Wednesday, August 4, 2010

Jamuan Sate!

Alhamdulillah 2 minggu lepas kami buat jamuan makan sate untuk adik2 kat sini. Seronok dapat kumpul ramai2. Aktiviti2 sebegini perlu disimpan untuk kenangan. :) Gambar sate hangus lak. Nasib baik jugaklah dapat ambil gambar sikit2, tuan rumah agak bz. hehe..
Haqem dan abg Naju. Suka la budak ni ada orang dukung.
Bro kesayangan Haqem, abg Amal. hehe..
Tempat pembakaran sate. Hampir 500 cucuk tak silap. Nasib baik adik2 sini tolong cucukkan kalau harap mama dan papa mmg sehari pun tak siap. hehe..
Terima kasih adik2 yang datang. Alhamdulillah semua ada, kecuali 2 orang ada urusan di tempat lain. Bab makan wajib hadir ye adik2, rugi sape tak datang. hehe.. :p
Kek Oren, mmg sedap la.
Donut pun ada.
Puding kastad berkoktel pun ada. Masa nak makan baru letak ais, best betul makan sejuk2 time panas2 camni.
Menu special mee bandung Muar. Guna perencah mee bandung muar serta campur dengan perencah sendiri. Lagi sedap! Letak udang kering banyak2. Tapi kuah tak berapa nak cukup plak haritu. hehe.. gomen ye adik2.
Puding telorku, bila la nak jadik telor ngan santan duk belah atas. Tiap kali buat mesti bercampur semua. huhu..
Kuah kacang yang pekat.
Kuah Lodeh atau kuah lontong makan dengan nasi himpit. Ini macam masak lemak. Masaknya senang tapi nak potong2 sayur yang lambat sikit. Mekasih la kat adik2 yang tolong mama masak tempohari.

Sejak ada Haqem ni mmg susah sikit la nak wat keje. kalau dulu ok je masak banyak2 sorang2. Haqem sekarang ni bukan leh duk sorang2, nak kita hadap dia je la. huhu.. masa dia tido la baru la mama dapat buat keje. Nasib baik ada Batrisya yang dah pandai jaga adik. Next jamuan, InsyaAllah Iftar Ramadhan nanti. :)

No comments: