Tuesday, February 7, 2012

Parking di musim salji..

Disebabkan salji yang turun di sini sangat melampau, jadi kebanyakan tempat parking dan jalan raya utama dibuat saluran paip untuk mengalirkan air tujuan mencairkan salji. Contoh gambar atas tu, merupakan jalan raya utama. Bahagian tengah tu ditanam paip untuk mengalirkan air setiap masa terutama ketika salji turun dengan lebat. Jalan raya akan jadi basah, tapi lebih baik daripada jalan raya menjadi ais dan licin. Jalan besar pun jadi mengecil sebab salji dah memenuhi tepi jalan. Had laju kereta pun dalam lingkungan 20-50km/j sahaja!
Jika salji turun, tiap pagi sewal jam 5 jentolak salji akan bekerja membersihkan salji atas jalan raya. Nampaknya tahun ni cuaca agak luar biasa. Salji yang turun adalah terlampau, ada juga beberapa kes kematian jatuh dari bumbung ketika bersihkan salji atas rumah. Malam tadi sorang pakcik tu tertimbus dalam salji tapi masih selamat. Ada juga kes kebakaran berpunca dari danbo.
Contoh jalan raya yang tak ada paip air, putih je dengan salji, act. bawah dia dah tebal jadi ais, jadi bila jentolak salji bersihkan salji yang turun yang tinggal adalah ais, kdg2 ini lebih bahaya sebab jalan akan jadi lebih licin. Tempat pembuangan salji pun dah terlalu penuh, sampai takde tempat nak buang salji dah. Salji tepi jalan ni pun dah hampir separuh tinggi pokok tu (melebihi paras rumah!).
Ini tempat parking kereta berbayar. Paip ni akan dibuka sekiranya salji turun dengan lebat. Boleh cuci boot yuki kalau berdiri kat air pancut ni. hehe.. Parking di Jepun semunya adalah berbayar kecuali kalau ada rumah atas tanah sendiri. Kalau kita menyewa rumah dan ada kereta, sewa rumah dan sewa parking adalah berbeza. Kalau duduk di bandar besar tempat parking biasanya akan berada jauh dari rumah dan sewa parking ada kalanya sama harga dengan sewa rumah! Iyer Jepun sangat kedekut dengan tanah. Kos yang paling tak menahan kalau berjalan di bandar besar terutama Tokyo/Osaka adalah parking yang terlalu mahal! Sebab tu ramai yang menggunakan pengangkutan awam bila berjalan di bandar besar. Tapi kalau bernasib baik rumah yang disewa tu siap parking tak payah la nak menapak jauh. Selain parking persendirian, parking di kedai2 pun ada juga paip air ni.
Macam ni la rupa paip air yang dipancut di tengah jalan raya besar di atas (gambar atas tak berapa jelas). Paip air di tempat kami ni sangat special dibuat khas untuk musim sejuk, kalau tak khas mestilah beku air dalam paip tu kan.  Kalau tempat parking yang tak ada paip air ni macam kat bawah ni la rupa jadinya...
Ini baru 2 hari tak souji(bersihkan) kereta. Tempat parking yang tak ada air mengalir, setengah tempat terutama pasaraya besar mempunyai parking yang luas, jadi mereka ada jentolak salji sendiri dan jentolak akan beroperasi tiap pagi membersihkan salji, guna paip air kos sangat tinggi.  Waktu ni salji turun tiap2 hari. 2/3 hari ni cuaca panas, tapi dijangka hari Rabu ni salji lebat akan datang lagi seperti minggu lepas. huhu.. Bertahan la lagi kami menghadapi musim sejuk beku lagi 2 bulan!

22 comments:

kasihredha said...

tebalnya salji kat sana kan...
ohh ada air kat parking ye :)

ADEEYA said...

Banyak gila salji :D

アヌムちゃん said...

