Tuesday, January 18, 2011
Nagoya Japan bukan NagoyaTextile..dan Fukubukuro orang Jepun
Bila nak abis kisah ni. hehe.. gambar banyak sangat tak terpilih jadinya. Nak buat story panjang2 pun malas. hehe.. Act. ni kali kedua kami ke Nagoya. Tahun 2009 dah pernah pegi sekali, waktu tu kami jalan2 ke Kyoto dan Nagoya. Jadi percutian kali ni Kyoto tak pegi la. Di Nagoya lebih kepada berjumpa rakan2 yang ramaiii kat sana tu. :D
Gambar ngan kawan2 asyik lupa je amik, dah sibuk borak2 makan2 mmg lupa la nak bergambar. Gambar anak2 je la yang banyaknya. Masa ni jalan2 di Nagoya Station tengok illumination. Waktu2 cuti krismas dan tahun baru ni la nak tengok illumination yang cantik dan melambak2 kat Jepun. Waktu lain diorang jimat letrik. hehe..
Eh ada jugak gambar mak dara. hehe.. dengan Azah dan Dayah.
Memang best jalan2 tengok lampu walaupun sejuk dan suhu waktu tu mencecah 2C. Nagoya station antara stesen keretapi terbesar di dunia mengikut keluasan lantai dan terletaknya ibu pejabat Japan Railway Center yang merupakan syarikat pengangkutan utama keretapi dan shinkansen di Jepun. Kami sempat jugak naik ke tingkat (20kot) di Marriot Associa Nagoya untuk melihat bandar Nagoya di waktu malam. Free je naik atas ni.
Waktu ni kami ke rumah rakan menaiki densya(keretapi). Dapat jugaklah menyinggah beberapa tempat. Tapi tak bestnya semua tutup.huhu.. malam tahun baru semua orang pun nak bergumbira. Act. ada pertunjukkan bunga api tp kami tak pegi la, sejuk2 kesian kat anak2. Lagi satu esoknya kami nak simpan tenaga untuk shopping Fukubukuro di Toki Premium Outlet.
Fukubukuro ni adalah beg misteri yang kita tak tahu isi dalamnya. Tapi setengah kedai dia beritau apa ada dalam beg tu. Harga satu fukubukuro ni biasanya diletakkan harga tepat contoh 5000 yen, 10000 ribu yen dan dalam tu ada macam2 barang yang kadang harganya lebih dari sekali ganda. Memang sangat berbaloi2 beli fukubukuro nih.
Orang Jepun memang simpan duit untuk shopping tiap awal tahun. Tahun ni banyak comp. bagi bonus 3 bulan. Memang simpan duit untuk shopping waktu ni. Tempat2 yang popular antaranya di Ginza, Akihabara, Shinjuku dan premium2 outlet seluruh Jepun. Tengok tv tempohari ada yang beratur panjang sejak petang 31 Disember lagi untuk berebut beli Fukubukuro ni. Bila kedai bukak je terus serbu fukubukuro ni. Tapi yang kelakarnya diaorang ni main amik je beg tu tapi tak tahu isi dalam. Lepas tu diorang akan berkumpul di satu tempat dan buat tukar-tukaran suka sama suka. Memang macam pasar malam dah jadinya. Ini yang beli baju dan kasut dalam fukubukuro tu. Setiap orang biasanya akan shopping sebanyak 100000 yen!! (RM3800!) untuk sehari! Tapi memang puas hati sebab harga baju dan kasut jika dikira dalam satu beg tu lebih 20000 yen tapi diorang boleh dapat dengan harga 10000yen sahaja. Bukan baju dan kasut sahaja. Barang2 keperluan lain terutama gadget pun dijual dengan harga sangat la murah. Kira sales awal tahun dari potongan 20%-80%. Menarik tak!
Kami pun tak lepaskan peluang mencari fukubukuro yang berbaloi ni. hehe.. dapat jugakla baju untuk anak2 yang berjenama dengan harga yang murah dan juga beberapa gadget dapur untuk mama. *muka puas hati. :D. Gambar kat Toki Premium outlet memang tak sempat nak amik, dah sibuk masuk satu kedai ke satu kedai, sampai la hari gelap. Setahun sekali bershopping apa salahnya ye tak! hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
wahh..kak As..berjln sakan..bestnyee..:P
bestnyeeee kak! suke sgt tgk keindahan jepun. send my regards to family akak kat sane.
kak as sempat jumpa kak anie nagoya tak? wahh best shopping fukubukuro, tahun ni kami tak shopping fukubukuro pun huhu...
ooo....dah penh ke nagoya 2x.nnt kkanie tyg "oyako don" resepi pemes kat nagoya.
beg misteri tak penh beli.takut brg tak berkenan nnt.kat bdk2 pun tak penh beli.tak kuasa nak beratur berjam2.baik duk umah.perap lam kotastu smbil mkn mikan.
as, gambo pressure cooker tuh tepek la sket bagi org tgk he3
Wah dapat bonus 3 bulan kalo, cuti seminggu le pegi shopping je. hahaha... syok nye jalan2. teringin one day nak sampai jepun gak :)
Iryd, jalan dalam jepun je yg mampu. hehe..
Shaofie, mekasih ye dik. :)
Hanis, kak anie balik mesia masa tu. kalau ada mmg tingin nak jumpa. hihi..
K. Anie, la x dpt rasa. kalau jumpa kak anie kat sana mmg tuntut nak makan. heheh...
K. Ayu, ahaha.. pecah rahsia. masih dara lagi periuk tu. lom kuar plastik lagi. ekeke..
Ijan, meh carik conf. sini kot bolh dtg free. hehe..
Post a Comment