharu ai! Maaf kalau ada kekurangan layanan. Terlupa nak bergambar pulak tu, InsyaAllah akan ada pertemuan2 lain nanti ye Hanis! :D
Paling terharu dan tak sangka sekali Hanis datang membawa hadiah! ooo eemmm geee!! Coach! TQ so much dear! Bukan mama je dapat Haziq dan Batrisya pun dapat, belated birthday present Batrisya (Okt.) kata Hanis (ada lagi satu snowcap xde gmbr). Terima kasih banyak, love u! memang hampir nak terpengsan dapat hadiah dari Hanis. Sukerrr sangat!! Moga Hanis dan Mi terus dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa diberkati InsyaAllah.. Lebih kurang jam 8 malam Hanis berangkat pulang ke Sendai. Jangan serik datang lagi, mintak maaf kalau ada kekurangan layanan. Sangat seronok bila ada tetamu datang ke rumah ni. Alhamdulillah..

Eh apakah hadiah dari sang suami tersayang? Terima kasih banyak suami tersayang, untuk another coach collection, dan paling utama masa berharga yang diperuntukkan untuk mama dan anak2. Moga Allah terus memberkati dan sentiasa memurahkan rezeki kita sekeluarga serta memanjangkan jodoh kita hingga ke Syurga. Terima kasih papa, i love u soo much!! :D

Monday, October 17, 2011

Birthday Party Batrisya!

Alhamdulillah..Nurdayana Batrisya dan menjejak umur 7 tahun. Syukur juga perkembangan Batrisya dari kecil hingga kini adalah normal. Batrisya pun dah pandai membaca, menulis dan mengira. InsyaAllah akan lebih diusahakan agar dia boleh membaca dengan lebih lancar terutama bahasa melayu, english dan jawi.
Kebetulan birthday dia jatuh pada hari Sabtu (15 Oktober), jadi mama plan buat party untuk kawan2 baik dia je. Bila tanya nak kek apa, laju je jawab nak 'Princess keki'. Thanks to Ita, kak Ena, dan kak Ida yang bagi idea buat princess cake nih. Nak buat cake senang tapi nak menghiasnya yang amik masa. Mama start buat malam Jumaat tu dan hias paginya. Memang tak menang tangan memasak sorang2. Hasil kerastangan mama yang tak begitu kemas dan sangat amatur. Percubaan pertama menghias kek princess. Mama guna buttercream dan juga fondant untuk baju. :-)
Acara bermula jam 1 petang, antara menu lain yang sempat dibuat cheese tart, muffin coklat, muffin cheese, puding pandan, popia goreng, spaghetti dan fries. Mama plan nak buat makizushi tapi tak sempat pulak. hehe.. Batrisya cuma jemput kawan2 baik dia je, ingat nak suruh jemput ramai tapi takut pulak tak muat rumah comel nih. Budak2 bukan la makan byk sangat, lebih main dari makan. Seronok sangat main sampai semua pun tak nak balik. Budak2 ni ada yang dihantar oleh ibu bapa dan janji datang semula jam 3 petang. Tapi jam 3 pun tak habis main lagi, mama pun jemputlah ibu2 masuk rumah dan dapat juga berkenalan dengan ibu2 kawan Batrisya (xde gambar).
Acara potong kek, happy sangat la dia. Kawan2 dia kata Rika(Licca)chan keki kawaii!!(kek cantik) hihi.. tq ye. Licca chan ni patung yang popular bagi kanak2 di Jepun lebih kurang macam Barbie jugak. Sebelum balik mama sediakan goodies untuk kawan2nya, pun xde gambar. Mama bagi cheese tart dan muffin untuk ibu2 mereka dan bermacam2 gula, jelly, biskut dan lain2. Batrisya kata dia orang Inggeris sebab lahir kat negara omputiih, haha..boleh pulak camtu, Haqem orang Jepun, Haziq orang Malaysia, ikut negara kelahiran pulak. Doa2lah nanti Batrisya belajar pandai dan boleh belajar semula samaada di UK atau Jepun. InsyaAllah..
Seronok dapat presento(hadiah) dari tomodachi(kawan2). Terima kasih jugak kakak Li, kakak Aini, kakak umie dan kakak Helda yang sudi kirimkan hadiah. Oh ye kek princess tu mama buat strawberry kek. Ini pun permintaan Batrisya nak Ichigo(strawberry) cake. Mama terus mendoakan Batrisya menjadi anak yang baik, dengar cakap mama dan papa, jadi kakak yang baik untuk adik2, solehah, sihat, pandai dan berguna di masa depan. InsyaAllah.. Amin..

Sunday, August 14, 2011

Rumah baru..

Perasan tak? Chanteek tak? hehe...Rumah baru yang telah makeup oleh seseorang secara percuma! Maaf la bukan buat sendiri. Saya tak begitu kreatif, dan tak boleh nak ngadap pc lama2. hehe.. Anyway nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih buat saudara Hisyam yang sudi dan berbesar hati menawarkan diri nak  tukarkan layout blog ni. Terharu sungguh! Ingatkan Hisyam tu main2 je offer, eh rupanya betul2 dia nak buat. Suka2! sekali skala berubah wajah. Ini akan kekal lama la kot, haha...Suka yang simple macam ni tak sarat sangat. Dalam tempoh 2 minggu bagi gambar terus siap, cepat sungguh, even Hisyam pun ada makeover blog org lain. Oklah kenangan tarikh hari ni blog ni berubah wajah. Act. semalam dah testing tapi ada tambah sikit, so secara rasminya diguna pakai pada tarikh hari ni. :D. Terima kasih banyak buat Hisyam!

