Showing posts with label Kerepek. Show all posts
Showing posts with label Kerepek. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Mee Siput

Snek minuman petang orang2 Johor. Rasanya mee siput ni ada kat Johor je, negeri lain tak pasti pulak. Dulu masa sekolah selalu beli mee siput ni. Zaman saya sekolah harga dia 20sen satu, sekarang dah 50sen. Rindu nak makan, sebelum mak datang dah pesan suruh bawak mee siput ni. Mee siput ni kene goreng dulu lepas tu makan dengan sambal tumis. memang sedap sangat! Kalau datang Johor cubalah rasa, banyak dijual di gerai tepi2 jalan. :)
Rupa mee siput sebelum digoreng. Mee kuning yang dikeringkan tak silap saya. :D Lebih puas hati kalau beli dan goreng sendiri. Yang menyedapkannya adalah sambal ikan bilis yang makan bersama2. Alhamdulillah.. puas hati dapat makan banyak. hehe..

Sunday, March 18, 2012

Kerepek Popia Horlick

Beberapa hari lepas ada baca blog siapa eh yg baru buat popia horlick. Lupa sangat, saya ingat2 lupa blog siapa, sbb saya buat kunjungan balas dan komen kat situ. Maaf la yang berkenaan, masa baca tu terus teringin nak cuba sebab kulit popia banyak lagi kat rumah, simpan lama2 takut keras pulak. Resepi senang sangat pulak tu, boleh terus ingat. hehe.. Terima kasih pada tuan resepi. Saya buat separuh letak gula saja, separuh lagi letak gula dan horlick.
Haqem yang suka makan, Haziq makan sikit, Batrisya rasa satu je, dia tak minat pulak kerepek2 ni. Saya tulis semula resepi senang ni untuk panduan akan datang.

Bahan-bahan,
  • 10 keping kulit popia
  • 2 sudu tepung bancuh dengan air (untuk dijadikan gam)
  • 2 sudu gula halus 
  • 2 sudu Horlick
Cara-cara.
  • Gulung halus kulit popia, lekatkan guna gam tepung hujungnya
  • Gunting menyerong
  • Goreng hingga sedikit garing
  • Tos dan sejukkan sebentar
  • Tabur gula halus dan horlick 
  • Sedia dimakan. 
*Dah ingat dari blog kak Rostina. TQ kak! :D

Friday, July 10, 2009

Kerepek Seaweed

Kerepek ni mmg faveret sejak kat Mesia lagi. Tak sangka mudah je buatnye. Dah lama tau resepi ni tp baru hari ni nak mencubanya. Cuma perlukan kulit popia, seaweed dan telor saja. Act. kulit popia nih dah lama sgt sampai keras nak wat kuih mmg takleh nak lipat2, jadi akhirnya menjadi kerepek. Sapukan telor pada kulit popia tu dan tampal dengan seaweed, atas seaweed tu tampal lagi satu kulit popia. Pehtu gunting2 la ikut suka dan goreng sampai masak. Goreng jgn lama kulit tu cepat masak. Kepada mak kak @ ellediela sila lah buat sendiri x yah beli jer. senang jer buatnye. hihi..

Saturday, December 6, 2008

Kerepek Seaweed..

Nyummiee... itulah rasanya. Kalo tak penah makan boleh cuba dan rasanya mmg sodap gitu. Inilah favourite saya wanni.. hehe..