Wednesday, June 13, 2012

Ladang Tulip - Musim Bunga, 3 Mei 2012

Masih cerita sebulan yang lalu, sebab banyak sangat gambar terpaksa dibuat berperingkat2 sebagai catatan dan memori kami. Sekarang dah takde musim tulip. Bunga tulip hanya hidup lebih kurang 2 hingga 3 minggu pada awal bermulanya musim bunga. Disebabkan tempat kami berada jauh di utara Jepun, musim bunga bermula pada pertengahan April.
Selepas berjumpa salji kami teruskan perjalanan ke ladang Tulip yang sangat luas ni. Alhamdulillah memang rezeki mak dan abah datang ke Jepun waktu ni, selain dapat jumpa bunga Sakura yang hidup seminggu dalam setahun dapat juga melihat bunga tulip yang cantik ni. Mak saya memang sangat gembira, bunga memang kesukaannya! Senyum saja amik gambar, mak kata rasa nak tidur je atas bunga2 ni. hehe.. kalau lah boleh tanam dan hidup cantik di Malaysia dah berbakul2 benih mak nak beli. Itupun dah berapa jenis benih bunga mak beli bawak balik (tapi tak tanam lagi). Kene beli bunga yang boleh hidup dengan cuaca panas di Malaysia.
Abah pun suka, tapi hari kami datang tu baru lepas hujan, dan hujan sekejap2. Tak berapa puas nak ambil gambar. Waktu ni Haqem tidur dalam kereta, papa yang jaga, tak bawak keluar sebab hujan.
SubhanaAllah, sungguh cantik dan indah ciptaanNya. Memang terpegun dan bersyukur dapat tengok bunga dan ladang tulip yang cantik sebegini.
Geram sangat tengok tulip yang cantik ni, kami datang memang tepat pada masanya sedang elok bunganya hidup. Oh sebenarnya waktu ni ada Festival Tulip, ladang ni memang dibuka khas untuk orang ramai pada cuti panjang Golden Week tempohari.
Sangat cantik! Rasa nak petik2 bawak balik rumah. ;D Warnanya yang pelbagai dan tersusun kemas memang sangat indah!
Ada lebih kurang 800,000 ribu tulip yang ditanam dari 60 jenis tulip yang ada. Sepatutnya ada disediakan helikopter untuk pengunjung ambil gambar dari atas tetapi faktor cuaca yang hujan sekejap2 waktu tu terpaksa dibatalkan.
My Tulips model! (esp. my mom!) ;D
Ladang Tulip ni terletak di Nagaike Ikoi no Mori Park,Tainai Niigata. Selain ditanam pokok tulip ni pun ada dijual kepada pengunjung dengan harga yang sangat murah!
Saya sangat puas hati Alhamdulillah.. akhirnya berpeluang jugak ke ladang tulip yang luas selepas terkilan tak dapat sampai di Keukenhof (taman bunga terbesar di dunia) sewaktu berkunjung ke Belanda pada musim bunga tak lama dulu. Sepanjang perjalanan memang banyak sangat ladang2 tulip yang ada di kawasan ni. Selain tu rumah2 persendirian pun banyak tanam tulip ni dan nampak sangat cantik. Tapi pemandangan sebegini hanya dapat di lihat sekali dalam setahun. Bersyukur masih berpeluang melihat keindahan musim bunga di sini. :-)

36 comments:

~ yus ~ said...

Bestnya As! Tak payah pergi Amsterdam ya, Jepun pun dah penuh dengan tulip....:)

Rai said...

cantiknyaaa...tak sempat merasa bergambar dengan tulip lagi..

LydSunshine said...

Cantikkkkkkkkkk giler....... aaaaa... *pengsan*

Nuwairani Ismail said...

rasanya dalam banyak2 musim, musim bunga la kot paling best nak berjalan di jepun. cuaca nyaman, suhu nyaman, pemandangan indah...kalau musim sejuk, nak berjalan kt luar pun x larat.

Aimi Laili said...

ouhemmgee ! sesangat lah cantik, ni baru tgk gambo dah tepegun, kalau lah ada kat tempat tu, mesti taknak balik2 dah, eekeke

ieda said...

bestnyaaaaaaaaaaaa
huhuhu suke dgn tulip ..
cantikk nya kejadian allah ..
syukurrr x dpt rasa ..
akk tgk dari jauh nie punn dah rasa berbunga2 .. ;)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Subahanallah... Cantiknya ciptaan Ilahi..

Akak pun rasa macam mak As, rasa nak baring jer kat hamparan tulip tu.. ehe tapi dalam gambar jer.. apalagi mak As yang melihat realiti di depan mata...