*Selamat bercuti buat warga Nihon!

Sunday, May 15, 2011

Ulangtahun ke 8

Alhamdulillah... semoga kekal bahagia hingga ke Syurga. Amin..:)
*Tarikh sebenar 14052003.

Friday, December 10, 2010

Bertambah lagi...

Alhamdulillah bertambah lagi usia pada hari ini dalam tahun Masihi. Bersyukur atas segala rezeki yang diberi. Hari ni takde sambutan pun. Anak2 bersekolah, balik sekolah pegi klinik untuk appointment injection influenza. Petang papa ada kelas pulak. Malam baru sempat potong2 kek. Percubaan membuat red velvet cake. Agak keciwa sedikit kerana kali ni tak berapa nak jadi. huhu.. Nanti cerita kisah kek. Tapi yang penting masih boleh dimakan. Rasa tetap ada. :)
Suprise dari papa! Thank you papa! Pakcik takkyubin (posto) antar tadi. Isk2 awat tak cakap awal2 boleh la i pilih2 yg berkenan. hehe..Love u so much.. forever n ever... ;) * taun depan lagi satu ye. hihi...

*Terima kasih banyak2 buat semua rakan2 yang mesej, call dan terutama rakan di FB yang wish dan ucap selamat. Taun ni paling banyak kot dpt ucapan, ekekeke.. penangan fb ye. Eh2! tak lupa juga budak adik2 perempuan yang datang ke rumah membawa kuih yang banyak. hehe.. suprise jugak utk akk ye. Terima kasih ye adik2. Alhamdulillah...:D

Wednesday, October 20, 2010

Jamuan Birthday Batrisya!

Besdey girl 6 tahun! Alhamdulillah dapat jugak buat jamuan untuk besdey Batrisya pada 15hb Jumaat lepas. Mama tak planning sangat pun. Ingat nak buat weekend tp gi jln2 pulak. Terus je terpikir buat je la hari Jumaat terus. Hari Khamis malam tu baru memikir2 nak masak apa. hehe.. tp mekasih la kat Ijie ngan Pooja yg bagi idea nak masak apa dalam tempoh tak sampai 24 jam!
Kek Pandan. Ok decoration ni Batrisya dan kakak Liyana yg buat. Mama cuma tambah belah tepi tu je. Nak sangat bentuk 'harto' (heart/love). Kakaknye melayan je la. hehe..
Ini extra kek. Buat Blueberry cheese cake. Ini tak bakar, memang senang bangat.
Ada nak makan kari hijau thai. Bertungkus lumus jugak menyediakan bahan. hehe.. Antara menu lain, ayam goreng berempah, sayur campur, telor goreng, popiah dan karipap. Oh ye act. sambut besdey sama2 ngan abang Ujay, so dia sponsor ayam goreng dan karipap. Gambar takde plak ye. Dah sibuk2 mmg tak sempat nak berposing.
Sempat ambil gambar agar2 lumut ni. Yatta! akhirnya timbul jugak telor dan santan tu. hehe..
Antara tetamu yang hadir. Ramai jugak malam tu, Alhamdulillah cukup makanan. Ada jemput jugak international student yang muslim.
Dapat 'presento' (hadiah) dari kakak2 dan abang2. Mekasih banyak2. Batrisya suka sangat orang bagi hadiah ni.
Ini special dari papa! Apa dalam tu ye?
Tu dia! Nintendo DS yang latest! huhu.. bersekali dengan 2 games untuk belajar. Bukan Batrisya sorang yang dapat Haziq pun dapat jugak! kalo tak berebut la. Harga mmg sangat mahal. Mama pun tak explore lagi. tapi macam2 boleh buat la, amik gambar pun boleh. Papa beli pun guna elaun budak2 ni. hehe.. apa la salahnya setaun sekali lagipun duit diorang jugak. Dari makpak yang abiskan sekali sekala kita bagi la hadiah yang mahal sikit kat anak. hehe..

Saturday, October 16, 2010

Otanjoubi Omedetou!! Batrisya chan is 6!

Pre-kek sempena ulangtahun ke 6 Batrisya. Kek ni dibuat sehari sebelum besdey. Tarikh lahir adalah 15 Oktober 2004. Semalam tak sempat nak masuk entry besdey sebab malam tadi buat jamuan besdey so agak bz la konon. hehe.. Buat kek coklat basah yang menjadi kegemaran orang dalam rumah ni. Entry jamuan lusa la kot. Ari ni nak gi ukur jalan lagi sampai esok. kekeke..
Budak yang dah berumur 6 tahun. Tahun depan dah sekolah rendah dah ye. Mama doakan Nurdayana Batrisya menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, berguna di masa hadapan dan sentiasa dirahmati Allah SWT. InsyaAllah.. Amin... :)

Tuesday, March 23, 2010

Ulangtahun Haziq ke 3!

Selamat ulangtahun Haziq yang ke 3. Dah besar dah kejap je dah 3 tahun budak ni. Tarikh 19 Mac 2010 (Jumaat), mama buat kenduri doa selamat dan Yassin sekali. Ramai juga yang hadir termasuk ibu dan bapa adik2 yang konvo. Sayangnya gambar tak dapat nak ambil sebab Haziq telah merosakkan kamera, dia masukkan kamera dalam cawan air. huhu..
Kek coklat sebelah tu auntie yang buatkan untuk Haziq. Mama buat carrot cake topping cheese cream. Menu haritu nasi tumis, ayam masak merah, daging kandar, jelatah. Ada jugak buat popiah, kek batik dan puding kastard.
Moga Haziq menjadi anak yang baik, soleh dan berguna di masa hadapan. InsyaAllah..amin..