Minuman dari Indonesia. Tau minuman ni masa makan kat restaurant Indonesia dulu. Memang sedap. Dah lama nak try buat tapi kali ni baru dapat. Itupun sebab ternampak buah avokado kat supa. Ada kawan tu memang minat sangat minum ni, tiap kali bulan puasa ada orang Indonesia jual kat pasar Ramadhan, mesti beli kalo pegi situ. Lagi sedap minum letak ais. Tapi sini sejuk minum camtu je pun dah ok.
Ini untuk Batrisya. Dia suka jugak. Papa kata manis, hehe.. tapi saya suka. Nanti boleh buat lagi. Senang je buat dia. :)
Resepi,
1 biji buah avokado
1 cawan fresh milk
2 sudu gula
Syrup Coklat Hersheys
Cara-cara,
-Blend buah avokado (buang kulit) dengan susu dan gula.
-Tuang dalam cawan, curahkan coklat.
-Siap, letak ais jika suka. :)
3 comments:
boleh try ni.. baguih untuk kesihatan
Salam As,
Selamat Hari Ibu... sedap air avocado tu :)
Yan, sedap tau. nak buat selalu nih. hehe..
Ijan, tq. mmg sedap nih. :)
Post a Comment