Wah hebat
Parking dkt sini xde la smp ada yg air tu
Dkt jln je ade hehe

Nadiah Sidek said...

oh, macam tu ye? sini tak pasti macam mana. rasanya takde dibuat macam tu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

fengsan nak cuci yuki pepagi buta samuiiii nyer....kena jadi extra rajin la if duduk tempat yg banyak yuki ni kan

ieda said...

wah2 banyak tuu salji
sgt2 sejuk ye dik huhuh

uish mahal tul tmnpt parking mereka .. susah juga bila membayangkan suasana itu kan dik ..

Kamalia said...

tak penah perasan pun yg paip air tu..xpe,next time boleh cuba belek kat tempat parking..

Ibu Darwisy said...

banyaknyer salji...

MaryaYusof said...

Salam Asmara,

Uish lebatnye salji... tak rosak ke kereta tu...alahai, terasa smp sini sejuknye..

シャイマ said...

sama mcm sini! tapi rumah kitorg nye parking free. tapi takde air sobss. kalau dpt rumah yg ade air tu senang sket keje. takyah membanting tulang pepagi ;(

Cik TeN10 said...

bila dh tebal ni rsa mcm xde salji pn xpe kan.. huhu nak gera mmg susah.. jalan pn licin apatah lg nak nek basikal.. sy mmg dh serik la bergolek-golek jatuh wlpn kayuh beskal pelan2 je.. huhu

yg paip air tu tak penah nampak pulak.. kt sendai salji tak banyak.. kl turun pun tak sempat nk timbun trus cair.. sket sgt.. dekat ayashi ni je salji tebal sket..huhu

Nieda said...

Lama lagi salji nak habis. Agak2 berapa lapis pakai baju tebal setiap hari ?

Hanis MY said...

mmg perasan masa g yone... suka plak tengok air pancut mcm kat kolam tsskk ke situ pulak...

p/s: agak2 jalan ok ke nak ke yone, nak g yuki matsuri wuwuwu...

EZAD AMIR said...

salji ni lembut ke keras ek?tgk org main baling2 cm x sakit je kalo kena..tp bile bukak peti ais,tgk ais kt dlm tu,kalo jtoh ats kaki sakit gak..

~ yus ~ said...

Ya Allah As, mesti sejuk tu kan. Tebal betul saljinya, mmg berguna paip air tu ya...

LydSunshine said...

Lamanya. Lagi 2 bulan. So, air yg keluar tu mesti air panas kan? Kalo tak, canner nak maintain mengalir. Asmara, ada gambar snow flake tak? Nak tgk betul ke design setiap snowflake tu unik?

yatie chomeyl said...

bersyukur jugak kat fukuoka ni slaji kejap je and tak lebat mana.

tp kdg2 nak jugak min salji lebat2 ni, cadangnya bln depan nak try jengah Hokkaido la..masa tu pun salji tebal lagi jugak ye kak as?

Asmara said...

Kak Kasih, haah tp tak semua parking ada.

Adeeya, :D

Anum, sini salji melampau. ;)

Nadiah, selain tabur garam air ni pun fungsi utk cairkan salji.

Asmara said...

Ayu, exercise di musim sejuk.

K Ida, tanah mmg mahal. ;)

Kam, paking kami xde. hehe..

Ibu Darwisy, ;)

Marya, kete tak rosak, sbb tu kene selalu bersihkan. ;)

Asmara said...

Syaima, kami pun free je, ada lg satu paking sebenar pun free ada air tp malas jauh sgt. hehe..

Fatin, hehe.. hati2 naik beskal.

Kak Nieda, lg 2 bulan. pakai 2 lapis dlm rumah, kalau keluar 3-4 lapis.

Hanis, x byk tmpt ada. nnti akk update. ;)

Asmara said...

Ezad, salji ni lembut giler, bila baling kat org akan pecah tp boleh dibuat bulat2. berbeza dgn ais. ;)

K Yus, salah satu cara nak cairkan salji.

Lyd, bukan air panas, air biasa je, tp paip tu ada penebat haba jd air mengalir spt biasa.

Yatie, hokkaido musim sejuk lebih pnjg dr panas. ada lagi dont worry, sini pun sampai awal april gitu. ;)

Zaza Fakharuldin said...

hhihihihi. kt sni pon tgh snooow ! excited kuuuuuuuuut