Tq As share gambar ni.. akak nak copy gambar bunga jer boleh.. ye

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak As,

cantik sangat !!!!!! memang rasa cam nak tido atas timbunan bunga2....cewahhhh....

p/s: mak akak pandai posing!

yatie chomeyl said...

Masya Allah cantiknya bvunga2 ni ka kas. kitorang dpt amik gmbr dgn sejemput tulips je tahun ni masa kat tottori, Alhamdulillah ada jugak peluang :)

Teratak Hami said...

Cantiknya ... bermacam2 jenis ada. Klu boleh hidup kat M'sia, akak pun nak tanam jugak.

Bunga kertas takmo dibuat festival gini ke?

Kamalia said...

wah,akak..sangat besar ek..saya nampak tulip "fancy frills"..yg jenis tu saya sangat suka..memang tak puas memandang tulip nikan kak..
p/s:last week budak sini ada yg pi zao,pastu diorg ada mcm tersesat sikit xtaula kat mana..diorg kata masih ada yuki lagi kat situ siap ada yg snowboarding lagi tu..

Nieda said...

macam2 rupa tulip . Selalu digambarkan merah saja. yg berbulu pun ada.

Oh !Sakura...hidup sekejap saja.

Nadiah Sidek said...

aaaaaaaa......cantiknya! sini tak ada ladang tulip :(

SURIA AMANDA said...

Ya allah ...cantiknya.....

Asyifa Mustaffa said...

Subhanallah....cntiknya....
minat sngt2 dgn tulip....bole bgi sekuntum dua.....teringin sngt....!
sib baik la x ngidam...! huhuhu....

Daddy Ziyyad said...

Tulip mmg cantik kan..

Dulu ada usaha tanam tulip kat atas Bukit Larut, Taiping..tapu last last projek tu terbengkalai/tutup.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

subhanallah.. mang sangat cantik (^___^)

fazian.batrisyia said...

cantiknya bunga2 tu semua...kalau pakai baju sama colour boleh main sorok2....tak jumpa carik...!!!

KuNanGKuNanG said...

subhanallah...cantik sgt..bestnye la kalau sy pun dapat kesana...:)

rostina76 said...

bestnye dpt berkejaran dalam ladang tulips. nape x bt scene citer hindustan mak jadi heroin & abah jadi hero. berpegangan tangan gitu.hehe (tinggi imaginasi kros ni)

nur easy said...

subhanallah..lukisan alam... hope sgt dpt nikmati lg keindahan ni

Unaizah said...

Gorgeous pictures!!! Vibrant colors!!! Akak memang suka tulip. Dulu time masih student, every spring (musim bunga) sibuklah amik gambar tulip. Paling suka time tulip masih kudup (belum kembang).

lizz said...

cantiknyer penuh warna warni...boleh wat wallpaper ni...

Cik Sara said...

Wahhhhh...
subhanallah...
Cantik..cantik..cantik..
~speechless~

Fazlinil Irma said...

subhanallah.. cantik bila tulip duduk serumpun besar.

masa kat london xde banyak2 mcm ni.

nak doa dpt si dia yg belajar kat Jepun jgak la..!! ~gatal~ ;P

keli menari said...

Cantik ciptaanNya !

et said...

wow....chanteknyerr....

Nieza said...

syoknya As! akak suka bunga tulip..maunya tido dan gulingx2 kalau dapat ke sini..hehe

Kesuma Angsana said...

wah... bestnyer!... keep update entry lagi ye sbb follow u dah

Cinta Misteri said...

Cantiknya...

★★berangan jap berada dicelahan bunga trsebut★★

Juwita Jamaludin said...

As... sangat cantik.. sukanya ladang bsar btul sronok mak ayah dapat tgk tulip tu subhanAllah

suhailin said...

cantiknee bunga tulip tu kak as..kat sini xde bunga tuli..kena lawat tempat lain klu nak tgk..bunga yg di tanam pun jap je da mati da sik sejuk n ujan..matahari xmuncul2 hihi

Ain SSB said...

Cantiknyaa! Kiteorang pon hari tu pergi gardens, tapi belum musim bunga sangat. huhu.

shera haifa said...

cantikkk sngt

SuperNova Moon said...

Boleh ke nk kirim biji benih bunga tulip utk d pos ke Malaysia?sy nk try wat penanaman.klu dpt try incubator style klu jd pn boleh...nk cuba jugak.sbb sy minat sgt dgn tulip ni

Anonymous said...

cantiknya ciptaan allah ...
nak kalo pakai camera canggih yg mahal giler memang tambah cantik ambik gambar bunga gitu .....